Kata orang CINTA itu buta,
Patutlah orang yang berCINTA meraba-raba.
Kata orang CINTA itu mengasyikan,
Patutlah ramai orang yang leka kerana CINTA.
Kata orang manusia boleh menjadi hamba CINTA,
Patutlah ramai yang lupa diri kepada yang terCINTA.
Kata orang CINTA boleh buat kita lupa,
Patutlah ramai yang lupa siang dan malam.
Kata orang CINTA mudah di lafazkan,
Tapi sukar di buktikan.
Kata orang CINTA boleh ubah pahit jadi manis,
Patutlah bila berCINTA semua indah je...
" Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji. " (Hamka)
Nota kecik : Bila mood tengah bosan !! maka keluarlah ayat dari otak kecik milik si tuan kecik yang buget comel.. hahahhaha jangan marah !!!! peace =)
erm..cinta pd allah lagii indah brbanding cinta antara lelaki dan perempuan...
ReplyDeleteSekarang Shiema bercinta dengan Yang Esa je (:
ReplyDelete