-->

Google+ Followers

Tuesday, June 25, 2013

10 days more



Assalamualaikum uoals,


Alhamdullilah,
Mama dah keluar wad last Friday
Ada perkembangan tentang kesihatan mama
But still waiting untuk buat dialisis melalui air or darah..(for permanent)
Sekarang mama akan ulang alik 2 kali seminggu kat HKL
Untuk dialisis darah !!
But mama still dibekalkan dengan antibiotic untuk mengelakkan kuman ..
Mama kena makan antibiotic selama 3 minggu (untuk recover balik)

Dan Alhamdullilah,
Ayah said, 
Our engangement is ON...
So... insyaAllah rombongan akan tiba nun di rumah abg emma kat nilai sabtu depan..
InsyaAllah...

Otak tengah blur sekarang nie..
Coz expect hari tu postpone lepas raya...
Coz mama kat wad...
But bila ayah suruh teruskan...
Lalalalla kelam kabut kauuu nak cari apa yang tak carik..
Hhehehehe

And semalam... first time emma jumpa "bakal mak mertua"
Hehehe kapel dengan anak dah dekat 2 tahun..
Baru semalam jumpa =D
Actually, bukan tak nak jumpa..
Tapi setiap kali nak jumpa ada je halangan...
And alhamdullilah,
Semalam "bakal mak mertua" datang rumah...
Nak discuss and jenguk mama sekali...

Opsss nasib baik cincin dah cari...
Hantaran dah prepare...
Just waiting si tukang masak FREE datang rumah untuk discuss nak jamu makan ape...hehehhe

Balik keje nie..
Nak keluar jap dengan incik syg..
Semata-mata nak cari hadiah untuk langkah bendul..
Hahahah maklumlah.. emma melangkah 2 orang akak emma...
So... sorry incik syg !!
Nasib ayah tak mintak set barang kemas kat incik syg...hahahha
Kalau tak... "kopaklah awak !! semata-mata nak dapatkan adik dorang "

# dup dap dup dap...
Hope Allah permudahkan segalanya.. amin



www.tips-fb.com

Wednesday, June 19, 2013

16 days more


Assalamualaikum uoals,


Tinggal 16 hari je lagi...
Tapi semangat nak prepare untuk tunang memang tak de da...
Pagi pegi keje...
Tengah hari balik then akak pulak pegi keje...
Macam tu lah kteorang bergilir-gilir jaga mama 
Sehinggakan boss masing-masing dah sound !!
Tapi memang boss tak kan faham situasi coz dorang hanya kejarkan untung tanpa fikir situasi staff !!!
Tak sangka pulak...
2nd time melawan and menjawab dengan big boss !!
Masa tu memang tak fikir apa da...
Tak kisah hilang keje asalkan tak hilang mama
" Boss nak potong gaji saya berapa byk pun boss potong lah !!! "

Semalam discuss dengan incik syg...
He said kalau dalam minggu ni mama tak keluar wad jugak...
" Kita tangguhkan dululah majlis kita....."
Discuss ngan ayah and abang...
Dorang setuju !!!
Apa yang penting hanyalah MAMA

InsyaAllah kalau majlis kteorang di tangguhkan 
Kteorang akan buat dalam tempoh beberapa hari selepas raya...
InsyaAllah... korang doakanlah ye.. !!!





www.tips-fb.com

Mama


Assalamualaikum uoals.


Mama still lagi kat wad..
Semalam keadaan mama tak seceria kelmarin
Mampu tersenyum dan gelak !!
Semalam ayah call
Doctor suggest untuk buat cuci air melalui perut !!
Ni bermakna mama kena tebuk kat perut pulak untuk tanam tiub seumur hidup !!!
Oh tidak !!!
Kteorang semua tak setuju....
Biarlah mama melalui dialisis melalui darah dari tangan...
Tak sanggup nak tengok mama kena tebuk sana sini....

Selasa - 18 June 13 @10pm
Mama buat dialisis lagi
Kali nie doctor bagi form 
Doctor nak masukkan darah kat mama
Coz mama tak cukup darah !!
Darah mama semakin lama semakin kurang...


www.tips-fb.com

Monday, June 17, 2013

17 DAYS MORE


Assalamualaikum


Tinggal lagi 17 hari je...
Tapi dalam masa 17 hari je lagi...
Still banyak yang tak prepare..
Hati dan perasaan pun memang tak de !!
Lebih-lebih lagi duk kenangkan mama yang terlantar kat ward !!
Tak tahu lah... maybe our engagement akan di tunda...
Tunda ke bila ???
Tak tahu lah macam mana... maybe terus kawen kot !!!
Tapi tu semua tak tahu lagi..
Yang nyata sekarang nie...

MAMA !!!
Please get well soon !!
We're miss all the moment at home !!
We miss ur hugs and smile mama !!

Semalam time kat hospital,
Mama tiba-tiba cakap 
" Kenduri emma tak buat apa pun lagi !!! "
Walaupun sakit,
Mama tetap ingat pasal kenduri tu...

What i said ???
" Nak mama sihat dulu.. baru fikir pasal kenduri.... "

And she said ....
Sebelum puasa kita buat kenduri yer...
Kenduri doa selamat sekali....

And.... wajah di palingkan ke tempat lain...
Air mata tanpa segan silu mengalir !!!

# Thanks incik sayang coz spend her nite with me at hospital, always be my side when i need... give her shoulder for me when i was cry... thank you sooo much, Allah sahaja yang dapat balas segalanya....



www.tips-fb.com

Pray for my mum



Assalamualaikum uoals,


" Setiap dugaan pasti ada hikmahnya "

Dan di saat-saat nie, Allah menguji kekuatan  hambanya...

Sedih, sebak dan tak menentu adalah situasi yang sukar untuk dijelaskan
Rasanya dah puas menanggis
Tapi menanggis tak mampu menghilangkan kedukaan

JUMAAT - 14 June 13
Mama meracau-racau lagi...
Badan yang panas dek demam..
Membuatkkan mama tak selesa
Macam-macam yang dia cakap
Membuatkan aku semakin takut
Nama anak-anak dan insan tersayang tak lekang dari bibirnya

SABTU - 15 June 13
1.00 pm Mama masuk ke bilik bedah sekali lagi
Untuk tebuk lubang di leher sebelah kiri pulak...!!
Tebukan yang sebelum nie di jangkiti kuman
Doctor bagi antibiotik untuk membuang kuman sebelum tu...
Ayah bertekak dengan doctor
Sebab doctor tebuk lagi sebelah leher mama
Sedangkan kami sekeluarga buat keputusan hanya nak gunakan lubang yang sedia ada !!
Once mama keluar,
Leher sebelah jugak yang di tebuk !!!
What the hell doctor do this to my mum ???
9.30 pm... time mama baru  nak tido
Nurse kejut untuk start buat dialisis selama 6 jam !!!
2 jam pertama mama still okay,
2 jam seterusnya mama mula resah and meracau..
Nurse panggil untuk teman mama coz setiap kali mama bergerak machine akan berhenti
Setiap masa bibir tak lekang bacakan zikir kat telinga mama
Dan setiap kali zikir di baca...
Mama akan ikut... suara mula-mula kuat.. kemudian semakin perlahan..
Namun bibir masih tetap bergerak mengikut alunan kalimah Allah

AHAD - 16 June 13
6.30 am mandikan mama dan bagi mama minum / makan
Makanan tak habis lagi.. mama dah tertido... biarkan saja.. tau badan dia letih !!
7.30 pagi, nurse datang nak timbang berat badan mama
Kejut kan mama dari tido...
Tapi mama tak de respon..
Dalam hati rasa takut....
Kejut berkali-kali... akhirnya mama bukak mata
Time tu papah mama untuk bangun
Tapi badan mama tak mampu untuk bangun.. lemah seluruh tubuh
8.30 am mama bangun untuk makan ubat,
Sekali lagi lapkan badan mama supaya dia rasa segar
Alhamdullilah mama dah boleh bercakap-cakap
Mampu untuk berbual..
Dan yang paling membuatkan aku bersyukur..
Mama mampu gelak dan tersenyum walaupun tanpa gigi..
12 pm mama buat sekali lagi dialisis selama 2 jam
Alhamdullilah mama nampak segar
11pm masa amik ayah kat hospital,
Jenguk mama sekejap...
Badan mama panas balik !!!



www.tips-fb.com

Friday, June 14, 2013

Bila mama admitted hospital



Assalamualaikum uoals,


Mama still dalam wad lagi
Semalam doctor dah bukak tiub kat leher dia
Then kena tunggu 48 jam untuk pasang tiub baru...
Mama still demam lagi..
Sometimes dia okay, sometimes dia rasa tak selesa
Bila tak selesa...
Mulalah merengek-rengek...
Meracau-racau... macam-macam dia cakap !!
Mama tak boleh nak baring lama-lama sangat
Doctor cakap dalam paru-paru dia still banyak air lagi
Sebab tu dia asyik batuk je...
Tangan mama dah bengkak-bengkak
Sana lebam sini lebam
Semua sebab kena cucuk jarum

# Mama cepatlah sihat.... 
www.tips-fb.com

Wednesday, June 12, 2013

Mama admitted again !!



Assalamualaikum uoals,


Baru 1/2 day masuk ofis,
Masuk-masuk je atas meja kemain penuh..
Keje seminggu tergendala
Half day je masuk keje..
Then balik awal semata-mata nak bawak mama ke hospital
Bila tiub kat leher tu bleeding...
Sampai kat hospital...
Tak boleh nak kata apa dah bila mama kena tahan wad
Bahaya if ade infection !!

# mama... cepatlah sihat balik...............
www.tips-fb.com

Monday, June 10, 2013

Hilang


Assalamualaikum uoals,


Menghilangkan diri seketika,
Ada yang bertanya...
Kenapa emma tak update blog ???
Jawapannya....

Emma  bercuti selama seminggu minggu lepas
Mama emma di masukkan ke wad kerana buah pinggang gagal berfungsi dengan baik
Doktor dah sahkan yang mama emma memerlukan rawatan Dialisis
Dan langkah pertama dengan memasukkan tiub melalui leher 
Hati anak mana yang tak sayu bila tengok mama yang sihat, mampu gelak ketawa
Tiba-tiba ada tiub di leher...
Menanggis menahan sakit...

Hanya anak yang tak tahu balas jasa mak je yang sanggup biarkan mak dia !!!
Selama beberapa hari mama kat hospital,
Masing-masing bergilir-gilir jaga mama
Berhari-hari tak tidur,
Layan segala kerenah mama
Tak pernah nak tinggalkan mama sorang-sorang kat wad

Kini,
Mama yang boleh bergerak sana sini
Langkah nya semakin terhad
Mama yang sentiasa mampu bergelak dan senyum
Semakin lama semakin suram

Ya Allah, kau panjangkalah umur ibuku...



www.tips-fb.com