-->

Thursday, September 27, 2018

TRAVEL KE KUNDASANG - Part 2

Assalamualaikum

Okay, aku nak sambung balik cerita pasal Kundasang nie. Bagi yang tak baca lagi cerita pasal Kundasang part 1, korang boleh tekan link kat sini TRAVEL KE KUNDASANG

Kami bermalam di The Cottage, Kundasang. Hotel ni terletak betul-betul jalan nak ke Desa Dairy Farm !!! Masa kami check in pun hari dah gelap walaupun jam baru menunjukkan pukul 6.30pm. Haaa suhu masa nie dah cecah 15°celcius. Tambah pulak dengan sedikit gerimis. Haaa lagilah sejuk masa nie. Lepas dapat kunci je kteorang terus naik bilik. Hotel nie boleh di kategorikan sebagai hotel yang selesa. Tapi sayang sebab tak de lift. Maka terpaksalah kami angkut beg-beg kami. 


Bilik kami di tingkat 2 dan menghadap betul-betul ke arah pintu masuk dan jalan raya. Kami pilih one queen bed + one single bed. Haaa cukuplah untuk kami 4 beranak nak bergolek atas katil tu dengan selesa. Kami check in pun dah malam, jadi kami tak keluar ke mana-mana pun. Lepas mandi, solat dan makan chicken wing yang kami tapau sebelum check in tadi kami jalan-jalan di sekitar kawasan hotel je. 

Suhu malam tu dah cecah 14°celcius. Anyssa dengan Ayra sibuk mengadu sejuk-sejuk walaupun dah pakai sweater. Kalau dah budak kecik pun tau sejuk apatah kami nie haaa bila bercakap dah berasap je mulut tuu. So aku pun bawaklah anak-anak naik bilik sebab Anyssa dah start kena flu malam tu. Tinggallah zam dengan bos-bos dia dan member ofis dia duk lepak kat lobby tu. Malam tu hujan pulak. So suhu memang drop lagi. Anyssa and Ayra memang tak suka berselimut bila tido walaupun sejuk kat rumah. Tapi kat Kundasang, Anyssa Ayra siap tarik dua helai selimut sebab sejuk sangat malam tu. Zam pun tidi siap pakai sweater lagi. Hahahhaha ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ kemain aku gelakkan dia sebab dia pun spesis tak suka berselimut !!! 

Pagi tu pukul 6.30am kteorang dah bangun untuk breakfast. Cuaca pagi tu Allah sejukk sangat. Anyssa Ayra aku pakaikan 3 helai baju. Pagi tu Anyssa dah start demam. So dia bad mood sikit and bila dia sakit, dia spesis berkepit dengan zam je. Bila nak tido baru dia akan cari aku. So, breakfast kami simple-simple je. Ada Mee goreng, Bihun goreng, Nasi goreng, Sayur campur, hot dog,Dessert, cookies and Roti bakar. Jadilah untuk kami alas perut pagi tu. Lepas breakfast je masing-masing dah sibuk cari port nak bergambar sementara nak check out pukul 9 pagi nanti.





Sekeliling kawasan hotel nie adalah tempat pengumpulan sayur-sayur. So memang pagi-pagi lagi dah nampak lori-lori angkut sayur. Pagi tu Gunung Kinabalu nampak segan-segan sikit sebab ditutupi dengan kabus. Kan hujan malam tadi. So kteorang bergambar lah dulu puas-puas sementara mood anak-anak okay lagi pagi tu.



Love
Emmaeema
Kundasang,sabah 
www.tips-fb.com

Tuesday, September 25, 2018

BERCUTI DI KUNDASANG

Assalamualaikum

Alhamdulillah, lama dah plan nak pergi jalan-jalan Sabah. Akhirnya tercapai jugak. Kali ni aku nak share dengan korang apa yang menarik kat Sabah nie. 2 September yang lalu akhirnya, Zam tunaikan impian aku nak pergi Sabah !! Yeayyy dan inilah percutian yang paling jauh sejak ada dua orang princess nie. So pagi tu aku suruh adik aku hantar kiteorang kat KLIA. Kemain awal lagi anak-anak aku bangun sebab dorang tau dah yang nak bawak dorang naik kapal terbang. Paling eksited Anyssa lah. Yang Ayra dia okay je sebab kecik lagi. Tapi tau lah dia yang tu kapal terbang !!

Dalam pukul 8 pagi kami dah sampai Klia, amboiii kemain ramai lagi manusia kat sana. Mana dorang nak pegi ye ??? So sampai je zam yang uruskan semua hal, dari check in, luggage, imigresin dan sebagainya. Harap aku ??? Hahahahha lama dah tak naik flight !!! So biarlah zam uruskan sementara aku layan anak-anak tengok flight turun naik !!!

Flight kami pukul 9.30 pagi dan alhamdulillah sepanjang dalam flight 2 anak dara nie tak lah buat perangai. Mula-mula risau jugak sebab tak pernah bawak dorang naik flight. Takut jugak dorang muntah ke pening kepala ke. Alhamdulillah dua-dua okay je. Cuma Ayra masa flight nak berlepas dia boleh nak berjalan dalam flight. So aku terpaksa lah peluk dia kuat-kuat sambil tunjuk kat dia permandangan kat luar. Anyssa okay je duduk dengan zam. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam. So masing-masing dah tepu duduk dalam flight lama-lama. 


Lepas 3 jam perjalanan, sampailah kami di bumi Sabah, Kota Kinabalu Airport ... Hello SABAH !!! Turun je dari flight kami melangkah ke kaunter imigresin dan kami di beri pas lawatan ke Sabah. So pas tu korang kena simpan dan waktu nak balik nanti kena return balik. Kalau hilang kenalah bayar duit denda. Yang denda tu aku tak pasti berapa !!!

Cuaca kat Kota Kinabalu waktu kami sampai Allah, kemain panas lagi. Aku rasa lagi panas dari kat KL. Maka bertabahlah kami semua, nasib baik Tour guide dan bus dan sedia menanti. Jadi kami terus naik bus dan bersedia untuk memulakan destinasi yang pertama.

Destinasi yang pertama kami adalah Makan tengah hari memandangkan kami sampai pun dah masa lunch. So perut yang lapar minta di isi. Kami makan di restoran yang berhampiran dengan airport. Time ni aku tak sempat nak snap gambar sebab sibuk melayan Ayra yang tak reti duduk diam!!! Tapi kat restoran tu agak kelam kabut jugaklah. Mungkin sebab kami yang ramai datang serbu kedai dorang kot.

Lepas makan, perjalanan di teruskan dengan solat zohor di Sabah State Mosque. Dekat masjid nie ada Makam Pahlawan, tapi aku tak pegi tengok pun sebab cuaca panas sangat. 


Perjalanan diteruskan ke lokasi utama kami iaitu KUNDASANG!! Sepanjang perjalanan ke Kundasang, aku tengok majoriti rumah-rumah dorang daripada zink kontena tu. So memang betul lah pembangunan Sabah Sarawak agak menyedihkan. Kami singgah  di Upside down House  yang terletak di Mile 21, Tamparuli Sabah. Aku tak masuk pun upside down house nie sebab Ayra tido. Lagipun aku dah baca review yang tempat tu boring. Hahahha so aku lepak dalam bas je. Sebelah upside down ada 3d Museum.




Sepanjang jalan nak ke Kundasang agak mencabar jugak. Biasalah laluan mendaki kan??? Kereta kat sana pun laju jugakk. Part yang paling aku risau ialah aku takut aku atau anak-anak muntah !! Alhamdulillah, berjaya !!! Hehhehe aku menikmati permandangan sepanjang perjalanan. Pada mulanya selepas ke upside down kami akan ke Jambatan Tamparulli. Tetapi takut sampai ke Kundasang lewat malam, jadi tour guide suggest kami singgah di Jambatan Tamparulli masa balik nanti. 


Kami sampai di Kundasang lebih kurang pukul 5 petang. Cuaca memang sejuk lebih kurang 16°celcius. Masa kami sampai pun hari dah nak gelap. Tapi sempatlah bergambar view sunset di Kundasang. Rasa macam kat oversea pulak. Sebelum check in kami singgah makan dulu. Haaa lepas nie nak beli makanan kedai dah jauh. So kami siap tapau dulu makanan sebelum check in hotel. Orang cakap kalau dah sampai Kundasang, menu wajib kena cuba dia punya Chicken wings !!! So aku tapau 10 ketul chicken wings yang berharga Rm 1.80 seketul. Memang best chicken wings dorang. Sos pun sedap !! Tapi pedas betul. So bagi aku yang perut sensitif ni aku celup sos hujung-hujung je lah.







Nanti aku sambung lagi kat part yang seterusnya okay !!! Karang korang jemu pulak baca cerita aku. Hahahahahahahha

Byeeรจe ๐Ÿ˜—๐Ÿ˜—๐Ÿ˜—๐Ÿ˜™๐Ÿ˜š

Love,
EmmaEema


www.tips-fb.com

Friday, September 21, 2018

Ayah dalam kenangan - Al Fatihah


Assalamualaikum

3 ogos yang lalu, malaikat izrail datang menziarahi kami sekeluarga buat kali kedua. Pertamanya bila abang aku di jemput kembali  27 tahun yang lalu. Kini malaikat menjemput ayah kembali kepada pencipta yang hakiki. 



19 Julai 2018
Ayah demam dan badannya lemah sangat hingga tak mampu nak bangun lagi. Malam tu ayah kata lapar. Aku cakap aku tengah masak Nasi goreng. Ayah tidur balik sementara aku masak nasi goreng. Lepas masak aku kejutkan ayah untuk makan. Ayah cuba bangun. Tapi dia tak mampu nak angkat badan dia sendiri. Aku panggil abg aku yang sulung minta bangunkan ayah. Aku suap ayah makan. Tapi 3 sudu je ayah makan. Malam tu ayah semakin lemah. Dia minta dihantar ke hospital. Malam tu jugak kakak, adik dan abang aku hantar ayah yang lemah ke hospital. Aku pandang ayah hingga kereta bergerak. Waktu tu hati aku rasa lain. Pukul 4 pagi, kakak aku call suruh maklumkan pada adik beradik yang lain bahawa ayah tak okay. Doctor terpaksa tidurkan ayah sebab segala usaha dorang cuba buat tak berjaya. Keadaan ayah sangat lemah ketika tu.

20 julai 2018
Ayah masih di zone merah. Kami berkampung di sana hari tu. Ayah masih tak sedarkan diri. Ada masanya dia stabil. Dan dia masih tak sedar. Jantung dan paru-paru jugak semakin lemah. Sepanjang hari doctor monitor keadaan ayah. Pukul 12.30 am barulah ayah di hantar ke wad 26.

21 julai 2018
Kakak dan abang aku call dan maklumkan jantung ayah terhenti seketika subuh tu. Dan doctor buat cpr pada tekanan yang rendah. Alhamdulillah, ayah kembali stabil. Sepanjang hari tak putus-putus kami berdoa untuk ayah. Ayah masih tak sedar lagi. Life machine and tiub masih di mulut. Segala jenis mesin dan wayar di sekeliling ayah. Rupa-rupanya ayah dah pernah membayangkan keadaan akhirnya, bila suatu hari dia pernah cakap dengan aku dan angah untuk cabut semua wayar di badan dia. Kami ingatkan ayah merepek masa tu. Rupanya ayah dah dapat bayangan terlebih dahulu.

22 julai 2018
Ayah masih belum sedar. Respon pun tiada. Surah yassin sentiasa kami alunkan di telinga nya. Kadangkala kami bercakap dengan dia dengan harapan ayah dengar setiap bebelan kami.

23 julai 2018
Ayah dah sedar !! Alhamdulillah. Dia cuba buka mata. Tapi berat sangat. Sesekali kami bantu bukak kelopak matanya. Bila kami cakap ayah akan beri respon gerakkan kelopak mata, kedipkan mata atau gerakan hujung jari. 

24 julai 2018
Ayah dah sedar. Mata boleh di buka. Tapi tak mampu bersuara sebab tiub pernafasan masih di mulut. Dan nampak kembali sifat degil ayah bila dia selalu nak cabut alat apetah yang kepit kat jari tuuu. Haaa itulah hobi dia selama beberapa hari bila asyik-asyik alat tu tercabut. Dan dia akan sorok dalam genggaman dia. Pernah suatu hari bila ayah cabut alat tu, aku tipu dia bagitau "ayah, nurse datang tuuu. Cepat pakai balik ". Hurmm tak di heran punya. Aku try tarik alat tu dari genggman dia. Kemain kuat jari dia genggam dan sorok dalam selimut. Aku biarkan je. 


25 julai 2018
Keadaan ayah masih sama. Ada masa dia stabil. Ada masanya tidak. Dan tiub pernafasan ayah dah dibuka. Ayah kini gunakan mask oksigen dan di bantu oleh sesikit mesin untuk mudahkan ayah bernafas. Dan bermulalah episod ayah bertukar silih ganti mask oksigen mengikut keadaan ayah.

26 julai 2018
Ayah sedikit lemah. Doctor maklumkan paru-paru ayah tak dapat berfungsi dengan baik. Lendir semakin banyak di paru-paru dan keadaan ayah yang sukar untuk berludah dan membuang kahak menyebabkan doctor terpaksa sedut kahak ayah guna tiub. Dan tekak ayah luka akibat sedutan kahak tu. Yang nyata memang sakit sebab ayah akan meronta ronta setiap kali nurse sedut kahak ayah. Petang tu waktu aku dan abg aku yang sulung teman ayah. Datang doctor pakar beritahu yang malam nie ayah akan ditukarkan ke icu memandangkan keadaan ayah kurang baik. Aku nampak tangan ayah menggigil. Kakak aku peluk ayah untuk tenangkan dia.

27 julai 2018
Hari yang tak boleh aku lupakan. Tengah hari tu akak ipar aku call maklumkan doctor pakar nak jumpa. Memandangkan abang aku yang sulung belum belum sampai lagi, jadi dia minta aku jumpa doctor pakar dulu. Aku ajak adik aku teman sebab aku takut tak cukup kuat nak dengar sesuatu. Doctor pakar maklumkan yang ayah aku kena pindah icu sebab keadaan ayah semakin merosot. Paru-paru ayah dah rosak, jantung ayah dah membengkak. Doctor terpaksa bagi ayah bantuan life mesin menggunakan oksigen mask untuk kembangkan paru-paru ayah. Doctor juga maklumkan yang peluang ayah untuk sihat seperti dulu adalah tipis. Kini ayah bergantung pada kekuatan dan semangat ayah untuk terus hidup !! Waktu tu menggigil lutut dan tangan aku. Tapi aku tahankan jugak. Doctor minta persetujuan dari aku sekiranya jantung ayah terhenti sekali lagi, pihak hospital akan buat cpr dengan beri tekanan atau tidurkan ayah dan masukkan tiub oksigen dengan life machine support. Aku katakan yang aku tak boleh beri keputusan sekarang. Aku minta tempoh hingga esok untuk dapatkan persetujuan adik beradik yang lain. Lepas jumpa doctor, aku masuk dengan akak ipar aku jumpa ayah. Ayah nanggis nampak kami. Aku lap air mata ayah. Aku beri semangat pada dia. Aku genggam tangan dia. Aku bisik kat telinga dia "Emma bacakan yassin. Ayah dengar ye" ayah angguk. Lepas baca yassin ayah hulurkan tangan dia. Dia cakap nak duduk. Dia penat baring lama-lama. Aku dan akak ipar aku bantu ayah untuk duduk. Aku tarik hujung katil biar ayah selesa bersandar. Ayah minta aku air suam !! Aku cakap doctor tak bagi ayah minum. Sejak ayah di hospital ayah kena puasa. Makan atau minum pun tak boleh. Takut effect ayah tersedak. Kadangkala je nurse bagi ayah minum susu guna tiub. Aku kesian tengok ayah, aku tanya pada nurse boleh tak bagi ayah aku minum. Nurse bagi guna spray atau shringe ubat tu je. Tu pun sikit-sikit. Jadilah untuk ayah basahkan tekak. Aku suakan air zam zam dan air yassin. Aku basahkan kepala ayah dengan air zam zam. Lepas tu ayah cakap ayah nak tido. Sebelum dia tido aku dengar  dia sebut "Mama" "Mak". Dan aku tau dia panggil mak aku dan nenek.

28 julai 2018
Hari nie aku tengok ayah nampak sihat. Muka pun nampak ceria. Dah boleh bergurau dengan mama dan kakak aku waktu melawat. Saudara mara pun ramai yang datang ziarah. Terima kasih sangat. Penuh jugak wad icu dengan saudara mara silih ganti.

29 julai 2018
Ayah kembali down !!! Doctor cakap keadaan ayah on off. Ada masa ok. Ada masa tak. Mask oksigen pun bertukar-tukar.

30 julai 2018
Ayah di tukarkan kembali ke wad 26. Memandangkan keadaan ayah yang dah stabil. 

1 ogos 2018
Doctor pakar datang jumpa kami, keadaan jantung dan paru-paru ayah dah hampir tak berfungsi. Pihak hospital pun dah tak boleh nak bagi ayah guna life machine support. Mereka nak ayah bernafas sendiri dengan sedikit sahaja support dari life machine. Ayah tukar kepada oksigen mask yang paling basic. Alhamdulillah sepanjang hari tu ayah mampu bernafas sendiri !! U are fighter ayah !!! Doctor juga maklumkan sekiranya jantung ayah terhenti, pihak hospital tak akan buat cpr atau rawatan yang lain mengikut persetujuan kami adik beradik. Sekiranya cpr di lakukan, tulang rusuk ayah akan patah (faktor usia), dan sekiranya tiub oksigen di masukkan balik dalam mulut akan buatkan organ dalaman ayah akan luka dan ianya takkan membantu pesakit pun. Jadi kami dengan berat hati memilih biarlah ayah pergi dengan tenang !!

2 ogos 2018
Ayah demam. Badan dia panas. Ada masanya sejuk. Kadangkala dia minta air untuk basahkan tekak. Kami gunakan shrige bagi ayah minum air zam zam. Dalam mulut ayah kering. Dinding mulut menggelupas sebab tindakbalas penggunaan life machine mask dalam tempoh yang lama. Aku sapukan bonjela di bibir dan dalam mulut ayah. Ayah tak putus-putus panggil mama.

3 ogos 2018
Hari yang takkan aku lupa dalam hidup aku. Perginya orang yang aku sayang di depan mata aku. Masih aku ingat tangan ayah yang sejuk bertukar suam. Tiada lagi genggaman tangan ayah ketika aku pegang tangan dia. Aku letakkan tangan di jantung nya. Semakin lama semakin lemah. Abang dan kakak sentiasa lafazkan kalimah syahadah di telinga. Tangan mama menggengam tangah ayah. Dan aku sisi ayah lafazkan kalimah syahadah dengan harapan ayah dapat lafazkan dengan tenang. SubhanAllah, betapa tenang malaikat menarik roh ayah. Dan pada ketika tu life machine pun berbunyi. Abang aku lari sembunyikan tangisan di tepi tangga. Kakak aku ketepi beri laluan kepada doktor untuk check ayah. Aku masih di sisi ayah. Aku dan ayah panggil ayah. Aku pinta supaya dia bukakan matanya. Sebab aku nampak masih ada ombak si dadanya. Dan bila doctor pandang ke arah ku dan katakan "ayah dah tak ada". Aku gelap. Aku jatuh terduduk di tepi katil. Pakngah dan mak su tarik aku bangun dan katakan "jangan macam nie, nanti ayah sakit" aku seka air mata lalu aku bangun. Aku pandang wajah ayah kali terakhir. Aku cium mata, pipi, dahi dan hidung ayah. Aku katakan "pergilah ayah. Kami akan ikut ayah bila tiba masanya."

03:41 pm @ 03 ogos 2018 ayah tinggalkan kami untuk selamanya. Ayah pergi pada hari jumaat seperti yang dia nak. Aku pun tak tahu dari mana ayah nak pergi hari jumaat. Tapi hati aku kuat katakan yang ayah akan pergi pada hari jumaat. Alhamdulillah, selepas isyak ayah selamat di kebumikan. Dan segala urusan ayah berjalan dengan cepat sekali. Dan rupa-rupanya RASA yang aku alami ketika ayah nak ke hospital memberitahu bahawa ayah keluat rumah pada malam tu dan ayah tak akan balik lagi. Alhamdulillah, ramai yang sembahyangkan jenazah ayah. Dan ramai yang mengiringi jenazah ayah hingga ke kubur. Alhamdulillah. Dan pada malam itu, aku dan abang atan menjadi insan terakhir yang melangkah meninggalkam ayah di tempat persemadian terakhirnya. Di alam baru nya. Semoga ayah di tempatkan di kalangan mukmin yang beriman. Di tempatkan di syurgamu, di luaskan kubur, di diterangi kuburnya, di jauhkan dari azab kubur, dijauhkan dari azab siksa api neraka, diampunkan dosanya dan diterima segala amalan baik ketika hidup. AL FATIHAH




Kami amat merindui ayah ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ
Mohamed Esa bin Mohd Noor @ Mohamed Esa bin Lamah
20 october 1944 - 03 ogos 2018




www.tips-fb.com

Thursday, January 25, 2018

Happy 30th Birthday !!

Assalamualaikum,

Entry pertama tahun nie, harap-harap mood terus berblog tahun nie berjayalah ye. Konon-konon nak buat sehari satu post. Haaa kita tengokkan iya ke idok tu.

Alhamdulillah, 16 January 2018 genaplah usia 30 tahun. Dah rasa tua jugaklah bila angka depan pulak berubah !!


Tahun nie celebrate awal sehari memandangkan birthday akak ipar 15 hb, so tahun nie kita celebrate sekalilah. Jimat budget katanya.

Yang paling excited sah-sahlah dua anak dara nie, sape pun punya birthday dorang yang paling excited !!! 


Alhamdulillah,
Syukur masih di beri kesihatan yang baik,
Alhamdulillah, masih di kelilingi insan yang tersayang,
Terima kasih mama sebab tumpangkan emma dalam rahim mama,
Terima kasih mama sebab bersusah payah sakit membawa emma ke dunia,
Terima kasih mama kerana menjaga dan membesarkan emma,
Tak terbalas jasa mama hingga nyawa terakhir !!!
16 January 1988


Love,
Emma Esa


www.tips-fb.com