-->

Tuesday, April 30, 2013

Selamat Hari Pekerja




Assalamualaikum uoals.



Nak wish
SELAMAT HARI PEKERJA



www.tips-fb.com

Help Me !!!



Assalamualaikum uoals,


Few days ago,
Adalah discuss sikit-sikit dengan Incik Syg,
Then kteorang dah tetapkan one date,
Tanye kat parents
Okay ke tak date tu..
And both family agreed dengan date tu...
Opsss will be "Tunang orang" in becoming few month... lalalla
Apa rasanya ??
Sah-sah nervous... macam tak percaya pun ada

And sekarang,
Masing-masing dah pening
Mana nak prepare hantaran, food, baju
Nak buat kat mana pun tak sure lagi..
Kena discuss dengan ayah and mama dulu
Yerlah, rumah pun kecik je..
Nak buat yang simple-simple je..
But bila incik syg dah bagitau kat family dia...
Confirm-confirm memang ramai punya...
Dah incik syg anak bongsu and yang terakhir kawin...
Family pun ramai.. so mesti nak tengok saat-saat bahagia adik dorang kan !!
And for me ???
Adik beradik pun dah ramai..
So tak tau lagi nak buat kat mana...

Theme ???
Hahhaha serius emma sangat blur sekarang nie..
But, emma admire with purple colour !!
Did anyone can  help me to share ur idea ???



www.tips-fb.com

Thursday, April 25, 2013

Peluk Cium untuk Si Cilik



Assalamualaikum uoals,


Balik je dari PD terus bergerak ke Mambau Negeri Sembilan
Semangat nak tengok si kecik yang baru je lahir
Cahaya hati Afrida & Anas
Bila sampai je...
Alahai geram betul dengan si kecik
Habis pipi kena cubit, kena kiss
Tapi dia diam je...
Tak nanggis pun,
Gelak and senyum manjang
Alahai comelnye
 " Mohd Qhalish Aryan "
Mama Emma cayanggg dia...


Tengok tu.. 
Dia baring atas tilam yang mama emma bagi... alahaiiii


With my bestfren yang selalu tengok emma nanggis dulu.. hik hikk


amik berkat orang tua-tua cakap... hehehehe semoga jodoh cepat datang =D



www.tips-fb.com

Oh my Vacation !!



Assalamualaikum uoals,


Berkesempatan untuk merehatkan minda dan menghilangkan segala stress yang melanda kepala otak nie !!
Setelah berbulan-bulan duk berhempas pulas memerah keringat, menghadap segala kerja yang tak pernah habis membuatkan diri jadi semakin STRESS !! 

Bila dah ada peluang depan mata, apa lagi.... jommm cuti-cuti Malaysia...

Starting with our journey yang sangat mencabar, kteorang bergerak dari KL-SEREMBAN dengan KTM. Allah permudahkan segala perjalanan kteorang bila turun-turun je kat platform, train dah ada.. so tak payah nak tunggu lama sangat...


Sepanjang perjalanan, alahai sejuk je mata nie memandang bila tengok kiri kanan hijau je... 

Sampai kat KTM Seremban, ambil pulak bas untuk ke Port Dickson, so sila tunggu kat platform no 18 okay !! Harga tambang pun murah je... just RM 4.00.  

Perjalanan dari KTM Seremban ke PD mengambil masa lebih kurang 30 minit. Sampai je terus check in. Sampai je dalam bilik..... taraaaaaaaaaaaa ni lah jadi nye, Kemain duk bergambar =D



Lepas penat bergambar, masing-masing duk membongkang. Mana tak nye, penat bukan main. Eksited sangat lah katakan.  Bangun tdo je masing-masing dah kebulur, cari kedai makan jalan kena jalan kaki 5km baru jumpa kedai makan !! alahai naik kematu kaki duk berjalan.

Macam malas nak cerita, jommm je lah layan gambar kat bawah... hikhikhik














Lastly, the most feveret...... khas untuk incik syg =D


@Corus Paradisse Port Dickson
19 - 22 April 2013

www.tips-fb.com

ada BAKAT tak ???



Assalamualaikum uoals,



ADA BAKAT TAK ????






Hehehe ada bakat tak ???
Bakat apa ???
Korang fikir lah sendiri ek =D



www.tips-fb.com

WANITA


Assalamualaikum uoals,


Wanita, hebatnya seorang wanita hinggakan seluruh dunia meraikannya.. Seorang wanita saat mendapat berita kehamilannya, hatinya sarat dengan kegembiraan hinggakan dia menitiskan air mata. Tidak pernah terlintas di fikirannya bahawa proses bersalin itu sendiri boleh menuntut nyawanya. Apa yang dia tahu, dia bakal membawa zuriatnya yang comel ke dunia.

Wanita, hebatnya dia tidak pernah mengeluh walaupun saban pagi dia muntah-muntah hinggakan badannya kehilangan segala kudratnya. Dia mampu tersenyum mengenangkan zuriatnya sedang membesar di dalam rahimnya yang hanya sebesar buah pear. Tidak pernah timbul gentar di hatinya memikirkan mampukah rahimnya yang sebesar buah pear menanggung zuriatnya.

Wanita, hebatnya dia di saat dia mula merasakan kesakitan hendak bersalin hatinya tidak gentar walau secubit pun. Tidak pernah terfikir nyawanya mungkin menjadi galang ganti. Apa yang dia mahu, zuriatnya lahir dalam keadaan sihat.




Wanita, hebatnya dia mampu menahan kesakitan sehingga 57 Del ketika hendak melahirkan anak (bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak). Sedangkan sekuat mana pun manusia itu hanya mampu menahan hingga 45 Del sahaja.



Apa yang selalu kita dengar tentang wanita?
Wanita tercipta dari rusuk lelaki.
Wanita itu sayap kiri lelaki.
Wanita berhati lembut dan kuat emosi.
Wanita itu kaum yang lemah.

Tetapi, sedarkah kita di sebalik semua itu…
Wanita dicipta untuk menjadi ibu.
Ibu yang mengandung selama 9 bulan dengan segala kepayahan..
Ibu yang berjuang dengan maut untuk melahirkan zuriat, penyambung generasi manusia..
Ibu yang berjuang menyusukan anak selama 2 tahun lamanya..
Ibu yang mengasuh, membesarkan, dan mendidik anak-anak dengan penuh kesabaran..
Ibu yang doanya lebih makbul dari seorang bapa..
Wanita jugalah yang menjadi tulang belakang lelaki..
Tidak kurang juga, wanita mampu melemahkan lelaki..

Hebat kan wanita?
Bangga menjadi seorang WANITA

www.tips-fb.com

Wednesday, April 24, 2013

Segmen : Hey !! Blogger asal mana ??



Assalamualaikum uoals,


Sementara tunggu hujan reda
Join segmen jap


Nak join ???
Just klik je banner tu


Oh ya, Emma asal dari Kuala Lumpur..
Bandar batu dan konkrit yang penuh dengan hiruk pikuk dan  ragam manusia

Selamat berkenalan blogger =D


www.tips-fb.com

Sunset


Assalamualaikum uoals,


Membiarkan entry tanpa kata.
Membiarkan segala maksud yang tersirat


" Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan "



www.tips-fb.com

Kata-kata seorang "An-Nisa"




Ya Allah..
Jadikan aku tabah seperti Ummu Khadijah
Sehingga dirinya digelar afifah solehah
Dialah wanita pertama
Tiada ragu mengucap syahadah
Pengorbanan bersama Rasulullah
Susah senang bersama
Walau hilang harta kerana berdakwah
Walau dipulau 3 tahun 3 bulan
Imannya sedikit pun tak berubah
Mampukah aku setabah dirinya?
Andai diuji sedikit sudah rebah..
Baru dihina sudah mengalah
Ya Allah..tabahkan aku sepertinya..
Ya Allah..
Jadikan aku semulia Fatimah Az-Zahrah
Betapa tinggi kasihnya pada ayahandanya
Tidak pernah putus asa pada perjuangan dakwah baginda
Anak yang semulia peribadi baginda
Tangannya lah yang membersihkan luka
Tangannya jua yang membersihkan cela
Pada jasad Rasulullah tercinta
Gagahnya dirinya pada dugaan
Mampukah aku sekuat Fatimah?
Saat diri terluka dendam pula menyapa
Saat disakiti maki pula mengganti
Ya Rabbi..teguhkan hatiku sepertinya..
Ya Allah..
Jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumaiyah
Tukang sisir yang beriman
dan Keluarga Yasir yang bertakwa
Sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia
Iman tetap terpelihara walau nyawa jadi taruhan
Mampukah sabarku seperti mereka?
Tatkala digoda nafsu dunia..
Entah mana hilangnya Iman di dada
Ya Rahman..
Kuatkan Imanku seperti Masyitah
Terjun penuh yakin bersama bayi ke kuali mendidih
Kerana yakin Allah pasti disisi
Sabarkan aku seperti sumaiyah
Biar tombak menusuk jasad..
Iman sedikit pun takkan rapuh.
Ya Allah..
Jadikan aku semulia Ummu Sulaim
Perkahwinannya dengan Abu Talhah atas mahar Iman
Islamlah Abu Talhah sehingga menjadi sahabat Rasulullah
Betapa hebatnya tarbiyyah isteri pada suami
Hinggakan segala panahan ke Rasulullah pada hari uhud
Disambut dengan belakang jasad Abu Talhah
Ya Allah..
Tarbiyyahkan aku pada cinta sepertinya
Tingginya nilai cinta pada harga Iman
Mampukah aku menatap cinta itu?
Sedangkan rupa yang menjadi pilihan
Ketulusan Iman diketepikan
Ya Allah..
Ilhamkan aku pada cinta sepertinya..
Ya Allah…
Jadikan aku sehebat Aisya Humaira
Isteri termuda Rasulullah
Biar dilempar fitnah
Dia tetap teguh pada ketetapanNya
Isteri sejati yang memangku Nabi
Pada saat terakhir baginda
Hadis dan Sunnah Rasulullah dipertahankan
Betapa hatimu seorang mujahidah
Ya Allah..
Mampukah aku contohi dirinya?
Pada fitnah yang melanda
Diri mula goyah dan putus asa
Teguhkan Imanku sepertinya..Ya Rahim..
Ya Allah..
Teringat diri pada Khansa
Empat orang anaknya mati di Jalan ALLAH
Dia meratap tangis..
Anak sulungnya syahid
Anak keduanya turut syahid
Anak ketiganya dan keempat jua mati syahid
Namun tangisan itu bukan kerana pemergian anak tercinta
Jawabnya kerana tiada lagi anak yang dihantar untuk berjihad
Ya Allah..
Mampukah aku menjadi ibu yang berjihad?
Sedang anak tak tutup aurat pun masih tak terjawab
Sedang anak tinggal solat pun buat tak kisah
Berikan aku kekuatan sepertinya..
Agar bersedia pada akhirat.
Wahai kaum Adam yang bergelar khalifah..
Diriku bukan setabah Ummu Khadijah
Bukan jua semulia Fatimah Az-Zahrah
Apa lagi sesabar Masyitah dan Sumaiyah
Mahupun sehebat Ummu Sulaim
Dan tidak seteguh Aisya Humaira
Kerana diri cuma An-Nisaa akhir zaman
Dimana Aurat semakin dibuka terdedah
Dimana syahadah hanya pada nama
Dimana Dunia yang terus dipuja
Dimana nafsu fana menjadi santapan utama
Dimana batas sentiasa dileraikan
Dimana ukhwah sentiasa dipinggirkan
Wahai Kaum Hawa
Kita cuma An-Nisaa
Para pendosa yang terbanyak di neraka
Lantas walau tak setabah para Mujahidah
Namun Tabahlah pada ketetapan Allah
Kerana padanya ada Syurga!
Walau tak semulia para wanita sirah
Tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara
kerana padanya ada Pahala!
Walau tak sesabar para wanita solehah
Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa
Kerana padanya ada bahagia!
Sesungguhnya Hawa tercipta dari Tulang rusuk kaum Adam
Bukan untuk ditindas kerana lemah
Tapi untuk dilindungi kerana Indah
dan Indah apabila tertutup terpelihara
Kerana disitulah terjaganya Syahadah
Bak mekarnya wanita dalam sirah
Tuntunlah kami ke arah syurga..
Bicara dari An-Nisaa yang hina..
www.tips-fb.com

Tuesday, April 23, 2013

Kontest Panduan Blogger - Membudayakan Ilmu Blog


Assalamulaikum uoals,


Google PageRank atau PageRank (PR) ialah tanda aras yang menentukan populariti sesebuah laman web/blog kepada Google. Ranking PR bermula dari  0 sehingga 10. 

Google PageRank atau PageRank (PR) penting untuk sesebuah blog/web kerana melalui tanda aras 0 hingga 10, kita akan dapat menilai sejauh mana blog/web kita dalam enjin carian google.  Semakin tinggi angka Google Pagerank (PR) kita, semakin berkualiti blog kita pada Google. Kebiasaannya, Google akan lebih mengutamakan laman yang mempunyai PR yang lebih tinggi untuk diletakkan dalam paparan awal enjin carian.  Apa yang penting dalam blog/web kita adalah kualiti.



Satu tips yang paling mudah untuk menerima trafik adalah membuat sambungan link pada post yang berkaitan.  Contohnya Kita boleh menggunakan perkataan ataupun ayat pada tulisan yang akan di publish ke entri atau post yang sebelumnya.Cara ini sangat berkesan untuk meningkatkan Page View.



Penampilan blog penting untuk menarik minat pembaca.  Kalau pembaca kurang makan Pagerank kita pun akan kurang.  Setiap blog perlu mementingkan kekemasan dalam blog mereka dari segi rekabentuk dan susun atur.  Kebanyakkan pembaca lebih gemarkan blog yang kemas dan susunan widget yang teratur.  Untuk menjadi seorang blogger, perlu KREATIF dalam menghasilkan sesuatu entry.  Entry yang kreatif mampun menarik pembaca sekaligus meningkatkan SEO dan PR blog.  Blogger juga perlu pandai mencari UMPAN.  Blogger perlu menunjukkan skill mereka dalam dunia penulisan.  Tetapi mampukah mereka menghasilkan entry yang berkualiti ???



www.tips-fb.com

Wednesday, April 17, 2013

Kontest Panduan Blogger - Jawab 3 Soalan dan Menang!



Assalamualaikum uoals,

Blogger-blogger hebat telah anjurkan satu kontest
Bermula dari 15 April hingga 30 April



Syarat-syarat Penyertaan dan Pemilihan Pemenang

  • Blogger warganegara dan menetap di Malaysia.
  • Daftar sebagai peserta kontes dengan mengisi borang berikut - http://goo.gl/I1rlD
  • Jawab 3 soalan dengan betul dan tepat - jawapan boleh diperolehi dalam blog Panduan Blogger
  • Setiap jawapan perlu dijawab menerusi satu entri khas di dalam blog anda.
  • Anda bukan penaja kontes ini.

Syarat-syarat Pilihan (optional)

  • LIKE fanpage blog ini di SINI.
  • Buat satu entri khas untuk promosikan Kontes ini.

Cara Nak Jawab Soalan Kontes

  • Terdapat 3 soalan mengenai blog yang perlu dijawab oleh peserta kontes. Soalan-soalan tersebut akan diterbitkan terlebih dahulu di fanpage blog ini sebelum diterbitkan menerusi satu entri khas Panduan Blogger beberapa hari sebelum tempoh tamat kontes. 
  • Jawapan kepada setiap soalan adalah subjektif tetapi berkaitan dengan isi kandungan di dalam blog ini. Anda digalakkan menggunakan fungsi kotak carian yang disediakan dalam blog bagi memastikan jawapan anda benar-benar layak untuk menang.
  • Jawapan kepada soalan-soalan yang diberikan perlulah dijawab menggunakan sebuah entri khas yang perlu anda terbitkan.
  • Jawapan perlu dihantar hanya setelah ketiga-tiga soalan telah diterbitkan di fanpage blog DAN di blog ini. Anda perlu menyertakan link atau pautan jawapan tersebut di kotak komen entri khusus untuk penghantaran jawapan yang akan diterbitkan kelak.
  • Setiap entri jawapan perlu menyertakan link-link penaja yang disediakan di bawah - salin kod HTML yang diberikan dan dimasukkan ke dalam entri jawapan anda.

Pemberian Hadiah


Hadiah-hadiah berupa t shirt dan cenderamata akan diuruskan oleh pihak penaja, manakala hadiah wang tunai akan dikreditkan ke dalam akaun bank terpilih. Pihak HH tidak bertanggungjawab seandainya hadiah yang ditawarkan tidak diterima oleh para pemenang.

Tujuan


Kontes ini dianjurkan adalah sebagai salah satu proses pendidikan untuk blogger. Ia bertujuan untuk menambah dan memantapkan ilmu blogging setiap peserta, bagi memastikan bahawa blogger Malaysia adalah blogger yang punyai ilmu.

Masa kontes 15 hari dan cara penghantaran jawapan soalan adalah untuk mendidik blogger supaya lebih tenang dan sabar. Ia juga untuk bantu blogger agar lebih berdisiplin dan bertanggungjawab.

# Selamat mencuba ;)


www.tips-fb.com

Tuesday, April 16, 2013

Misteri orang minyak terjawab



Assalamualaikum uoals,


Semalam emma ada post mengenai MISTERI ORANG MINYAK dan Wanita Pemuas Nafsu Lelaki
Dan persoalan mengenai orang minyak terjawab
Apabila orang minyak yang jadi suspect utama
Berjaya di tangkap !!
(Waaahh dah macam tulis berita pulak)

Bila di soal siasat...
Siapa nak mengaku !! betul tak ???
Kalau dah buat salah, memang tak kan mengaku...

Akhirnya...
Check in jugak kat hotel besi..

# Jadikan pengajaran dan berhati-hati wahai kaum wanita, 
Wahai kaum Adam, wanita bukan tempat pemuas nafsu serakah kalian


www.tips-fb.com

Monday, April 15, 2013

Jangan gaduh kerana lelaki



Assalamualaikum uoals,

Banyak kali emma jumpa isu tentang,
Perempuan bergaduh kerana lelaki !!
Alahai jatuhlah maruah sebagai perempuan !!
Kadangkala kita tak perlu mempertahankan sesuatu yang bukan hak kita
Dalam erti kata lain
"Kalau orang tak suka... dah la... "
Tak payah nak buruk-burukkan orang lain
Gaduh sampai memalukan diri sendiri

Serius, emma pun pernah hadapi situasi macam nie
Tapi, emma still ingat lagi...
Tak perlu nak jatuhkan maruah sendiri
Kadang-kadang orang akan merampas sesuatu dari kita
Tapi dia sendiri pun tak tahu mana satu permata atau kaca
So, tak perlu nak menghina sesuatu pihak !!


Hari tu dalam tren,
Melihat situasi macam nie..
Si perempuan bergaduh bila kekasih hati di ambil orang lain...
Dan tanpa di sangka... kekasih hati ada insan yang ke 3 dan ke 4
Hahahha so nak salahkan sape ???
Siap main tarik-tarik rambut..
Terjerit-jerit dalam tren...

# Kalau dia bukan untuk kita.. tak perlu di kejar, InsyaAllah.. sesuatu yang lebih berharga 
Allah akan kirimkan sebagai pelindung kita !!


www.tips-fb.com

Jom CUTI-CUTI MALAYSIA



Assalamualaikum uoals,


Ya Allah..
Memang tak sabar rasanya
Nak bercuti Jumaat nie..


Macam dah dengar-dengar dah bunyi ombak,
Bunyi kicauan burung...

# Tak sabar menunggu...


www.tips-fb.com

Misteri orang minyak !!!



Assalamualaikum uoals,


Pernah dengar kisah orang minyak tak ???
Orang minyak yang merogol anak dara
Semata-mata untuk mendapat kekebalan @ kekuatan dari sang syaitan !!

Tapi ini bukan kisah orang minyak yang hitam legam tu..
Tapi ini kisah orang yang tak melumurkan minyak hitam di badan !!
Datang menceroboh rumah anak dara
Dan.....

Cubaan merogol !!
Waaahhh hebat kan orang minyak nie ???
Sehingga pagi... siapakah dia.. 
Masih menjadi misteri !!

Yang nyata
Allah sentiasa melihat
Siapa dia akan terbongkar jugak...
Hukuman di dunia dan di akhirat sedang menunggu !!!




www.tips-fb.com

Wanita pemuas nafsu..Sila berhati-hati



Assalamualaikum uoals,


Mengantok dan keletihan 
Membuatkan diri semakin lesu pagi-pagi
Ingat lagi peristiwa pagi tadi
Nasib baik tak ada apa-apa yang berlaku

Keletihan sebab stayback kat ofis malam tadi
(waaahhh rajin pulak stayback.. tapi kerna terpaksa)
Tengah best tidur, lena di ulit mimpi-mimpi indah
Telinga menangkap sesuatu...
"TOLONG..TOLONG..."
Suara yang sayup-sayup...
" mimpi kot..... "
"TOLONG..TOLONG..."
Aikkk tak boleh jadi nie...
Lantas kaki di hayun ke pintu,
Memanggil ayah..............
Jiran sebelah menjerit.... " ada lelaki masuk rumah !!! "

Hampir-hampir jiran sebelah rumah di rogol
Muka di tekup dengan bantal, pisau di leher...
Nasib baik Allah masih sayangkan dia..
Berjaya melarikan diri... meminta tolong..
Perogol tu ???
Terjun bangunan selamatkan diri...

# Hanya meninggalkan " underware " sebagai salam perkenalan !!!

Yang nyata,
Kawasan rumah sendiri tak lagi selamat.


www.tips-fb.com

Thursday, April 11, 2013

Moment



Assalamualaikum uoals


Tepek gambar besar-besar
Ada yang rabun tak ???
Confirm boleh nampak kan !!!
Setiap kali lalu kat sini..
Mesti akan cakap

" Teringin sangat nak capture moment kat sini "

Ada sape-sape boleh teka tak ???
Moment nie kat mane ???



# maybe boleh jadi photoshoot yang seterusnya !!! 

www.tips-fb.com

Burger Segamat



Assalamualaikum uoals,

  
Mana dia orang segamat ???
Angkat tangan cepat !!!

Kalau sape penah duduk segamat,
Mesti akan teringat " Burger  Segamat "
Serius memang teringat...

Lokasi dia ???
Alahai dekat bandar segamat tu je...
Betul-betul depan pasaraya " Bilion "


Teringat masa study kat UITM dulu
Weekend je mesti turun bandar then beli burger kat situ...
Harga pun tak lah mahal sangat pun !!!
Tapi tuuu harga dulu lah...
Harga sekarang tak tau !!



Apa yang best ???
Entahlah... tapi bila makan rasa nak lagi..
Maybe cara dia masak tu yang buat best kot !!!


Last sekali
Tepek gambar UITM Segamat

Rindunya zaman nie......



www.tips-fb.com

Wednesday, April 10, 2013

Oh Ulser !!!



Assalamualaikum uoals,


Sakit dalam mulut menyerang
Membuatkan pipi membengkak
Nak cakap pun terasa sakitnya
Oh Ulser,
Kenapa menyerang time macam nie....


Huwaaaaaa


www.tips-fb.com

MARCHE, The Curve



Assalamualaikum uoals,


Pagi-pagi nie tetiba tekak nie merindui nak makan something
Korang tau nak makan ape ???
Teringin nak makan "SALMON GRILL"
Serius, memang rasa macam.... arghhh "alangkah indahnya"

Malam tadi duk godek-godek pic time study dulu
Tiba-tiba nampak pulak pic dengan bestfren kat college dulu "Ms Aween"
Time study dulu,
Setiap hari Rabu je mesti akan pergi "The Curve" after class,
Tau sebab ape ???
Sebab nak makan "Salmon Grill " kat "MARCHE"
Serius, salmon dia memang best...

Ni semua keje si aween la,
Dialah yang ajar semua nie,
Makan kat situ...
First-first masuk situ...

"Kau bawak aku pegi makan ke pegi supermaket ??? "

Tau sebab ape ???
Sebab restaurant concept dia sebijik macam supemarket !!!


Haaa !! Betul tak Emma cakap ???
Macam supemarket kan !!!

Time tu terpinga-pinga bila si aween bagi kad!!

" Nah, kau pegang card nie !! kau nak order pape bagi kad nie kad dorang nanti dorang cop "


Tu masa mula-mulalah...
Lepas tu....
Restaurant tu dah macam "ana yang punyalah"
Makan lah ape korang nak makan !!

Time nak bayar tu...
Terbelitlah lidah korang kejap !!
Tapi kalau rasa duit dalam poket tu ade RM 50 je...
Rasanya tak payahlah masuk restaurant nie...
Serius memang MAHAL betul !!!
Tapi SESEKALI tu apa salahnya !!!


www.tips-fb.com

Tuesday, April 9, 2013

Welcome JUNIOR !!!



Assalamualaikum uoals,


Alhamdullilah,
My bestfriend baru je dapat baby Junior...
Congrats both of u Anas & Afrida


Okay jommm layan picture baby junior nie...





alalalla kiut nye
Rasa nak gigit-gigit je pipi dia...
Nama baby nie belum di ketahui..

# Hope akan menjadi anak yang baik dan soleh, amin


www.tips-fb.com