-->

Google+ Followers

Monday, December 17, 2012

Mulia hati insan nie



Tengah baca post dalam fb,
Tiba-tiba ternampak  satu entry dari junior kat kolej dulu,
Sekarang nie dia ada kat Gaza,
Dalam misi membantu penduduk Palestin,
Dan dia baru je sedar dari koma,
Akibat terkena serangan gas pemedih mata dari Si Israel,
Mengalami kerosakkan paru-paru,
Namun syukur Alhamdullilah dia dah sedar,

Tapi ada juga insan yang menamatkan perjuangan beliau di Gaza,
Mulianya hati dia,
Mati dalam keadaan membantu insan yang di timpa musibah.
Al fatihah untuk arwahyarham.
Syahidkah perjuangan beliau tu ???
Hanya Allah yang lebih mengerti ...

www.tips-fb.com

miss u all girl !!



Assalamualaikum uoals,

Mood sangat merindui member-member Emma...
Memang lama jugaklah tak hang out dengan dorang semua..
Masing-masing bz dengan komitmen dorang !!
Ada yang tengah pening-pening,
Ada yang tengah menunggu saat dapat baby,
Ada yang tengah kumpul duit..
Yang nyata miss u oals 



www.tips-fb.com

Friday, December 14, 2012

Bila emma kenal dia !!



Assalamualaikum uoals,

Okay entry menggedik jap !!
Jangan baca kalau korang tak berminat okay ..
Okay, ramai yang tertanya-tanya siapa dia Incik Sayang tu..
Emma tak pernah pun nak show off sangat pasal dia,
But bila Incik syg dah tacing coz Emma tak pernah cerita pun pasal dia dalam blog,
Kalau ada pun just entry selit-selit je...
So Emma nak kenalkan kat korang,

Inilah dia Incik Syg tu.. Mr Afizam
Actually, Emma jual mahal dulu ngan dia,
Tapi dia tetap sabar tunggu Emma
Bagi dia, First time dia jumpa Emma..
Dia dah rasa something !!
Rasa apa ???
Tanya lah dia sendiri.. hehehe
Once kali kedua dia jumpa Emma,
Dia terus buat sujud syukur,
Setiap hari time Emma nak balik kerja mesti dia akan tunggu Emma depan ofis dia,
Walaupun Emma tak pernah pandang dia !!
Bila dia tau Emma dah ada bf,
Dia frust... menyepikan diri..
Sampailah satu masa, Emma dah single..
Then kteorang jumpa balik !!
Peluang kali kedua tu, dia cuba lagi..
Dan akhirnya berkat kesabaran dia,
Dia berjaya pecahkan tembok yang Emma bina selama nie..
Kalau dulu, Emma pernah cakap 
" Biarlah jodoh tu datang sendiri "
Dan alhamdullilah, Emma tak mencari.. tapi Allah tetap tunjukkan jalan.
Emma terbuka pintu hati nak accept dia lepas kteorang selesai solat kat Masjid KLCC,
Dalam hati tu terdetik,
Kenapa Emma tak nak beri peluang kat dia ???
Bodohnya kerana tetap menanti insan yang dulu..
Sedangkan Allah dah tunjukkan depan mata Emma
Jalan yang perlu Emma pilih..
Dan akhirnya depan masjid tu jugak Emma menanggis.....





www.tips-fb.com

Waiting for tomorrow !!



Assalamualaikum uoals,


Sangat bosan kat office !!
Sepatutnya kena keluar pergi site hari nie !!
Punyalah eksited coz tak payah jadi tugu kat office,
Lastly, tak boleh nak pegi pulak !!!
Huwaaa sangat bengang dan bosan.
Tak sabar pulak nak tunggu esok,
Hehhehehe dah planning dengan Incik syg,
Nak pergi survey,
Survey apa ???
Mestilah nak survey idaman hati !!
Kalau boleh nak test drive skali !!


Huwawawawa 
InsyaAllah dapatlah keluar si jantung hati,
On January or early February nie,
InsyaAllah.
Dah alang-alang keluar,
Incik syg ajak survey "something" skali..
Hhehehe sangat teruja dah nie !!


# Semoga ALLAH permudahkan segalanya . Amin



www.tips-fb.com

Boikot TOMYAM



Assalamualaikum uoals,


Disebabkan Malaysia kalah semalam,
Dengan ini,
Incik Bf isytiharkan.....
" Emma tak boleh makan Tomyam lagi "
Wuhahahhaha ape kes???
Bola and selera Emma !!
Tak ada kena mengena !!
Hahhaha yang lepas biarkan berlalu..
Kita perlu menerima kekalahan..
Strategi perlu di tukar !!
Baru boleh menang !! hehehhe
Semalam semangat balik rumah awal semata-mata nak tengok bola !!!!

www.tips-fb.com

Thursday, December 13, 2012

Kiamat 21.12.2012



Assalamualaikum uoals,


Heboh di serata dunia,
Bila ada yang mengatakan kiamat akan berlaku 21 disember nie,
Dah tertulis ke tarikh tersebut dalam Al-Quran ???
Tak kan !!!
Yang nyata kiamat tetap akan datang,
Cuma kita tak pasti bila ...
Tadi, waktu Emma nak keluar lunch,
Adalah seorang hamba Allah nie bertanya,
" Betul ke kiamat 21 Disember nie ??? "
Lalu Emma jawab,
" Kiamat tetap akan datang, Kalau Allah kata Ya, maka Ya lah kiamat akan tiba. "
Terlalu banyak fakta yang memesongkan akidah kita,
Yang nyata,
ALLAH MAHA MENGETAHUI



www.tips-fb.com

12.12.12



Assalamualaikum uoals,


Semalam 12.12.12,
Maka genaplah setahun Emma kat company baru
Dalam masa setahun nie, 
Banyak yang Emma belajar,
Ada detik suka dan duka..
Kena marah tu adatlah dalam kerja !!
Yang nyata berkat kesabaran,
Allah pasti permudahkan segalanya.
Dalam tempoh setahun nie,
Alhamdullilah,
Emma dah naik pangkat,
Di beri kepercayaan untuk jadi leader dalam projek yang bakal Emma handle,
Bermakna,
Tanggungjawab semakin berat,
Amanah perlu di pikul,


# Pangkat dah naik, gaji bila nak naik nie ???


www.tips-fb.com

Bila perempuan dah tak ada kerja



Assalamualaikum uoals,


Menghilangkan diri sementara,
Bukan apa,
Tak tau nak update ape !!
Otak kelu, beku, tepu...

Okay, nak share dengan korang
" Bila perempuan dah tak ada kerja "
Bukan nak memburukkan kaum wanita,
Tapi itulah salah satu hobi kaum wanita...
Bila dah duduk berkumpul ramai-ramai,
Mulalah keluar isu-isu..
Mengutuk, mengata, cerita yang tak benar di tokok tambah
Bukan apa,
Kesian and geram jugak lah kat Incik sayang,
Start kerja tempat baru,
Ramai perempuan pulak tu..
Bila nurse-nurse dah tak ada kerja,
Mulalah mereka-reka cerita...
Bila dah dengar cerita dongeng tu...
Telinga pun boleh berasap !!


# Tak perlu nak jaga tepi kain orang lain, tak sedar bila kain sendiri dah koyak !! 

Renungan untuk diri sendiri, mengumpat dan mengata sila jauhkan ....


www.tips-fb.com

Thursday, December 6, 2012

Si kecik yang comel !!



Assalamua;aikum uoals,

Okay sangat busy pagi tadi,
But sekarang dah boleh relaks sikit..
Emma nak share dengan korang nie...


:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
;
;
:
:
;


Hehhehe comel tak ??
Rasa macam nak cubit je pipi yang bulat tu...
But nanti ayah dia marah pulak !!
Okay si kecik nie anak kepada blogger kaki wayang
Hehehhe sangat comel Aqif nie =)



# Pic telah di curi daripada facebook Kaki Wayang =) hehehhe jangan marah !!!


www.tips-fb.com

Wednesday, December 5, 2012

MALAYSIA VS KUTUB UTARA



Assalamualaikum uoals,


Okay, ni office ke fridge ???
Makk aii sangat lah sejuk !!
Tau lah baru je service air cond
Tapi sejuk nya,
Menggigil dah nie,



Hidung dah start berair-air nie,
Confirm risiko nak kena selesema sangat tinggi !!
Eh, ada peluanglah nak pergi PPUM kan ?? 
Hehheheheheh anyway SELAMAT BEKERJA 


www.tips-fb.com

Tuesday, December 4, 2012

Hujan lagi !!



Assalamualaikum uoals,


Sekarang nie,
Asal pagi panas,
Tengah hari or petang confirm hujan !!
Paling tak larat bila time nak balik keje hujan !!
Alahaiii remuk hati nie,
Nak meredah sang hujan !!!
Kalau hujan time malam,
Best lah jugak !!
Boleh tidur dengan lenanya...



Semenjak musim hujan nie,
Barulah terhegeh-hegeh nak spare payung kat ofis,
Kalau tak ???
Jangan harap nak bawak payung !!!
Walau apa pun ...
"SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN "
www.tips-fb.com

MCD lagi ???



Assalamualaikum uoals,


Kemalasan melanda,
Bukan setakat nak update blog je malas,
Nak keluar lunch pun malas !!
Sudah nya...


Mcd lagi ????
Haiyaaaa... kata nak boikot,
Tapi tak boikot jugak !!
Asal bedal je..
Janji perut kenyang !! 



www.tips-fb.com

Admire lagi ??? alahaiii



Assalamualaikum uoals.

Mood kemalasan nak update blog sekarang nie
Alahai ... tak tahu nape...
Asal bukak blog je.. duk pandang,
Typing nye tak jugak..
Kalau kat draf tu dah melambak..
Tapi semua sekerat jalan je.
Adeh, kenapa lah nie
Owh ya,
Alhamdullilah, incik syg dah transfer kat Hospital KL..
Kat mana??? hehehhe rahsia la..
Baru masuk semalam, 
Dah ramai duk admire kat dia..
Adehhh ngajuk lah macam nie..
Ada je nurse-nurse yang duk tanya-tanya dia single ke dah berpunya !!
Nasib baik lah sang SAKA-SAKA dia (assistant incik syg) yang tolong jawabkan..
Ishhh payah betul !!!


www.tips-fb.com