-->

Google+ Followers

Monday, July 18, 2011

LANGKAWI @ REDANG @ PERHENTIAN ???

05.08pm@Bangsar, Telawi 6


Cuti-cuti Malaysia datang lagi !! kali nie destinasi aku kat mane ek ??? Tengah blur nie.. banyak sangat idea yang keluar.. nak pegi semua tempat memang tak lah !! Budget lari macam nie !! heheh :p kalau budget banyak memang dah lama satu Malaysia ni aku jelajah. hahaha :p

Hurm dalam kepala aku sekarang nie ada 3 destinasi yang aku rasa sangat menarik !! wawawa semua ISLAND jer, coz aku memang sangat suka pegi pulau. Lebih-lebih lagi dapat tengok laut dengan lautan yang luas tu.. Semuanya membuatkan aku terlalu bersyukur dengan segala kenikmatan dan kurniaan Allah.

1) PULAU LANGKAWI

Hurm, seumur hidup aku lah sekali jer aku jejakkan kaki kat Pulau Langkawi nie. Itu pun masa cousin aku kawin, time tu aku kecik lagi !! Sekolah rendah kalau tak silap aku. Tapi aku still ingat lagi lah pulau tu memang cantik. Tapi almost orang datang sana suka shopping.. hurm :( kalau aku pergi sana tempat yang akan aku pergi mestilah Kedai Chocolate !! Yeay.. nak chocolate CADBURY, urm chocolate DAIM.. and pendek kata selagi ada chocolate selagi tu aku nak borong. ehhehe :P 

Kat langkawi nie pun ada banyak tempat-tempat yang bersejarah Maju jugaklah pulau nie !! Hurm apa yang penting kalau nak pergi sini poket kena tebal la... kalau tak gigit jari jer lah .. :P


2) REDANG

Pulau nie aku tak pernah jejak lagi. Tapi aku dengar pulau nie sangat, sangat, sangat cantik !! Bagi aku pulau ni memang sesuai kot untuk pasangan yang nak honeymoon. Bagi aku pulak untuk relax memang sangat sesuai.


3) PULAU PERHENTIAN


Pulau nie memang sangat cantik. First time aku jejakkan kaki kat sana last year. Memang aku rasa tak puas sangat !! air dia dah lah sangat, sangat jernih. boleh nampak kaki korang kat dalam air tu !! Memang aku fall in luv with this island. Time aku datang sini memang aku rasa tak nak balik. Tenang sangat tempat nie !! Hurm lebih-lebih lagi bila aku dapat jelajah pulau-pulau kecik yang ada sekeliling pulau tu. 

Sempat jugaklah aku berangan nak honeymoon kat Perhentian and Bali... waaaa gatal ek ??? dengar kat mak aku sah-sah kena cili mulut !! :p

All blogger, korang ada idea tak untuk emma nak bercuti kat mana ??? ehhehe banyak sangat tempat menarik kat Malaysia nie. Tu yang Excited sangat !! ehhehe


www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment

Ala... janganlah pandang jer keyboard yang mahal tu.. meh komen-komen kat blog nie!!!