-->

Saturday, June 30, 2012

Emma cari BLOGLIST baru ^_^



Assalamualaikum uoals,

Okay, memandangkan tak lama lagi kita nak masuk bulan baru,
So Emma nak gantikan BLOGLIST June Emma ^_^
So ada sapa-sapa nak tersenarai dalam bloglist JULY Emma tak ???
Hehhehehe blog tak femes... tapi suka kumpul ramai kawan-kawan baru ^_^

So, kalau sapa-sapa yang sudi nak masuk dalam bloglist July nie..
Korang just comment kat entry nie,
Dengan SYARAT korang kena typing 
" Emma cari BLOGLIST JULY " then baru korang letak Url link korang !!
Tak susah kan ???
Tak sabar rasa nya nak letak List baru...

www.tips-fb.com

Friday, June 29, 2012

Tag line Blog Emma di tiru ???



Assalamualaikum uoals,


Mood marah sket,
Bila someone bagitau kat Emma yang Tagline blog nie dah kena tiru !!
Oh mak gayah, ni yang dah nak bertukar jadi merah je nie !!!
Alahai TAGLINE je kot... fikir lah sendiri..
Kata nak jadi blogger !! So gunalah kekreatifan dari otak sempit tu...
Tak payah lah nak tiru tagline orang lain...ish..ish...
Nak tukar kaler dah nie,
Blog tak femes pun still orang nak stalker and tiru tagline ek ???
Adehhh... Emma tak kacau life orang lain pun.. 
So please, use your way and your idea..
Bukan meniru hasil perahan dari otak kecik a.k.a si kecik  nie...
Tak kisah lah tagline tu diubah sikit ke banyak,
Tapi tetap membawa maksud yang serupa.. 
So tak perlulah meniru orang lain..
Just jadi diri sendiri, idea sendiri... !!!

" Dari otak kecik turun ke Papan Kekunci melahirkan Celoteh dari bibir comel Emma Eema "



www.tips-fb.com

Kiamat !! Sempat ke kita ??



Assalamualaikum

Mengisi masa seketika membaca kisah kiamat, yang nyata setiap kali membaca tentang kisah hari kiamat pasti akan membuatkan bulu roma tegak !! Tanpa kita sedari, terlalu banyak dosa yang kita lakukan.  Dari hari ke sehari, kita tak sedar. Kita semakin lalai dengan kehidupan dunia.

Emma nak share dengan korang apa yang Emma baca.  Hope korang pun dapat kesedaran dalam diri korang !!




- Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

- Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

- Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

- Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

- Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

- Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

- Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

- Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

- Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

- Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

- Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

- Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

- Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

- Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

- ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

- Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

- Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

- Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

- Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

- Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

- Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

- Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

- Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

- Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

- Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

- Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.



Nota kecik : Mampukah kita menjadi hamba Allah yang berada di Syurga ?? mampu meniti titian dengan sempurna ?? Renung-renungkan...


www.tips-fb.com

Thursday, June 28, 2012

Saya Seorang Silent Reader. Tapi Saya Suka Baca Blog Awak




Silent reader ??? hehehhe memang selalu Emma buat ^_^
Selalunya if blog tu dah popular, Emma selalu jadi silent reader jer..
If entry post menarik, kadang-kadang emma akan comment, tak pun silent reader je la...


So blog yang Emma selalu jadi silent reader :



www.tips-fb.com

BLUR......



Assalamualaikum uoals,


Mood blur hari niee,
Entah nape.. heheeh adeh,
Di tambah pulak dengan tahap mengantok yang sukar untuk di kawal
Sehinggakan memandang laptop kat office ni umpama memandang bantal bucuk kesayangan ^_^

Mungkinkah kerana kemenangan Spain semalam ???
Ahaaaa pizaa malam nie.. hehehehhe
Atau mungkinkah kerana ........
Hhehehehhe tak ada pape =p
Yang nyata korang ada idea tak macam mana nak hilangkan BLUR ???
Hantuk kepala kat dinding ??
Pergi makan banyak-banyak ??
Atau tido... hahahhaha


www.tips-fb.com

Wednesday, June 27, 2012

PORTUGAL VS SPAIN



Assalamualaikum uoals,

Entry pendek jer nie...
Hehehhehehe 
Sapa akan menang ???
Portugal or Spain ???


Agak-agak korang sape yang menang malam nie ???
Hehehhehe hope SPAIN menang malam nie... ^_^
Dah betting ngan ayah nie...!! 
Sape kalah kena blanje PIZZA malam nie... hehehehhe

Mana satu pilihan korang ??


Jumpa kat stadium Astro malam nie... ^_^


www.tips-fb.com

Tak daftar sebagai PENGUNDI ??


Assalamualaikum uoals,


Tak lama lagi nak pilihan raya dah..
Korang dah daftar ke sebagai pengundi ???
Hehehhehe tanya orang lain.. Emma pun belum mendaftar pun lagi !!
Bukan apa, tak minat sangat politik nie !!
Nampak sangat tak ada sifat cintakan negara... adehhh
(mintak lempang laju-laju cam nie)
So bagi korang yang dah cukup umur untuk mengundi tu...
Boleh lah pergi mendaftar !!
Jalankan kewajipan anda untuk negara...
Cewaahhh dah macam iklan pulak...
Okay, Emma nak share dengan korang pasal something nie,


Semalam balik-balik je ada surat..
Eh, surat apa nie ?? Kalau surat hutang tak nak bukak..=p
Kalau surat nak dapat duit cepat-cepat Emma bukak ^_^
Korang nak tau surat apa yang Emma dapat ???

"Tahniah, anda telah berjaya mendaftar sebagai pengundi. "

Nama : Nur Azimah Mohamed Esa
No kad Pengenalan : xxxxxx-xx-xxxx
Cawangan pilihanraya : Zon Titiwangsa
Lokasi : SMK Puteri wilayah, KL

Okay, fine !! sekarang nie bila Emma mendaftar ??? 

Tengok kat bawah surat....

Oh... BARISAN NASIONAL yang tolong daftarkan.. Terima kasih lah.. buat susah-susah jer.. ^_^



www.tips-fb.com

NOTE OF THE DAY !!



Love this quote ^_^
To my ex, hargai bila ada depan mata..
Jaga cinta & sayang yang baru dengan baik-baik !! Jangan sia-siakan.. Wish ur happiness.
To my lalink, hope this is relation will end with happiness and what we dream. InsyaAllah


www.tips-fb.com

DEJAVU



Assalamualaikum uoals,

Okay nak share dengan korang semua tentang penangan cerita " DEJAVU DI KINABALU " lakonan Tiz Zakiah dan Aqasha.  But, bukan kisah cerita tu yang Emma nak share dengan korang !! Korang pernah dengar tak perkataan DEJAVU ??? Angkat tangan cepat !! ehhehehehe maybe ada yang pernah dengar, ada jugak yang tak pernah dengar.  Betul tak ????

Okay " DEJAVU " merupakan satu perasaan yang kita rasakan pernah alami sebelum nie tetapi pada hakikatnya, perasaan tu belum lagi berlaku.  Kiranya in FUTURE la... pelik kan perasaan macam tu ??? Tapi itulah yang dinamakan kuasa Allah.  Setiap yang berlaku pasti ada sebab nya.  Korang pernah rasa tak perasaan macam nie ??? Emma pernah rasa perasaan nie, then what i say ??? " eh, macam dalam mimpi lahhh..."



 " Menurut Dr. Vernon Neppe MD, PhD, Direktur Pacific Neuropsychiatric Institute (PNI), adalah pengaruh subjektif mengenai anggapan adanya kesamaan pengalaman saat ini dengan masa lalu yang sulit dijelaskan. Sedangkan James Lampinen, profesor psikologi dari University of Arkansas mendefinisikan déjà vu sebagai perasaan begitu kuat mengenai adanya kesamaan global yang terjadi pada situasi baru. Kesamaan pengalaman dalam déjà vu ini bersifat keseluruhan, hingga setiap detail terkecil, mirip sekali dengan yang pernah dialami seseorang di masa lampau. Tapi pengalaman ini selalu disertai dengan perasaan tidak nyata. "


Okay, jom layan lagu baru dari Shila Amzah " DEJAVU " 



Aku bukan lemah tanpa cinta
Hanya tidak mampu sendiri tanpanya
Biarkan aku menangis kerna derita

Dia hadir mengubatkan rindu
Mengajarkan aku erti cinta
Namun semua tidak seindah ku sangka

Dialah yang aku inginkan
Dia cinta yang kudambakan
Namun semua hanya tinggal mimpi
Terpisahnya cinta

Aku harus melupakannya
Aku harus memadam rasa
Namun hati tidak pernah mampu
Melepas kau pergi

Dialah yang aku inginkan
Dia cinta yang kudambakan
Namun semua hanya tinggal mimpi
Terpisahnya cinta

Setelah sedar dari mimpi
Harus ku terus hidup tanpamu
Kini ku pasrah segalanya
Tentang cinta

www.tips-fb.com

Tuesday, June 26, 2012

Contest Anjuran Bro Framestone dan Nando's Malaysia



Assalamualaikum Malaysian ^_^

Did u heard about the "Malaysia's Hottest Battle" between Macho Kai and Harry Kok???


Okay, let me introduced to uoals who is Macho Kai and Harry Kok???
Ahaaaaa !! Macho Kai wearing the RED Shirt and Harry Kok wearing the GREEN shirt.
So, in this competition, Macho Kai and Harry Kok will challenging each other to become WINNER !!
So, who u think will be the WINNER ???
Macho Kai ?? or Harry Kok ???

Ahaaaa... I voted for HARRY KOK !!! ^_^

Why ???
Because he look so cool and have his own style on POLE DANCING.. Awesome !!!


Love to hear HARRY KOK attitude 

 Main thing is I want to win and show that I could do this"


And how i show that i supported Harry Kok ???

Ahaaaa I also wearing the GREEN kebaya...^_^


www.tips-fb.com

COUNT THE DAY



Assalamualaikum uoals,


Gud Morning,
Rasa macam dalam mimpi je lagi 
Meh nak tampar laju-laju pipi nie !!
Eh, keapa  happy sangat nie ???
Hheheheh mestilah incik abang nak balik KL minggu depan !!
yeayyy hope semuanya berjalan dengan lancar !!
Next week besday Incik abang !!
So dia balik semata-mata nak tuntut hadiah.. adehhhh 
Hehhehe dun worry, ade punye hadiah dia...
And tak sabar pulak nak bercuti kat PD next week...
Dengan sape ????
Mestilah dengan incik abang, my sis and my beloved frenzzz...
Hope segalanya di permudahkan..
amin..


Tak sabar rasanya nak mandi laut.. 
Tengok sunset


And yang paling best tak sabar nak buat BBQ malam tu kat pantai... 
Wuhaaa syok nyer...


Mood cuti-cuti Malaysia ^_^

www.tips-fb.com

Monday, June 25, 2012

Bila Minah Salleh nyanyi lagu Ombak Rindu ^_^



Memang terbaik la..
Bangsa asing boleh nyanyi lagu melayu dengan baik !!
Orang melayu sendir tak nak agungkan bahasa dorang


www.tips-fb.com

CERITA NEALOFA LAGI ??



Assalamualaikum uoals,

Hurm tak habis-habis cerita pasal NEALOFA, 
Publisti dan kontroversi dia nie banyak betul la...
Ish, kan best kalau dengar pasal kehebatan dia dalam lakonan daripada kehebatan dalam pentengkaran ??
And sekarang SENIMAN pulak nak masuk campur tolong settelkan hal dorang...


Jom baca kat SENIMAN & NEALOFA
www.tips-fb.com

MORIB GOLD COST ^_^



Assalamualaikum uoals,


Setiap kali nak pergi site, mesti nampak sign board MORIB GOLD COAST..
Wow, macam menarik jer..
Dalam hati rasa terpanggil-panggil nak pergi..
Then, gatal-gatal lah tangan duk search tempat tu..
Sekali bukak...
wow... macam best je...
So kena set time bila boleh pergi tempat tu..





www.tips-fb.com

6 TANDA KORANG DAH GEMUK !!



Assalamualaikum uoals,

Hari nie mood terpanggil nak share dengan korang tentang isu kegemukkan nie..
Mesti ramai yang tak suka bila korang dah gemuk kan ???
Then bila dah gemuk, masing-masing mulalah cari pusat slimming...
Dan bayar mahal-mahal semata-mata nak kurus dengan cepat...
Okay, meh nak share dengan korang 

10 TANDA KORANG DAH GEMUK !!!

1) Bila korang rasa kenapa seluar korang semakin kecik !!


2) Bila korang asyik nak makan jer.. tak sampai sejam, korang makan lagi...!!


3) Bila korang berdiri, pandang ke bawah korang rasa  ada something yang menghalang !!


4) Bila pegi jalan-jalan, pekerja kedai peralatan senaman akan memanggil-manggil korang untuk try product dorang !!


5) Bila member-member korang mula panggil korang " gemuk, debap, bulat "


6) Bila pusat slimming mula call korang bagi FREE package !!


Hehhehe so ada sapa-sapa nak tambah lagi ??? boleh je.. meh tambah-tambah dalam comment. ^_^


www.tips-fb.com

Friday, June 22, 2012

Memang HOTTTTTT !!! Bila Artis tak make up



Assalamualaikum uoals,


Kita selalu tengok kat TV..
Eh, cantik nye artis nie make up kan ???
Hidung mancung, bulu mata lentik,
Membuatkan kita rasa terpukau...
Tu lah dia kuasa make up,
Muka tak cantik pun boleh jadi cantik,
Tepek sana, tepek sini....
Haaa amik kau... terserlahlah wajah palsu yang kita tengok..
Korang pernah tak tengok artis feverat korang tanpa make up ???
Sama tak rupa dorang dengan dorang pakai make up ???
Jawapannya memang tak sama...
Kadang-kadang korang boleh nampak kat sesetengah artis nie without make up..
Muka dorang nampak lebam.. kusam and tak bermaya !!
Tu laaa... mak dah pesan, jangan selalu bermake up..
Nanti muka cepat rosak !!


Tak percaya ??
Cuba korang tengok nie...

Rossa
Julia Ziegler
Misha Omar
Mizz Nina
Siti Nurhaliza

Dan apabila terlebih sangat pakai make up...
Maka terjadilah macam nie....

Y
Y
Y
Y
Y
Y
Y
Y
Y
Y
.
.
.
.


Haaaa terkejut tak ??? hehehhehe


www.tips-fb.com

Thursday, June 21, 2012

Serius comel dorang nie !!!



" Sembahyanglah anda sebelum anda di sembahyangkan "



Dalam hati tertanya-tanya, bila agaknya solat nak penuh nie ???


www.tips-fb.com

Mak Nyah terlampau !!!



Assalamualaikum uoals,


Wow, tajuk entry ganas nampak !! hahahaha memang ganas pun. Tapi tu lah hakikatnya, memang ramai mak nyah kat MALAYSIA nie ek ?? Cuba kalau korang pergi kat belakang lorong-lorong, confirm ramai mak nyah yang duk tunggu customer.  Kasi service baik punya !! Service ape ?? sendiri mau ingat la... hahahhaa


Kadang-kadang nak gelak pun ada bila tengok mak nyah nie.. bila tengah okay cakap punya lah lembut !! But bila tengah marah, haaa amik kau " kuar sore ganas nye... baru lah menunjukkan keganasannya " Kalau lari... tu dia dah terkangkang-kangkang sibuk duk pegang  kain dengan kasut tinggi nya.  Kalau berjalan tu.. confirm kalah perempuan melayu terakhir, lenggang lenggok macam itik pulang petang. phweeeittt confirm ramai pakwe terpikat punya.  

But, kenapa dorang nak jadi " mak nyah " ek ??? Nak tau lagi pasal mak nyah ??? klik sini

www.tips-fb.com

Ponteng sekolah jom !!!



Assalamualaikum uoals,

Eh, tetiba bila tengok anak buah sibuk-sibuk siap nak pergi sekolah... dalam hati kecik nie terdetik satu perkara !! Membuatkan hati kecik nie nak gelak pulak bila ingat balik.  Ingat lagi time Emma darjah 1, orang lain semua pakat nak pergi sekolah... Dengar cakap mak ayah " kalau rajin pegi sekolah nanti cepat pandai !! dah besar boleh keje gaji banyak !! " Bila dengar mak ayah cakap macam tu, hati masing-masing berkobar-kobarlah nak pegi sekolah.  Tapi lain pulak dengan si budak degil nie, orang lain sibuk nak pegi sekolah, si degil nie tak nak pegi sekolah !! Puas lah mak ayah duk pujuk-pujuk, beli cekelat, beli eskrim, beli gula-gula... kira apa yang di mintak confirm dapat jugaklah... buget anak manja mak ayah letuwwww.



Bila sampai kat sekolah, berdiri depan pintu class " alamak cikgu pegang pembaris panjang kaler kuning nie " wuhaaaa tak mooooo masuk kelas.. cikgu garang !!! Maka  tanpa segan silunya Emma akan buat u-turn patah balik larikkkk pegi kat ayah yang duk anta pegi sekolah.  Duk nanggis-nanggis kat ayah, then si ayah dengan sabar memujuk si degil nie.  Cikgu datang, tarik tangan ajak masuk kelas. Eh, siap umpan lagi bagi gula-gula bantal.. heheheh syok tuuu feverat la pulak... Dah kena pujuk, beranikan diri masuk kelas.  Dan Emma ingat lagi mak akan tunggu kat sekolah.  Duduk dekat kerusi bawah pokok sambil duk mengait benang or duk jahit baju.  Bila mata kecik nie tak nampak mane hilangnya mak... maka meraunglah emma dalam kelas mencari cari mane mak hilang.  Hinggakan mak kena duduk depan pintu kelas semata-mata nak si degil nie pandai.

Ingat lagi, bila si degil nie tak nampak mane hilangnya emak !! maka bermaratonlah kejap lari balik umah.  Dengan diiringi oleh guru disiplin dan pak cik tukang kebun.  Sampai kat rumah, eh mak tak ada.... sepuluh minit lepas tu mak pun sampai kat umah... Maka si degil nie berlari-larilah peluk mak, rupa-rupanya mak pegi tandas ler.... dengan kemarahan yang di paras 101 % maka, tali pinggang ayah emak capai lalu si degil nie ape lagi kenalah pukul jap... alahai padehal tak lah sakit mane pun.. tacing je lebih !! Time tu rasa macam mak ayah tak sayang da... nak lari dari umah duk kat tepi bus stand je... lari masuk dalam bilik, protes tak nak makan sehari... hahahahha ade mak ayah kesah ??? tak di heran nye si degil nie protes... bila time malam dah lapar, pandai pulak bukak periuk cari nasik !! 

Lepas dari tu, mula terdetik dalam otak kecik nie.  Sampai bila nak mak ayah tunggu kat sekolah ??? then esok bila mak ayah nak tunggu kat sekolah macam biasa, mulut kecik nie cakap " tak payah tunggulah ".  Dengan terpinga-pinga mak ayah pun balik umah dengan senang hati.. ada chance la nak dating jap.. opssssss.  Semakin hari prestasi belajar pun semakin tinggi.. markah pun selalu dapat 100 %.  Bila markah dah tinggi jadi syok pulak !! Tak sabar nak pegi sekolah.

Tu kisah time kecik-kecik, tak sangka setiap pengorbanan mak ayah satu persatu Emma cuba balas.  Dan hari ini, Emma ada keje yang okay, Emma tunaikan impian mak ayah nak tengok Emma naik pentas amik scroll, Pakai topi senget dengan jubah, satu persatu Emma cuba tunaikan. InsyaAllah.  Kasih sayang dan pengorbanan seorang mak ayah amat besar bagi anak-anaknya.  Kadang-kadang kita lupa, mereka semakin tua.  Mampukah mereka sentiasa melihat kejayaan anak-anaknya ??



www.tips-fb.com

Berkahwin ketika belajar, apa pandangan korang ??



Assalamualaikum uoals,

Tiba-tiba pagi nie nampak satu topik yang menarik...
Boleh korang bagi pandangan ???
Apa pandangan korang bila melihat seseorang yang masih belum menggengam segulung ijazah,
Tetapi mengeluarkan hasrat untuk mendirikan rumah tangga ???
Ada yang kata,
Berkahwin ketika masih belajar adalah seperti memperjudikan diri sendiri,
Tetapi apa pandangan korang pulak,
Bila ada yang dah kahwin tapi berjaya dalam pelajaran mereka !!!


www.tips-fb.com

Wednesday, June 20, 2012

"SEGMEN SEKEJAP NASZ : BLOG PILIHAN SAYA"





Abg Nasz kembali dengan segmen ^_^

Okay, blog pilihan Emma....

Jeng..jeng..jeng....

Blog ~ Betul-betul Hangat !!!

Okay, dah pilih.. heheheheh 

Selamat Bersegmen ^_^



www.tips-fb.com

Shaheizy Sam " BERCINTA" dengan Yana Samsuddin



" Aku tahu di mana nak cari cinta mu...
Di sini tak mungkin mengalah...
Dengan apa yang mendatang....."

Korang dah tengok belum filem " Aku ada kau ada ??? "
Bagi yang belum tengok,
Boleh tengok kat Astro First okay !!!
Emma bukan nak cerita pasal filem,
Bukan nak review pasal profile dorang !!!
But Emma nak share kat korang yang .....
SAM and YANA tengah hotttt bercinta !!!
Haaaa sesuai tak dorang ???
Heheheheh alalalalla buget-buget masing-masing kiut kan ???
" Bila abang pendek dengan si mata bulat !!! "
Sesuai kan??? soooo kiutttt... ^_^


Okay... tak payah nak teruja and excited sangat...
Coz dorang bercinta dalam filem terbaru yang bertajuk " 8 JAM "
Hehehehe tapi kalau betul dorang bercinta pun best kan ???

^_^


www.tips-fb.com

Tuesday, June 19, 2012

List of COOL BLOGGER !!



Assalamualaikum uoals,

Emma nak share dengan korang,
List blogger yang memang tak sombong...
And selalu keep in touch dengan Emma..
Hehehhe sayang korang semua...
Ada yang femes blogger yang selalu bagi tips and nasihat,
Ada yang blogger yang biasa-biasa tapi tak jemu dan sombong untuk bertegur sapa...
So emma nak listkan blog korang....
So entry nie akan di update dari semasa ke semasa...

21)
22)
23)
24)
25)


www.tips-fb.com

Art from human soul



Assalamualaikum uoals,

Hahahahah entry MELUKIS DENGAN PAYUDARA
Dapat banyak feed back daripada readers,
But, bagi Emma lah kan... apa yang dia buat tu satu seni...
Selain menggunakan pelbagai media untuk melukis,
Dorang menggunakan human body as media....
Memanglah sometime kita akan rasa geli dengan apa yang dorang buat...
But cuba korang fikir,
Ada juga painting yang di hasilkan menggunakan MULUT, LIDAH...



Ada jugak painting yang di hasilkan menggunakan tangan dan kaki...



Dan ada juga painting yang di hasilkan menggunakan part-part tertentu..


Tapi walau apa pun media yang dorang guna...
Itu adalah satu seni...
Dan ramai jugak orang yang kagum dengan hasil seni dorang...
Seni tu bebas dan tak terhad pada satu item sahaja...
SEBAB....



www.tips-fb.com

Melukis dengan Payu dara



Assalamualaikum uoalss,

Wow, bukak Metro online pagi nie..
Tiba-tiba nampak satu topik menarik !!
" Melukis menggunakan payudara "
Haaaa korang boleh buat ke ???



BANGKOK: Kementerian Kebudayaan Thailand meminta penjelasan daripada produser rancangan mencari bakat yang menayangkan seorang peserta wanita melukis menggunakan payu daranya disiarkan ke seluruh negara. Menteri Kebudayaan, Sukumol Kunplome berkata, “Masyarakat mengkritik rancangan ini dan kami perlu mendapatkan jawapan.” 


Ahad lalu, peserta untuk rancangan “Thailand’s Got Talent”, membuka baju dan colinya sebelum mencurahkan setin cat warna di payu daranya, di mana dia kemudian menggosok payu daranya di atas kanvas di hadapan juri yang memandang dengan mulut terbuka dan penonton bersorak. 

Dia diundi untuk melepasi pusingan seterusnya oleh dua juri lelaki, menyebabkan seorang juri wanita merasa resah.



Produser rancangan itu tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.



Walaupun industri seks di Thailand berkembang, pegawai di negara itu swering mengkritik perbuatan tidak senonoh di tempat awam. 

Minggu lalu, Kementerian Kebudayaan Thailand berkata, ia memfailkan aduan polis terhadap penyanyi pop Amerika Syarikat, Lady Gaga, kerana menggunakan bendera Thailand dalam persembahannya bulan lalu dan memakai pakaian yang menjolok mata. - AFP

Sumber ~ Metro online



www.tips-fb.com