-->

Google+ Followers

Wednesday, December 31, 2014

Journey in 2014 ~ Welcome 2015



Assalamualaikum uoals,


Tahun 2014 bakal meninggalkan kita, tahun 2015 bakal menyusul.  Sepanjang tahun 2014 ada banyak kisah suka dan duka, gelak tawa, sedih, dan pelbagai kenangan yang terukir. Adakalanya kita di atas dan ada kalanya kita di bawah.  Adalanya kita di sanjung dan adakalanya kita di hina.  Percaturan hidup memang dah tertulis dan sejauh mana kita menghadapinya ???

Alhamdulilah, tahun 2014 yang bagi emma agak biasa-biasa je.. sentiasa di uji dan di uji oleh Sang penciptaNya.  Emma mengharapkan 2015 mampu membawa sang pelangi dalam hidup emma. InsyaAllah

JANUARY

Memulakan tahun baru dengan azam baru, tapi banyak yang belum tercapai !!! hehehhehe and pertambahan umur baru... " i'm 26 years old". Tahun nie celebrate besday dengan family dan gelaran baru sebagai tunang orang !!! hehehehhe tahun lepas celebrate besday dengan gelaran kekasih hati... tahun nie gelaran tunang pulak !! cewaaaaahh ^_^


FEBRUARY, MARCH, APRIL, MAY

Sibuk dengan persiapan kawen, mula kesana sini mencari barang, order sana sini, booking dan mulalah detik dan saat mengeluarkan duit yang selama nie duk berkepuk-kepuk simpan dalam bank umpama memutar pili paip untuk mengeluarkan air !!!

JUNE

Akhirnya, setelah dua tahun kteorang kenal, setahun kteorang jadi couple dan setahun sebagai tunang. Akhirnya 14 June 2014, 11.30 am emma dan zam di satukan dalam ikatan perkahwinan.  Tak pernah sangka or terfikir pun yang akhirnya emma akan pilih dia. Tapi alhamdulilah, berkat "istikharah" dan restu kedua keluarga akhirnya kami berkahwin.  



JULY

Pengalaman pertama sebagai isteri menjalani ibadah puasa dan solat terawih di masjid.


AUGUST

Kali pertama beraya dengan keluarga mertua... huwaaaa pagi raya dah menanggis ingat mama and ayah !!! bila time call pagi raya, kemain meleleh air mata campur air hingus ... hehehehhehe anak manja raya jauh tahun nie.....

Majlis bertandang pihak zam kat Kuala Pilah, agak sedih and terkilan jugak sebab hasrat nak pakai baju songket tak tercapai ^_^!!!


SEPTEMBER

Allahurabbi, akhirnya disahkan mengandung !!! dan yang lebih teruja bila pertama kali nampak ada satu lagi nyawa dalam rahim.  Terima kasih Ya Allah...


OCTOBER

Mama sekali lagi menjalani pembedahan, kali ni pembedahan pada bahagian mata... hanya Allah yang tahu bila setiap kali doctor akan panggil emma untuk explain everything yang berkaitan dengan keadaan mama.  Tahan air mata bila tengok mama kena tolak keluar dari operation room.  Tahan mata dan penat menghadap setiap kerenah mama sepanjang mama sakit. Rindu nak tengok mama yang ceria macam dulu. Mampu bergerak ke mana je tanpa sebarang halangan. Rindu nak bawak mama pergi shopping sambil pegang tangan mama.... 

Alhamdulilah, ayah masih di beri kekuatan walaupun ada masanya ayah sakit tapi ayah tetap kuat semangat dan tak tunjuk pada anak-anak.  



NOVEMBER ~ DECEMBER

Menanti kelahiran si kecik dalam perut.  Melalui hari-hari dengan pengalaman baru... semoga anak mummy sihat dan membesar dengan baik.  Semoga emma mampu menjadi seorang anak, isteri dan bakal seorang ibu kepada anak emma yang baik dan solehah.  Semoga diberikan kesihatan yang baik kepada mama, ayah dan ibu mertua, suami dan family.



~ Selamat tahun baru ~


www.tips-fb.com

Tuesday, December 30, 2014

Teringin ~ Mampu membuatkan kita menanggis



Assalamualaikum uoals,


Orang pregnant nie macam-macam ragam, kadang-kadang sampai suami boleh rasa stress nak melayan kerenah kita kan ??? Tapi Alhamdulilah, sepanjang pregnant nie... apa yang emma nak teringin nak makan emma dapat makan !! So far tak lah susah sangat apa yang emma nak makan tu... tak lah pulak minta daging unta ke, or benda yang susah nak dapat !!

Sebelum nie, emma jenis taklah nak mintak macam-macam and kalau time tu benda tu tak ada emma okay lagi. Macam sebelum nie, emma teringin nak makan durian !!! Then time tu lah durian tak ada jual... sampailah awal cuti sekolah hari tu, emma dengan zam bawak akak emma and anak buah emma jalan-jalan kat Melaka.... Dah sampai Melaka, hehehhe lepak semalam kat rumah abang emma kat Masjid Tanah. Then, zam tanya abang emma ada jual buah durian tak kat sini ??? abang emma cakap bukan musim...tapi esok kalau terjumpa belilah.... Dan nak di jadikan cerita, akhirnya time lepas jalan-jalan dari Bandar Melaka otw nak balik rumah abang, tiba-tiba nampak ada orang jual durian.... haaaa terus stop kereta time tu. Dapat jugaklah merasa walaupun harga durian time tu kemain kaw-kaw dia letak. Maklumlah bukan musim kan !!!


Cuma baru-baru nie je, emma boleh menanggis sebab tak dapat makan kuih Seri Muka... haaaaaa ngada-ngada kan ??? Emma pun pelik, kenapa emma boleh menanggis tak dapat makan kuih tu... padehal sebleum nie okay je.  Cerita dia macam nie, sabtu lepas emma ajak zam pergi pasar malam Jalan TAR semata-mata nak beli kuih seri muka kat situ. Ntah tak tau kenapa, petang tu emma boleh teringat emma beli kuih kat pasar malam tu and kuih yang dia buat memang sedap !! Rasa pandan and pulut pun rasa lemak je... memang sedap lah !!! Lepas tu zam cakap kita pergi lepas mahgrib.  Okay, tarik muka sikit bila zam cakap macam tu.. coz kalau boleh nak time tuuuu jugak !!! haaaa korang tengok cam gini " peel " emma !! hehehe ^_^!


Tapi, lepas Mahgrib hujan selebat-lebatnya..... terus tak dapat nak pegi !!! zam dah pelik kenapa emma bad mood sangat malam tu coz kalau tak dapat nak beli kuih tu pun esok lusa boleh cari jugakkkk.... tu yang dia pelik, sebelum nie okay jeeeee... tapi malam tu, ntah kenapa boleh meleleh-leleh air mata sebab tak dapat kuih tu... !!!

Esok tu, try cari kat bazar... hurmmm semua yang emma tengok tak menyelerakan langsung !!! huwaaaaa T_T !!! still cari sampai sekarang kuih yang best tuuuu... huwaaaaaa tapi dah tambah lagi satu list, Nak kuih tepung pelita, paya jaras !!!!! adeh !!!




~ Thanks coz baca blog ~
www.tips-fb.com

Kegemukkan !!!


Assalamualaikum uoals,


Hampir sebulan dah duk tinggalkan blog nie ^_^! nampak sangat tahap kemalasan tu semakin lama semakin tinggi.  Sama tinggi dan besarnya dengan perut dan badan sekarang nie !!! aishhhhh ^_^!

Alhamdulilah, hampir ke 27 minggu dah usia baby dalam perut nie ^_^ semakin kuat menendang !!! haaa dalam sehari memang kemain gemar lah dia duk menendang. Lebih-lebih lagi bila daddy dia melayan and main dengan dia !!! Main ???? haaaa jangan tak tau, sejak baby dah start bergerak, zam kemain eksited da.. tiap-tiap malam, pagi before pergi kerja or time balik kerja bukan bini dia lagi dah dia carik !!! Tau dia cari ape ???? dia cari baby dalam perut nie haaaa.... mak jeles tau !!! sedey cam gini ^_^!

Bila daddy dah kemain duk melayan dia... amboiii kemain ligat dan aktif lah si kecik nie mula bergerak, segala organ dia bagi... siku, kaki... yang menahan senak and geli sah-sah mummy dia !!! bila dah tengok kita duk kemain menahan geli and sakit, zam lagilah kemain suka...babap daddy kang !!!

Tau lah kita dah tak comel macam dulu... huwaaa serius memang terasa lah sangat perubahan kat badan nie, mana tak nya cuba korang bayangkan bila berat badan pun dah semakin naik !! Kalau dulu berat emma baru 48kg je, sekarang nie dah jadi 56kg !! Nurse pun bising sikit hari tu check up berat lebih 2kg... ahhahahahahha macam mane ??? Kalau emma dah sekarang nie perut asyik lapar je, kalau sekarang nie emma dah makan nasi siap bertambah sampai 3x (tengok lauk jugaklah ^_^), sejam lepas tu emma dah lapar balik. Mulalah duk cari biskut, roti or nestum.  Lepas tu malam kang time nak tido or time tengah tido boleh terjaga sebab lapar lagi ????  Sekarang nie dah rasa kembang jerrr... sampaikan rasa hidung pun dah semakin kembang !!! adeh !! Tapi bila mama cakap, tu bersifat sementara je... lepas bersalin okaylah balik... fuhhh lega !!!

Okay, setepek emma share dengan korang gambar paling latest emma amik !! hahahaha " i nampak kembang, so i bagi gambar posing dari tepi je lah ye.... "


Ramai yang tanya, " eh, dah scan ke tengok jantina baby ??? " 

Emma belum  scan baby lagi, tapi dah request kat zam nak scan baby on my birthday this January... heheheh kira mintak hadiah skali lah tu.... ^_^ Emma dengan Zam dah plan nak scan yang 4D tu... sibuk lah duk serach kat google klinik mana yang okay. Then ramai yang bagitau kat emma try scan kat Klinik Fauziah, Ampang !! Tapi leceh jugak coz kena buat appoinment dulu !! Emma dah try bukak kat website dia untuk booked appointment tapi dorang belum bukak lagi booking untuk January.. so kenalah tunggu tahun depan yer...

Eh, korang agak-agak baby nie lelaki ke perempuan ??? Ada yang cakap baby nie perempuan kalau tengok perut yang bulat tuuuu... ada jugak yang cakap baby nie lelaki... hahahhahah Emma and zam tak kisah pun baby nie lelaki atau perempuan asalkan segalanya selamat dan di permudahkan. InsyaAllah ^_^

Okaylah, baby dah start main kicking dah nie... perut dah rasa senak je.... huhuhuhuhu baby dah tak sabar nak main dengan daddy dia ^_^


~~ Thanks coz baca blog nie ^_^ ~~

www.tips-fb.com

Tuesday, December 2, 2014

Baby start Kicking !!!



Assalamualaikum uoals,


Waaahhhh, sejak bakal jadi mummy to be nie memang kemain bz sikit -__-! padehal tak lah bz mane cuma tahap malas nak update blog tu tinggi. Maklumlah internet kan dah kemain mahal sekarang nie.. habis topup kat internet je !! Okay nak sambung sharing dengan korang entry preggy. hehehehe aikk entry preggy ??? alahai korang jangan boring ek, maklumlah keterujaan tu memang tahap paling tinggi. Maklumlah 1st baby =)

Okay, genap 21 minggu 2 hari emma dah start rasa pergerakkan baby.  Mula-mula tu tak sure sangat, maybe sebab dia punya denyutan jantung kot. But bila search kat google, baru tau tu gerakan baby.  Baby still kecik lagi, so gerakan dia tak lah kuat.  Tapi mula-mula tu memang emma rasa sangat-sangat-sangat sakit kat perut and atas rahim. Tak tau kenapa !! Sampaikan rasa nak meleleh air mata jugaklah. Tapi sakit tu kejap je pun. Bukan lama. Tak payah nak propa sangat emma oiiii...

Cerita pasal gerakkan baby, emma tak tau macam mana nak explain kat korang macam mana rasanya. Coz maybe setiap mummy to be lain rasanya kan ??? tapi kalau emma rasa dia macam nie ;-

Rasa macam dia denyut-denyut kat satu tempat. Tapi denyut-denyut tu tak lah berterusan. Dia macam kejap-kejap ada pastu dia hilang, then ada balik pastu hilang. Then lepas dah berhari-hari dia semakin kerap. Kadang-kadang rasa macam ada benda ketuk dinding perut. Tapi rasa macam syokkk pulak bila dia dah gerak !!! Sampaikan setiap kali dia gerak mesti emma kejut zam then letak tangan dia kat tempat yang bergerak tu.  Selalunya dia akan gerak time nak tidur, awal pagi and petang.





Tapi yang paling best bila kelmarin emma pergi wedding BFF emma kat Pantai Dalam, Bangsar. Dah nampak dah wedding cake kat tepi pelamin. Time tu terus cakap " sedapnya cake tu... chocolate moist cake !!! " Haaa korang tau apa jadi lepas tu... ??? Baby terus Kick perut !!! Amboiii kemain ek demand nak chocolate cake ??? baby terus kicking sampailah BFF potong cake then bagi kat emma... haaaa lepas makan terus diam !!! haiiii lah anak !! pandai dah nie..... -__-!



www.tips-fb.com