04.00pm@wangsa maju
Assalamualaikum and selamat petang. Hujan dari petang semalam yang membawa ke hari nie membuatkan tahap kemalasan nak pergi keje sangat tinggi =) adehh kenapalah malas nie?? sifat M tolonglah pergi jauh-jauh..syuuhhh..syuhhh =) heheheh okay dah rajin dah =)
Pagi tadi bila bukak fb ramai yang wish Hari Wanita. Oh baru ku tahu ada juga hari wanita ek ?? (buat-buat muka kesengalan tahap melampau memang mintak siku jer...) yerlah memang tak pernah tau or memang tak amik tau pun pasal hari wanita. Ya Allah Emma... adakah anda seorang wanita ??? hehehehe of coz lah wanita. Sebelum nie kan remaja perempuan... cehhhhhh sekarang usia dah bertambah maka dengan pertambahan usia bak kata orang tua "dah layak kawin pun" so memang layaklah di gelar WANITA kan ??? hehehehehe Anyway, SELAMAT HARI WANITA bagi kaum wanita seluruh dunia =)
Okay, Emma nak share kat korang tentang "Sejarah Hari Wanita". Ianya bermula melalui sebuah kisah wanita biasa yang mencipta sejarah, sejarah perjuangan wanita yang berabad abad lamanya untuk persamaan hak, keadilan, keamanan dan kemajuan dalam kehidupan yang dikongsi dengan kaum lelaki. Kini sambutan hari wanita adalah simbolik kejayaan wanita seluruh dunia. Di hari ini semua wanita seluruh benua tanpa mengira latarbelakang agama, geografi, kaum, budaya dan politik berkumpul, bermuafakat, bersatu dan bersama-sama menyambutnya dengan perasaan muhibbah dan ceria.
Peristiwa itu berlaku 143 tahun yang lalu, 8 mac 1857. Pada tarikh ini satu mogok besar-besaran telah di adakan oleh beratus wanita yang menjadi buruh di kilang kain dan pakaian di New York. Mereka melancarkan mogok kerana menentang kezaliman majikan dan masyarakat kapitalis yang mengekploitasi keringat dan tenaga dengan bayaran gaji yang amat rendah, masa kerja yang panjang serta keadaan suasana tempat kerja yang tidak berperi kemanusiaan. Lima puluh tahun kemudian di bulan Ogos 1910, Persatuan Wanita Sosialis Antarabangsa telah memilih tarih ini sebagai hari sambutan wanita sedunia. Pada tahun 1975 , Bangsa bangsa bersatu mula merayakan 8 mac sebagai sebagai hari wanita sedunia. Kredit untuk --> http://minnieajid.blogspot.com/2010/08/selamat-hari-wanita-sedunia.html
No comments:
Post a Comment
Ala... janganlah pandang jer keyboard yang mahal tu.. meh komen-komen kat blog nie!!!