-->

Friday, March 30, 2012

Cuti UMUM 11 APRIL 2012



Yeayyyyyyyy
Cuti lagi 11 APRIL nie !!!
Tak percaya ???
Tengok nie !!!


Hehehhe kalau salah korang marah lah sape yang sebarkan info nie ek !!!
Kalau betul.... Emma nak start plan cuti nak pergi mana nie !!!
Harus lahhhh ... =)


www.tips-fb.com

Cinta Bersatu by Liyana Jasmay



First time dengar lagu nie... wahhhh sweet nyer =) Tertanya-tanya jugak siapa yang nyanyi lagu nie.. Finally, i found it !! This song by Liyana Jasmay (LJ).  Sweet sangat lagu nie !!!

CINTA BERSATU

Di matamu ku berharga
Kau perlakukan aku
Lebih dari mencintai dirimu

Di dekatmu ku merasa
Bahagianya aku
Dapat ruang cintamu

Hanya kamu saja
Yang mampu begitu
Tulus
Mengerti aku

Kau sempurna bagiku
Tak kurang sesuatu
Kau terima apa adaku

Ku sempurna bagimu
Tak kurang sesuatu
Cinta bersatu

Gayamu
Sifatmu
Cara mencintaiku
Yang membuatku diriku jatuh cinta padamu



www.tips-fb.com

Single vs Married



Yuhuuuu, 
Entry lagi hari nie ???
Banyak nyer...
Just nak share dengan korang....
Yang kembar Emma akan mengakhiri zaman anak dara kurang dari 24 jam dari sekarang !!!
Hhehehhehe lepas nie tittle akan bertukar dari "CIK" kepada "PUAN"..
Hahahahha i'm happy with u lalink....
Waiting for me tonite...
Kita nak tidur sama-sama
Kita nak share suka duka kita
Kita nak gelak puas-puas
Kita nak happy puas-puas
Sebab,
Lepas nie semua akan berubah!!
Kita tak boleh macam dulu sangat lagi !!
Yuhuuu Kembar,
Tunggu kembar kamu nie tau,
Emma akan pakaikan inai...
Kat jari konon lentik kamu tuuu
Cehhh, 
Walau apa pun,
Emma sayangggg kamu... "NOOR LAILA MUSTAFA"



www.tips-fb.com

Andai korang tau !!!





Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

Nota kecik : Sangat tersentuh baca ayat nie !! Semoga Emma boleh jadi wanita macam nie !! amin



www.tips-fb.com

Alaaaaaa mesti rindu nak gaduh lagi !!!



Alaaaaa rindu nak gaduh lagi...
Yerlah gaduh tu dah jadi hobi pulak setiap hari..
Bila gaduh, marah... then boleh gelak lagi =)



Lepas nie dah tak boleh gaduh da...
Sape saya nak "sekeh" bila tengah marah ???
Sape nak pujuk bila ngajuk nie ???
Alaaaaa ....
Tak pe, Emma tunggu janji tu....
Hehheheheh tak sabar lak nak pegi Belgium !!
Hehehehhe "akan ku tuntut janjimu"



Tak kisah la...
Walaupun jauh kita still boleh gaduh lagi kan ????
hehehhehehe ... Nanti kita gaduh lagi ek ???
Main tarik-tarik rambut...
Sekeh-sekeh... cubit-cubit....
Lepas tu nanggis... hahahahhahaha



www.tips-fb.com

Thursday, March 29, 2012

"Kalau sayang, buktikan !! "



" Kalau ayang sayang abang, buktikanlah...."
" Buktikan macam mane ??? "
" Alaaaa yang macam tu lahhhh "


Lalu si Syaitan bersorak riang apabila satu lagi anak cucu Adan & Hawa berjaya di hasut...

"Abang, macam mana nie ??? ayang pregnant laaa "
" Huh, betul ke ke tu anak abg ??? abg tak percaya !! "


Lalu, si tertipu menanggis menyesali perbuatan nya... Tapi kenapa DIA jadi mangsa ???


Lalu, lahirlah bayi-bayi yang tak berdosa.  Tapi di buang !! Tak rasa sakit ke lepas korang bersusah payah melalui proses MELAHIRKAN.. then korang buang anak korang ??? 
Mana sifat manusia korang ek ???


www.tips-fb.com

TIADA AKHIRNYA




Korang tau kenapa Emma buat entry macam nie ???
Coz banyak perkara yang Emma lalui sejak akhir-akhir nie,
Membuatkan Emma mampu membentuk sesuatu kat muka Emma !!
Korang tau ape ????

Ceh, budak kecik pun tahu lah lalink-lalink semua !!!
Sejak akhir-akhir nie Emma mampu...
Mampu...mampu....
Dan mampu......


Mengukir.......... sesuatu yang pasti !!
Apa yang pasti ????


Tak percaya ???? 
Tengok nie !!!!


Boleh kan senyum ???
Sebelum nie Emma memang suka senyum, gelak and happy go lucky !!
But bila Emma sering di landa pelbagai dugaan...
Emma dah jadi kurang senyum...
Payah nak senyum IKHLAS...

But....
Sekarang, Emma boleh SENYUM tanpa paksaan dalam erti kata lain "TAK IKHLAS"


www.tips-fb.com

AWAS !!! Lelaki Asid KEMBALI


Dengar je dah seram
LELAKI ASID ???
Dorang nie dah tak ada keje lain ke ???
Kepada kaum wanita,
Sila berhati-hati !!



Mangsa, S Rani, 47, yang ingin ke tempat kerja tiba-tiba ditegur dua lelaki yang turut bersamanya menunggu bas. Menurut saksi, Nur Aqilah Osman, 14, ketika kejadian dia menunggu bas untuk ke sekolah apabila ternampak kedua-dua lelaki terbabit bercakap dengan mangsa.


“Ketika wanita itu sedang bercakap dengan kedua-dua lelaki terbabit tiba-tiba mereka meragut rantai emasnya dan dia cuba melawan, tetapi disimbah asid daripada botol yang dibawa seorang daripada lelaki itu,” katanya.



Dia berkata, lelaki terbabit turut menyimbah sisa asid kepadanya menyebabkan bahagian belakangnya melecur.

copyright : metro online



www.tips-fb.com

"SEGMEN NASZ : JOM KENAL BLOGGER"



Nama Penuh Saya?
Nur Azimah Mohamed Esa
Nama Panggilan Saya?
Emma
Sejak Bila Saya Berblogging?
June 2010 but start active on January 2011
Url Blog Saya?


www.tips-fb.com

Wednesday, March 28, 2012

BEN ASHAARI DAN RAKAN BLOGGER


Anda ternampak seorang rakan anda sedang makan di sebuah gerai , kemudian anda menyapanya. Soalannya , apakah ayat pertama sekali yang akan anda lafazkan ?

" eh, lama tak jumpa. Sihat ke ??? "


www.tips-fb.com

Awal Ashaari menanggis ???



Yuhuuuu, so sweet tengok live video Awal proposed Scha 
Nak macam tu jugak boleh ????
Opsss Awal menanggis ????
Mestilah terharu bila Scha accept dia !!
Kalau korang ???
Tak ke menanggis jugak !!!

Tak percaya Awal menanggis ????
Ha tengok video nie !!!


Anyway, Awal and Scha akan benikah pada 4 Mei 2012 di Putrajaya,
So, to both of u.... congratulation !!!!


Sweetkan detik-detik manis dorang nie ???
Tak percaya tengok nie ???




And yang paling sweeettttt



nota kecik : peminat setia Scha Alyahya and Awal Ashaari mendoakan Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat... amin !!!!!!



www.tips-fb.com

Tuesday, March 27, 2012

Masuk Universiti bukan tiket untuk dapat kerja



Masuk UNIVERSITI bukan tiket untuk dapat kerja !!
Percaya atau tak, kebanyakkan penganggur adalah di kalangan MAHASISWA/MAHASISWI.
Apa yang Emma nampak, dorang masuk Universiti hanya untuk mendapatkan gelaran GRADUAN,
Tanpa mengambil berat tentang program atau kursus yang mereka minat !!
Sudah nya, lahirlah penganggur di kalangan graduan !!


So, kepada graduan-graduan, 
Lengkapkan diri korang dengan kemahiran !!
Teori tanpa praktikal adalah sia-sia !!
Zaman sekarang, boss takkan tengok setinggi mana tahap pendidikan korang !!
Tapi boss akan tengok pada IQ dan kebolehan korang bekerja.

Renung-renungkan...


www.tips-fb.com

Belgium... here I will come !!!



Korang pernah ke Belgium ???
Heheheh dan yang pasti Emma memang tak pernah ke sana !!
But, semangat nak ke sana macam berkobar-kobar pulak..
Bila ada someone yang sangat murah hati nak support Emma ke sana !!
InsyaAllah, kalau insan yang murah hati tu jadi nak bawak...
Si kecik yang degil nie !! hehehehe

Kenapa BELGIUM ???
Hurm tak pernah terfikir pun nak ke sana..
Apa yang ada ek ???

Memandangkan seorang Architect memang tak lari dari senibina,
So memang layaklah someone tu bawak Emma ke sana...





Okay, once Emma dapat jejak kaki kat sana.. confirm Emma akan share dengan korang semua..
Hope someone tu "murahhhh lah sangat hati dia ek ??? " hehehhehe amin !!!


www.tips-fb.com

Kisah si peminta sedekah



" Dik, derma ikhlas untuk orang buta "
" Saya lapar, boleh bagi sikit duit ??? saya nak beli makanan !! "
" Derma ikhlas untuk anak-anak yatim "



Korang pernah tak mengalami situasi macam nie ???
Rasanya confirm korng pernah kan !!!
Bila korang duk lepak kat kedai makan,
Confirm akan ada situasi macam nie !!

Kadang-kadang bukan tak nak bagi,
Sedih and kesian tengok  keadaan dorang !!
Tapi cuba korang bayangkan !!
Bila si buta datang meminta derma,
Yang bawak si buta pulak.. si celik and ada kudrat nak bekerja,
Kadangkala kalau korang perasan.. yang bawak si buta,
Si celik yang penuh dengan make up ala-ala nak pergi dinner !!
Ada jugak yang tuuu diaaaa !! gelang emas dua-dua belah tangan...
So, patut ke kita bagi ???
Kesian tengok orang buta yang di pergunakan !!

Bila tengok kanak-kanak yang masih kecil,
Kena mengemis meminta sedekah ...
Memanglah banyak sindiket !!
Tapi serius, sangat kesian tengok dorang nie di pergunakan oleh orang yang tak bertanggungjawab !!

Ada pulak yang tak cacat tapi buat-buat cacat !!
" kang betul-betul cacat baru tau !! "
Jangan malas nak kerja sekiranya kudrat masih mampu nak mencari sesuap nasi !!


"Sesungguhnya tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima "


www.tips-fb.com

Monday, March 26, 2012

Flight Attendant Offer ???

Gud Morning =)
Bangun pagi-pagi dengan muka yang ceria...
Hhehehehhe mane tak nyer,
Tiba-tiba dapat email dari some one...
Then  Email yang boleh membuatkan diri rasa nak gelak guling-guling..
Emma dapat offer jadi Flight attendant a.k.a Stewardess 
Hahahhaha tak cukup tinggi lah sayang oiii...
(Eh 160cm tu dah lepas quota kan ???)
Hurm kalau dapat offer tu dulu,
Confirm Emma accept punya.
Tapi sekarang memang tak laaa...
Takkan nak tinggalkan apa yang Emma ada sekarang ???
Huwaaaa memang kecik-kecik dulu ...
Kononnya bercita-cita nak jadi FA laa...
Dapat terbang dekat awan biru..
Tapi bila fikir balik,
Jadi Architect lagi best... so Emma pilih lah bidang yang Emma minat..
Hheheheheh "tak kejar glamour pun =) "
To some one, 
Thank you for your offer.
Hehehhe "saya tak secantik nak  jadi FA"
( Cehh kasi ayat merendah diri pulak =p )



www.tips-fb.com

Thursday, March 22, 2012

Kalaulah.............


Kalaulah ....
Kalaulah dapat...
Kalaulah Emma ada banyak duit...
Kalaulah Emma ....
Kalaulah....
Kalaulah.....
Kalaulah.......
Huwaaaa nak kereta feveret =(
Tau tak kereta ape???




Kereta idaman hati..
Hehehhehe tapi pernah merasa bawak kereta nie...
Huwaaa i love it !!!

Ada sape-sape nak support belikan kereta nie tak ???
Hehheheehhe jangan perasan Emma
Ingat artis ape ???
Hehehehehe kan syok if dapat kereta nie...
Huwaaaa takkan ku cari lain !!!


www.tips-fb.com

Sesi dating dengan peminat MISTERI


Jeng..jeng..jeng...
Semalam dah post entry tentang RAHSIA DI SEBALIK MISTERI..
Korang dah baca ke belum ???
Kalau belum cepat klik kat atas !! hehehehe
And hadiah misteri tu dah pun terjawab....
Bila Emma jumpa dengan peminat MISTERI tu... 
(Opsss rasa macam glamour pulak !! )
Korang nak tau apa ada kat dalam hadiah tu ???

Kalau korang ingat emma pernah post MIMPI SAMPAI KE BINTANG
So peminat misteri tu bagi hadiah bintang dekat emma...
Percaya tak ???








Tadaaaaa... hehehhe dalam balang Luv tu penuh dengan BINTANG..

Then, Emma pernah cakap nak BUNGA..





Tuuu dia... Dapat bunga.. Bunga MATAHARI lagi
Peminat tu cakap, bunga tu takkan layu =)
So akan lebih di hargai dari bunga hidup..

Hehehhe apa-apa pun...
Thank you soo much...

Opsss meh Emma nak kenalkan korang dengan peminat MISTERI tu...






Tadaaaa.... Tu lah dia peminat MISTERI emma tu..
Let me introduce kat korang,
Nama dia DR AFIZAM.
wahhh da sesi intoduce sangat nie...
Okay, dia merupakan seorang doktor pakar kat Hospital (ntah lupe pulak.. tapi kat Sabah la)
Urm still single lagi and masih mencari..
So kalau sape-sape nak kenal dengan dia,
Boleh mintak borang dekat Emma,
Coz Emma kena jadi PA tak bayar gaji dia...
But korang kena berani lah,
Coz dia bukan DR PAKAR BEDAH MANUSIA..
Tapi .... dia pakar bedah mayat... hahahhaha kira FORENSIK la...


So, Mr Afizam... Thank youuuu sooo much for da gift


www.tips-fb.com

Wednesday, March 21, 2012

Nervous !!


Akhirnya...
setelah agak jarang drive,
Tiba-tiba kena drive hari nie !!!
Huwaaaa tu lah dah biasa duk kat sebelah jer =)
Tiba-tiba kena drive pulak....
Huwaaaa menggigil kepala lutut nie.. hahahhaha
Yerlah nak drive kereta mahal pulak...
Adeh, kalau pape jadi... 
Dah kena tolak gaji pulak...
Hahahahhahhaha Serius sangat nervous tadi =)
But mula-mula agak kelam jugak...
But lepas 2 minit..
Keadaan kembali terkawal...
And I can drive...
hehehehhhe walaupun dalam hati...
"Oh mak gayahhh,  jangan la jadi pape"
Cuak jugak... but... everything gonna be okay !!!
Hehheheheheh So hilangkan ketakutan anda okay ???



www.tips-fb.com

Rahsia di sebalik MISTERI


Salam and selamat tengah hari readers, wah banyak pulak entry hari nie ek ??? opss lupe pulak post kali  nie agak pelik sikit coz semalam emma dapat mms dari seseorang !!! huwaaaaa so sweet dia bagi hadiah pulak !! Eh tapi agak misteri coz hadiah tak sampai lagi kat tangan tuan yang berhak !! ehem..ehem... apa agaknya kat dalam tu ek ??? ish lambat sangat lah pulak nak tunggu hadiah tu bertukar tangan !! apa yang pasti, hadiah tu bukan dari seorang yang bergelar kekasih okay =) Tapi hadiah tu dari seorang sahabat yang setia tunggu Emma... cewahhhh lain je ayat dia ... ahakkkkssss 

Okay.. sekarang mood tak sabar nak tunggu petang nie.. !! Yeaaayy nak tuntut hadiah misteri tu =)







www.tips-fb.com

Abang sayang ayang sampai mati !!


Abang sayang sayang sampai mati !!!
Wuahahahaha dahsyat kan dengar keywords tu ???
Sampai MATI ??? boleh ker ???
Adik-adik sayang,
Jangan cepat percaya ek dengar ayat manis macam tu ???
Yang still sekolah tu, 
Rasanya tak payah lah korang nak ber"sayang-sayang" sangat,
Perjalanan hidup korang still jauh lagi !!
Ada ramai lagi orang yang korang akan jumpa.
So fikirkan masa depan dulu,
Baru fikir tentang berkasih sayang nie ek..
Jangan sampai orang lain sibuk duk isi form nak masuk U
Korang sibuk pulak isi form nak kawin.
Dan hasilnya, banyak kes-kes penceraian bagi pasangan yang masih muda,
So, bagi adik-adik yang nak ambil result SPM tu,
Fikir tentang masa depan korang okay !!
Hidup tak selamanya enjoy


www.tips-fb.com

SPM !!!


Result SPM keluar hari nie ???? wuhaaaa terasa sangat seram pulak !! ish ..ish... teringat masa amik result dulu. Mula-mula tak rasa pape pun.  But bila sampai kat sekolah, baru terasa sangat-sangat dan sangat seram.  Lutut nie menggigil jer.. ohhh mak gayah !!! takut.. yerlah dulu mak cakap kalau "tak lulus SPM" mak kawinkan.. huwaaa semangat tak nak kawin punya pasal, so jawab lah exam SPM betul-betul. Yerlah time tu memang duk kejar nak masuk U jer.. tak terfikir pun nak kawin nie !! Tapi kalau budak-budak zaman sekarang sebut KAWIN je memang suka dah... betul tak adik-adik sayang ???



But bila cikgu sebut nama mulalah seram sejuk macam nak demam pun ade =) tapi bila cikgu cakap TAHNIAH..wuhaaaa rasa nak menjerit biar satu sekolah dengar. yeaaayyy rasa macam tak percaya pulak bila tengok result =) so dalam hati mulalah berbunga-bunga (boleh masuk U, tak payah kena kawin ) hehehhehe 

Bila keluar dewan jer, member-member dah terkam dah macam nak makan pulak... maka masing-masing sibuk duk tarik nak tengok result Emma, adehh nasib baik tak terkoyak slip.  Kalau tak mau nyer meraung kot kat sekolah tu.. hehhehehe bila tengok result masing-masing, haaa apa lagi duk melompatlah masing-masing macam kera.  But ada jugak yang bermuram durja. Tapi tu adatlah kan ??? 

So, kepada adik-adik yang nak amik result SPM tu... Gud luck and congratulation bagi yang cemerlang.  Tapi bagi yang kurang cemerlang, jangan putus asa !! Orang yang berjaya adalah orang yang pernah merasai kegagalan !!

www.tips-fb.com

“Wang Tunai RM5000 untuk Blogger”

Salam, peluang yang ada tak nak di lepaskan. Walaupun lambat, hope terpilih..amin !!  Kini seorang blogger bermurah hati untuk memberikan Wang Tunai RM 5000 untuk Blogger kat Malaysia semperna ulang tahun ke 2 blog Blogger Wanita.



Macam mana nak sertai ??? Korang perlu KLIK SINI dan ikut arahan yang di berikan .

Gud Luck kepada yang sertai !!!





www.tips-fb.com

Pergi nya Seorang yang bernama AYAH

Entry ni khas untuk kawan baik Emma,

Di saat beliau menghintung hari,
Menunggu saat di ijabkabulkan dengan pilihan hati,
Di saat kegembiraan dan keserian terserlah,
Diri di rundung duka,
Dugaan demi dugaan,
Menguji ketabahan hambanya,
Tapi dugaan yang lebih berat menguji bakal raja sehari,
Tatkala Allah turun kan ujian,
Berat untuk di pikul,
Apabila kehilangan ayah tersayang,
3 minggu bakal menjadi raja sehari,
Ayah tersayang pergi meninggalkan dunia untuk selamanya,
Tanpa sempat mengucapkan selamat tinggal,
Mahu pun melihat anak kesayangan di singgah sana,
Lemah segala sendi,
Hati merintih, meratap kehilangan,

Frida,
Kita tetap KAWAN selamanya,
KAWAN yang akan menanggis  bersama,
KAWAN yang akan ketawa bersama-sama,
Dan kini, KAMI dah buktikan,
KITA adalah kawan yang terbaik untuk selamanya,
Tanpa insan tersayang,
TAPI masih ada KAMI yang memberi semangat dan kasih sayang,
Tak perlu rasa sunyi,
KAMI sentiasa di sisi.





www.tips-fb.com

Friday, March 16, 2012

Hajat adik Dirang !!


Setiap yang hidup pasti akan merasai saat kematian.  Cuma cara dan masa kematian yang kita tidak ketahui.  Namun, bagi seorang kanak-kanak mereka tak tahu apa ertinya sebuah kematian !! Kadang-kala kita lupa dan alpa, namun apabila insan yang kita sayang tiada lagi dalam dunia, kita pasti akan terkilan.




PASIR GUDANG: “Saya terkilan kerana tidak dapat memenuhi keinginan Dirang untuk membeli barangan permainan dan basikal,” kata Alan Alip, 49, datuk kepada Nurul Nadirah Abdullah, 5, kanak-kanak malang yang dibunuh dan dibakar di ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Masai awal bulan ini.
Alan berkata, awal Februari lalu, Nadirah atau mesra dipanggil Dirang memintanya membelikan basikal dan barangan permainan, namun ia tidak dapat dipenuhi berikutan belum menerima gaji yang kebiasaannya akan diterima pada minggu pertama setiap bulan.

“Bagaimanapun, permintaan berkenaan tidak termakbul selepas kejadian buruk ini,” katanya ketika ditemui di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam di sini, semalam.

Menurut Alan, dia masih terkenang dan mengingati keletah cucunya yang disifatkan manja dan rapat dengannya.

“Dirang cucu yang sangat rapat dan manja dengan saya, dia selalu meminta saya wang untuk membeli keropok kegemarannya.

“Adakalanya, dia sanggup berebut telefon dengan ibunya semata-mata mahu bercakap dengan saya,” katanya.


Menurut Alan, walaupun masih bersedih dengan kematian Dirang, keluarganya reda dengan ketentuan Allah. Alan berkata, anaknya, Roselyn, 25, juga kurang tidur dan makan kerana kerap menangisi pemergian Dirang.

“Saya bimbang melihat keadaannya dan menasihatinya supaya tabah, kejadian ini masih baru berlaku dan dia mungkin memerlukan sedikit masa, oleh itu kami akan sentiasa memberikan sokongan dan semangat kepada Roselyn,” katanya.

Mengulas berkaitan perancangan terbaru, Alan berkata, dia terpaksa menyambung cuti sebagai pemotong besi di Pelabuhan Klang, Selangor, berikutan mahu menyelesaikan beberapa perkara.

Pada 1 Mac lalu, Dirang dilaporkan hilang ketika membeli makanan di kedai runcit berdekatan kediamannya sebelum disahkan meninggal dunia akibat dibunuh.

Kematiannya disahkan melalui ujian deoxyribonucleic asid (DNA) dijalankan terhadap rangka ditemui di ladang kelapa sawit di Nusa Damai, 8 Mac lalu di mana ia didapati sepadan dengan DNA Roselyn.


www.tips-fb.com

Thursday, March 15, 2012

Macam nie pun ada ke???


Apa yang perlu kita cakap lagi ????


www.tips-fb.com

Semporna, Sabah destinasi menarik

Ye dengan bangga nya Emma nak pergi sana..
Hehhehe maybe bulan 6 nie =)
Mestilah nak bawak kakak tersayang .. muaaahhh =)
Ada sapa2 nak ikut tak ???
Jomm..jom..
First time tengok,
Dah jatuh cinta dengan tempat nie..
Hehhehehe memang cantik
So, apa lagi.. "sila booking ticket flight ye Emma "
Kumpul duit banyak-banyak..
Baru best nak bercuti =)
Semporna.... wait for me !!!




www.tips-fb.com

Universiti terbaik di Malaysia


Univesiti terbaik bukan bermakna korang akan jadi yang terbaik tanpa berusaha untuk mencapai kejayaan !! Universiti yang terbaik adalah tiket untuk korang melangkah dengan lebih yakin ke arah kejayaan !! betul tak ?? 


Okay, Emma nak share dengan korang ranking the best Universiti in Malaysia :-

  1.  Universiti Putra Malaysia (UPM)
  2. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  3. Universiti Sains Malaysia (USM)
  4. Universiti Kebangsaan Malaysia / National University of Malaysia (UKM)
  5.  Universiti Malaya – Universiti Malaya (UM)
  6.  Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  7.  Multimedia Universiti (MMU)
  8.  Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  9.  Universiti Malaysia Perlis (Unimap)
  10.  Universiti Islam Antarabangsa (UIA)
  11.  Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  12.  Universiti Tenaga Nasional (Uniten)
  13.  Universiti Utara Malaysia (UUM)
  14.  Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
  15.  Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  16.  Universiti Malaysia Sarawak (Unimas)
  17.  Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  18.  Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  19.  Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  20.  Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  21.  Open University Malaysia (OUM)
  22.  Universiti Teknikal Malaysia Melaka (Utem)
  23.  International Medical University
  24.  Taylor’s University College
  25.  Tunku Abdul Rahman College
  26.  Universiti Pertahanan Malaysia (UPN)
  27.  University of Nottingham Malaysia
  28.  UCSI University
  29.  Monash University Malaysia
  30.  Malaysia Theological Seminary
  31.  Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
  32.  Curtin University of Technology Sarawak Campus
  33.  Universiti Industri Selangor
  34.  Selangor International Islamic University College
  35.  Al Madinah International University
  36.  Wawasan Open University
  37.  Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR)
  38.  KDU College
  39.  Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  40.  Asia Pacific Institute of Information Technology
  41.  Help University College
  42.  Sunway University College
  43.  INSANIAH University College
  44.  Universiti Sultan Zainal Abidin (Universiti Darul Iman Malaysia)
  45.  Segi College
  46.  Malaysian Institute of Management

Bukan korang lepasan dari Universiti mana yang orang cari sekarang tetapi kemahiran dan skills yang korang ada adalah tiket untuk korang mendapat pekerjaan !! Remember experience and skills is more important that from which University u are !!


www.tips-fb.com

Forum SYOKNYER BLOGGING !! Jom join


Hi selamat tengah hari blogger and reader =) Korang dah join belum " Forum SYOKNYER BLOGGING ".  Blogging dah menjadi satu trend pada masa kini selain adanya Facebook, Twitter, and Forum-forum yang ada dalam dunia maya nie. Betul tak ?? Even, yang masih lagi di bangku sekolah pun dah pandai berblog, berfacebook.

Okay, kat sini Emma nak kenalkan korang semua dengan Forum baru untuk para blogger =) Sebenarnya Forum nie dah ada, just admin baru update the latest.  So, ramai jugaklah yang jadi member kena register balik.  So kat forum nie korang bukan je dapat berforum, tapi korang dapat berblogging sambil membuat blogwalking dengan para blogger yang memang terkenal dengan sifat ramah dan tamah nie =).  And bila apa yang menariknya forum nie, korang boleh dengar radio secara online.  So, tak de lah istilah mengantuk or boring semasa korang buat blogwalking and berforum.  

So, kepada blogger-blogger baru dan lama yang nak menambah kenalan, Emma suggest kat korang Join lah forum nie. Memang korang takkan rasa rugi pun sharing dengan member dalam forum nie.  Trust me !!




Nak join ??? just link ke http://syoknyerblogging.com



www.tips-fb.com

1stSegmen : Kenangan ambil Result SPM


Yuhuuu Selamat pagi =) bangun pagi tadi rasa sangat Fresh membuatkan diri terasa nak buat segmen !! Hehehehe first time Emma nak buat segmen =) tak tau lah dapat sambutan ke tak. Hope dapat sambutan dari korang semua untuk percubaan pertama Emma =)

Syarat dia ??? senang je !!

1) Korang letak entry bertajuk " KENANGAN AMBIL RESULT SPM BY EMMA".
2) Korang tulis lah entry korang tentang pengalaman korang time ambil result SPM.
3) Link kat entry nie.

Hehehehhe tapi sorry lah, percubaan pertama tak ada hadiah laa... hehehhe tapi korang dapat blogwalking and kenal dengan blogger baru or lama.  Yang penting " DAPAT TAMBAH KENALAN " kan ???

Tarikh tutup ??? Urm sampai 22 March 2012. Gud luck all



www.tips-fb.com

Wednesday, March 14, 2012

Lelaki vs GAY


Yuhuu, entry petang-petang  nie.. ehhehehe sambil buat keje tiba-tiba ternampak satu forum nie !! Hurm isu sangat menarik " Lelaki GAY"

So any idea kenapa lelaki nak jadi GAY ????



www.tips-fb.com

BEN ASHAARI AJAK KONGSI CERITA CUTI SEKOLAH



Join segmen lagi =) Kenangan time cuti sekolah ??? hahhaha korang pun sure ada kan ??? but Emma nak share kenangan cuti sekolah Emma yang paling Emma ingat sampai sekarang !! Cerita dia macam nie.. al kesah, biasalah Emma nie orang KL. Duduk and membesar pun dekat KL. Kalau balik kampung pun time raya je or kenduri kendara. Haaa time tulah baru nampak Emma dekat kampung.  Kampung pun biasalah dah macam bandar jugak.  So bile orang bandar datang kampung, haaa mulalah jakun sekejap =) lebih-lebih lagi bila nampak sawah padi yang terbentang luas depan mata =) Ya Allah cantik nya ciptaan Allah, oleh kerana sangat-sangat teruja, Emma pun ajak lah si kembar Emma pegi ke bendang !! Konon nya nak tengok matahri terbenam lah and ambil gambar kat sawah padi tu.  Mula-mula eksited sangat lah coz tak pernah masuk bendang =p hehhehe so tahap teruja tu memang tak boleh nak cakap la.. Tengah sibuk duk berposing sakan dekat bendang tu, tiba-tiba Emma nampak sesuatu yang melekat kat betis Emma. Mula-mula pelik jugak, menatang apa la nie ??? Tiba-tiba bila si kembar menjerit cakap yang tu lintah maka mulalah mengeluarkan suara-suara jeritan yang memenuhi bendang tu... wuhaaaaa memang geli dengan menatang tu.. Maka terlompat-lompatlah duk kejar si kembar suruh buang menatang tu, tapi dek kerana si kembar pun jenis spesis yang penakut maka, dua-dua berlari kejar mengejar. Memang tak hengat punya jerit masa tu. Nasib baik lah ada pak cik sedara yang tengah duk memancing kat tepi bendang tu tolong. Kalau tak ???? tak tau lah apa jadi.

Hehehehe but bagi Emma, kenangan macam tu jarang kita dapat tengok pada budak sekolah zaman sekarang !! Time cuti sekolah, lepak kat shopping complex, lepak kat cyber cafe, arus kemodenan membuatkan segala yang lama semakin pupus.  Tapi bukankah yang lama itu lebih menyeronokkan dan akan kita kenang sampai bila-bila. 


www.tips-fb.com