-->

Google+ Followers

Friday, August 19, 2011

Kenapa Perlu bayar Zakat ????

04.50pm@Bangsar

Selamat Petang Blogger !!! Hurm semalam time lepas berbuka puasa, Emma jalan-jalanlah kat depan bangunan Pertama Complex tu. Then tengok ada dua orang pak cik yang bukak table kat depan bangunan tu ... as counter bayar zakat fitrah laaaa... so sempat lagi Emma tanya Cik Ieda, 

 " daaaa bayar zakat ker ??? "

Ieda cakap " tak lagi... selalu ayah aku yang bayarkan !! "

Korang tau ke kenapa korang kena bayar zakat ??? hahahah Emma pun tak lah faham sangat, but lepas buat reseach kat dalam internet tahu lah jugak kenapa kita perlu bayar zakat... heheheh yerlah selalu ayah yang bayarkan. Then tahun nie kakak Emma cakap

" Ko tak nak bayar zakat ker ??? "

Dengan muka blur dan selambanya Emma cakap 

" Eh bukan selalu ayah yang bayarkan ker ??? "

 " Tahun nie ko dah keje, so bayar lah sendiri... huhuhuhuh "

Eh, macam tu pun ada ker ??? waaaa tak pelah ayah tersayang tolong bayarkan ek??? caaaaayang ayah =) okay Emma nak share tentang zakat kat korang...

" Zakat Fitrah adalah rukun Islam yg ke-4 yang wajib dikeluarkan pada bulan ramadhan sehingga awal pagi sebelum menunaikan solat Aidil Fitri. Waktu yang afdal untuk membayar zakat ialah selepas terbit fajar subuh sehingga sebelum solat aidilfitri. Waktu wajib bayar zakat pula ialah akhir ramadhan sehingga terbit matahari." 

Jadi kalau korang nak bayar zakat tu jangan lah bayar last minit, kesian pulak kat tok iman atau amil zakat..pagi-pagi rumah dorang dah kena serbu dengan orang yang nak bayar zakat sebab lebih afdal lah katakan.

Syarat-syarat zakat adalah :
  1. Islam
  2. Merdeka
  3. Sempurna Milik
  4. Cukup Nisab
  5. Cukup Haul (genap setahun hijriah dan niat untuk berniaga (zakat perniagaan sahaja).
Mengapa perlu bayar zakat? Sebabnya adalah untuk membersihkan dan menyucikan harta kita, insyallah harta dan rezeki kita akan bertambah lagi. Ia juga dapat menolong orang-orang yang lebih memerlukan iaitu 8 asnaf. Tidak akan jadi papa seseorang itu jika ia mengeluarkan zakat.

Firman Allah SWT yang bermaksud,

“Wahai orang-orang yang beriman, belanjakan sebahagian hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi…” (al-Baqarah:267).

Daripada ayat di atas, fahamlah kita bahawa kita perlu mengeluarkan zakat iaitu menyalurkan sebahagian daripada harta kita yang lebih itu kepada orang lain yang memerlukan. Kewajipan ini diperintahkan oleh Allah yang mana zakat terdiri daripada rukun Islam yang keempat.



www.tips-fb.com

6 comments:

  1. zakat berupaya membantu mereka2 yang memerlukan :)

    ReplyDelete
  2. MTT pon papa tersayang yang bayarkan. Hehe:)

    ReplyDelete
  3. SoLy SoLicious : Yup.. sekurang-kurangnya kita dapat bantu orang yang susah kan ??

    ReplyDelete
  4. rozeeta rashid : Hehehehe Emma pun pagi nie, ayah tersayang tolong bayarkan =)

    ReplyDelete
  5. BeloG MTT : HEhehehhe tau tak pe...Emma pun ayah yang bayarkan :)

    ReplyDelete

Ala... janganlah pandang jer keyboard yang mahal tu.. meh komen-komen kat blog nie!!!