-->

Wednesday, August 31, 2011

SELAMAT HARI RAYA


Hari raya kedua,
Mood kekenyangan dan kepenatan,
Setelah seharian melayan tetamu yang tak putus-putus datang,
Akhirnya hari nie dapat juga keluar berhari raya...

Mood dah bankrup tuuuu harus !!!
Bukan dapat duit raya tapi kena keluar duit raya ade laaa...=(
Time nak balik semua budak-budak duk kejar Emma...
Semangat nak duit raya... hahahhaha

Nak collect duit raya untuk diri sendiri tak dapat-dapat lagiii
Ada sape-sape yang baik hati tak nak bagi duit raya??? hahahhaha


www.tips-fb.com

Friday, August 26, 2011

Menghintung hari


Last day keje hari nie... 
(waaaaa siyes sangat seronok =p rasa macam nak lompat-lompat jerk)
Semangat nak cuti begitu tinggi...
4 hari jer lagi Ramadhan bakal berakhir, 
4 hari juga Syawal kian menjelma.

Baju raya ??? owh dah lama siap daaaa... hehehe
Kuih Raya ??? Owh dah buat da... main tunjuk-tunjuk pun ade jugak =p
Balik kampung ??? waaaa raya kat KL jer tahun nie =(
Kemas rumah ??? heheheh esok kita kemas ek !!!

Hari last day keje, 
mestilah mintak maaf dengan member office,
Maklumlah sesi kutuk mengutuk, usik mengusik kan penawar segala keceriaan... 
Duit raya ???? heheheh dah mintak kat boss daaaa
Paling penting!!! Mood ceria sangat hari nie =)

Kepada all my friend.. tak kira yang tak kenal, baru kenal atau dah lama kenal,
Emma nak mintak maaf zahir and batin...
Kepada para blogger, if ada yang terasa hati atau tersinggung dengan Entry Emma... 
10 jari jemari yang runcing nie mohon maaf...
Kepada yang nak balik kampung....
HATI-HATI DI JALAN RAYA
Kepada yang tak balik raya... 
Meh jemput datang rumah Emma....
Selamat Hari Raya !!!!



www.tips-fb.com

Thursday, August 25, 2011

Berhati-hati di jalan raya !!

04.12pm@Bangsar

Akhirnya hari ini, jam ini, saat ini dapat jugak Emma menari-narikan jari jemari runcing di papan keyboard kesayanganku. Mengingatkan saat-saat bercuti semakin hampir dan tahap kecemburuan semakin meninggi tatkala melihat train yang sentiasa penuh dengan para penumpang yang dah macam ikan sardin semakin hari semakin berkurangan dan train yang sentiasa padat dengan manusia semakin lengang !! waaaa sangat jeles bila orang lain dapat cuti awal... =( 


Mood raya semakin tinggi membuatkan sistem dalam badan seakan-akan kurang berfungsi lebih-lebih lagi bila otak seakan bersuara "Raya !! Raya !! " namun tetap ku gagahkan jua semangat untuk bekerja sehingga esok !! =( Lepas tu..... yeay.... dah start cuti... tak sabar nak raya !! Tapi apalah yang happy sangat bila tahun ni raya kat KL jer... waaaaaa =( maybe raya kedua atau ketiga barulah Emma and family akan pulang ke kampung memandangkan atuk dan nenek tercinta  dah tak ada lagi di dunia nieeee =( Walau beraya di bandar, namun kegembiraan tetap terasa apabila abg Emma yang sulung dan keluarga akan berhari raya bersama memandangkan abg Emma kena kerja pada petang raya tuuu ... so sad... tapi semangat hari raya tu memang berkobar-kobar =)

Member-member dah semangat nak pulang ke kampung sehingga meminta tolong untuk hantar ke perhentian bas memandangkan tangan yang begitu sarat dengan segala hasil-hasil membeli dan membelah serta sesi perhabis duit !!! waaaaa =p setahun sekali jer kot. Bukan selalu =p 

Tak sabar rasanya untuk menanti saat-saat memohon maaf sesama keluarga sehingga mampu mengalirkan air mata lantas sudah semestinya banyak kesalahan yang dilakukan, sesi kutuk mengutuk sesama adik beradik namun tak ada yang kecil hati kerana dah faham angat perangai masing-masing.  Menunggu saat-saat menziarah kaum keluarga dan saat yang paling best bila dapat "pow" duit raya.. waaa tak kira lah dah besar ke kecik ker... sesi pow duit raya aktiviti wajib.. !!!! =p


Kepada yang pulang berhari raya di kampung tuuu pandu dengan cermat and ingatlah ada orang yang menanti kepulangan kita. =) 


www.tips-fb.com

Wednesday, August 24, 2011

Beza RAYA di BANDAR dengan KAMPUNG

10.14am@Bangsar

Salam semua..... =) waaaa tak sabar nyer nak RAYA... Mood RAYA semakin tinggi dah nie !! Hurm ramai jugak yang Emma tengok dah ambil kesempatan pulang ke kampung. Yang duk raya kat bandar nie (macam Emma) pun sangat-sangat excited nak cuti... =) Haaaarrrusss !!! heheheh

Apa beza raya kat kampung dengan bandar ??? waaaa memang banyak beza dia... sebenarnya bagi Emma RAYA kat kampung lagi best kot dari raya kat bandar nie !! Yerlah kat kampung kemeriahan tu amatlah dirasai.  Bunyi Mercun laaa dan yang paling best bila tengok dorang main meriam buluh... waaaa gile seram beb !! Takut jer yang putus sana-sini kang !! Da kena raya kat hospital. Pe kes ??? bunyi suara kanak-kanak yang berlari-lari dengan riang, heheheh time kecik-kecik dulu sah-sah lah suara Emma yang paling nyaring duk jerit-jerit time main dengan kawan-kawan.  Kunjung mengunjung time raya tuu yang paling best !! Pagi-pagi raya jalan-jalan kat rumah jiran. Makan nyer bukan nak pun !!! Nak duit raya jer... tapi kalau bab-bab macam duit raya nie, raya kat bandar lagi best sebab duit raya dorang bagi banyak !!! ahhahahaha kalau kat kampung sikit jer... duit syiling pun ade. waaaaa tak syokk nyerrrr... Tapi tulah sekarang dah besar, kita pulak kena bagi duit raya... ish sedih nyerrrr....



Kalau kat kampung malam-malam RAYA macam nie, semua nyer tengah sibuk-sibuk masak rendang, lemak, dodol laaaa and macam-macam lagilah... Tapi kalau kat bandar, haaa tuuu diaaa masing-masing pergi jualan lelong malam raya.. daaaa penuh dengan lautan manusia yang bersesak-sesak.



Tapi kat bandar pun tak kurang best nyer jugak sebab kemeriahan masih terasa bila dapat berkumpul satu keluarga !! betul tak ??? bagi yang family ramai tuuu memang meriah laaa.. tapi yang tak ramai tuuu sunyi lah sikit. Jalan raya pun lengang jerrr boleh baring-baring kot kat atas jalan raya.  hehehehehe 


www.tips-fb.com

Mood keje dah tak ada !!!

09.54am@Bangsar

Selamat pagi and salam 24 Ramadhan... 6 hari jer lagi dah nak RAYA... waaaa tak sabar nyer... mood keje pun dah semakin berkurang nie !!! hahahahaha =p


Dan yang nyata tak sabar pulak nak sambut RAYA tahun nie!! hhehehhe walaupun adik beradik Emma ramai yang beraya kat rumah mertua... tapi tak kisahlah... RAYA kedua dorang semua dah balik kat rumah family Emma... so tak sabar rasanya nak berkunjung kat rumah sedara !! heheheheh

Waaaaa macam ner nie?? tak ada mood laaa nak keje skang nie !! serius tahap kemalasan dah semakin tinggi nieeeee =)





www.tips-fb.com

Tuesday, August 23, 2011

Monday, August 22, 2011

" Blogwalking sebelum raya"



Join segmen Lulu.... boleh blow walking sebelum raya sambil buat kuih kat umah... hahahhaha =P padehal baru buat 2 jenis kuih jer... macam rajin sangat tahun nie nak buat kuih kan... hahahaha =)

Okay, di kesempatan kali nie Emma nak mengucapkan selamat Berpuasa dan selamat menyambut Hari Raya. Jap nak bagi pantun wajib kat korang nie....

Jalan-jalan cari baju raya,
Pening kepala tak tahu nak pilih yang mana,
Ramadhan kian berakhir, Syawal kian menjelma,
Salam Aidilfitri dari Emma sekeluarga....






www.tips-fb.com

Kuala Lumpur yang sesak menjelang RAYA

09.54am@Bangsar


Assalamualaikum and selamat pagi blogger =) Ramadhan yang ke 22 maka tinggal 8 hari jer lagi kita akan berpuasa =) waaaa tak sabar nyer nak RAYA... korang dah buat persiapan RAYA ker??? jeng-jeng, hujung minggu lepas baru laaa Emma sempat nak pergi mencuci mata sambil membeli dan membelah semperna Syawal yang bakal menjelang....


Tuuuu dia KL yang begitu padat dengan ribuan manusia yang nak berhabis duit sempena hari raya yang bakal tiba.  Macam-macam ragam dapat Emma tengok time tuuuu sampaikan yang hilang-hilang anak pun ada sebab keghairahan ibu-ibu dan bapak-bapak yang duk bershopping !! kan bahaya macam tuuu, kesian kat anak-anak yang dah menanggis bagai nak rak duk cari kat mana mak bapak dorang =(


Dalam kesesakkan tu, Emma pun tergolong sekali laaaa... hahahaha =) bukan apa, sibuk mencari baju-baju raya untuk anak-anak buah Emma. (konon-kononnya mak cik yang baik hati laaa nie ) makkk aiii mahal jugak ek baju yang dorang jual padehal kualiti kain biasa jer. Tapi harga tak nak pulak bagi murah-murah. ish..ish..ish... nasib baik la dengan adanya kepakaran tawar menawar yang mak Emma ajar, maka dapatlah Emma baju yang harga berpatutan dengan kualiti =) tuuu laaa kita kena pandai duk tawar-tawar nie... kalau tak memang la harga melambung-lambung mahalnya....

Heheheh time kaseh laaaa kat best friend Emma Mr zamm sebab temankan Emma mencari baju-baju RAYA. heheheh alaaaa dia pun cari jugak. Tapi tak sangka lelaki pun cerewet gile nak beli barang ek ??? naik lenguh kaki nie berjalan sampaikan macam nak tercabut jer rasanya kaki nie !! =p wawawawawa tapi walaupun penat kaki melangkah boleh lah senyum lebar bila Mr zamm belikan baju kebaya untuk Emma...katanya sebagai penganti duit raya and hadiah birthday yang tak dapat-dapat lagi tuuu heheheh weeee Cik Ieda jangan jeles !! =p

Lepas penat berjalan-jalan, baru lah terhegeh-hegeh nak cari tempat nak berbuka, nasib baik awal lagi... so banyak lah meja-meja kosong lagi =) hehehehe setelah penat berjalan lepak jap kat kedai makan sementara menunggu waktu berbuka... bila duk lepak, memang dah tak ada keje lain laaaa mesti nak snap gambar punya.. hahahhahaha

skema gileee pakai spek mata pinjam...

heheheh tq Mr zammmm



www.tips-fb.com

Friday, August 19, 2011

Kenapa Perlu bayar Zakat ????

04.50pm@Bangsar

Selamat Petang Blogger !!! Hurm semalam time lepas berbuka puasa, Emma jalan-jalanlah kat depan bangunan Pertama Complex tu. Then tengok ada dua orang pak cik yang bukak table kat depan bangunan tu ... as counter bayar zakat fitrah laaaa... so sempat lagi Emma tanya Cik Ieda, 

 " daaaa bayar zakat ker ??? "

Ieda cakap " tak lagi... selalu ayah aku yang bayarkan !! "

Korang tau ke kenapa korang kena bayar zakat ??? hahahah Emma pun tak lah faham sangat, but lepas buat reseach kat dalam internet tahu lah jugak kenapa kita perlu bayar zakat... heheheh yerlah selalu ayah yang bayarkan. Then tahun nie kakak Emma cakap

" Ko tak nak bayar zakat ker ??? "

Dengan muka blur dan selambanya Emma cakap 

" Eh bukan selalu ayah yang bayarkan ker ??? "

 " Tahun nie ko dah keje, so bayar lah sendiri... huhuhuhuh "

Eh, macam tu pun ada ker ??? waaaa tak pelah ayah tersayang tolong bayarkan ek??? caaaaayang ayah =) okay Emma nak share tentang zakat kat korang...

" Zakat Fitrah adalah rukun Islam yg ke-4 yang wajib dikeluarkan pada bulan ramadhan sehingga awal pagi sebelum menunaikan solat Aidil Fitri. Waktu yang afdal untuk membayar zakat ialah selepas terbit fajar subuh sehingga sebelum solat aidilfitri. Waktu wajib bayar zakat pula ialah akhir ramadhan sehingga terbit matahari." 

Jadi kalau korang nak bayar zakat tu jangan lah bayar last minit, kesian pulak kat tok iman atau amil zakat..pagi-pagi rumah dorang dah kena serbu dengan orang yang nak bayar zakat sebab lebih afdal lah katakan.

Syarat-syarat zakat adalah :
  1. Islam
  2. Merdeka
  3. Sempurna Milik
  4. Cukup Nisab
  5. Cukup Haul (genap setahun hijriah dan niat untuk berniaga (zakat perniagaan sahaja).
Mengapa perlu bayar zakat? Sebabnya adalah untuk membersihkan dan menyucikan harta kita, insyallah harta dan rezeki kita akan bertambah lagi. Ia juga dapat menolong orang-orang yang lebih memerlukan iaitu 8 asnaf. Tidak akan jadi papa seseorang itu jika ia mengeluarkan zakat.

Firman Allah SWT yang bermaksud,

“Wahai orang-orang yang beriman, belanjakan sebahagian hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi…” (al-Baqarah:267).

Daripada ayat di atas, fahamlah kita bahawa kita perlu mengeluarkan zakat iaitu menyalurkan sebahagian daripada harta kita yang lebih itu kepada orang lain yang memerlukan. Kewajipan ini diperintahkan oleh Allah yang mana zakat terdiri daripada rukun Islam yang keempat.



www.tips-fb.com

KAMI BLOGGER PRIHATIN



Tak sangka kan dalam kita boleh makan apa yang kita nak, kita boleh buat apa yang kita suka tapi kita tak sedar masih ramai lagi golongan yang tak berpeluang untuk merasai kemanisan dalam kehidupan yang kita rasa. Tak sanggup rasa nya nak tengok video nie !! Tapi itulah yang keperitan dan kepayahan hidup penduduk SOMALIA. 



www.tips-fb.com

Sesi Tambah Lemak di Dapur Penyet

10.29am@Bangsar

Hi, salam 1 blogger !!! selamat pagi and salam 19 Ramadhan bagi umat Islam yang berpuasa !! Dah 19 hari kita berpuasa kan ???? bermakna lagi 11 hari kita bakal meninggalkan Ramadhan dan akan besua dengan Syawal pulak !! Apa persiapan Raya korang ??? Jangan plan last-last minute !! bahaya tau !! hehehehe

opsss Semalam dapat jugaklah Emma berbuka puasa dengan member-member kat area Bangsar nie !!! macam-macam dugaan yang kami lalui semalam !! antaranya hujan lebat lah, handphone Dilla tertinggal laaa, lepas tu balance duit terkurang la... kat LRT, sesi berjalan mengejar masa menuju ke Maju Junction Mall bersama Diva kita orang Kak Zura !! ahahhaha =P. Walaupun letih dan pelbagai dugaan namun berjaya jugak kitaorang mengharunginya!! cayalah korang !!! cayangggg korang =) hehehehe

lokasi berbuka at Dapur Penyet

no table kamiiiiii

Harga makanan.. alaaaa baru RM 40 jerrr

the marvelous drinks

menu utama Ayam Penyet dan Bawal Bakar

Muka boring Menanti berbukaaaa

Sesi gosip and hot story kamiiii

we're bestfriend.....4 ever =)

ternak lemak....tak cover-cover daaaa

tuuuu diaaa minah kuat melantak...

Dah kenyang mesti habiskan airrr

Ieda yang kepedasan akibat sambal yang memang terbaek !!!

mamat nak promote perfume DKNY

khusyuk dengar penerangan... ingat dapat perfume FREE

www.tips-fb.com

Thursday, August 18, 2011

Kad Ray Versi Emma


Lagi 12 hari lagi kita akan menyambut Hari Raya maka Ramadhan juga bakal berlalu. Semperna 12 hari yang terakhir nie, Emma nak bagi kad Raya khas buat tatapan rakan-rakan Facebook, Blog dan insan-insan yang mengenali.  

Jalan-jalan cari baju RAYA,
Pening kepala tak tahu nak pilih yang mana,
Ramadhan kian berakhir Syawal kian menjelma,
Salam Aidilfitri dari Emma sekeluarga.



www.tips-fb.com

Menanti Sesi Berbuka puasa !!


03.41pm@Bangsar

Kesibukkan yang melanda membuatkan jari jemari tak begitu lincah dan terbatas menari-nari di papan keyboad kesayangan Emma nie !! =) Nak buat macam mana, kena habiskan kerja jugak before Raya yang bakal menjelma nie !! Hurm sedar tak sedar dah 18 hari kita berpuasa kan ??? bermakna lagi 12 hari kita akan menyambut Syawal. waaaa tak sabar nya, tapi sayang pulak nak tinggalkan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan nie !!

Time bulan-bulan puasa ni lah masing-masing duk pening kepala nak fikir nak makan apa, berbuka kat mana !! Yang selalu berbuka kat luar tu sah-sah lah macam-macam tempat dorang dah try. Betul tak ???  Hurm hari nie adalah sesi berbuka puasa kat luar dengan kawan-kawan Emma !! ahhahaha kiranya nie sesi berbuka puasa yang ketiga Emma sepanjang bulan Ramadhan nie !! selalunya Emma akan berbuka kat rumah dengan family. Bukan apa, Emma memang agak 'kureng' sikit makan kat luar nie coz Emma akan selalu sakit perut if makan makanan kat luar !! ahahahahha tu lah masalah nya !! Perut ngada-ngada nie =P

So hari nie, Emma, Dilla, Kak Zura and Ieda akan berbuka kat 'Dapur Penyet' Maju Junction Mall. heheheh Dilla yang suggest tempat tu !! Dia cakap best !!! ahahhaha so kalau best mesti kena try, betul tak ???


Wajah-wajah diva yang 'tak boleh belah'  hahahhaha yang bakal menggegarkan DAPUR PENYET Maju Junction Mall. =P

Dilla, Kak Zura and Its Me (Emma)

Emma, Ieda, Dilla

www.tips-fb.com

Wednesday, August 17, 2011

"SEGMEN JOM KENAL DAN TAMBAH RAKAN BLOGGER"

Join segmen lagi =P




Nak joinn ??? Klik jer kat header tu !!


Nama panggilan Blogger         :Eema Eshya

Tarikh mula berblog               : Dec 2010
 
Rakan blogger terkini             :233
 
Target tambah rakan blogger  : Tak ada target, sape-sape nak follow pun boleh =P
www.tips-fb.com

Tuesday, August 16, 2011

Kad Raya Vs SMS

10.20am@Bangsar

16 hari umat Islam berpuasa !! tinggal lagi 14 hari jer Ramadhan akan meninggalkan kita dan Syawal pula kian menjelma !! Macam mana persiapan korang semua ??? ala... biarlah bersederhana dan tak perlu nak menunjuk - nunjuk or riak dengan apa yang kita ada !! Yang penting kita telah berjaya mengharungi pelbagai dugaan ketika berpuasa betul tak ??? Bukan ke Hari Raya adalah hari kemenangan buat umat Islam ???

Hurm semalam Emma dapat Kad Raya yang pertama untuk tahun nie =) Thanks kepada my besfriend yang hantar kad raya kat Emma  !! =) Tak sangka dalam zaman yang serba moden nie ada lagi yang masih menggunakan cara yang lama, bak kata orang lama-lama" Turun temurun " ha tuuuu dia !!! =)

Tapi seronok sebenarnya kita hantar kad raya kepada kawan-kawan, saudara mara or ahli keluarga!! Terasa kemeriahan and bahang nya hari raya tu !! Betul tak ??? Tapi memandangkan harga pengeposan surat dah semakin mahal, kalau dulu harga setem baru 10 sen, 20 sen or 30 sen !! Sekarang setem jer dah 60 sen or 80 sen !! Hurm tu yang membuatkan ramai yang dah tak minat nak hantar  kad raya lagi !! Sampai pun lambat !! ahhahah =)

Jadi, ramai yang amik alternatif yang lebih mudah, ringkas, cepat dan jimat dengan menghantar SMS, Email or MMS!! Zaman sekarang kan dah canggih, semua di hujung jari jer !! betul tak ??? =)


www.tips-fb.com

Monday, August 15, 2011

Akhirnya aku kembali Normal

09.31am@Bangsar

Assalamualaikum and selamat pagi blogger!! Salam 1 Malaysia and Salam  15 Ramadhan. Hurm pejam celik, pejam celik eh, dah 15 Ramadhan ??? Waaa macam tak percaya jer !! =) Korang semua puasa tak ???? haaaaa tak pose ek =) hahahahha 

Tajuk entry kali nie waaa macam lain jer kan ??? hhehehehe Sebenar nya kan beberapa entry Emma sebelum nie Emma tak sihat, Alhamdullilah lepas 5 hari demam dengan tak laratnya akhirnya Emma kembali sihat and ceria seperti selalu.
www.tips-fb.com

Friday, August 12, 2011

Hari Ke 2 sakit kepala tetap tak hilang

12pm@Bangsar

Hari ke dua daaa tapi demam Emma tak jugak reda-reda.. waaa tak tahan da nie !! Walaupun sakit namun tetap ku mengheret kaki ku melangkah ke pejabat !! Maklumlah terlalu banyak kerja yang menanti !! Walaupun ditegah oleh Mama supaya tak payah pegi kerja, ntah kenapa rajin sangat hari nie!! =)

Dan kerana terlalu rajin sangat maka Emma menahan derita sakit kepala yang seakan mencucuk-cucuk di urat-urat kepala ku. Apa yang mampu ku lakukan hanyalah tidozzzzzz !! Seakan hati menjerit-jerit minta pulang ke rumah awal namun risau pulak boss Emma yang cerewet akan membebel kerna dah amik MC kelmarin !! =(


Sakit yang ku rasakan !! waaa rasa macam nak cabut jer kepala nie !! Kalau ada skru atau kepala ni boleh cabut atau pasang balik dah lama Emma buat !! waaaaaaaaaa =(


www.tips-fb.com

Thursday, August 11, 2011

Mood ~ Demam !! Tak best nyer !!!


03.35pm @ Bangsar

Mood demam !! gile lah tak best !! =( Lebih-lebih lagi bila Emma terbaring jer kat rumah !! Selalunya active memanjang. Kacau sana, kacau sini !! Bila dah sakit duk terbaring waaaaaa tak best betul !! Nak makan ?? Lagilah tak berselera. Apa yang Emma makan rasa tawar jer sampaikan kakak Emma masakkan lauk feberet pun Emma makan sikit jer =(

Bila pergi klinik pergh best jugak ek jadi doctor nie !! Dia just cakap sikit-sikit, membebel benda yang ' tak tercapai akalku ' then dah charge sampai RM 50... Mak aii punya lah mahal !! mula-mula Emma dengar macam RM 15. So tanye balik owh silap dengar rupanya !! Tulah semenjak demam nie jadi bertambah pekak pulak =)

Sempat doctor tu nak kenakan Emma, if nak cepat sihat ke lambat sihat ??? huhuh ape punya soalan daaaaa.... owh if nak cepat sihat dia nak bagi injection !! waaaaaa nahi..nahi.... tak ku relakan diri ku kena injection !!! ( ayat orang yang takut jarum waaaaaa ) oleh kerana ' TAKUT sangat dengan jarum maka doctor tu bagilah ubat yang punya laaaa banyak and macam tak termakan pulak !! Nasib baik Emma nak dapatkan MC jer semalam !! If tak, tak de maknenyer Emma nak pergi Klinik !! wwaaaa


muka time sakit....


 
www.tips-fb.com

' UCAPAN AIDILFITRI: DARI EMMA UNTUK EQBALZACK '



Nak join ???? kelik sini !!

First time Emma join Abg Eq punya GA !! waaa Abg Eq nak bagi duit Raya ??? syok nyer.. !! Emma ni tak lah creative but Emma try untuk buat ' se creative ' yang boleh =)

So as ur wish, Emma sempat edit Hari Raya Card special untuk abg Eq !! =)


Kertas tanya Pen kenapa kosong jer...
Pen jawab tunggu Idea datang..
Tanya kat Idea...
Idea jawab Otak Jammed laaaa...
Tanya kat Otak ....
Otak jawab..... 
Boleh sabar tak ??? nak bagi yang special kat Abg Eq nie =)

Pantun 4 kerat boleh ????

Aidilfitri hari kemenangan,
Kejayaan menahan lapar dan dahaga,
Mengenali erti kemenangan,
Emma pun nak duit RAYA juga,

Jalan-jalan cari baju raya,
Pening kepala tak tahu nak beli yang mana,
Ramadhan bakal berakhir syawal kian menjelma,
Salam Aidilfitri untuk Abg Eq sekeluarga.



www.tips-fb.com

Tuesday, August 9, 2011

Puasa yang ke 9.. Dah boleh pasang lagu RAYA ke huh ??

10.22am@Bangsar

Sedar tak sedar, diam tak diam, dah Puasa yang ke 9. Ini bermakna ada 21 hari jer lagi kita nak RAYA !! waaa tak sabar nyer.. mood RAYA pun semakin bertambah-tambah dengan ditambah lagi dengan tahap kejelesan yang melampau bila Government dapat Bonus !! waaa =( 

Dah puasa yang ke 9, dah boleh pasang lagu RAYA tak ??? heheheh mood RAYA terlebey da nie !! macam mane??? hahahaha =) terpengaruh dengan cik MTT kita lah nie dengar lagu RAYA awal-awal. hahaha =) 

Bagi Emma  lagu RAYA ni evergreen !! Tak lapuk dek zaman pun !! di ulang berkali-kali pun tak jemu nak dengar !! Even budak-budak kecik pun dah pandai nyayikan lagu - lagu RAYA. 

So menunggu untuk setkan lagu RAYA as handphone ringtone !!! waaa syok nyer !! nak letak lagu ape ek ?? yang pasti lagu Mamat jadi pilihan Emma !! =)


www.tips-fb.com

Ala... Nape Government jer dapat BONUS???

10.00am@Bangsar

Sangat jelous bila Emma dapat tahu yang Government dapat 50% Bonus !! Waaa tak aci.. nak apply keje dengan Government lah macam nie ??? =(  jelous, jelous and sangat jelous !! hahahah 



Hurm sambil duk membaca segala email yang memenuhi ruang inbox ni, sambil tu duk fikir nak pow sape ek baju raya ??? waaaa syok nyer... last year dah dapat sepasang baju raya dari seseorang... tahun nie boleh dapat lagi x?? hehehe waaa dengar insan yang kena pow last year mau Emma kena sekeh dengan dia.. hahahaha =) Tapi yang syok nyer sebab dia pun dapat 50% BONUS kan ?? yeah ade chance lah Emma and Cik Ieda  nak pow insan yang baik hati tu kan ?? kan ???

Nape Government jer asyik dapat bonus ??? syok ek keje dengan Government!! Balik on time, kadang-kadang keje goyang kaki jer ( Member Emma yang cakap okay bukan Emma yang cakap!! ) then raya jer dapat bonus !! waaa gile jeles da nie !!! =(

Kalau tahun nie nak bodek boss Emma yang agak kedekut nak bagi Bonus tu boleh dapat tak agak-agak nyer??? =) Bismillah banyak-banyak pastu Fuuuuuuuhhhhh moga - moga dapat bonus  tahun nie .. amin =)


www.tips-fb.com

Monday, August 8, 2011

"Blog ku memang lawa di mata Lulu Caldina"

04.56pm@Bangsar

Entry last hari nie, sementara menunggu time nak balik dan semangat yang berkobar-kobar nak pergi bazar coz kakak Emma dah pesan suruh beli air tebu da best punya !! hahahaha =) so sempatlah join segmen Lulu...actually, ni 1st time Emma join segmen Lulu nie !! Sebelum nie selalu baca entry Lulu... so hari nie Emma nak join segmen Lulu ..yeaaay !! =)



Hurm nak tulis ape ek ??? hahahahah tak tau pulak nak tulis ape !! Ala blog nie tak lah lawa pun. Maklumlah nak tukar header pun tak tukar-tukar lagi !! Nampak sangat tak de masa =) hehehhe Blog Emma nie masih baru lagi so Emma banyak buat research melalui blog-blog yang popular. Dari situ Emma ambil tips-tips dorang and explorekan dalam blog nie !!! weee =)


www.tips-fb.com

Kantoi !! Tak puasa

01.06pm @Bangsar

Opssss, jangan salah sangka okay !! Entry nie bukan merujuk kepada tuan punya blog tau !! tapi merujuk kepada seorang insan yang Emma jumpa tepi jalan time nak pergi bank tadi ... hahahahha

Korang pernah dengar tak "Lelaki period ???? " ahahahha pelik kan ??? tapi tulah yang Emma dengar dari mulut seorang mamat yang kantoi dengan Emma bile dia baru keluar dari mcd sambil menyedut air coke !! wawawawa

Cerita dia macam nie, tadi Emma pergi bank !! walaupun dengan keadaan cuaca yang panas yang amat, namun ku gagahkan jua membayar bil astro sebelum di bebel oleh kaki bebel di rumah ku !! =) hahahahah then bila sampai dekat depan mcd, Emma terserempak dengan seorang lelaki... muka boleh tahanlah... tinggi.. hurm test Cik Ieda tu.. hahahha tapi sayang, kantoi dengan Emma sebab dia keluar dari mcd dengan menyedut air coca-cola !!! waaaa tak hormat betul orang lain yang berpuasa ! ish..ish..ish.. ada ke patut ??? hahahahha dengan muka yang selamba, tapi merah beriya-iya menahan malu kot !! mamat tu cakap " saya uzurlah hari nie " and bila mendengar ayat yang keluar dari bibir dia... wakakakakakkakak Emma tak dapat nak tahan gelak lagi maka terlepas lah gelak dari mulutku !! wakakakakkaak sakit perut Emma dengar ayat tu ... " tak ada ayat lain ker??? hahahahah "

Dengan muka yang malu, mamat tu melangkah ke arah kereta dia yang di parking kat depan mcd tu... waaaa gila laju dia masuk dalam kete... tak pandang muka Emma langsung daa.... hahahah

Nota kecik : Puasa... jangan tak puasa okay !! Bagi kaum lelaki jangan lah gunakan alasan orang perempuan okay... malu seh. !!!


www.tips-fb.com