-->

Tuesday, June 7, 2011

Tips Disayangi dan di senangi orang ramai!!

03.38pm@Bangsar

Hai semua, sihat ??? Time aku tengah sibuk buat drawing kat office nie tiba-tiba aku teringat tentang satu topik yang member aku pernah tanye !! nak tau tak apa dia ??? 

"Tips Disayangi dan di senangi orang ramai!! "

Kadang-kadang kita tak sedar walaupun kita ada ramai kawan tapi dalam ramai-ramai tu mesti ada yang tak puas hati atau tak suka dengan kita... betul tak ??? dalam erti kata yang lain " Depan tunjuk baik tapi kat belakang cerita tentang kita !! "

So kita semua nie bukanlah seorang yang sempurna!! Tak ada manusia ciptaan Allah SWT yang sempurna!! tapi kita boleh menutup segala kekurangan dengan cara kita sendiri !! Jadi aku nak share dengan korang semua macam mana ingin menjadi sesorang yang disayangi dan dihargai dan  mengubah diri pada sesuatu yang lebih baik :-

1) BERFIKIRAN POSITIF

Setiap perkara baik bermula dengan satu perkataan ,iaitu POSITIF ! mula bersangka baik pada orang lain sehingga membuatkan diri kita menjadi seorang yang positif .


2) SENYUM

" Senyum itu sedekah " Jadilah seorang yang ceria dan sentiasa tersenyum.  Apabila kita selalu tersenyum ,tubuh akan merangsang horman sekaligus dapat meghilangkan stres, jadi sentiasalah tersenyum untuk menikmati perasaan ceria.

Senyumlah seikhlas hati kerana hakikatnya kita cuma insan insan kerdil yang dipinjamkan nyawa sebentar untuk bernafas di bumi-NYA,seandainya kerana kelebihan yang dimiliki kita bersikip memandang insan lain dengan sinis,ketahuilah kelebihan itu adalah anugerah ALLAH  yang cuma diberi pinjam seketika dan boleh ditarik balik pada bila bila masa sahaja.
 


3) RENDAH HATI

Rendah hati lebih kepada satu kekuatan yang ada pada diri. Seseorang yang mempunyai sikap merendah diri ,sangat disayangi Allah s.w.t .Bila kita dikurniakan kelebihan ,maka kongsilah kelebihan itu pada orang lain, contohnya korang seorang yang sangat bijak dalam pelajaran so, tak salah if korang share kelebihan tu dengan orang lain !!





4) JUJUR

 Kata orang ,harga kejujuran lagi mahal dari emas!! bagi aku fakta tu sangat betul !! Sebab apa?? Manusia paling susah nak ada sikap jujur nie !! Jujur lah.. tak salah if korang bersikap jujur nie !! 




5) PEMAAF
Bukan ke kemaafan adalah suatu dendam yang terindah ??? Walau apa pun kesalahan seseorang itu, kita perlu memaafkan nya tak kira besar atau kecil.  





 
www.tips-fb.com

2 comments:

Ala... janganlah pandang jer keyboard yang mahal tu.. meh komen-komen kat blog nie!!!