-->

Friday, June 3, 2011

10 Ciri pilihan Emma !!!

12.47pm@Bangsar

Yeay !! Lunch time.. hurm tapi rasa tak lapar pun coz aku tengah sakit perut !! Malas pulak nak kuar pergi lunch... heheh bukan ape.. panas sangat lah !! Sakit kepala if jalan tengah-tengah panas nie.. so ape yang aku buat time lunch nie... hehehe mestilah tulis blog !! hahahaha

So hari nie aku nak share dengan korang ciri-ciri lelaki pilihan hati aku !! hahahaha... macam nak cari calon suami lak !! bukan ape, member-member aku nie asyik tanya kat aku jer ape ciri-ciri pilihan aku... yerlah, aku nie payah sket nak kenal dengan lelaki.. mana-mana yang dorang try kenalkan aku reject... hehehe bukan memilih okay.. cuma tak cukup syarat... ahhahaha
1) Ada pegangan agama
~ Itu kan wajib bagi setiap insan... hehehe yerlah aku pun selalu ke " laut " jugak !! so biarlah ada orang yaang boleh didik and tegur apa yang patut kita buat atau tak !!

2) Jujur
~ Ini yang aku utamakan... heheh aku tak suka lelaki yang suka menipu !! Biarlah dia jujur tak hipokrit.. Sebab aku " boleh share apa-apa jer dengan orang yang jujur dengan aku tapi bukan pada orang yang menipu !! " Pengalaman mengajar aku supaya lebih berhati-hati dengan lelaki... !!!

3) Terima aku seadanya
~ Lelaki tu mestilah menerima aku kerana diri aku sendiri. Bukan sebab lain. Dia boleh terima segala kelebihan dan juga kekurangan aku !! Dalam erti kata lain aku pun boleh terima segala kekurangan dan kelebihan dia.

4) Sayang menyayang
~ Mesti ada rasa sayang antara satu sama lain.. Tapi aku seorang yang susah nak sayang seseorang. Tapi bila aku dah sayang seseorang, aku akan sayang orang tu selamanya.


5) Lelaki tu mestilah boleh layan otak aku yang kadang-kadang agak gila sket.. ehheeh


6) Aku tak suka kepada lelaki yang terlalu manja. hahha lemah lutut aku nak layan lelaki yang suka merajuk nie... mengalahkan perempuan pulak !!


7) Mestilah ada kerjaya.  Aku tak kisah dia kerja apa asalkan halal.


8) Biarlah sedap mata aku nie memandang !! hehehe aku tak suka lelaki yang kurus-kurus nie coz aku dah kurus !! hahaha biarlah tough sket... so nak peluk pun best... ops !!! terlebih sudah !!! hahahah


9) Hormat family, kawan dan juga diri aku. !! tu yang penting !! 


10) Kena pandai amik hati aku !! hehehe coz aku nie agak cepat marah and if tak de mood lagi lah... orang yang tak bersalah pun boleh kena marah dengan aku !! 


Hurm tulah dia 10 ciri lelaki yang aku nak !!! hahahah agak-agaknya boleh jumpa tak lelaki macam tu ????



www.tips-fb.com

4 comments:

  1. insyaallah, berusahalah! doa banyak-banyak! amin. =D

    ReplyDelete
  2. semoga dapat yg macam emma nak.. hehe ~~

    ReplyDelete
  3. Shida and Teha : InsyaAllah... mesti ada punya!! sabar jer menunggu!!!

    ReplyDelete

Ala... janganlah pandang jer keyboard yang mahal tu.. meh komen-komen kat blog nie!!!