05.50pm@Bangsar
Hi dan selamat petang dan juga selamat bercuti kepada yang dapat public holiday hari nie. Sangat jeles !! hehehe Korang tau tak apa tu Israk dan Mikraj ??? hehehe aku pun baru mengingatkan balik apa dia peristiwa di sebalik Israk dan Mikraj nie. So aku nak share dengan korang tentang apa yang aku baca nie!! So boleh lah kita jadikan panduan sama-sama. Bagi korang yang dah tau pun boleh jer nak baca.. tambahkan pengetahuan lagi.. kan? kan??
1. Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah S. A. W. mengalami
pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il.
Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam
('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian
dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W.
Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah".
Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk
ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan
"Israk" itu.
2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
Sepanjang
perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh
malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu
(tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh
Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara
tempat-tempat berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah (Madinah),
tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina,
iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii.
Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan);
Dalam
perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin
'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa
simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
§ Kaum yang sedang bertanam
dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah)
yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku
berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum
yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak
700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
§
Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail :
Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama
suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk
menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh
beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
§
Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali
dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian
dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah
orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
§
Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur)
dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka
makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah
orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
§ Satu
kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk
sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki
dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu
masing-masing mempunyai isteri / suami.
§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
§
Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya,
tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat
menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
§ Satu
kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting
besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali
seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan
mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
§ Kaum
yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata
Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan
menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
§ Seekor lembu
jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya
semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar
(Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
§ Seorang
perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah
tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah
memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia
daripada akhirat.
§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan
dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak
menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya
sampai ke tua.
§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan
Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur
dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya
di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam
masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan
mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu
dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih
susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul.
Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):
Didatangkan
Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail
naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu
Hafzhah).
. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail
masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian
dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan
melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan
buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
i.
Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua,
lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.
ii.
Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S. iii.
Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris
A. S.
iv. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
v.
Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi.
Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh
oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai,
termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
vi. Langit
Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu
bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di
Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A.
W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah
pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka
berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah
HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A.
S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka,
syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima
kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH
ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL-
'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan
ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa
peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam
Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas
Baitullah di Mekah).
vii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut
"al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha.
Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu:
Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu
lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan
bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas
berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda
Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus
masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka
berserta dengan Malik penunggunya.
viii. Tangga Kesembilan: Di
sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W.
masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat
melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di
dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada
masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
ix. Tangga Kesepuluh:
Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab
lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas
sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah
S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah
kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb.
Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia
kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan
Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan
kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun
dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin.
Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat
menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau
lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu
sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan
amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan
umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu
pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak
aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di
akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku
berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar
makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka
Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan
atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
4. Selesai
munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian
Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu
kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu
sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan
lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu
sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
5. Selepas Mikraj
Rasulullah
S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke
Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada
malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa
peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan
Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku
pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah).
Wallahu'alam.
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id) Kesimpulannya,
peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang
diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih
penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut
bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik.
Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh
yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar
sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya
peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati
benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada
melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga
adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan
peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi
Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi
sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan
Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau
kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah
menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda
Sallallahu Alaihi Wasallam.
Mafhum Firman Allah S. W. T. : "Maha
Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari
Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati
sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari
tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi
Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1). wallahua'lam..
Apa aku kata ??? : Dunia dah semakin kepada akhir zaman.. so banyak-banyaklah beramal ibadat...