-->

Google+ Followers

Monday, September 12, 2011

Disihir guna gambar dalam Facebook ???

10.30am@Bangsar

Pagi tadi ketika dalam perjalanan nak pergi office, macam biasa laaa naik Lrt Putra dari Stesen Kampung Bharu menuju ke Bangsar.  Dalam keadaan dalam train yang tak berapa nak padat laaa dengan orang yang tak berapa nak ramai.. hahhahaha tiba-tiba Emma ternampak pak cik kat sebelah nie duk baca surat khabar Kosmo. Jeng..jeng.. jenggg first page tuu da agak mengejutkanlah. Yerlah, ada sorang student IPTA yang di sihir dan di santau melalui Facebook!! waaaa gila lah.... serius agak menakutkan !!! 


Dalam dunia yang serba moden nie, macam-macam cara boleh di buat bagi mereka yang mempunyai sifat-sifat PHD yang tinggi. So, bagi mereka-mereka yang suka sangat upload picture dalam FB tuuu sila-silalah berhati-hati =(. Better korang privatekan picture dalam fb or kurangkan lah mengupload picture dalam fb tuu... bahaya laaa zaman sekarang nieee...



Nota kecik : Sihir dari segi istilah merupakan satu perbuatan menyakiti atau mempengaruhi  badan, hati atau akal orang yang disihir secara tersembunyi (ghaib) yang melibatkan makhluk halus, dan dilakukan di luar hukum alam bagi mencapai tujuan tertentu.


www.tips-fb.com

2 comments:

Ala... janganlah pandang jer keyboard yang mahal tu.. meh komen-komen kat blog nie!!!