Assalamualaikum kawan-kawan
Dah bayar zakat fitrah ke ??/
Ibnu Umar meriwayatkan: “Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah di bulan Ramadan kepada setiap orang muslim, sama ada dia merdeka atau hamba, lelaki mahu pun perempuan. Iaitu segantang kurma atau gandum.”
5 waktu mengeluarkan zakat fitrah pada bulan Ramadhan:
~ Wajib : Mulai terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
~ Paling Afdhal : Sebelum Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri
~ Sunat : Sepanjang bulan Ramadhan
~ Makruh : Selepas Solat Sunat Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
~ Haram : Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada’. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

assalamualaikum emma...zakat dah bayar pun bayar awal2 lebih senang...:)
ReplyDelete