-->

Thursday, November 12, 2015

SubhanAllah !!!



Assalamualaikum uoals,


Weekend lepas, sempat tengok awan yang cantik sangat !!!
SubhanAllah, cantik nya....



www.tips-fb.com

Thursday, October 22, 2015

Tumbuh gigi


Assalamualaikum uoals,


Yeayyyy, baby Anyssa dah ada gigi 😀😀 , nampaknya ~anak rimau ~ mommy dah ada gigi... hehehe

muka kena paksa tunjuk gigi 😂😂😂

Bila dah ada gigi, mommy pulak yang takut !!!! hahahaha habislah mommy macam nie --__--!!! 


www.tips-fb.com

Wednesday, October 21, 2015

yeayyyy, i'm 6 month now !!!



Assalamualaikum uoals,


Alhamdulilah, baby Anyssa dah 6 bulan on last 15 oct !!! hehehe yeayyyy anak mommy dah besar !!! 

Bila dah six month nie, aku dah nampak kepandaian dia yang memang aku tau mewarisi perangai aku sendiri !!! hahahaha okay fine, aku memang angguk kepala laju-laju bila abang aku perli "anak ikut perangai mak !!! "


Perangai "suka bercakap !!! " haaaa baby Anyssa ni kadang-kadang tak macam rupa baby enam bulan !!! kemain lagi kalau sampai tang nak bercakap tu... haaaa memang aku tak fahamlah ape yang dia cakap !!! #@!!!&$%

contohnya bila dia nak susu, dia akan datang kat aku then merengek-rengek sambil kepala dia duk lentok-lentok kat peha aku !!! tak pun dia akan sebut 

"mi...mi... nak nen!!!! "



www.tips-fb.com

Friday, October 9, 2015

Brestfeeding



Assalamualaikum

Pengalaman kelahiran Anyssa, bagi aku satu pengalaman yang tak mungkin aku lupa seumur hidup aku.

Walaupun aku tak dapat nak lahirkan Anyssa secara normal, tapi aku bersyukur sangat Allah bagi aku peluang berjumpa dengan anak dari syurga nie!!!



Aku ingat lagi, lepas aku keluar dari operation room, aku tak mampu nak pegang anak aku lagi. Sampailah aku dah pindah masuk wad then kakak aku datang bawak anyssa. Time tu aku tak larat langsung nak angkat anak aku. yerlah kan ubat bius tak habis lagi walaupun aku dah boleh gerakkan kaki aku!!! time akak aku dukung then bagi aku cium anak aku, time tu lah kali kedua aku kiss anyssa!!! then aku mintak nurse jagakan anyssa!!!  hehehe time tu rasa macam tak percaya dah ada anak !!!

Pukul dua pagi aku terjaga, terkebil kebil mata aku duduk sorang-sorang atas katil tu. Then nurse datang bawak Anyssa " puan, boleh bagi baby susu kalau nak susukan ??? "

Serius time tu aku blur sangat!!! sampai aku boleh cakap kat nurse "macam mana nak susukan ??? " padehal aku dah duk google cara-cara nak brestfeed lagi!!! adoiiiii napelah blur sangat time tu ???

Nasib nurse tu okay !!! dia ajar aku!! tapi sayang, time tu susu tak de lagi !!! kesian Anyssa -_-!! maafkan mommy sayang !!!

First time aku suakan kat mulut kecik dia, eh!!! Ya Allah... pandainya ?? aku pelik macam mane dia boleh tau sedangkan baru beberapa jam dia lahir ??? time tu aku sedar betapa besarnya kuasa Allah swt !!!

First day anyssa, memang susu langsung tak de !!! walaupun aku tetap bagi kat dia dengan harapan ada rezeki untuk dia!!! tapi memang bukan rezeki dia. Sampailah ke petang, anyssa dah mula meragam. Aku suakan jugak kat dia sampailah dia tertido !!! tapi cabaran bagi aku bermula pukul 12 malam tu anyssa bangun dari tido then dia haus ??? lepas beberapa jam lahir dia tak minum walau seteguk air ?? boleh ke tahan ??? Anyssa nanggis, aku suakan jugak kat dia... tapi benda kosong ??? dia haus !!! aku tak tau nak buat macam mane. panik !!!! dia terus nanggis, nanggis dan nanggis!!! sampailah nurse datang and tanya kat aku kenapa dengan baby ??? aku cakap dia haus, tapi susu tak ada !!! aku dah mintak susu formula dari nurse petang tadi tapi nurse tak bagi !!! nurse suruh aku bagi anyssa sucking dengan harapan rangsangan dari sucking tu susu akan keluar !!! Nasib baik nurse tu baik hati... memang aku terima kasih sangat kat dia sebab ... lepas aku cakap macam tu dia bawak anyssa then bagi dia susu formula!! lepas 10 minit, dia bawak anyssa yang dah tido kekenyangan. sumpah aku nak nanggis dah time nie !!! 

Anyssa terjaga bila dengar baby lain nanggis !!! tu pun kes yang sama !!! TAK DE SUSU !!!!  bila anyssa bangun terus nanggis. Aku pujuk-pujuk then dia tido balik !!! tapi baby lain pulak nanggis !!! dia pun bangun balik then ikut nanggis !!! okay fine, anyssa belajar nanggis kat hospital rupanya !!! berlawan lawan baby nanggis!! yang tu berhenti yang nie pulak nanggis, lepas tu yang sana pulak sambung join nanggis skali !!!! memang huru hara betul aku rasa time nie !!!! 

Sampailah ke pagi, anyssa meragam then asyik nanggis sampai serak suara dia !!! aku dah tak tau nak buat apa, dengan aku sekali nanggis !!! pagi tu aku call zam bagitau anyssa nanggis tak berhenti dari malam!!! zam kat rumah dah kalut!!! terus bagitau mak ayah aku kat rumah !! sementara nak tunggu waktu melawat pukul 12 tengah hari tu memang aku rasa Ya Allah lambatnya masa berlalu !!! aku tak sanggup tengok anak aku nanggis!!! aku tawakal je suakan dia air yassin yang zam bacakan untuk aku!!! cup cup cup aku dengar mulut anyssa bila ade air yang mampu basahkan tekak dia!!! sambil aku bagi air yassin tu air mata aku tak henti henti mengalir !!! aku rasa stress, sedih, blur, macam macam aku rasa !!! macam tak berguna je aku rasa sebab buatkan anak aku haus !!!! 

Tengah hari tu, zam datang dengan akak aku sambil akak aku seludup susu formula!!! siap bancuh dalam botol susu lagi !!! rupa rupanya, aku kelam kabut kat hospital... family kat rumah pun susah hati !!! maklumlah, dah lama tak ada baby kat rumah !!! sambil aku cover dengan baju, aku hadap arah tingkap terus aku bagi susu formula tu kat anyssa. Sekejap je habis sebotol !!! haus sangat anak aku nie !!! dah kenyang terus tido !!! nasib baik petang tu dah boleh discharge keluar !!! itupun aku merayu kat doctor sebab aku nak keluar petang tu jugaj walaupun aku sepatutnya boleh discharge keesokkan harinya !!!! 

Hari ketiga baru susu badan ada !!! dengan bengkak nya, nipple luka... walaupun pedih, aku tahan jugak semata mata untuk anak aku !!! dan alhamdulilah, 6 bulan dah rezeki untuk anyssa masih ada !!! 

Aku pernah jugak try bagi anyssa susu formula, tapi time susu basan tak banyak dia minumlah... tu pun siang aku bagi susu badan, malam aku bagi formula !!! sebab time malam aku susah nak bangun unless ada yang angkat aku baru aku boleh bangun !!! maklumlah, kan baru lepas operate!!! tulang belakang pun seksa lagi seminggu dua tu... tapi, bila susu badan dah banyak... jangan harap anyssa nak minum susu formula lagi !!! siap uweek uwerk lagi !!!! kalau aku pam susu badan then letak dalam botol susu pun dia tak nak !! so, selama 6 bulan nie anyssa memang fully direct brestfeeding !!! dan aku berazam nak susukan sehingga usia 2 tahun !!! insyaAllah


www.tips-fb.com

Monday, September 21, 2015

Suntikan Epidural



Assalamualaikum uoals,


Aku nak sharing dengan korang pasal suntikan epidural nie!!! siapa yang pernah baca blog aku, korang sure tau yang kelahiran baby Anyssa adalah melalui pembedahan. 

But, sebelum aku masuk operation room lagi doctor dah suggest untuk aku ambil EPIDURAL   memandangkan bukaan lambat tapi contraction aku sangat kuat.  Dorang takut aku tak ada tenaga untuk teran nanti. Aku bukan jenis memandai-mandai nak ambil apa yang dorang suggest sebab aku tau semua tu akan ada effect kemudian hari !!! Aku pernah baca pasal epidural nie yang boleh mengakibatkan "sakit pada tulang belakang ". So, sebelum aku sign apa-apa form,aku akan tanya zam dulu... once dia bagi aku sign !!! if not, aku redha jeee.... dah zam pulak jenis straight bab hal bini dia... tak kan nak tengok bini dia menggigil tahan sakit kan ???? 

Ada pendapat yang epidural boleh bagi kesan migrain atau sakit belakang pada sesetengah ibu. Tapi ia sebenarnya selamat jika dilakukan oleh doktor pakar yang bertauliah. Perkara itu takkan berlaku kecuali dengan satu keadaan iaitu:

Jika suntikan epidural itu menembusi pada DURA (di bahagian yang mengandungi air tulang belakang). Kebocoran ini boleh menyebabkan sakit kepala yang teruk. Namun jika sekalipun ia terjadi, ia boleh dirawat dengan ubatan dan “bed rest"


Sebenarnya suntikan ini adalah sangat selamat untuk ibu-ibu bagi melancarkan proses kelahiran. Peratusan kebocoran pada dura adalah sangat kecil jika dilakukan oleh doktor yang bertauliah.
cara suntikan epidural


Sebelum procedure suntikan epidural di lakukan, korang akan di beri penerangan oleh pakar bius tentang suntikan epidural.  Then, korang akan di beri borang persetujuan untuk procedure ni di lakukan.  Bacaan denyutan jantung, tekanan darah da oksigen dalam darah dorang akan monitor dulu.  Dan apa yang aku tau, epidural ni ada dos yang sepatutnya depends pada tahap penerimaan badan korang !!! Ada juga isu anak cacat atau risiko lain if terlebih dos.

Semasa procedure epidural di lakukan, korang kena duduk tegak sambil peluk bantal kuat-kuat. Sebabnya ???? waktu jarum masuk pada bahagian tulang belakang, automatik korang rasa macam satu renjatan dan reflect yang akan membuatkan korang bergerak !!! serius, bahaya ok !

Sebaik sahaja doktor mengesan lokasi yang tepat, bius setempat (Lignocaine 1%) akan disuntik pada lokasi yang telah dikenal pasti. Bila bius tadi telah bertindak balas barulah proses pemberian bius epidural akan dijalankan.

Suntikan ini akan menembusi RUANG EPIDURAL melalui tiub epidural. Ubat ini akan memberikan kesan kebas pada saraf ibu dari bawah pinggang ke bawah. Walaupun saraf dikebaskan namun saraf otot masih lagi berfungsi supaya ibu mampu meneran sewaktu melahirkan. Kesakitan tak dirasai cuma bila paha anda disentuh, anda masih boleh rasa sentuhan itu namun tekanan sentuhan tu tak dapat dirasakan.

Golongan Wanita Yang Sesuai Diberikan Suntikan Epidural

  • Wanita Yang Kali pertama melahirkan anak
  • Wanita hamil yang telah diberi induksi pitochin untuk mempercepatkan kelahiran bayi.
  • Wanita hamil yang masih muda serta takut untuk melahirkan.
  • Wanita hamil yang mengalami senggugut yang teruk sebelum hamil

Wanita Yang Tidak Boleh Menjalani Procedur Epidural

  • Pesakit yang tidak bersetuju dengan prosedur ini.
  • Wanita hamil yang mengalami jangkitan di bahagian belakang (pada bahagian jarum epidural yang ingin disuntik).
  • Wanita yang mempunyai sejarah pendarahan cair (coagulopathy).
                       

Effect yang aku rasa sampai sekarang, bila hujan lebat aku rasa sangat ngilu kat tulang belakang and bila baring kat lantai aku susah nak bangun !!! tapi keadaan tu semakin lama semakin berkuranglah. Aku ingat lagi time first week lepas deliver tu, aku susah nak bangun if baring kat bawah. Time tu mama aku letak tilam kat lantai and aku tak tido atas katil. So kalau dah baring then nak pusing memang sakit. Rasa macam badan berat sangat. Aku nak bangun, aku akan mintak tolong zam, kak ngah aku atau ayah aku untuk tarik!!! haaaa sengsara jap a few weeks. 

So terpulang pada korang nak ambil atau tak epidural nie !!! Based on yang pernah ambil epidural nie, dorang masih terasa sometimes sakitnya even dah bertahun tahun !!! 




www.tips-fb.com

Sel-sel otak mula berhubung !!


Assalamualaikum uoals,

Sekejap je masa berlalu, Anyssa dah pun 5 bulan !!! bulan depan dah boleh bagi dia makan !!! tapi kadang-kadang aku dengan zam bagi je dia makan!! sebab anyssa ni pantang tengok orang makan !! kadang-kadang dia yang tarik makanan kat tangan aku !!! haaaaa korang tengok cerdik ke tak cerdik baby zaman sekarang ??? 

Hari tu daddy dia belikan "baby walker" memandangkan dia kalau meniarap pun pandai pusing pusing , depan belakang!!! dan yang paling mengharukan aku tak boleh nak buat keja sebab dua asyik nak berkepit duduk bawah ketiak aku !!!! haaaa kaa kan ???



Mula-mula letak dalam walker tu dia pelik!! tapi lepas dua tiga gari dia dah pandai main sendiri dalam walker walaupun kadang-kadang dia merengek mintak dukung !!! 

Dan sekarang, habis segala accessories kat rumah kena simpan sebab dah pandai nak menarik !!! yang paling best bila dia pantang tengok aku lipat baju confirm dia saje je datang dekat and langgar baju yang aku lipat -_-!!!! 




www.tips-fb.com

Sunday, September 20, 2015

MATERNITY PAD


Assalamualaikum uoals,

Aku rasa ramai mommy to be yang tertanya-tanya apa pad yang sesuai untuk korang pakai lepas bersalin !! even aku pun macam tu jugak !!! aku tak tau nak pakai jenis yang macam mane sebab aku tengok akak ipar aku just guna yang biase je "kotex overnight". 

So aku pun cari inisiatif lain dengan menggunakan incik google sebagai bahan rujukan aku... hehehe. 

Apa yang aku tau, maternity pad ni ada dua jenis !!!  " ADHESIVE & LOOP ".  Okay, biar aku cerita ikut pengalaman aku lah ek !!! 

Adhesive

Loop

Dah nak dekat nak deliver, aku beli maternity pad jenis Adhesive sebab aku tak reti pakai yang loop dan rasa macam menyusahkan !!! tapi akak sedara aku cakap, sesetengah hospital dorang akan mintak kat kita yang jenis loop selepas bersalin. If tak ada, dorang suruh kita bayar pad yang loop kat dorang !!! SEBAB ???? 

Lepas deliver baby korang, nurse akan pakaikan kita pad jenis loop !!! sebab apa ??? memudahkan kerja dorang la kan ??? then kalau nak pakaikan yang adhesive kan ke kena lekat kat panties korang !!! dah sah-sah korang lepas bersalin tu memang pakai kain je.. panties pun tak pakai !!! betul tak ???  tapi, lepas korang dah dihantar ke wad, korang dah boleh tukar pad korang !! itupun kalau korang larat nak jalan ke toilet laaa !!!

Keburukkannya ??? Loop membuatkan kita rasa tak selesa and dia bukannya betul-betul terletak kat "....." kita !!! kalau nak cakap bocor tu memang confirm lah akan bocor !!! dah sah 2 dia just ikat kat pinggang !!! rasa macam pakai cawat pun ade !!! so aku suggestkan kat korang better guna yang adhesive.  Sebabnya ??? sah-sah korang period setiap bulan and selalunya pad yang jual jenis adhesive !!! 

So, terpulanglah apa yang selesa untuk korang !!! hehehehe 


                  ~ thanks for the reading !!! 😚😚😚 ~


www.tips-fb.com

SELAMAT PENGANTIN BARU NAZIRUDDIN & NURHANI


Assalamualaikum uoals,


Barakallah kepada kawan baik merangkap seorang abang bagi aku walaupun aku memang ramai abang dalam adik beradik !!! hahahaha .... tahniah DIN & HANI



Kalau dah jodoh tak kemana!!! betul tak ??? ingat lagi, Din nie selalu share problem dengan aku!!! kalau ade awek minat dia pun dia akan cerita kat aku. And aku ??? selaku puan penasihat tak bergaji dia kadang-kadang bagi advice yang kadang-kadang membina dan kadang-kadang agak bangang jugak !!! nasib lah din nie jenis tahan and layan kan aje stok perangai aku yang gila-gila nie !!!! hehehehe

Din yang gila-gila, Hani yang tegas dan pemalu sikit nie akhirnya bertemu jodoh jugak !!!! dengar-dengar cerita dorang nie kena match maker dengan makcik din !!! heheheh "ikan kat laut, asam kat darat.. dalam nasi bertemu jugak !!! " kiranya boleh buat masam asam pedas lah nie !!!! hehehehe Network Engineer dengan Doctor Gigi... lepas nie sakit gigi boleh jumpa Doctor Hani ye !!!





Din " Jaga Hani baik-baik !!!! "

Hani " Jaga Din baik-baik !!! baby Anyssa tak sabar nak tunggu geng baru !!!!! "


~~~SELAMAT PENGANTIN BARU NAZIRUDDIN & NURHANI ~~~
www.tips-fb.com

SELAMAT PENGANTIN BARU SYUHADA & FARHAN


Assalamualaikum uoals



Barakallah to my bff since aku kat sekolah teknik!!! hehe manusia pertama yang aku kenal bile masuk sekolah teknik sah-sahlah ko syu !!!! lepas tu baru aku kenal nadh !! hehe dalam masa tak sampai berapa jam jerr kita dah jadi geng kan ??? 

Alhamdulilah, masih bff sampai sekarang walaupun masing-masing tercampak sana sini dek mengejar ilmu kan ??? kaw kat perlis, nadh kat kuantan, aku kat johor!!! haaaaa tapi "ikatan persahabatan masih kuat"... hehehe tak pe, nanti aku kenalkan korang dengan kawan-kawan aku nie !!! 


Okay, berbalik kisah the bride and groom nie... ikutkan kisah yang aku tau laaa tau!!!! dorang nie dah bercinta cinta stok i lap u , u lap me nie since dorang kat UITM Arau lagi, aku tak tanya pulak kat Paan sape ngorat sape !!! tapi aku confirm 70% sah-sah syuhada yang ngorat paan dulu... haha mantikkkk aku kalau salahhh !!!! sebab ape ???? Paan nie pemalu orang nya !! hahaha larikkkkkk 😷😷😷😷😷😷😷

Walau macam mane pun "Paan, jaga kawan aku baik-baik tau !!!! "

Syu, "cepat-cepat join group aku and nadh tauuy !!! baby anyssa and baby mariam tak sabar nak tambah geng nieee !!! "




Tapi dalam Syuhada gembira tempoh alam baru, beberapa minggu lepas dorang nikah bulan 8 hari tu... adik syu (angah) meninggal dunia sebab kemalangan jalan raya !!!! bagi syu, ibu,ayah and diba.... satu kehilangan yang masih dorang rasai sebab angah satu-satunya anak lelaki dalam keluarga!!! aku ingat lagi, macam mana wajah syu bila aku datang ziarah angah kat unit forensik HKL. Aku ingat lagi macam mana kesedihan dia!!! bila dia peluk aku luahkan kesedihan dia!!! aku tahan air mata sebab aku tak nak dia lagi sedih. Walau bagaimanapun kehidupan harus di teruskan !!! Al fatihah untuk arwah angah. 




Lastly, haruslah ade gambar family kecik aku !!!! hehehehe 


Sila abaikan aku yang dah mengembang tu !!! huhuhu menci !!!! nak kurus balik !!! huwaaaaa

SELAMAT PENGANTIN BARU SYUHADA ASSILA & MOHD FARHAN 
www.tips-fb.com

Thursday, September 17, 2015

5 bulan


Assalamualaikum uoals,


Rasa sekejap je masa berlalu, parut kat perut pun tak hilang lagi!!! 15 sept hari tu Anyssa dah 5 bulan. Alhamdulilah, membesar dengan sihat dan jayanya!!! aku bawak pegi check up, berat pun dah semakin naik !!! senget pinggang mommy nak dukung awak nak oiiii 😆😆 


Limited edition yang paling payah mommy nak keluarkan awak!!! lastly, keluar jugak seketul budak comot nie !!! 



www.tips-fb.com

Saturday, August 29, 2015

Berjalan


Assalamualaikum uoals,

Pengalaman tengok anak membesar depan mata, serius memang buat korang rasa teruja !!! Rasanya tak sia-sia bila aku decide nak berhenti kerja and jaga anak sendiri walaupun kadang-kadang masalah kewangan lepas kawin sentiasa menghantuiii... cewahhh -_-!!! nama pun baru kawin, confirmlah banyak dugaan..!!! yang penting kaw kena tabah and hadap je lah ape orang nak cakap !!!!

Rasa macam cepat je masa berlalu, sedar-sedar Anyssa dah 4 bulan !!! haa time tu lah baru nampak sel-sel otak dia kemain cepat berhubung !!!!

Bila tengok orang makan, dia pun sibuk nak makan !!! petang-petang ajak jalan-jalan, bangun tido kuat mengusik orang daaaa.... kaw bayangkan, kaw celik je mata kaw nampak anak kaw senyum !!! kadang-kadang tu saje je buat -buat tidooo, dia nak kejutkan .. mulalah buat-buat nanggis then tarik baju kita.... bila pusing hadap dia... dia sengih pastu gelak!!! hahahaha kaw nak marah pun tak sampai hati tauuu...

Baru-baru nie zam bawak dia main kat playground !!! mainan feveret dia buaian !!! terkekek kekek dia ketawa bila buaian tu bergerak !!! sambil tu aku duk agah main cak cak dengan dia... lagi lah kuat gelak nya!! sampaikan mak cik mak cik kat situ duk ralit tengok anyssa gelak!!!!! 

confius, anak ke bapak yang lebih eksited nie ????


Sekarang pun baru 4 bulan sibuk nak berjalan!!! puas lah duk tatih tatihkan... padehal baru je pandai meniarap .. and tengah duk tonggeng tonggengka punggung nak merangkak... haiiiiinlah anyssa ^_^




www.tips-fb.com

Friday, July 31, 2015

Membebel



Assalamualaikum uoals,


Pengalaman melihat anak sendiri membesar depan mata memang best.  Bangun pagi je anak kaw dah senyum kat korang, nak tido dia akan mintak kaw peluk dia... kaw buat itu, kaw buat ini... apa anak kaw dah pandai semua kaw nampak depan mata kaw kan ??? tak ke rasa seronok sangat.

Anyssa, the first thing yang emma nampak.. dia memang suka berjalan.!!! asal nanggis je, kaw bawak dia jalan kat luar rumah confirm senyam!!

Then, dia dah sibuk nak makan !!! korang bayangkan time umur dua bulan, kakak emma makan tosei depan dia then dia boleh menanggis nak makan jugak !!! meleleh leleh air liur budak kecik nie... and time tu lah dengar dia nanggis and merayu nak makan jugak siap sebut "nakkkkk" haaaa kaw tengok penangan anak zaman sekarang ????

Sekarang nie dah tiga bulan, perangai yang paling rasa nak cubit mulut dia bila........ dia kuat membebel !!!! tak henti henti mulut tu bercakap !!! lepas tu kemain jerit jerit lagi !!! haaaaaa tu yang panggil dia "mulut burung" -_-!!!


www.tips-fb.com

Kisah di sebalik kelahiran Anyssa Maisarah



Assalamualaikum uoals


Waktu kelahiran Anyssa memang banyak kisah tersembunyi. Tapi, alhamdulilah... Anyssa lahir dengan selamat walaupun dalam emergency operation !!! waktu tu emma potong Q 3 orang patient lain sebab kes emma agak besar.

Lepas azan subuh, doctor masukkan ubat.  Zohor, emma ditolak masuk ke Labour Room, Asar, emma di suntik Epidural pada tulang belakang, Mahgrib, emma di bawa masuk ke operation room dan Isyak, lahirnya Anyssa Maisarah ke dunia. Alhamdulilah kelahiran Anyssa di iringi dengan azan. syukur

Sebelum emma di tolak masuk ke operation room, doctor jumpa zam dan maklumkan yang keadaan baby dalam kandungan semakin lemah. Jantung baby pun draft semakin mendatar.  Langkah paling cepat untuk selamatkan baby adalah emergency operation.

Waktu emma dalam operation room, sekali lagi doctor dan pakar bius datang jumpa zam.  Keadaan emma dan baby semakin lemah. Zam kena pilih antara emma atau baby memandangkan keadaan baby semakin lemah. Doctor cakap zam kena bersedia if salah seorang dari kami tak dapat di selamatkan lebih-lebih lagi keadaan baby yang mungkin tak bernyawa bila di keluarkan !!!

Tapi kuasa Allah tak siapa dapat tandingi, bila 8.30 malam semasa azan Isyak lahirnya puteri pengikat kasih sayang kami Anyssa Maisarah..

Memang masa baby dorang keluarkan dari perut, emma tak dengar pun suara tangisan dia.. tapi lepas beberapa saat and lepas emma dengar bunyi penyedut emma dengar suara dia!!! time tu emma rasa nak nanggis.. akhirnya, penantian berakhir.

Anyssa, awak tak mungkin akan jumpa orang yang akan sayang awak macam mana mommy sayangkan awak !! dan tak mungkin awak akan jumpa orang yang akan jaga awak macam mana daddy jaga awak !!! sebab kami hanya satu dan tak siapa boleh halang atau ganti kasih sayang kami pada awak ^_^




www.tips-fb.com

Kronologi melahirkan Anyssa (part 2)


Assalamualaikum uoals


Wahh kemain lama lagi aku nak recall saat - saat melahirkan puteri kesayangan nie...sejak ade anak nie, masa nak pegang hp tu kena tunggu dia tido baru boleh nak bukak segala applications...-_- kalau tak memang nak hadap aje si kecik 24 jam. Yang si anyssa pun macam tau je asal aku pegang hp or tab mulalah dia melalak tak hengat. Memang saje je suruh tatap wajah kecik dia.. !! nasib anak sendiri... hahahahha

Okay, sambung part 2... kronologi melahirkan princess anyssa !!!! masuk je Lr aku pun dengan gigihnya bangun dari kerusi roda then nurse suruh aku baring kat katil yang boleh patah entah jadi berapa bahagian tuuu.. sumpah memang tak best langsung katil tu. Then datang nurse yang akan jaga aku memandangkan member aku dah request staff nurse yang okay-okay jaga aku sepanjang aku kat Lr... heheheheh tq syikin ^_^ so nurse tu pasangkan ctg kat perut. Then doctor lelaki bangsa cina masuk mintak izin kat aku nak check bukaan.. okay fine, aku redha lagi kena seluk bagai dengan doctor tu.. bukaan baru 3 cm !!! dia decide nak pecahkan air ketuban. aku siap tanya kat doctor tu lagi "doctor, sakit tak ??? pleaseee tolong buat slow slow -_-!!! " doctor tu cakap "sakit sikit jee " . Then aku nampak dia keluarkan satu stick yang lebih kurang macam straw. Tak lama lepas tu aku rasa melekit and air keluar macam air paip.. dah pecah air ketuban dorang monitor ctg aku berkali kali. Aku mintak zam masuk temankan aku dalam bilik tu.. nampak je muka zam, hilanglah sikit 5% rasa takut aku. Lepas 15 minit, rasa sakit datang balik. Tapi kali nie rasa tu semakin kuat.

Ya Allah, aku tak tau nak described macam mana rasa sakit tu. Apa yang aku boleh cakap rasa sakit tu datang macam kita tarik nafas.. mula mula slow then sampai kat kemuncak lepas tu down..!!! setiap kali sakit tu datang aku gengam tangan zam sambil mulut terketar ketar tahan sakit. Aku tengok sayu je zam pandang muka aku. Setiap kali aku gengam tangan zam, setiap kali tu lah zam akan balas balik sambil sebelah tangan lagi usap kepala aku. Time tu mulut aku dah terkumat kamit ikut bacaan surah pendek dan selawat yang zam baca. Time nilah baru aku tau, macam nie rasanya mama nak lahirkan aku kat dunia nie.!! sakit.. memang sakit !!! kalau boleh aku tak nak lalui lagi !!!

Time contraction tu, aku menanggis, air mata air hingus pun keluar. Time nie aku dah tak heran semua tu. Apa yang aku fikir, semoga bukaan cepat dan Allah permudahkan kelahiran Anyssa. Nurse datang bagi aku gas Etonox. Zam suruh aku sedut gas tu bila rasa sakit. Aku try sedut....  tak rasa ape pun !! makin sakit adelah... semakin lama rasa sakit makin kuat, nurse suggest untuk aku amik Epidural memandangkan contraction aku kuat tapi bukaan lambat, dan dorang takut aku tak de tenaga nak teran nanti !!! aku pandang zam, aku tak berani nak bagi keputusan pape... then zam cakap ambil je lah. coz dia pun risau aku tak de tenaga lagi nanti.. dah lah makan sikit je before turun LR tadi.  Epidural ni dorang akan suntik kat bahagian tulang belakang, nanti aku akan cerita dengan lebih details pasal suntikan epidural ni okay !! Dari pukul 1.30 pm sampailah ke pukul 6.30 pm dorang pantau ctg. Draft semakin lama semakin mendatar. Dan akhirnya doctor pakar datang then bagitau kat kteorang, jalan terbaik adalah melalui pembedahan !!!

Pukul 7 malam aku masuk bilik pembedahan, sebelum tu memang sedu-sedu aku menanggis bila tau nak kena operate. Time tu macam-macam rasa ade, masuk je bilik operation, aku dah redha, apa yang jadi ni semua bahagian aku.. apa pun aku terima !!! dan akhirnya 8.30 malam masa azan isyak aku dengar tangisan yang aku tunggu!!! lahirnya cinta hati kami Anyssa Maisarah, penglipurlara yang memberikan ketenangan.



www.tips-fb.com

Anyssa sambut RAYA



Assalamualaikum uoals,


Hi..... dah dua minggu raya baru terhegeh-hegeh nak update, maklumlah si kecik nie dah semakin membesar.. mulut kecik tu pun dah macam mulut burung, asyik membebel je... lepas tu gelak sorang-sorang !!

Okay, raya pertama Anyssa yang baru je berusia 93 hari time raya hari tu... alhamdulilah, murah rezeki Anyssa..!! mommy pulak yang jeles bila dia dapat banyak duit raya !!! mommy ??? tolong keluar duit daddy bagi duit raya adelah !!! hahahahah ^_^



Lastly, "Selamat Hari Raya" dari Zam~Emma~Anyssa 

www.tips-fb.com

Sunday, May 24, 2015

Kronologi melahirkan Princess Anyssa (part 1)


Assalamualaikum uoals,

Hiiii korang semua, lama jugak menyepikan diri kan ???  Maklumlah sejak jadi mak mak orang ni memang kemain busy.. Dan rasanya dari duk berkepit dengan laptop and handphone lebih baik emma duk berkepit dengan anak sendiri kan ?? Kalau boleh 24 jam nak hadap muka anak je.. Hahaha;-)

Okay, rasa nya nak share dengan korang pengalaman emma lahirkan cinta hati nie... Tapi sebelum tu emma nak warning korang awal-awal, kalau korang rasa ape yang emma nak share nie korang rasa lucah atau tak senonoh ke bermula dari ayat nie.. Sila jangan teruskan bacaan korang yer. >-<!!

Mengikut kiraan nurse and application dalam henset sepatutnya due date emma 8 april 2015, tapi sepanjang tempoh hampir-hampir dengan date tu memang emma tak lah rasa nak bersalin lagi pun.. Kalau nak kata tanda-tanda ke... Jawapannya emma just pernah rasa  "Broxton hint" jerrr... Rasa feeling sakit tak berapa nak sakitlah. Selain dari tu memang tak de. Sampailah due date emma boleh teman ayah and mama emma pegi medical check up lagi... Hari-hari duk tanya zam.... "  bila baby nak keluar nie ???" Then emma pegi check up kat klinik ibu mengandung terus dapat surat serah diri kat hospital by the next day sebab baby dah delay 6 hari. Maka bermulalah episod serah diri kat hospital. -_-!!!!

Esok tu 14 april 2015, terus dengan rela dan gundah gulana nya serah diri kat HKL. Maka episod serah diri bermula.... Sampai je kat HKL, memang muka tak rela dahh... Rasa nak nanggis pun ade. Nurse tanya macam-macamlah.. Bila last period, first time period waktu umur brape ?? Anak ke berapa nie?? Ade sakit pape tak ?? Tahun bila kawen ?? Padehal semua tu dah ade dalam buku pink dah... Biaselah kalau kat hospital 15x korang kena jawab soalan yang sama. Then dorang check bukaan !!! Okay fineeee, memang tak rela langsung lebih-lebih doctor yang check tu doctor lelaki..... Ya Allah, malu nyer... Nak mengangkang depan doctor lelaki -_-!!! Tak rela langsung kaw !!! Tapi redha jer la.. Nasib baik ade doctor perempuan jugak yang pantau. Time nak seluk tarik nafas dalam-dalam... Konon ikut tips supaya tak rasa sakit !! Tapiiiiiiiiiiiii......Perghhhh doctor lelaki buat tak sakit sangat. Tapi doctor perempuan buat...... Mak aiiii ngilu nyer... Bukaan baru 1cm. Tapi dah overdue terus kena admitted ward. Merasalah pakai uniform pink -_-!!

Masuk ward doctor pakar check and decide nak induce esok paginye... Malam tu tak boleh tido, kemain risau... Surah mariam jadi peneman malam tu... Esoknye, pukul 4-5 pagi nurse check CTG. Lepas azan subuh doctor terus induce... Time tu bukaan baru 2 cm...

Pukul 7 pagi dah rasa contraction, time tu mula rasa perut tu memulas. Nurse datang check Ctg then detect ada contraction. Dorang pelik

 " baru sejam masuk ubat awak dah ade contraction??"

Mulalah dorang check CTG setiap sejam sampailah pukul 11.30 pagi. Dari pukul 7 sampai pukul 11.30 pagi tu, menggigil tahan rasa contraction. Time nie emma sorang-sorang coz zam tak datang lagi. Setiap kali rasa sakit contraction, emma peluk kuat-kuat bantal. Dalam hati tak lekang sebut kalimah Allah. Ayah call cakap nak datang time melawat, emma tak bagi... Huwaaa nanti nanggis -_-!!!

Pukul 1 doctor check bukaan baru 3cm tapi doctor pelik bukaan lambat tapi contraction kuat !!! Terus decide masuk labour room. Time tu zam baru sampai... Amik barang then terus ke LR. Sempat cuci mata tengok...

"Owhhh macam ni rupanya LR.... Hehe ada banyak bilik rupanya..."

Sepanjang nak ke bilikbdalam LR dapat lah tengok and dengar setiap bilik macam-macam suara, ada yang tengah mengerang, menjerit, sebut Allah, ada yang tengah riuh macam tengok bola, sepanjang tu buat hati rasa..Allah !!!!

"Macam mana pulak nasib diri sendiri ??? "



~~~~~ to be continue Part 2 ~~~~~








www.tips-fb.com

Saturday, March 28, 2015

List Maternity & Baby Expo 2015




Assalamualaikum uoals,


To Mummy & Daddy to be...

Save your date ya !!!

Mother, Baby & Kids Expo 2015

Motherhood Expo 2015







Enjoy your day yaaa !!!



www.tips-fb.com

Shopping barang baby



Assalamualaikum uoals


Waaa seronoknya mummy menghabiskan duit daddy !! asal daddy gaji je ajak daddy cari barang baby. Mula-mula ajak daddy memang malas-malas sikit lebih-lebih lagi shopping dengan mummy. hahahahahha 

But sejak emma pregnant, emma start beli barang baby pun awal tahun nie.  Masa tu emma dah 7 bulan pregnant.  Memang tak nak beli awal-awal, yerlah macam-macam boleh jadi kan ??? So lepas je buat scan 4D hari tu kat 4D SCAN DENGAN MISS JEZZLYNN  barulah semangat nak shopping tu kemain berkobar-kobar.  Mula-mula emma pun blur jugak apa nak beli.  Asal nak beli barang je tanya kat zam and angah (kakak emma) .  Lepas tu emma nie bukan jenis yang nampak terus beli !! hahahaha tabiat emma yang agak tebiat nie lah yang buat zam bengang kalau nak shopping !! Tau apa dia ?? Emma suka survey harga kat satu-satu kedai then baru emma beli kat tempat yang murah... ehehhehe

So, emma bukan beli semua benda kat satu tempat je, ada yang emma beli kat Manjaku Wangsa Maju, Mydin, Baby Expo PWTC, UO, Jusco , SOGO... ahahahahha pendek kata asal ada kedai baby mesti emma masuk punya !!! -_-


Sekarang dah 39 weeks, dah habis sesi shopping semalam. Janji dah dengan zam yang shopping kat MATERNITY & CHILDREN EXPO MID VALLEY Semalam yang last... hehehhe tunggu baby keluar pulak baru kita shopping lagi ^_^

Sekarang nie sesi mendobi baju baby yer.... bila dah cuci time nak sidai and lipat, rasa comel-comel nya baju baby sebab kemain kecik-kecik je ^_^




www.tips-fb.com

9th Maternity & Children Expo 2015 at Mid Valley



Assalamualaikum uoals,


Sejak nak jadi mak orang nie, entry pun dah entry mak-mak orang lah ye kan ?? Okay first time pergi  Maternity Expo nie.. sebelum nie memang tak pernah heran pun !! sekarang nak jadi mak orang, so kena heran sangat-sangat !!


Okay, expo dah bermula semalam lagi sampailah esok !! Dah agak dah kalau expo nie memang bersesak-sesak lah dengan orang ramai. Tapi memandangkan perut pun dah ke depan, kang orang duk tolak-tolak dah jadi satu hal pulak nak mengelak !! Terus pujuk zam pergi semalam on the 1st day. Kemain duk pujuk zam sampai merajuk-rajuk dah dengan zam -_- nasiblah zam jenis nak jugak layan bini dia walaupun penat kat ofis tak hilang lagi... hehehehehhe 

Zam balik keje terus redah dengan dia, konon-konon 1st day tak lah ramai. Sekali.... hahaahahahha amik kaw bile kemain lagi ramai manusia kat dalam exhibition hall tu -_- !! ada 3 hall terus jadu blur nak pergi yang mana satu dulu.  Tapi pape hal pun gigih beratur panjang semalam semata-mata nak register and dapat free gift... hahahahah zam layankan aje kerenah bini dia nie ^_^

Dapat Mug and Tuala Wanita Intiumate, Sofy, Librase

Kemain mak buyung bawak perut 39 minggu meredah tiga hall kat expo tu... hehehhe habis segala jenis susu yang emma try. Tapi yang paling best susu Friso... serius memang sedap !!! hahahhaha 

Jalan-jalan 3 hall, lastly sempat beli baby Rompers 2 helai je -_- padehal pening kepala nak bersesak dalam tu... nak bayar pun satu hal... beratur panjang. Ohhh memang tak larat nak redah dengan perut boyot nie -_-

Daddy cakap "No PINK" colour untuk baju baby.. tapi lastly, pink jugak yang daddy pilih !!! hahahhahahaha
Dalam banyak-banyak booth yang ada, booth pampers paling ramai manusia.  Semua duk pakat borong before GST.  Ingat nak nak beli untuk NewBorn. Tapi dorang jual semua yang pack besar. So rasa membazir jer beli banyak-banyak !! Baby kan cepat membesar.


Lastly, layan jerlah suasana semalam kat Expo yer... Selamat bershopping ^_^




www.tips-fb.com

Monday, March 23, 2015

Akar Bunga Siti Fatimah



Assalamualaikum uoals,


Alhamdulilah dah genap 38 weeks usia baby dalam perut nie.  Bermakna sekarang nie tangah tunggu hari je si kecik nie nak keluar dah !! huwaaa dalam rasa tak sabar and teruja tuu mestilah ada perasaan yang sukar nak emma cakap kat korang !! Rasa macam takut, seram, berbelah bahagi.. Yerlah kita kan nak berjihad ke jalan Allah !! Tapi cukup bersedia ke ???

" Seorang wanita yang mengandung, para malaikat akan sentiasa mendoakan untuk wanita tersebut "

Dah 38 weeks nie, sometimes tu ada jugak rasa sakit-sakit yang fake.  Intro sebelum sakit bersalin !! haaaa kadang-kadang tu bila perut tengah mengeras, mulalah rasa sakit kat perut and ari-ari.  Tapi sejak baby dah mula engage nie memang selalu sakit kat ari-ari.  Part yang paling tak best bila time nak tido. Mulalah rasa tak selesa, pusing kiri sakit, pusing kanan sakit, telentang pun sakit jugak !! Sudahnya tido duduk atau sandarkan bantal kat belakang then gosok-gosok perut konon-konon pujuk baby suruh duduk baik-baik ^_^ 

Semalam lepas keluar toilet, rasa sakit and tak selesa sangat !!! Terus cakap kat mama then mama suruh rendam " akar bunga siti fatimah ". Rendam dalam air suam kejap je tengok dah kembang macam tuuu... tapi mama cakap  belum masa lagi sebab dia tak kembang habis lagi !! 



Lepas post dalam facebook gambar nie, berduyun-duyun mesej masuk pesan jangan minum air akar nie lagi if constraction tak kuat lagi... hehehhehehe thanks untuk nasihat korang semua.

Pernah jugak baca kat facebook pasal akar nie, kebanyakkan doctor tak galakkan penggunaan akar nie. Tapi ada yang galakkan. Tapi tengok, orang tua-tua memang amalkan akar nie.  Dorang jadikan air selusuh dengan harapan urusan bersalin di permudahkan. InsyaAllah.  Lagipun akar nie kan dari Mekah !! pasti ada khasiatnya kan ??? 

Doakan segalanya di permudahkan yer......




www.tips-fb.com

2015 - Perempuan tak reti memasak !!!




Assalamualaikum uoals,


Zaman sekarang nie lelaki lebih pandai memasak daripada perempuan !!! Betul tak ??? Kadang-kadang nie PEREMPUAN bukan tak reti memasak, tapi dorang nie takut je nak try !! Dalam erti kata lain takut kena KRITIK -_- !! Tapi zaman sekarang nie kalau perempuan tu nak kawin barulah terhegeh-hegeh nak belajar memasak !! betul tak ??? katakan iya... hahahaha coz emma lah salah seorang dari perempuan yang nak kawin baru nak belajar memasak !! heheheheh -_- Bak kata orang tua-tua ~ " Nak pikat suami bermula dari perut " ~ Kalau perut suami kenyang confirm dorang tak cari lain !!! ahhahahaha tapi ada jugak yang isteri kemain punya perfect, segala keje dari keje perempuan sampailah duk bertukang isteri mampu buat tapi laki cari lain jugak ??? haaaa kalau yang tang tu macam mana ???? 

Gambar hiasan jer.... thanks incik google
Sebenarnya nak masak nie tak lah susah sangat kan ??? bila dah tau main campak-campak je lepas tu siap !!! hahahahah rasa dia ???? hehehhehe janji sedap and boleh di makan dah kira besar dah Rahmat !!! betul tak ???


Ada sape - sape yang masak stok senduk dengan periuk jauh sebatu tak ???? hehehehe tapi yang nyata air tangan seorang wanita yang bernama "IBU" yang paling sedap dalam dunia !! betul tak ??? walaupun dia hanya hidangkan " nasi putih, telur goreng dan Kicap ".















www.tips-fb.com

POCATZ PETSHOP - SPA UNTUK SI ANAK BULUS



Assalamualaikum uoals,


Mana peminat si bulus-bulus kembang ??? angkat tangan cepat ^_^ hehehhe anak-anak bulus kembang tu ape ??? Dah tentulah si kucing-kucing yang comel.  Kucing kan binatang kesayangan Rasullulah swt.  Banyak kelebihan kita bela dan berbuat baik dengan kucing nie !! Tapi, emma tak dapat nak bela seekor sebab buat masa nie emma still lagi duduk kat rumah family, memandangkan anak buah jenis yang penakut tahap terjerit-jerit bila kucing datang dekat padahal time dia kecik-kecik dulu memang ada sekor anak kucing bulu putih bersih je... memang selalu ada kat rumah emma.  Sampaikan dia nak tido pun dia dengan selamba naik atas katil then tido. Kat mana ada anak buah emma mesti ada si bulus putih nie... Tapi dia dah mati pun -_- maka bermulalah episod penakut kucing sampai sekarang !!!

Okay, berbalik kepada kisah si anak-anak bulus nie emma nak share dengan korang dengan salah seorang pencinta kucing yang dah membela berekor-ekor kucing sehinggalah dia membuka sebuah Pet Shop ^_^ .  Eh, dah macam intro "3 Abdul" pulak -_-!! sorry uoals



Pocatz Petshop nie beroperasi hujung minggu je, memandangkan si owner kerja pada hari biasa.  So once hujung minggu korang boleh terjah kedai nie. Ada banyak servis yang di tawarkan. Antaranya 

# Pakej Spa dan Salon

Jangan korang rasa korang je nak cantik, helloooo si bulus-bulus pun nak cantik jugak tau.  Melalui spa nie penjagaan si bulus amat dititikberatkan.  Kalau sebelum pergi spa nie si bulus korang kemain comot momot umpama jatuh dalam longkang, confirm bila pergi spa keluar je dah boleh mengalahkan Madona... hahahahhaha



# Hotel

Selain dari tu if korang nie jenis kaki travel or jarang ada kat rumah, tak sampai hati nak tinggalkan anak-anak bulus korang kat rumah sorang-sorang kan ??? korang boleh hantar anak-anak bulus korang kat Pocatz nie.  Kira macam adanya penginapan untuk dorang lah selama mana korang travel tu.... tapi make sure si bulus korang bebas dari sebarang Virus ye !!

Sebenarnya ada banyak lagi servis kat Pocatz nie.  Untuk maklumat lanjut korang boleh klik-klik kat facebook dorang :



Lastly, nak introduce kat korang owner Pocatz yang macho ala-ala abg sado nie... hehehehe dia dah pesan kena tepek gambar dia... bagi glamour sikit... hehehhehe let me introduce Mr Hidayat Fazrin as owner of Pocatz Petshop.  Untuk pengetahuan korang, owner dia nie lagi suka orang panggil dia "abg Yen", dia ni pun blogger juga before this .  Korang ingat lagi tak Blog JEJAKA STYLO ... tapi dah tak aktif dah, maklumlah bz dengan anak bulus dan abg yen nie pun suka memasak tau.... korang boleh usha-usha kat page dia.... " Dapur Lelaki "







www.tips-fb.com

Saturday, March 7, 2015

seri bakal mummy -_-



Assalamualaikum uoals


Setepek letak gambar manusia bulat... Hahaha pipi bulat, perut bulat..semua bulat... Macam kena pam pam dah rupanya !! -_-

Alhamdulillah usia si kecik dalam perut hampir 36 minggu dah next week, mummy pun dah rasa sakit sakit.. Baring tak selesa, duduk tak selesa... Kerana baby mummy relakan jugak -_-!!! Tak merungut tapi mintak simpati daddy tolong urutkan... Hahaha terkebil kebil daddy urutkan kalau cramp time tengah malam... Hahahahahan nasib la daddy yeee -_-!!!


Ohhh setepek perut bulat kat situ... Sila abaikan granny kat belakang yang join selfie jugak tu.. -_- walaupun perut bulat, gara gara mummy kuat makan !! Kahkahkah... 
www.tips-fb.com