-->

Google+ Followers

Friday, July 31, 2015

Kronologi melahirkan Anyssa (part 2)


Assalamualaikum uoals


Wahh kemain lama lagi aku nak recall saat - saat melahirkan puteri kesayangan nie...sejak ade anak nie, masa nak pegang hp tu kena tunggu dia tido baru boleh nak bukak segala applications...-_- kalau tak memang nak hadap aje si kecik 24 jam. Yang si anyssa pun macam tau je asal aku pegang hp or tab mulalah dia melalak tak hengat. Memang saje je suruh tatap wajah kecik dia.. !! nasib anak sendiri... hahahahha

Okay, sambung part 2... kronologi melahirkan princess anyssa !!!! masuk je Lr aku pun dengan gigihnya bangun dari kerusi roda then nurse suruh aku baring kat katil yang boleh patah entah jadi berapa bahagian tuuu.. sumpah memang tak best langsung katil tu. Then datang nurse yang akan jaga aku memandangkan member aku dah request staff nurse yang okay-okay jaga aku sepanjang aku kat Lr... heheheheh tq syikin ^_^ so nurse tu pasangkan ctg kat perut. Then doctor lelaki bangsa cina masuk mintak izin kat aku nak check bukaan.. okay fine, aku redha lagi kena seluk bagai dengan doctor tu.. bukaan baru 3 cm !!! dia decide nak pecahkan air ketuban. aku siap tanya kat doctor tu lagi "doctor, sakit tak ??? pleaseee tolong buat slow slow -_-!!! " doctor tu cakap "sakit sikit jee " . Then aku nampak dia keluarkan satu stick yang lebih kurang macam straw. Tak lama lepas tu aku rasa melekit and air keluar macam air paip.. dah pecah air ketuban dorang monitor ctg aku berkali kali. Aku mintak zam masuk temankan aku dalam bilik tu.. nampak je muka zam, hilanglah sikit 5% rasa takut aku. Lepas 15 minit, rasa sakit datang balik. Tapi kali nie rasa tu semakin kuat.

Ya Allah, aku tak tau nak described macam mana rasa sakit tu. Apa yang aku boleh cakap rasa sakit tu datang macam kita tarik nafas.. mula mula slow then sampai kat kemuncak lepas tu down..!!! setiap kali sakit tu datang aku gengam tangan zam sambil mulut terketar ketar tahan sakit. Aku tengok sayu je zam pandang muka aku. Setiap kali aku gengam tangan zam, setiap kali tu lah zam akan balas balik sambil sebelah tangan lagi usap kepala aku. Time tu mulut aku dah terkumat kamit ikut bacaan surah pendek dan selawat yang zam baca. Time nilah baru aku tau, macam nie rasanya mama nak lahirkan aku kat dunia nie.!! sakit.. memang sakit !!! kalau boleh aku tak nak lalui lagi !!!

Time contraction tu, aku menanggis, air mata air hingus pun keluar. Time nie aku dah tak heran semua tu. Apa yang aku fikir, semoga bukaan cepat dan Allah permudahkan kelahiran Anyssa. Nurse datang bagi aku gas Etonox. Zam suruh aku sedut gas tu bila rasa sakit. Aku try sedut....  tak rasa ape pun !! makin sakit adelah... semakin lama rasa sakit makin kuat, nurse suggest untuk aku amik Epidural memandangkan contraction aku kuat tapi bukaan lambat, dan dorang takut aku tak de tenaga nak teran nanti !!! aku pandang zam, aku tak berani nak bagi keputusan pape... then zam cakap ambil je lah. coz dia pun risau aku tak de tenaga lagi nanti.. dah lah makan sikit je before turun LR tadi.  Epidural ni dorang akan suntik kat bahagian tulang belakang, nanti aku akan cerita dengan lebih details pasal suntikan epidural ni okay !! Dari pukul 1.30 pm sampailah ke pukul 6.30 pm dorang pantau ctg. Draft semakin lama semakin mendatar. Dan akhirnya doctor pakar datang then bagitau kat kteorang, jalan terbaik adalah melalui pembedahan !!!

Pukul 7 malam aku masuk bilik pembedahan, sebelum tu memang sedu-sedu aku menanggis bila tau nak kena operate. Time tu macam-macam rasa ade, masuk je bilik operation, aku dah redha, apa yang jadi ni semua bahagian aku.. apa pun aku terima !!! dan akhirnya 8.30 malam masa azan isyak aku dengar tangisan yang aku tunggu!!! lahirnya cinta hati kami Anyssa Maisarah, penglipurlara yang memberikan ketenangan.



www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment

Ala... janganlah pandang jer keyboard yang mahal tu.. meh komen-komen kat blog nie!!!