Assalamualaikum uoals,
Keterujaan and nervous nak jadi mummy to be nie memang tahap eksited kteorang laki bini. Tapi bila teringatkan dek diri sendiri sorang-sorang nak menempuh saat hidup atau mati tu buatkan diri nie rasa..... sangat takut. Tapi zam selalu cakap " Jangan fikir bukan-bukan !!! "
Bila dah teruja sangat genap birthday Emma yang ke 27 tahun January ari tu, request kat zam nak hadiah birthday nak tengok baby ^_^. Zam cakap okay, terus booked nak buat 4D scan kat Klinik Fauziah dan Rakan-rakan. Haaaa kemain sebelum tu duk godek sana sini nak cari klinik yang buat scan 4D, lastly sangkut jugak dengan Klinik Fauziah sebab glamournya Sonographer kat situ Ms Jezzlyn... hahahahha
Buat appointment pukul 11 am, pukul 10.30 pagi baru gerak dari rumah. Haaaa berdesupp lah emma bawak kete dari Kg Bharu sampai ke Ampang. Nasib baik dekat jer...and kteorang dah google location klinik tu before pegi. So, tak lah payah nak mencari ^_^. Zam kat sebelah duk relaks macam big boss main games kat Ipad. Bini duk kemain tekan minyak nak cepat sampai. Padehal bukan ape, sebab masing-masing dah lapar. Tak sempat nak breakfast before keluar rumah gara-gara laki bini bangun lambat tengok cerita Doraemon kat ipad malam tu... hahahahha cerita Doreamon kaw !!! -_-! ni semua zam punya keje, kemain banyak episod Doraemon dia download .... nasib lah anak oiiii kalau keluar bulat macam Doraemon -_-!!!
Sampai je kat Klinik, nampak macam ramai orang... biaselah, bukan semua yang nak buat scan 4D pun. Memandangkan kat klinik nie, first come first served walaupun korang dah buat appointment. Lebih kurang Sejam jugaklah nak tunggu turn kteorang pulak !! Setiap sesi Jezzlyn akan ambil masa dalam 20-30 minit. Bergantunglah pada tahap baby korang nak say hi hi atau dia nak menyorok !!! Bila time emma, alhamdulilah... baby kemain aktif menendang. Mula-mula dia malu-malu nak tunjuk kat mummy daddy dia, kemain menyorok belakang uri. Lepas Jezzlyn pujuk-pujuk and emma panggil-panggil dia... sikit-sikit dia keluar... time tu.... Ya Allah, rasa macam nak nanggis tengok. Eh, betul ke ni kat dalam perut emma ??
Bila tengok muka dia yang bulat, pipi tembam, dagu siap ada lekuk lagi, tapi tang hidung tu tak tahan.. kemek macam mummy dia !!! sampaikan daddy cakap " nanti letak pengepit baju bagi mancung hidung macam daddy !!! " penat mummy pujuk suruh dia senyum, tapi nampak sangat dia marah orang skodeng dia... kemain masam and siap duk cebik-cebik mulut dia... part yang tak tahan tu bila dia buat akrobatik angkat kaki sampai ke kepala... amboiii ganas nye anak mummy ek -_-!! jaga dia, keluar nanti mummy gigit kaki kecik dia tu =)
Jezlyn cakap baby kuat merajuk... haaa terus zam cakap tuuu ikut mummy dia... tapi memang pun, sepanjang pregnant nie cepat terasa and confirm merajuk terus mogok tak nak cakap dengan zam. hehehhehehe
Baby ape ??? hehehehhe tu kena tunggu baby keluar ye.. baru suprise ^_^
seronok kan dapat skodeng bby.. hehehe..
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan semuanya emma :)
Assalamualaikum emma. wahhh bestnya.. eiii tak sabar tunggu emma dan zam jadi mummy daddy.. hope anak tu geng adam .. hiihiiii nanti ada masa kita jumpa lagi ye :)))
ReplyDeletetake care mummy to be~~~
terima kasih banyak atas testimonial ye , boleh refer www.3d-4d-scan-malaysia.com atau www.bayi-ibu.com/3d-4d-scan-malaysia untuk latest package ye ... kalau tidak jumpa muka baby FREE , jantina tak nampak free untuk 22minggu keatas , REFUND kalau jantina salah .. guarantee services ye ... 5d scan>> HDlive juga available di ampang , boleh refer kat facebook untuk latest update sonographer bertugas termasuk miss jezzlyn, miss celynn, miss shanice , miss ada , miss irene di facebook >> https://goo.gl/53vyFG ... cuba klik link ni ye.. sebarang masalah semasa booking online sila sms 0176202933/0164383366 (SMS sahaja) , book sahaja bayar semua lepas scan.
ReplyDelete