-->

Tuesday, April 23, 2013

Kontest Panduan Blogger - Membudayakan Ilmu Blog


Assalamulaikum uoals,


Google PageRank atau PageRank (PR) ialah tanda aras yang menentukan populariti sesebuah laman web/blog kepada Google. Ranking PR bermula dari  0 sehingga 10. 

Google PageRank atau PageRank (PR) penting untuk sesebuah blog/web kerana melalui tanda aras 0 hingga 10, kita akan dapat menilai sejauh mana blog/web kita dalam enjin carian google.  Semakin tinggi angka Google Pagerank (PR) kita, semakin berkualiti blog kita pada Google. Kebiasaannya, Google akan lebih mengutamakan laman yang mempunyai PR yang lebih tinggi untuk diletakkan dalam paparan awal enjin carian.  Apa yang penting dalam blog/web kita adalah kualiti.



Satu tips yang paling mudah untuk menerima trafik adalah membuat sambungan link pada post yang berkaitan.  Contohnya Kita boleh menggunakan perkataan ataupun ayat pada tulisan yang akan di publish ke entri atau post yang sebelumnya.Cara ini sangat berkesan untuk meningkatkan Page View.



Penampilan blog penting untuk menarik minat pembaca.  Kalau pembaca kurang makan Pagerank kita pun akan kurang.  Setiap blog perlu mementingkan kekemasan dalam blog mereka dari segi rekabentuk dan susun atur.  Kebanyakkan pembaca lebih gemarkan blog yang kemas dan susunan widget yang teratur.  Untuk menjadi seorang blogger, perlu KREATIF dalam menghasilkan sesuatu entry.  Entry yang kreatif mampun menarik pembaca sekaligus meningkatkan SEO dan PR blog.  Blogger juga perlu pandai mencari UMPAN.  Blogger perlu menunjukkan skill mereka dalam dunia penulisan.  Tetapi mampukah mereka menghasilkan entry yang berkualiti ???



www.tips-fb.com

7 comments:

Ala... janganlah pandang jer keyboard yang mahal tu.. meh komen-komen kat blog nie!!!