-->

Friday, November 30, 2012

Waaa Tahniah !!!



Assalamualaikum uoals,


Rasa seronok pulak hari nie,
Tadi baru dapat call dari Incik Sayang,
Akhirnya,
Setelah berbulan tunggu...
Incik syg dapat transfer kat KL..
Alhamdullilah,
Akhirnya Allah permudahkan segalanya..
Lepas nie,
Dah ada plan lain pulak...
InsyaAllah nak keluar kereta idaman hati January nie ....

# Lepas nie tak payah lah berjauhan lagi... 


www.tips-fb.com

Tuesday, November 27, 2012

First Time dapat Bunga !!



Assalamualaikum uoals,

Okay, entry  berbunga-bunga lagi hari nie,
Jangan ada yang muntah hijau pulak bila baca ek !!
Hhehehehhe eksited punya pasal...
Sapa ada baca entry yang emma post semalam ????
Belum lagi ???
Okay, kalau nak tau....
First time dapat bunga dari Incik syg..


Entah malam sebelum tu dia mimpi apa pun Emma tak tau la...
Tapi, memang syokkk la... hehehehe
Balik keje semalam terus duk belek bunga...
Siram sikit dengan air... kalau boleh tak nak bunga tu layu =)
Okay, once Incik Syg bagi bunga tu...
Kteorang dah plan nak teman dia pergi cari kemeja kat SOGO..
So, tetiba dia bagi bunga pulak...
Haaa amik kau !!!
Nak simpan kat mane ???
Bukan drive pun...
Naik LRT...
So, plan asal mesti di teruskan...
Hehhehehe naik LRT bawak bunga besar...
Oh makkkkk  !!!
Tebal muka 6 inci...
Incik syg dah gelak je...
Bukan nak tolong bawak..
So buat je muka selamba...
Sepanjang jalan semua duk pandang !!
Bila masuk SOGO..
Wuhaahaaa ramai nye orang !!
Incik syg cakap,
" Tak pe, kalau hilang... senang nak cari !!! awak sorang je bawak bunga dalam SOGO ni..."
Okay, hari yang penuh kejutan hingga membuatkan muka tebal,
Pipi dah blushing habis...


www.tips-fb.com

Monday, November 26, 2012

Kebosanan di hari Isnin



Assalamualaikum uoals,

Monday Blues...
Kebosanan kat office...
Ditambah pulak dengan hujan...
Keje pun tak la banyak...
Dah settlekan pagi-pagi lagi..
Pagi-pagi dah pegi site,
Tengah hari baru balik
So sekarang duk diam-diam kat office
Tetiba teringat pulak kat bunga lily kat rumah...
Huwaaaa...
Semalam tdo pun letak bunga lily kat sebelah..
Hhehehehe eksited punya pasal...


# Dalam hati ada taman !!!

www.tips-fb.com

Kejutan yang tak di sangka !!



Assalamualaikum uoals



Semalam hari yang penuh dengan kejutan  !!
Nasib baik tak ada heart attack..
Kalau tak dah lama ....jalannn da...
Suprise yang tak di sangka-sangka,
Patutlah bila Emma cakap kat Incik sayang Emma otw nak jumpa dia..
Sibuk tanya bila...bila... dah sampai ke belum ??
Lama lagi ke nak tunggu ???
Berkali-kali duk call...
Dalam hati rasa pelik jugak !!
" Eh, apa kes nie ??? "
Selalunya bila Incik syg kena tunggu,
Tak de pulak tanya berkali-kali...
Once sampai je kat tempat yang dia tunggu...
Oh mak gayahhhhh !!!
Korang rasa apa yang Emma nampak ???
Hehehehhe sangat-sangat terharu ...
Mana tak nya,
Besar lah jugak apa yang Emma dapat tu...
Tak sangka pulak dia nak bagi..


Weeee Lily flower... feveret pulak tu...
Nak nanggis pun ada,
Terus say thank you kat Incik sayang...
Then Incik sayang ajak pegi makan pulak...
Huhuhu nasib baik makan sikit je kat kenduri kawin Aneet semalam...

Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....
Incik sayang bawak pegi Secret Resipe..


Tiramisu cake, and chocolate ice blended pilihan Emma
Incik sayang teringin nak makan Blueberry Cheese cake and White coffee...
Makan dengan ditemani sang hujan....
Huwaaaa syokkk nye....

Ingat dah habis Suprise...
Rupanya ada lagi...


Limited Edition Ferrero Rocher katanya...
Huwaaaa lagi suka....yummy yummy

Sempat tanya kat Incik sayang,
 " Kita celebrate apa hari nie ??? "
Tau Incik sayang jawab apa ???
 " Saja, nak tunaikan impian awak !!! 
Saya akan cuba tunaikan setiap yang saya janji & semua impian awak !!! InsyaAllah "
Huwaaa nak nanggis pun  ada... 
Tak pernah seorang lelaki buat macam nie kat Emma
Sangat Terharu...Terima Kasih Ya Allah,


Agak-agaknya boleh dapat tak nak celebrate next birthday dekat Restoran berputar KL Tower tu ???
Hhehheheheh tak pun dapat kereta BMW 6 Series ke... 
Myvi or Toyota Prius ke... hehehehhehe

Yang penting, 
Impian Emma hanya satu...
Segala apa yang Emma & Incik sayang impikan akan tercapai..InsyaAllah

www.tips-fb.com

Tahniah Anita !!


Assalamualaikum uoals,


Firstly, Emma nak wish Congratulation for my class mate,
Anita Bugis and Husband
Coz dah selamat pun melangsungkan majlis perkahwinan dorang semalam !!
Tahniah !!!
Semoga kekal and bahagia hingga ke Syurga.
InsyaAllah


Majlis bertemakan " ala-ala minangkabau "
Tuuu dia membuatkan kepala si aneet just boleh toleh kiri dan kanan...
Hahhahahah
Well kalau dah pegi weeding..
Confirm jumpa dengan class mate yang lain !!
So ni lah yang jadi...





# Start bertudung !! Heheheh learning proses .. insyaAllah..


www.tips-fb.com

Friday, November 23, 2012

Bila dah sampai seru !!



Assalamualaikum uoals,


Berkongsi kegembiraan pada hari Jumaat,
Penghulu segala hari,
Si gadis manis bergigi arnab yang comel,
Mengambil keberkatan penghulu hari,
Untuk di ijab kabulkan dengan si cinta hati


Tahniah " Pn Dhila " hahahhaha status dah bertukar,
Maka tanggungjawab pun semakin besar,
Siapa sangka,
Kalau dah jodoh tak kemana,
Bila Allah dah tulis nama pasangan kita di Lohmahfuz,
Maka itulah suratan kita,
Walaupun pelbagai halangan dan dugaan datang
Dan akhirnya,
11 am 23 November 2012 bersamaan 9 Muharram 1433H,
Selamat sudah dua hati..
Hehehhehe congrats lalink :)



www.tips-fb.com

Tuesday, November 20, 2012

Tanya sama HATI



Assalamualaikum uoals,

Hari nie nak share sikit tentang kisah Emma. 
Sape yang tak berminat, tak payah baca okay. 
Tiada konspirasi ataupun entry menggedik.  
Hehhehehe wahhh ayat mintak penampar je kan ??? opsss sorry !!!


" Saya  tak nak tahu awak kerja apa !!
Saya tak nak tahu duit dalam account awak ada berapa !!
Saya tak nak tahu gaji awak berapa !!
Saya tak nak tahu harta apa yang awak ada !!
Saya hanya nak awak jujur & ikhlas sayang saya "

Okay, itulah ayat mula-mula Emma bagi kat Incik sayang Emma...
Sebab apa ??? Entah, Emma tak berminat nak tahu semua tu..
Bagi Emma, Emma boleh cari semua tu..
Tapi kasih sayang tak boleh nak cari !!
Sebab tu masa awal perkenalan kteorang Emma tak nak tahu semua tu !!
Kenal, kawan secara ikhlas, 
Tanpa memandang siapa diri dia yang sebenarnya !!

Tapi itulah,
Ingat lagi pesan mama,
" Jangan membenci seseorang, coz orang yang kita benci adalah soul mate kita "
Tapi sekarang Emma akui yang semua tu betul,
Emma pernah tolak Incik sayang 2x,
Tapi dia still tunggu Emma
Still mengharapkan Emma
Allah tu maha adil,
Berkat kesabaran Incik Sayang,
Hati yang keras dan beku untuk insan yang bernama LELAKI akhirnya lembut balik

And sekarang,
Tak ada rahsia antara kita !!
Susah, senang, suka, duka,
Kita kongsi sama-sama !!
Susah awak, susahlah saya,
Senang awak, senanglah saya
Hope Allah panjangkan hubungan nie,
Dan akhiri dengan satu kebahagian yang tak terucap. Amin



www.tips-fb.com

"Segmen Follow Sampai Pengsan"



Assalamualaikum uoals,


Gedik-gedik nak join segmen lepas dah lama tak join
Jomm join segmen nie !!


>> Just call me Emma
>> Berasal dari Kuala Lumpur
>> Siapa peminat kaler purple ??? meh like banyak-banyak ^_^
> Follower 841



www.tips-fb.com

Monday, November 19, 2012

Terkena jugak !!!



Assalamualaikum uoals,


Baru je cakap nak boikot Mcd,
Last-last...
:
:
:
:
:
:
:











Terbeli jugak ...... !!!


www.tips-fb.com

Perempuan tak perlu jadi bodoh kerana Lelaki !!



Assalamualaikum uoals,

" Tak perlu memperbodohkan diri untuk seorang lelaki yang 
tak pernah menghargai seorang wanita !! "

Ada sesiapa yang setuju dengan ayat tu ???
Kenapa Emma cakap macam tu ???

Sedih jugaklah bila Emma tengok ada insan di sekeliling Emma yang menanggis sebab bf dorang tinggalkan dorang. Murung berhari-hari, menanggis sampai bengkak mata, tak nak makan, bad mood !! post entry sedih dalam fb, twitter or laman sosial yang lain !! what's that ???

Okay, tak salah rasa sedih bila orang yang kita sayang tinggalkan kita.  Tapi, kita kena bersyukur sebab Allah dah bukakan mata kita yang lelaki tu bukan untuk kita !! Emma pun pernah jugak rasa macam tu !! Bila orang yang Emma sayang tinggalkan Emma untuk orang lain !! Firstly, memang sedih and terkilan, tapi bila Emma fikir balik ada sebab Allah buat macam tu. Yang nyata, dia bukan ditakdirkan untuk kita.

" Kadang-kadang kita tertanya, kemana hilangnya matahari ?? Diganti dengan hujan dan petir. Rupa-rupanya Allah hadiahkan pelangi untuk kita "

Tapi itulah kenyataan, bagi Emma tak perlulah sampai rasa sangat down, nak bunuh diri atau sebaliknya.  Dan kita kena percaya pada Allah, yang Allah akan anugerahkan sesuatu yang bernilai untuk kita !! Tak perlulah memperbodohkan diri sendiri untuk lelaki yang tak pandai nak menghargai wanita !! 


www.tips-fb.com

Boikot makan MCD !!



Assalamualaikum uoals,


Saat-saat kita rasa happy,
Gelak ketawa,
Tapi kita lupa,
Ada insan yang sedang bersedih,
Hidup dalam ketakutan,
Saudara sesama Islam,
Ditindas dengan kekejaman si Zionis,
Tapi kita,
Apa yang kita buat untuk bantu mereka ???
STOP makan MCD !!!
Stop menggunakan segala barangan yang di import dari Israel,
Yang tanpa kita sedar,
Mereka cuba meracuni fikiran kita !!


www.tips-fb.com

Friday, November 16, 2012

Jaga HATI ???



Assalamualaikum uoals,

Payah nya nak menjaga hati semua orang ye !!
Lebih - lebih lagi payah nya menjaga hati pembaca blog nie,
Emma tak marah atas setiap teguran insan-insan yang sudi comment and baca blog nie,
Walaupun blog mengarut tapi ada jugak insan yang sudi membaca !!
Kita nie semua sama,
Nak puaskan hati semua orang memang susah,
Emma pun tak pernah cakap Emma nie seorang yang baik,
Setiap entry yang Emma post,
Emma akan jadikan teladan untuk diri sendiri,
Bukan nak menghina, mengata atau tunjuk hebat !!
Tapi tu semua nasihat untuk diri Emma sendiri,
Dan bagi yang tak suka dengan apa yang Emma tulis,
Emma mintak maaf !!
Ini adalah blog Emma,
Hasil idea dan usaha Emma sendiri.
Segala kisah  suka, duka, gelak tawa Emma akan share dalam nie.




www.tips-fb.com

Thank You



Assalamualaikum uoals,

Salam Maal Hijrah !!
Okay, memandangkan kita dah berada di tahun Islam yang baru,
Dan tarikh 1 Muharram bersamaan 15 November 2012
Dan ia merupakan ulang tahun bulan... Emma & Incik sayang...
Ulang tahun bulan pun di kira ke ???
Hhahaha tak kisah lah...
Alhamdullilah, 9 bulan dah Emma & Incik sayang ada ikatan yang belum sah lagi..
hehehhehe belum kahwin lagi la...
Dalam tempoh 9 bulan nie,
Pelbagai dugaan yang datang dan pergi..
Dan alhamdullilah, Emma & Incik sayang dapat harungi semua tu..
Apa yang penting ???
Tiada rahsia antara kami !!
InsyaAllah, sedang menghintung saat untuk langkah yang seterusnya. 


Dan akhirnya, Emma bongkarkan rahsia kat korang semua.
Yang menjadi tanda tanya " siapa Incik sayang " tu...
Thanks to Allah kerana kurniakan seorang insan yang sangat memahami,
Thanks to family kerana memberi restu,
Thanks to friends atas sokongan,
And thanks to HATI kerana membukakan pintu hati untuk menerima seorang insan yang sabar menunggu !!

# Kenapa Emma pilih Incik Sayang ??? Hanya Emma & Incik sayang yang tahu =)


www.tips-fb.com

Monday, November 12, 2012

Bila mata kena GAM



Assalamualaikum uoals,

Entry pertama untuk minggu nie,
Tapi serius, mentang-mentang esok  cuti...
So mata hari nie... zzzzzzzzzzz
Sangat mengantuk !!
Tambah pulak dengan hujan...
Adeh, apakah ini ????


Otak sangat-sangat tepu,
Tak boleh nak berrfikir dah...
Hehehhe esok cuti !!
Plan nak pergi mana ek dengan En sayang ???
Memamg sangat blur !!
Oh idea... pls come !!!

# Mata macam kena gam !! Otak pun jadi BLUR !!

www.tips-fb.com

Thursday, November 8, 2012

“SEGMEN : NASZ NAK KUMPUL 100 BLOGGER”



Abg Nasz kembali lagi dengan segmen !!
Lama tak join segmen dia =)
Okay, dia nak kumpul 100 blogger !!
untuk apa ??
Tak pulak cakap !!
Maybe nak buat group blogger kot !!
So bolehlah kenal antara satu sama lain.
Selalu chat dalam alam maya je,
Bila lagi nak bejumpa, betul tak ???
Macam Emma, ada blogger yang Emma dah jumpa,
Ada yang tak pernah jumpa.
So jomm korang semua join  !!!!

 # Just klik je kat banner kalau nak join.
www.tips-fb.com

Wednesday, November 7, 2012

Bertudung kerana FESYEN atau TUNTUTAN AGAMA


Assalamualaikum uoals,


Sekarang nie ada banyak isu pasal bertudung.  Alhamdullilah, ramai artis dan kawan-kawan Emma yang dah pun berhijab. Tahniah dan alhamdullilah kepada mereka semua. Emma bila lagi ??? InsyaAllah, Emma dalam proses menyesuaikan diri dengan berhijab.

Sebab apa kita bertudung ?? Mengikut perintah Allah bukan ?? Emma bukanlah orang yang layak untuk bersuara, tetapi Emma berhak memberi pendapat bukan ??? Kadangkala Emma  perhatikan, ramai yang bertudung sekarang sebab ada banyak fesyen tudung baru !! Dan semestinya, pelbagai tutorial berhijab yang boleh korang tengok !! Dan ramai pulak icon-icon tudung menjadi ikutan trend terkini seperti Ekin, Yuna, Wardina, Irma, Shila Amzah dan femes blogger FL yang banyak buat tutorial hijab.


" Tak perlu ikhlaskan hati untuk bertudung kerana bertudung adalah  wajib bagi wanita Islam " 

Tapi, Emma perhatikan ramai yang memandang rendah pada wanita yang bertudung ! Bukan membela diri sendiri, tapi InsyaAllah Allah akan berikan petunjuk untuk yang tak bertudung lagi.  Sama bagi Emma, biarlah orang memandang rendah kerana tak bertudung, tapi bila Emma mula berhijab, Emma akan perbaiki segala kekurangan dan laksanakan apa yang di  tinggalkan.

Tengok saja, isu khalwat, Zina, dan sebagainya...apa yang korang nampak ??? Wanita yang bertudung atau tidak yang banyak terlibat ???

" Jangan jadikan perinntah Allah sebagai trend atau topeng untuk menutup segala keburukkan, sebab mereka yang berpura-puralah yang merosakkan agama sendiri "


Oh ya, semalam baru je amik tudung yang Emma order dari member Emma.  Hehhehe thank En sayang kerana belikan tudung feveret kaler =) Sedang berusaha ke arah kebaikkan dan perubahan. InsyaALLAH

Kalau nak koleksi tudung terbaru ??? KLIK SINI


www.tips-fb.com

Monday, November 5, 2012

Bila Jarum di tangan...



Assalamualaikum uoals,


Just nak share dengan korang tentang sesuatu yang membuatkan emma paling tak suka !!
Tak suka, tak suka, tak suka...
Tau apa ???
Bila kena cucuk jarum  !!!
Wuhaaa memang menci part-part nie
Sebab tu kalau Emma sakit,
Memang tak nak pergi hospital
Sebab, takut kena cucuk and takut makan ubat !!!
Hheheheh kantoi da...


Ingat lagi bila nurse nak cucuk untuk amik darah
Tangan dah menggigil..
Muka dah pandang tempat lain..
Bila nurse cakap...
" Saya cucuk ek "
glupppppp......zasssssssssssss
" Cucuk lahhhhhh "
( Padehal dalam hati.. tak nakkkkkkkkkkkkkkkk )
Bila nurse bagi botol darah...
Wuhaaa habis dah darah aku !!!



www.tips-fb.com

Bila blog tak berupdate


Assalamualaikum uoals,


Sorry, bagi sesiapa yang sentiasa baca blog si kecik nie,
Emma mohon maaf sangat-sangat
Membiarkan blog tak berupdate
Membuatkan diri terasa sangat rindu tahap chipmunks kat blog nie
Tapi nak buat macam mane,
Duk tahan sakit and berulang alik dari rumah ke hospital
Kalau nak cakap ubat tu...
Tak payah nak cite lah..
Punya lah banyak,
Nak termuntah balik bila tengok..
But, sedar diri yang memang tengah sakit
Maka makan lah jugak..


Weekend pun just duk lepak kat rumah duk tahan sakit
Nasib baik ada En sayang yang balik dari sabah,
Semata-mata nak teman di kala sakit... << cewahhh, memang mintak penampor dah nie >>
all, doakan Emma cepat sihat ek ^_^
Sayangggg korang semua.. muuuahhh





www.tips-fb.com