09.30am~~ Hi selamat pagi semua!! Hari nie Jumaat bersamaan dengan 01 April 2011. Pagi-pagi lagi aku dah manis n ayu jer dengan baju kurung Pink ( hehehe ayu la sangat !! jangan nak perasan lah Emma oit !!! ) melangkah keluar rumah untuk pergi keje....
So sedang aku menunggu bas nak sampai, aku sempat berfikir aku nak post entry ape hari nie.... Jeng..jeng...jeng... tiba-tiba aku dapat idea.... so aku nak
share dengan korang semua tentang " Kelebihan Hari Jumaat ". Biasalah bila hari Jumaat jer mestilah yang lelaki akan pergi solat Jumaat kan ??? ( WAJIB TAU PEGI !!! )
1~ Berlakunya Hari Kiamat
Hari Jumaat merupakan hari yang selalu
dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat
Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa,
“Pada hari Jumaat juga kiamat
akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta
sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”
2~ Nabi Adam diciptakan dan disingkirkan dari syurga
Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini nabi Adam diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga.
Daripada Abu Hurairah katanya,
Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari
ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari
itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”
3~ Penghulu segala hari
Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana
agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit
ganjarannya berbanding hari-hari yang lain.
Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang
diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan
sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik
hari).”
4~ Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat
Menurut Nabi SAW, “Tidak seorang
muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan
diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”
Jadi, sama-samalah kita berdoa moga-moga Allah memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah ini.
5~ Kebaikan dengan memotong kuku
Peliharalah kebersihan anda. Kalau
boleh, Jumaat ni bagi lebih-lebih lagi. Mana yang dah lama tak potong
rambut, maka potonglah. Kasi kemas. Kalau kuku dah rasa mula nak
panjang, hah potonglah.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang
memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada
penyakit dan memberikannya keselamatan.”
6~ Makbul doanya di antara dua khutbah'
Banyak ulamak yang berpendapat bahawa
makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam
sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.
Ini berdasarkan hadis daripada Abu
Hurairah yang bermaksud, “Pada hari Jumaat ada satu saat yang
bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana
tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan rasulullah
menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu
itu.
Abi burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari
r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a
pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang
paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar
sehingga solat selesai didirikan.
Note : Hari Jumaat begitu besar hikmahnya, jadi kita jangan mensia-siakan setiap hari dalam hidup kita....