-->

Google+ Followers

Monday, November 3, 2014

Pengalaman First Trimester =)



Assalamualaikum uoals,


Serius dah rasa macam blog mak-mak orang je bile emma nak share dengan korang semua kisah sepanjang emma mengandung nie hahhh !! Tapi bila fikir balik, of coz lah nak buat simpanan untuk diri sendiri and mane tau anak emma dah besar nanti dorang baca kisah mak dia nie !! hahahahaha 

Kalau korang nak tau, nafsu nak update dalam blog, facebook ke, instagram ke... memang membuak-buak !! Tapi terpaksa nak pendamkan je coz orang tua-tua cakap tak elok kalau kita dah hebohkan kat orang ramai coz baby tu kecik lagi pun... baru nak membentuk !! So tempoh yang paling sesuai adalah lepas first trimester !!! :) Haaa, bagi yang dah terlepas nak baca masa mula-mula emma pregnant korang boleh baca kat sini ye, Hi, I'm mummy to be !! :)

Okay, meh sambung, setiap orang ada macam-macam alahan dia.  Ada yang  dah nak bersalin pun tak ada sebarang alahan, ada yang alahan tak henti-henti.  Tapi tu semua bergantung kepada bahagian masing-masing.   Tapi, bagi emma tak adalah alahan yang teruk-teruk sangat. Still under control lagi.....   :) Alhamdulilah.  Antara simptom-simptom bagi tiga bulan pertama emma mengandung :-

1~ Demam
Masa awal-awal mengandung, cewaaahh ... padehal emma pun tak tau emma mengandung time tu... emma demam  panas tahap tak hengat punya.  Ada masa emma rasa sejuk, ada masa panas kemain sampai rasa nak berbogel je kat rumah tuu... ko makanlah segala jenis ubat, tak jalan pun !! Asal malam je... nak tido mulalah duk meracau-racau, bercakap-cakap mengarut-ngarut... kalau stok merengek tu tak payah cakaplah... time sakit nielah time nak bermanja-manja dengan suami... kahkahkahkah.  :P

2~ Sakit tekak yang teruk dan selesema
Memang adatlah, kalau dah sakit tekak automatik akan kena selesema.  Bagi emma, sepanjang hidup, ni lah sakit tekak yang paling sakit, paling perit dan memang membuatkan emma tak selesa langsung.  Sampaikan bila batuk tu confirm rasa sesak nafas. Dada tu rasa Ya Allah... perit nya.. Time yang paling teruk batuk tu waktu malam !!! haaaa bila dah start batuk tu... payah betul nak stop !! Sampaikan tiap kali batuk zam akan letak tiger balm kat dada. -___-!

3~ Suka tidur
Haaaa simptom yang ni memang sejak dulu lagi dah ada !! Sampaikan mak emma cakap... nie baby ikut peel mak dialah.. kaki membuta !!! huwaaa asal petang je dah rasa nak tidur. Memang rasa kalau boleh macam tak bangun, nak tido je !!! Jangan tak tau sampaikan zam pun terikut skali :) Asal zam cuti je, keje buat taik mata je lah kteorang !!! yeeehaaaa

4~ Allergic makan nasi
Simptom yang menyeksakan emma !! eh, kalau dari kecik sampai nak jadi mak budak korang telan nasi, tetiba korang tak boleh nak telan nasi !! so ape cite ??? memang emma tak boleh nak makan nasi, tapi sometimes tu paksakan jugak diri tu makan !!! lepas makan je confirm melambak keluar balik !!! *____*

5~ Tak ada selera makan
Haaa yang ni tak payah cakap, korang bagilah makanan paling sedap pun sampai hari nie... confirm selera emma cam giniiiii je... -_____-! emma memang tak de selera nak makan.  Tapi kalau korang bagi emma makan cheese or western food, confirm emma tak tolak !!! kahkahkahkah... tapi makan sebab nak alas perut je lah... tu mak emma cakap, anak tekak "mat salleh nie ". 

Opsss lupa, alhamdulilah emma tak de simptom muntah-muntah or loya-loya... tapi zam pulak yang dapat simptom-simptom tu... !!! -___-! tapi kira fairlah kan alahan tu sampai kat dia jugak !! dah dia yang membuatnya ... hehehehehe =P

Alhamdulilah, First trimester dah berakhir... tapi simptom-simptom tu ada jugak yang emma still rasa macam allergic nak makan nasi tu... (-___-!). Okay, lepas ni boleh share pasal buat buku pink and first time dapat tengok baby dalam perut sendiri... hehehhehehehe.... 


Thanks sebab baca =)









www.tips-fb.com

6 comments:

  1. Assalamualaikum...
    moga mommy n baby sihat walafiat dan moga Allah permudahkan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam,
      Alhamdulilah... thanks Ina =)

      Delete
  2. Assalamualaikum emma, jaga diri baik2 tau .. tak sabar tunggu kawan Adam keluar. hehehee sheila dah masukkan dalam bloglist pregnant mommy 2014.. yeayyy blog makin cantik ! ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam yangg :) insyaAllah... doakan semua selamat yer.... =)

      Delete

Ala... janganlah pandang jer keyboard yang mahal tu.. meh komen-komen kat blog nie!!!