-->

Google+ Followers

Tuesday, November 4, 2014

Pengalaman minum air gula ketika mengandung -__-!




Assalamualaikum uoals,


Dengar je kena minum air gula, terus otak jadi blank..tepu... dalam hati meronta-ronta tak nak !! Tapi haiii lah anak, demi baby ... mummy tabahkan diri.  Malam tu dah start puasa pukul 10 malam.  Sebelum tido dah fikir, janganlah muntah ke apa ke... and ntah hapelah rasanya.

Yerlah, orang cakap minum air gula sampai muntah-muntah, loya-loya... then kalau muntah kena minum lagi 
-__-! Sebab apa kena minum air gula ??? First sebab memang dari faktor genetik family yang ada diabetes and darah tinggi.  Dan sekarang mana-mana wanita mengandung berumur 25 tahun keatas wajib minum air gula. 

Pagi-pagi dah tercongok kat klinik.  Nurse bagi empat tiub untuk amik sample darah dulu.  Terus pegi ke bahagian amik darah.  Alahai... kena cucuk nie yang tak best. Redhakan aje lah... time nurse nak cucuk tu muka dah paling kat tempat lain. Ngeri nak tengok jarum tu duk cucuk lengan !!! Nurse gelak je bila tengok emma tengah seram.  Lepas amik darah, nurse suruh pegi bilik sebelah then minum air gula.

Okay, terus masuk bilik sebelah... eh, tak de nurse pun ?? orang cakap nurse akan tengok kte minum supaya kte tak menipu laaa... terus tanya kat nurse tu... nak kena minum terus ke ??? Nurse cakap boleh terus minum.  Okay, time tu dah nampak bergelas-gelas air gula dah tersusun.. Terus amik yang paling depan skali.. konon budget air gula tu tak pekat lagi -__-!.

Before minum tenung jap cawan tu. Tarik nafas, baca bismillah then terus minum sampai setengah gelas !!! waaa rasa macam tak percaya mampu habis kan setengah gelas sekaligus on first trial !!! rasa dia ??? jap lagi emma cite.  Okay ada balance lagi setengah gelas... ingat lagi besfren emma dah pesan, kalau nak stop jangan stop lama sangat !! Nanti rasa nak muntah !! Okay amik nafas then sambung balik minum. Akhirnya 2x teguk untuk habiskan setengah gelas lagi =).  Fuhh berjaya jugak !!!! syabas babe !!! =) hoorayyyy 

Okay, nak tau rasa ape ??? cuba korang bayangkan korang buat air gula kat rumah tu... tapi rasa dia sangat-sangat manis dan pekat daripada yang korang buat kat rumah tu.  Nasib baik emma dapat perisa oren !! Tapi mentang-mentang dapat perasa oren, tapi tak de pun rasa oren nya... rasa kemain manis sampai gigi rasa sangat-sangat-sangat ngilu -__-!.

Lepas minum terus intai kat nurse bilik sebelah cakap dah habis minum.  Nurse tanya betul dah habis minum ??? hehehehhe berlagak betul siap tunjuk gelas lagi... nurse senyum =) hehehhehehe tanya nurse boleh cuci mulut tak ??? nurse cakap boleh tapi jangan minum air paip pulak... cehhhhh tau lah kena puasa lagi.... -__-!

Okay, puasa lagi selama dua jam coz nak amik darah lagi lepas tu... time tu dah rasa pening-pening. Rasa macam klinik nie berpusing-pusing je... Zam time nie kat office coz petang dia ada urgent meeting !! sorang-soranglah duk tersandar kat kerusi klinik tu... Mesej zam bagitau dah settle, then cakap tengah pening kepala... time tengah duduk tersandar tu tiba-tiba nampak zam... yeayyyyyy terus pinjam bahu zam nak tido jap !!!  Lepas dua jam amik darah lagi sekali then boleh balik.  Sampai rumah dah rasa nak muntah... pening kepala... lastly terus tido.... zam pulak terus pegi office balik =)


Tips untuk mummy to be yang kena minum air gula ;

# Korang datanglah awal pagi kat klinik, coz biasanya nurse akan buat air gula time awal pagi.  So kalau korang datang awal pagi, air gula tu belum pekat sangat lagi.

# Korang minum kalau boleh jangan terlalu banyak stop coz nanti korang akan rasa cepat mual.

# Jangan lupa baca bismillah and relax je....


www.tips-fb.com

6 comments:

  1. wah!!!! cx nanti confirm kene minum sbb keturunan ade package penyakit tu. hahaha. mudahan dipermudahkan. tahniah mommy emma! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh tak boleh nak mengelak dah nie... kenalah minum ekkk.... gud luck dear =)

      Delete
  2. Saya pun kalau kena cucuk darah, mesti paling muka kat tempat lain. Ngeri. Hihihi

    ReplyDelete
  3. Wife saya hari ni buat MGTT, kandungan 9 minggu. Dah selesai MGTT, result tak dapat lagi. Hopefully normal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga dipeemudahkan segalanya ... insyaAllah 😀😀

      Delete

Ala... janganlah pandang jer keyboard yang mahal tu.. meh komen-komen kat blog nie!!!