-->

Google+ Followers

Wednesday, November 12, 2014

Ice Cream Pulut Kampung Bharu


Assalamualaikum uoals,

Siapa kat sini suka makan ice cream ??? angkat tangan cepat !!! Okay Emma nak share dengan korang pasal one ice cream yang memang super duper marvelousss yang ada kat Kampung Bharu. Ade sape-sapa yang tak tau kat mana Kampung Bharu ??? Haaa korang boleh search kat incik google yer =).

Selalu sangat kita makan ice cream yang dah sememangnya machine yang prepare. Betul tak ??? apa kata kalau korang try ice cream yang memang homemade punya. Kalau korang pergi kat Kampung Bharu, sure korang akan nampak sorang pakcik tua yang berkopiah putih sedang mengayuh basikal.  Pak Cik nie kadang-kadang ada, kadang-kadang tak de. Dia macam chipsmore sikit lah... But kalau korang nak try rasa macam mana marveloussnya ice cream pak cik nie, korang boleh datang around 6-8 pm dekat simpang Masjid Kampung Bharu.  Selalunya time macam nie pak cik ni akan ada kat area depan Restoran Johan Seafood betul-betul dekat simpang empat Masjid Kampung Bharu.



Ice Cream pak cik nie memang kita akan rasa lemak santan tu... and of cozlah ada flavour.  Tapi selalunya rasa durian dengan vanila je... Once kita beli, korang tak delah boleh nak pilih " Pak cik nak yang perisa durian je or vanila je...!! " Coz pak cik nie memang akan campurkan sekali dalam satu ice cream tu... so kesimpulannya, bila korang order nak ice cream satu... korang akan dapat any flavour yang dia buat.  Tapi, " eh, i tak makan durian "  dun worry korang kena try dulu baru korang boleh describe rasa apa !!


Since emma kecik-kecik lagi around 5 or 6 7 years lagi dah kenal pak cik nie... haaa lama kan ice cream nie ??? But since emma kecik zaman duk hingus meleleh lagi sampai dah zaman nak jadi mak budak stail pak cik nie tetap sama, berkemeja, berkopiah putih dan kayuh basikal bawak ice cream =)  Retro takkk ?? hehehehe ... Bukan pak cik nie tak ada kemajuan, sometimes anak pak cik ni akan take over jual ice cream nie. Tapi anak dia bawak motor.  Malangnya, kalau bukan pak cik yang jual... emma tak kan beli... Serius tak tau kenapa, tapi mungkin air tangan pak cik nie yang kita rasa bertahun-tahun kan ??? Maybe one day pak cik nie dah tak ada, mungkin emma tak kan beli lagi ice cream nie.. =(

Okay, harga untuk one cup ice cream adalah RM 2.00 sahaja.  Dia akan serve samada dalam cup atau roti. Depends lah korang nak yang mana. Yang roti RM 2.50-3.00.  Topping ice cream ni adalah kacang tanah yang halus tu, susu cair dan susu pekat, serta pulut.



~~ Thanks for reading ~~
www.tips-fb.com

6 comments:

  1. assalamualaikum emma...tengok jer dah rasa mcm sedap jer ni...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam mama mas zull, hehehhe tu baru terjah je.. belum rasa =)
      Datang KL boleh cuba rasa yerr ^__^

      Delete
  2. Replies
    1. meh..meh... mai kg bharu, boleh pekena ice cream =)

      Delete
  3. Yup mmg super duper terbaik eskem pakcik nie.. sy org kg baru.. mmg akan slalu beli...hehehhe...

    ReplyDelete

Ala... janganlah pandang jer keyboard yang mahal tu.. meh komen-komen kat blog nie!!!