-->

Google+ Followers

Tuesday, November 4, 2014

Travelogue ~ Istana Seri Menanti & Restoran Warisan



Assalamualaikum uoals,


Rasanya dah lama tak tulis entry travelogue.  So kali nie nak share dengan korang tentang Istana Seri Menanti.  Korang pernah pergi tak ??? hehehehe saja je time on the way nak balik KL dari Kuala Pilah mesti lalu kat sini.  So dah alang-alang lalu, ajaklah zam and bestfren emma pergi Istana Seri Menanti nie...

Okay, bagi yang tak tau kat mana lokasi Istana nie, meh nak share dengan korang !! Istana nie terletak di Seri Menanti, Negeri Sembilan =) Kalau korang lalu highway Bukit Putus, korang akan nampak ada satu simpang ke Seri Menanti.  Jarak Istana dengan simpang tadi lebih kurang dalam 10-15 minit je.

Korang jangan tak percaya, sepanjang jalan ke istana nie korang akan dapat satu perasaan yang sangat-sangat tenang coz sepanjang jalan korang akan nampak rumah tradisional Negeri Sembilan yang majoriti masih di kekalkan.  Kawasan rumah pun memang bersih, tak nampaklah semak samun pun !!!

Dulu, tempat nie memang Istana Rasmi Negeri Sembilan, tapi sekarang dah jadi muzium.  Istana nie ada empat tingkat dan setiap tingkat akan ada pelbagai jenis pameran dari segi pakaian, hiasan, peralatan, keris dan banyak lagi.  Sepanjang kat kawasan istana nie korang akan rasa sangat-sangat sejuk sebab kawasan nie di kelilingi dengan pokok.  Opsss lupa, tiada bayaran di kenakan untuk masuk istana nie. Tapi korang tak boleh ambil gambar dalam istana nie -__-! Tapi... selfie pasti di mana-mana... hahahaha pandai-pandailah duk cover nak amik gambar =P





Lepas penat berjalan kat kawasan istana, teringin nak makan "masak lemak cili api daging salai" terus zam ajak pergi makan kat Restoran Warisan.  Okay, restoran nie terletak diantara highway Bukit Putus.  Restoran nie memang nampak cantik coz dah nama pun warisan.. so ala-ala tradisional lah konsep restoran nie.  Sebelah restoran ada sawah padi.  Kalau musim padi memang hijau je lah.. kalau tak, nampak lalang je. -__-!



Nama je restoran warisan, tapi pekerja majoriti dari Thailand -__-! Tapi sayang, rasa tak puas hati sangat makan kat sini tau.  Dah lah service lambat, nak kata ramai orang..tak lah ramai sangat. Even pekerja pun ramai !! tapi kebanyakkan pekerja duduk melepak kat belakang sambil berborak -__-!

Bila sampai order, alahaiiiii punyalah sikit gulai nye, memang tak puas lah nak makan !! rasa pun ... mak mertua den buat lagi sodap !! hahahahah Rasa tak sedap langsung !! out of my tekak !! Order untuk 4 Person punya makan tapi yang sampai macam makan untuk sorang !! Harga dah lah kemain mahal !!! huhuh tak berbaloi langsung !! Lepas tu setiap set order akan ada sayur and ikan masin !! Bila kte tanya baru dorang nak bagi... lepas tu potion punyalah sikit macam sorang makan je...

So restoran nie memang out from my list !!! hehehehe tak sedap langsung !!!



Thanks for reading =)
www.tips-fb.com

4 comments:

  1. Blkg istana tu kampung akak dik...mmg x rekemen restoran warisan ...tp sawah padi dia cantik...dh mcm carpet kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. owhh ye ke ??? tu lah first time makan kat situ terus reject !! -__-!

      Delete
  2. Dulu gulai dia memang terbaik dik. Pedas meletop, pekat berlemak.... Harga memang mahal dari dulu. Tapi servis akak memang tak puas hati. Dah pernah kena maki dengan laki akak manager dia.... Mmg hubby akak betul2 naik angin masa tu. So, konklusinya, kalau restoran biasa di N9, memang susah nak cari masakan yang sedap. Kecualliiii...di Restoran Nelayan, Jalan Rahang, Seremban. Cubalah Google....

    ReplyDelete
  3. tu lah... teruk betul service dorang nie, then mahal tapi tak berbaloi -__-! owh pernah dengar jugak restoran tu, tapi x pernah try lagi.. lepas nie boleh ajak zam try kat situ =)

    ReplyDelete

Ala... janganlah pandang jer keyboard yang mahal tu.. meh komen-komen kat blog nie!!!