-->

Google+ Followers

Wednesday, November 12, 2014

First Time tengok baby dalam perut



Assalamualaikum uoals,


Sambung lagi pasal entry mengandung... hehehehe jangan bosan yer, maklumlah mummy to be memang teruja sangat tengok baby.

Waktu 1st time emma buat buku pink, then jumpa doctor time tu... doc decide nak check baby, okay ke tak.  Maklumlah sometimes ada ibu-ibu mengandung yang mengalami komplikasi time awal mengandung.  Time dengar nak scan tu, jantung dah dup dap dup dap... risau jugak coz a week before check up emma dah pergi bantai mandi air laut dengan family. Time tu zam pun tak tau pasal air laut boleh menyebabkan keguguran.!! Zam masuk office, ada sorang doctor cun nie yang memang doctor sakit puan bagitau yang bahaya if mandi laut time awal pregnancy. Terus zam call emma bagitau pasal tu. Lepas tu terus pergi farmasi beli UPT test. Alhamdulilah... result masih double line.

Okay, berbalik time scan... Allah hu Rabbi, first time nampak kat monitor ada satu lagi nyawa dalam rahim nie. Perasaan time tu tak tau nak explain macam mana. Terharu, sedih, happy semua ada. Macam ni rupanya perasaan mak kita time tengok ada kita dalam perut dorang. Wallahi.... 

Doctor scan gerak kiri kanan perut, then doctor cakap alhamdulilah baby sihat and dalam keadaan baik. :)



Cinta hati mummy daddy, First time tengok awak !! Tak sabar nak tunggu awak keluar. Nak cium bau dari syurga !! Time nie, doctor explain lah yang nie bahagian kepala dia, tulang belakang, tangan, kaki, perut, jantung.... Ya Allah, rasa macam nak nanggis time tu jugak... 14 minggu time nie mummy | daddy dapat tengok awak =)

Keluar je dari bilik doctor terus tunjuk gambar scan baby kat zam, time tu mulalah macam-macam ayat yang keluar, " baby nie lelaki ke perempuan?? " , " nanti nak panggil baby mummy|daddy or ibu|ayah ?? " .  Masing-masing teruja sangat. Tapi zam lah yang paling eksited sebab memang kalau boleh dia nak anak cepat-cepat.  Dah selalu sangat pegang baby orang lain je, so dia nak pegang baby sendiri.



To be continue, esok nak jumpa doctor lagi - Second Check up dengan doctor. Hope baby sihat ^_^





www.tips-fb.com

4 comments:

  1. Harap emma dan baby sihat-sihat je tau :)

    ReplyDelete
  2. seronok kan.. walaupun baru 6 bulan baby akak lahir.. akak dah rindukan moment tu... ^_^

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum emma.. best kan scan perut. sheila rindu dah moment Adam dalam perut. semoga semuanya selamat sehingga bersalin nanti. in shaa Allah.

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum emma...seronoknya nak jadi mak...:)

    ReplyDelete

Ala... janganlah pandang jer keyboard yang mahal tu.. meh komen-komen kat blog nie!!!