-->

Tuesday, December 31, 2013

I'm Proud to be Malaysian Citizen



Assalamualaikum uoals,


Post entry macam ala-ala entry merdeka pulak !!!
Penghujung sisa-sisa 2013
Jadikan yang lepas sebagai pengajaran
Ambil yang akan datang sebagai cabaran !!!
Cewahhh kemain kaw emma nak bagi motivasi pulak !!!

Oh ya, seriously, i'm really proud dilahirkan sebagai rakyat Malaysia
Since emma kecik sampai lah sekarang nie
Dari sebesar tapak tangan sampailah nak jadi bini orang
Korang pernah ke hidup susah ???
Negara tak aman ???
Perang sana sini
Korang keluar rumah peluru lalu depan mata ???
Bom sana, bom sini. jerit sana, jerit sini !!!
Tak pernah lagi kan ???

Alhamdulilah, MALAYSIA masih aman !!!
Tapi janganlah hilangkan keamanan yang kita dah rasa sekarang nie
Korang tak kesian ker dengan anak cucu korang masa depan ???



Tuuuu dia, setepek emma  bagi posing kat Dataran Merdeka lepas habis keje tadi
Kemain kaw... duduk lepak jap kat situ
Sambil makan ice cream Mango Peach Sundae ,
Sambil tu kemain duk usha abang - abang polis yang nak bertugas malam nie
Duk usha-usha...
Tak sedar-sedar incik tunang kat sebelah
Kan tak pasal-pasal dah kena perli
" Dalam ramai-ramai polis yang ada tadi... ada sorang je polis yang nampak hensem !!! Yang tuuu kan ??? " (Tunjuk kat polis yang baru keluar dari kereta polis !!!)

Sentap ..... " macam mana tau nie ???? baru nak cuci mata japppp "
Walau macam mana pun emma bangga di lahirkan sebagai RAKYAT MALAYSIA !!!
Dalam IC tulis WARGANEGARA MALAYSIA !!!!
Okay babai :) hehehehehhe



www.tips-fb.com

Journey on 2013


Assalamualaikum uoals,

Time comes fast
2013 di penghujung
Welcome 2014
Setiap tahun pasang azam
Ada yang tercapai
Ada yang tak...
Tapi tahun 2013 nie bagi emma penuh dengan liku-liku kehidupan
Cabaran dan dugaan,
Suka dan duka yang kadang-kala menguji keimanan emma


Starting the year of 2013 with my birthday on 16 January
Permulaan dan pertambahan angka pada umur
Dan umur yang membuatkan kerisauan tahap chipmunks melanda !!!
On 25th, mulalah orang bertanya ????
" Bila nak kawin ??? kawin ??? kawin ?? kawin !!!
" Blaaa..bla...bla... blaa..."
Dan kadangkala ianya membuatkan kita rasa sakit hati !!!










Saat yang pasti membuatkan ramai wanita mengalirkan air mata
Bila seorang lelaki proposed untuk jadi wanita dalam hidup dia
Walaupun tak lah romantik mana pun !!
Tapi bila tengok kesungguhan dan kesabaran
Kejar emma bertahun-tahun
Rasa terharu sangat !!!



First time in my life bila dapat main Ice Skating
Walaupun for the 1st time rasa kekok sikit
Bila lantai tu memang kemain lagi licin
Tapi Alhamdulilah... tak jatuh terduduk lagi main benda nie
Yang paling syok and rasa bangga tu...
Bila siap ajar lagi orang lain main Ice Skating
Padehal... tulah pertama kali main :)










Saat yang paling menyedihkan
Bila Mama sakit
For the 1st time rasa sedih sangat sebagai seorang anak bila tengok mak sendiri sakit !!!
Apa korang rasa bila tengok mak korang yang selama nie sihat tiba-tiba sakit !!
Saat yang memang rasa sedih bila mama masuk operation room untuk masukkan tiub kat leher.
Sepanjang jalan dari office ke hospital air mata mengalir je.
Bila mama tak ingat apa-apa,
Bila mama meracau-racau duk cakap perkara yang pelik-pelik,
Dan saat-saat mama kat hospital...




Alhamdulilah, Allah bukakan pintu hati seluas-luasnya
Allah beri petunjuk ke jalan yang di Redhai
Allah beri kesempatan untuk berubah
8 July 2013, Permulaan emma berhijab
Bukan sebab orang lain atau kata-kata dari orang lain
Tapi sebab hati dan tiba masanya !!
Maka berubahlah emma !!!
Walaupun permulaannya, pelbagai kata-kata kesat, kutukan yang emma terima,
Ada juga yang memberikan kata-kata semangat
Alhamdulilah







Permulaan keluarga baru,
Alhamdulilah... Cinta monyet kononnya
Kini selamat menjadi tunangan Dr Afizam .. hehehhe
InsyaAllah 2014 membawa ke jinjang pelamin :)








Hidup tak selalunya indah
Asalkan tak lupa pada penciptaNya
Dua bulan duduk rumah jadi penganggur
Memang satu perasaan 
Yang sukar untuk di ungkap !!
Gara-gara bengang dengan boss, officemate
Surat notis di layangkan... cewaahhhh !!!
Sudahnya 2 bulan duduk rumah
Belajar MASAK !!! lalalallalala
Namun, setiap dugaan pasti ada hikmahnya
Permulaan sesuatu yang baik
Bila dapat offer yang lebih berganda dari apa yang ada sebelum nie. Alhamdulilh



www.tips-fb.com

Sunday, December 29, 2013

Awas, Jangan tertipu !!!



Assalamualaikum uoals,


Alhamdulilah, satu demi satu langkah di atur
Lepas selamat di tunangkan 6 July hari tu...
Akhirnya langkah seterusnya di atur,
Last week sempatlah luang kan masa pergi Kursus Kahwin
Kononnya nak amik kursus kat Masjid Negara,
Semangatlah duk booking secara online
Sekarang kan semua nya di hujung jari
Hanya satu Klik semua boleh jadi !!
Betul tak ???
Lastly, hari Jumaat dapat mesej ...
Lokasi kursus di tukar,
Nasib baik lah lokasi nak tukar tu dekat je.
Kalau jauh memang confirmlah cancel !!!

Sesi kursus dari Sabtu (2.30pm - 7 pm) Ahad (9.00am-6pm)
Sampai je kat tempat kursus,
Mak aiii kemain ramai pulak manusia yang duk berkursus.
Ada yang memang nak kawin
Ada yang saja-saja je datang
Macam-macam orang ada
Tua, Muda...Kebanyakkannya adalah yang bergelar student

Lepas register je... kteorang dapat file and dalam file tu ada satu buku, katalog, and pen !!!
Rasanya lepas nie dorang kena letakkan gula-gula sekali !!!
Biasalah kalau dah duduk lama-lama dengar ceramah ustaz-ustaz nie
Confirm korang rasa sangat mengantuk !!!
Ada penceramah yang memang best bila dia bagi ceramah !!
Buat semua tak kering gusi... kemain nak gelak jer !!
Mana tak nya, main lepas je dia cakap...
Lebih-lebih lagi isu first night !!! wahhhh kemain ekkk
Yang lelaki kemain gelak...
Yang perempuan ada yang malu-malu...
Emma ??? hahahaha buat tak de perasaan je !!!
Tapi bila tang penceramah yang membosankan.....
Korang confirm rasa nak tidur dah time tu...
Mulalah ada yang main hp...
Ada yang sempat lagi main Candy Crush... kemain kaw bile dengar "sweet...sweet...sweet "



Tapi ustaz cakap next year sape nak kursus dah kena amik exam !!!
Kalau tak lulus exam kena repeat balik !!!
Rasa-rasanya kan ???
Confirm bilangan anak luar nikah semakin ramai kan ???

Oh ya, bila cakap pasal booking kursus secara online nie,
Lebih baik korang call terus mana-mana pusat kursus pra perkahwinan
Sebab, kebanyakkan nombor yang dalam web nie,
Dorang nie merupakan agent !!
So, once kalau tempat kursus tu dah penuh...
Dorang akan tolak je kte terus ke mana-mana pusat yang kosong !!
Dan pusat kursus pulak kena bayar dekat agent nie RM 20 sekepala !!!
Tak ke untung dorang nie ????






www.tips-fb.com

Selamat Pengantin Baru Nadh !!!



Assalamualaikum uoals,


Chipsmore kembali lagi,
Kejap ada, kejap tak de !!! hehehehe
Owh, saja jer nak update,
Semangat tengok member emma dah kawin,
Sempat lagi duk tanya kat emma,
Weeding emma bila ???
Tak nak clash punya pasal...
Akhirnya, selamat dah jadi isteri orang
Sorry Nadh tak dapat nak datang.
Maklumlah kena keje hari sabtu :(

Wish u " Selamat Pengantin baru, semoga menjadi isteri yang solehah yang mampu menyenangkan hati suami (InsyaAllah) dan semoga berbahagia hingga ke Jannah "



www.tips-fb.com

Friday, December 6, 2013

Lawak Ker Der 3 - Oleh ESCAPE


Assalamualaikum uoals,


Lawak Ker Der 3 kini kembali menggegarkan Istana Budaya. 

Korang boleh menyaksikan lawak-lawak yang akan membuatkan korang rasa akan ketawa sehingga retak-retak dinding Istana Budaya bermula 4 - 8 Disember 2013.

Tak percaya ???? Serius, korang tak akan rasa rugi walau sesen pun bila korang keluarkan duit untuk beli tiket !! Tau tak sebab apa ???? 

Kali nie Hans Issac dah bawa satu kelainan di mana Hans telah menggabungkan wajah baru dan wajah lama !! Tentu korang rasa menarik kan ??? Yerlah bila otai dan junior bersatu dalam satu pementasan, pasti akan bergegar Istana Budaya tu kan !!!

Tagline sekejap " ESCAPE mencuit anda dengan Lawak Ke Der 3 "

So, memang rugilah siapa yang tak datang tengok Lawak Ke Der 3 !!! Sebab apa ??? Confirm korang akan rasa urat-urat perut korang senak bila tengok lawak-lawak super duper superb daripada Jambu, Harith Iskandar, Nabil dan satu-satunya pelawak berbangsa Cina, Douglas Lim.

Kehebatan Lawak Ker Der 3 terbukti apabila tiket untuk persembahan pada malam pertama habis di jual. sehinggakan ramai yang frust sebab tiket habis !! So lain kali korang kena booking ticket cepat-cepat " Siapa dulu dia dapat !! ".  Kalau korang nak tau sejauh mana kehebatan Lawak Ker Der 3, korang kena saksikan sendiri !! barulah korang akan rasa Aura yang sebenar !

Alhamdulillah, terima kasih kepada ESCAPE kerana memberi emma peluang untuk menyaksikan persembahan pembukaan pada hari pertama bersama dengan blogger-blogger yang lain.



Iklan sekejap,

Bagi peminat Lawak Ker Der yang tak dapat menyaksikan persembahan di Istana Budaya, ada satu berita baik untuk korang semua... jeng..jeng.... 

Kini, korang boleh saksikan Lawak Ker Der 3 secara ekslusif di ESCAPE bermula 31 Disember 2013 yang akan di tayangkan selama enam bulan !!! eh, lama tak ??? confirm lama kan !! 

Bagaimana ???

Korang kenalah jadi pelanggan ESCAPE dulu tau !!!  So korang jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan pelawak-pelawak Lawak Ke Der 3 kesayangan korang di ESCAPE ^_^

Oh ya, bercakap mengenai peluang... khas untuk pelanggan CELCOM jangan lepaskan peluang untuk menyertai peraduan Cuit-Cuit Menang Duit @ ESCAPE yang menawarkan hadiah tunai RM 5,000 setiap hari !! Berbaloi dan lumayan kan ???

Macam mana nak menang ???

Mulai 7 hingga 27 Dis 2013, pelanggan Celcom perlu menonton YouTube Channel – cuit-cuit @ESCAPE atau klik: https://www.youtube.com/channel/UCj_-0IGMHwc2r7tDLv2De2g setiap hari untuk menjawab satu teka-teki yang akan dikemukakan oleh pelawak Lawak Ke Der 3.

Korang hanya perlu meneka dan menghantarkan jawapan yang tepat dengan cepat ke 20888. Jawapan tak perlu panjang. Cukup dengan hanya satu perkataan.

Nak tahu lebih lanjut ?? Layari  LAMAN WEB ESCAPE

Dari tadi Emma asyik sebut pasal ESCAPE.  Apa yang korang perlu tahu :-



ESCAPE merupakan dunia hiburan peribadi  yang boleh korang bawa ke mana sahaja. Nikmati pelbagai video hebat, filem, konsert, berita, acara terkini dan banyak lagi, semuanya setempat.

Korang boleh memilih untuk membayar dan menonton filem kegemaran korang dengan sekali bayar atau korang boleh melanggan akses bulanan tanpa had dengan hanya RM25 sebulan !!! di ulangi ye... TANPA HAD !!!

So, korang tak kan terlepas menonton filem atau drama bersiri kegeramaran korang pada bila-bila masa dan di mana jua korang berada !!!

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari  www.ESCnow.com sekarang !!! Jangan lepaskan peluang !!!!





www.tips-fb.com

Blogger oh Blogger



Assalamualaikum uoals,


Orang cakap "Blogger nie 24 jam sehari mesti dengan gadget !!! "
Orang cakap " Blogger nie femes macam retis jugak !! "
Tapi tu semua orang cakap !!
Kalau Emma cakap
" Blogger adalah insan biasa, tak lah glamer pun !! Tulis apa yang dorang nak tulis.
Orang suka ke tak suka ke kteorang tak kisah !! Kalau suka boleh baca, kalau tak suka
Jangan baca !!! "

Emma jarang ikut event-event antara blogger,
Ada yang invite.
Tapi masa yang tak mengizinkan untuk emma join korang semua
But, bila once kte jumpa face to face dengan orang yang kte tak kenal
Then terus boleh jadi kawan,
Boleh gelak sama-sama
Tu satu feel yang SANGAT best !!!
Bukan senang kte nak bertegur sapa dengan orang yang kte tak kenal
Tapi bila kte berblog
We can share anything dalam dunia MAYA

Tak pernah pun terfikir nak jumpa blogger femes macam broframestone and benashaari


Selalu duk komen mengomen dalam blog and facebook... Tapi belum pernah ada masa untuk jumpa.
But bila dah jumpa...... wehhh korang memang best !!!

Cik GBSK alahai si comel nie... nak kawin dah pun next year ...:)
Yanty yang sangat-sangat tinggi and baik hati... waaah kemain duk puji ekkk... Tapi ty memang sangat sporting and really enjoy with u... :)




And Abe queachmad yang sangat sporting walaupun kte dah kenal lama... tapi 1st time jumpa... eh, dia yang tegur emma dulu tauu !! yerlahhh segan lah .. emma bukan femes pun !!! Wife Abe yang memang lembut and sporting membuatkan tangan akak emma duk tarik ke sana sini... hahahahhaha



Dan ada jugak blogger yang emma tak pernah kenal and baru 1st time jumpa on that day... tapi korang memang super duper sporting giler lahhh siottt !!!


qasehdalia yang sangat sweet and gila-gila sket emma tengok.. hehehe nice to meet u :)


errakyra .... emma suka tengok style shawl yang dia pakai.... serius nampak stylo... nanti ajar emma ekk :)
Kak Fiza Fataghiro  u are soooo sweet :)

And others blogger yang emma tak mention name... lupa sebenarnya nama korang... hehehhehehe

Link others Blogger

mawardiyunus
Najeeb Abdullah



Nanti kte jumpa lagi ekkk :) peace



www.tips-fb.com

Thursday, December 5, 2013

BLOGGER GEGARKAN ISTANA BUDAYA




Assalamualaikum uoals,


" BLOGGER GEGARKAN ISTANA BUDAYA "
Hello, nie bukan gempa bumi tau !!!
Just kteorang telah menggegarkan Istana Budaya
Semata-mata untuk " Lawak Ker Der 3 "

Lepas habis je show malam tadi
Biaselah kalau dah namanya blogger kan ???

Emma with orang kuat BLOGGER (Bro Framestone & Ben Ashari)
We are BFF... (#LawakKerDer3 menemukan kami - Yanty &GBSK)

Hey Si gadis yang ayu... lesung pipit di pipi :)
Add caption

Sang jejaka kasanova :)

Kak Mar (Wife Que Achmad)
with Qaseh Dahlia









* Copy paste picture dari tuan punya gambar :)
Jangan marah ekk !!!


# Thanks #BroFramestone #LawakKerDer3 #Escnow #IstanaBudaya


www.tips-fb.com

" Lawak Ker Der 3 " GEGARKAN ISTANA BUDAYA


Assalamualaikum uoals,

Para Blogger telah berjaya mengegarkan Panggung Istana Budaya semalam untuk memeriahkan lagi #LawakKerDer3.

Actually, ni first time emma tengok #LawakKerDer3 on theater and memang dorang berjaya menggamatkan suasana. Kalau ada retak-retak kat dinding Istana Budaya tu memang gara-gara 1st Opening Show dorang semalam.  


Serius, memang takkan rasa rugi walaupun beli tiket yang harga beratus-ratus ringgit.  Sebab apa ??? Sebab korang akan dapat satu kepuasan yang berganda-ganda dari harga tiket korang !!

Booking Ticket : http://www.ticket2u.biz/

Eh, Sape tak kenal dengan "Jambu" ??? korang memang bukan peminat Maharaja Lawak lah macam nie... Semalam je "Jambu" dah keluar dengan costume yang yang memang punyalah bling-bling.  Dan part yang paling best skali bila dorang nyanyikan lagu "Doraemon" sebagai lagu negara dorang !! Tang tu memang bukan setakat air liur korang je yang kering, isi perut korang pun rasa nak tercabut dari usus bila gelak "Gile b*** siot !!!!! (Bak kata #Douglas Lim).



Bila tang Nabil yang bertindak selaku Pengacara majlis kononnya... mula keluarkan cerita tang abang badan besar tapi hati lembut macam kapas, eh, eh, kemain korang gelak ekkk ??? Tapi Nabil try to improved on English language... keep it up bro !!!



Sampai tang "apek virgin", dalam otak duk pikiaq sapekah dia ??? " #Douglas Lim ??? serius memang tak kenal langsung !! Tapi kalau tak femes nape boleh Hans Issac boleh amik dia ??? betul tak ??? Mula-mula rasa macam tak best je... tapi bila dia starting dengan keluar dengan gaya ala-ala "nerd" and muka 14 sen katanya... the first words dari dia dah boleh buat audience rasa nak tengok lagi..lagi dan lagi... tapi memang tak sangka dia boleh nyanyi dengan baik dan suara dia pun memang power "Giler b*** siooottt ".  Emma nak bagi 5/5 star kat #Douglas Lim. !!! U are Superb Bro !!!!!!


Lastly, Harith Iskandar dengan lawak spontan dia... walaupun lawak dia kadang-kadang ke laut sikit, but still korang akan rasa fun lagi !! Lebih-lebih lagi bila masuk tang naik flight and isu bola !!! Confirm bagi korang yang confius dengan isu Race @ Bangsa, maklumlah mak bapak duk kawin campur... atok nenek berbagai bangsa, WE ARE 1 MALAYSIA right ???? So silalah tanda semua kotak yang ada Melayu, Cina, India, Others !!! ( suggest by Harith Iskandar ).




Korang tunggu apa lagi ???? faster laaaa.... booking ticket !!! Next show will be today until 08 Dis 2013 !!!
waiting for what ???? Laughter is one of the best medicine !!!


Thanks to #LawakKerDer3, #Escape, #Escnow, #Celcom, # Istana Budaya
www.tips-fb.com

Tuesday, December 3, 2013

" Client always right !!! "



Assalamualaikum uoals,


Sempat nak selit post hari nie,
Satu pun jadilah
Dari tak update langsung kan ???

Sejak keje kat ofis baru memang bz kemain
Nak makan pun selalu miss
Sudahnya, habis keje masing-masing kebuluran...
Mulalah duk cari kedai yang best-best nak makan !!!

Okay, client always right !!!
Sebab client always right lah..
Kteorang yang duk bertungkus lumus siapkan building dia macam nak rak !!
Makan tak kenyang,
Tidur tak lena,
Sudahnya.... berbulan-bulan drawing still tak confirm lagi..
Bila Arkitek tukar layout,
M&E, Designer, Engineer dan semua yang terlibat
Kena tukar layout jugak !!
Alangkah indah dan bahagia nya if client tak banyak kerenah !!
Hari nie cakap A
Esok cakap B
Lusa cakap C

Sudahnya....






Kena tukar lagi untuk kali ke 10 !!! yes !!!
Ni lah padahnya bila continue kerja orang lain !!!
Study from A-Z why..why...why client keep changing !!!


" Client always right !!! "
** Keep silent and do the work because they already paid the cost !!!

Chayok !!! chayok !!!


www.tips-fb.com

Monday, November 25, 2013

Monday Blues



Assalamualaikum uoals,


Asal hari isnin je
Mesti jadi macam nie
Lebih-lebih lagi bila masuk office
Bukak email...


Amend, amend and amend...
Untuk kali yang ke 5
Thank youu sooo much client :)



www.tips-fb.com

Durian...durian..durian



Assalamualaikum uoals,


Wuahahhaha rindu gile kat blog nie
Alhamdulilah sempat menyelitkan masa-masa yang tak berapa nak cukup nie
Kte UPDATE BLOG dulu :)

Nak share dengan korang je
Yang memang syokkk bila dapat makan raja segala buah!!!
Buah durian lah apa lagi...
Gile lahhh.... rasa macam nak menanggis je...
Mana tak nye, 
Firstly, ajak ayah pegi beli durian
Time tu kemainlah teringin nye nak makan
Kalah orang yang tengah pregnant
Then ayah boleh cakap...
" Jap lagi lah... ayah nak tengok cite hindustan nie... " ^_^
Okay tunggulah sampai cite shah rukh khan ngan kajol tu habis..
Then ayah boleh buat derkkk je...
Wuhahaha tacing gile... masuk bilik, tarik selimut then tdo !!!

Then semalam Mr fience baru balik dari kampung
Hehhehehe ajak dia pegi beli...
Nak pilih memang tak reti !!
Tau makan je..
Lastly mr fience yang pilih !!
Bayangkan, manusia yang tak makan durian pilih buah durian ???? hehehhe

Tak kira.. janji dapat makan....
Balik rumah hadap dengan akak sampai habis...
Then sekarang kat ofis....
Kepala pening !!! lallalalalalla



www.tips-fb.com

Friday, November 1, 2013

Launching New Showroom Galery



Assalamualaikum uoals,


Semalam adalah hari yang sangat memenatkan..
Mana tak nya.. dengan kerja yang sangat melambak
Tambah pulak dengan semalam launching new showroom
Oh ya, kalau korang berminat nak cari designer, house interior or house accessories
Welcome to our Show Room at Jalan Klang Lama :)







www.tips-fb.com

Eh, mana Emma menghilang ??


Assalamualaikum uoals,

Salam Jumaat.. penghulu segala hari
Sebulan dah menghilang,
Ada yang tercari-cari tak ??? hehehe
Sorry uoals,
Sejak keje kat ofis baru,
Masa 24 jam sehari seolah-olah tak cukup
Bukan sebab tamak atau tak pandai nak bahagikan masa...
Tapi dek keje yang semakin hari semakin meninggi
Membuatkan masuk ofis, check email, close and start work until the end..
Kadang-kadang tu lunch pun emma tak sempat nak amik !!
Nasib baik ada MILO peneman di kala stress :)
Dan hari nie 01 November 2013..
Genaplah sebulan kat ofis baru setelah dua bulan tak keje... hehehe syok kan ???
Memang dua bulan kat rumah tu.. serius dah tension sangat !!!
Tapi Alhamdulillah, Allah bukakan pintu rezeki seluas-luasnya sekarang nie.
Memang betul, kita perlu menunggu dengan sabar
InsyaAllah ada nikmat di sebalik nya..
Dan Alhamdullilah setelah sebulan keje kat ofis baru..
Dua projek yang emma handle akan start untuk construction next week :)


www.tips-fb.com

Tuesday, September 24, 2013

Pearl Handbouquet


Assalamualaikum uoals,


Haaa korang tau tak apa minat emma sekarang ??? serius emma pernah update pasal " Handbouquet " time tunang dulu... thanks Sheila for the lovely handbouquet :) 

Emma minat gile dengan pearl sekarang nie, then bila tengok pasal pearl handbouquet... semangat kemain nak buat sendiri handbouquet untuk weeding nanti :) siap cakap kat incik tunang lagi nak buat sendiri..!! apa lagi kemainlah ajak incik tunang pegi carik manik !!

Bila dah ada manik, eh nak buat macam mana ek ??? cepat-cepat bukak tutorial... hehehhehe 



Try se " kreatif " yang boleh semata-mata nak buat macam nie.. heheheh serius memang admire sangat dengan bunga yang nie,,...

Kalau dah siap emma tunjuk kat korang ek !! Kalau cantik korang nak order pun boleh :)



www.tips-fb.com

Monday, September 23, 2013

SEMANGAT ATM :)


Assalamualaikum uoals,

Wuhaaa rasa rindu pulak kat blog nie, mane tak nyer lebih hampir sebulan setengah emma tak publish apa-apa dalam blog nie !! Maklumlah bila dah ada bisness nie payah sket nak berblog :)

Sempat jugaklah bodek incik tunang nak pergi " Perarakan Gergasi Angkatan Tentera Malaysia ". Korang ada yang pergi tak ??? Kemainlah time tu semangat bangun pukul 6 pagi semata mata nak tengok perarakan gergasi tu.... sampaikan ayah duk perli... "Haiii tak puas tengok ke ??? dah jadi anak tentera pun takkan tak pernah tengok ???? " cehhh haruslah nak tengok !! SEMANGAT 1 MALAYSIA =D I'M4U





Ada sape-sape yang pergi tak event nie ???? memang best and apa yang kita tengok kat TV dengan LIVE memang banyak perbezaannya.  Korang bayangkanlah bila tengok orang tejun dari kapal terbang then landing ngam-ngam kat padang merdeka tu... memang respect lah kat dorang nie, ngam-ngam je dorang buget nak landing. Tak ada pulak yang tersangkut ke kat mana-mana ke... yang penting dorang memang di latih secara professional untuk buat terjunan nie... Congrats :)


Bila helicopter duk stay betul-betul kat atas kepala korang... Time tu korang akan rasa semua benda nak terbang...!! Nasib baiklah tak kurus sangat, kalau tak mau nyer melayang-layang !!!


Lepas tu semangat duk tengok jet pulak...time tengah tengok teringat pulak yang pernah ada cita-cita nak bawak jet macam tu time kecik-kecik :) Tapi ayah tak bagi emma masuk ATMA dulu... kalau tak, dah boleh bawak jet macam tu... ayah cakap ayah tak suka anak perempuan dia masuk TENTERA... kalau tak dah bergelar Leftenan Nur Azimah dah sekarang nie... huwaaa... nak buat macam mane, redha jer lah...



Saat yang paling best bila emma dapat action sket dengan senjata yang paling emma minat !! haa korang tau tak apa dia ???

Haaa tu dia bila emma dapat pose dengan Sniper :) Serius memang teringin dan minat sangat dengan senjata nie.... bila nampak apa lagi... cepat-cepat suruh incik tunang amik gambar :) haaa korang tengok tu.. berapa ramai yang duk teruja bila emma duk try menembak ?? heheheh tapi sedih kalau ada peluru kan best !! boleh try tembak :)

Dalam banyak-banyak kenderaan, kereta nie jugak emma nak amik !!! alahai... ingat senang ke nak bergambar dengan kereta yang orang - orang besar naik ??? 


Taraaaa... post penuup entry from emma n incik tunang :)



www.tips-fb.com