-->

Google+ Followers

Wednesday, March 5, 2014

Bride to be ~ Lokasi Majlis



Assalamualaikum uoals,

101 days more left, bakal meninggalkan zaman "anak dara"  bermakna bakal bertukar status.  Serius dalam tempoh 101 hari lagi (kemain duk mengira) kepala otak nie memang dah pening and tension jugaklah.  Yer lah kita kawin just sekali, bukan nak berkali kali. So emma nak buat yang terbaik dalam hidup emma.

Hari-hari duk google sana sini, saat yang agak menyeksakan bila nak cari lokasi majlis.  Memandangkan kawasan depan rumah nie merupakan laluan utama, so kalau tutup jalan semata-mata nak pasang khemah confirm Kampung Bharu nie jammed !!! so, untuk tak menyusahkan ramai pihak emma and ayah discuss nak buat kat dewan jer.  

Okay nak share dengan korang semua yekkk :)

Dekat Kampung Bharu nie just ada dua dewan jer.  Satu dewan kat Jalan Raja Muda Musa (sebelah sekolah agama) and satu lagi kat Jalan Hamzah (dekat dengan Maybank lama).  Okay, sakanlah duk mencari contact person yang jaga dewan tu... ayah pulak tak ada contact number person in charge tu. So call member emma coz dia baru je buat majlis kat situ.

Hahahhaha yang paling best nyer bila dah dapat contact number, terus call tanya pasal dewan.  Dewan Jalan Muda Musa dah fully booked !!! Okay, terpaksa reject walaupun sewa dewan agak murah RM 150 jer. Then call pulak Dewan kat Jalan Hamzah, still available lagi date yang emma nak !! Sewa agak mahal sket walaupun dewan agak kecik !!! Tapi kteorang reject jugak coz dewan kecik and tak berbaloi coz kena pasang khemah extra lagi !!!

Konon nye nak buat theme ala-ala garden, tanya kat ayah kalau buat kat Titiwangsa okay tak ??? ayah suruh call dulu. Alahai sayangnya sebab dah fully booked !! Rasa tension pulak, kemain besar Titiwangsa tu pun dah fully booked ??? orang tu cakap dua tahun lepas lagi dorang dah booked !! okay FINE !!!

Duk belek punya belek kat google.  Then ternampak pulak satu dewan nie.  Okay jugak coz dah prepare Meja, Kerusi, PA System, Ada Air Cond lagi... Sewa dia RM 1500. Tanya kat ayah, then ayah kata ok coz dah jimat tak payah nak sewa khemah n meja / kerusi !! Call tempat tu, alhamdulilah rezeki... tak ada orang booked lagi. Terus cepat-cepat lock date yang kteorang nak !!!

InsyaAllah, June nie majlis akan berlangsung di Wisma Sejarah :)



:) sangat bersejarah dah nie 
www.tips-fb.com

2 comments:

  1. Assalamualaikum yangg, semoga dipermudahkan urusan kamu. hehee. yeayy majlis kat tempat bersejarah. best tu ~~~

    ReplyDelete

Ala... janganlah pandang jer keyboard yang mahal tu.. meh komen-komen kat blog nie!!!