-->

Tuesday, December 10, 2019

Bonda dalam kenangan - part 1


Assalamualaikum

Lama jugaklah aku menyepikan diri dari dunia blogging nie. Entah, aku tak tau ape lagi aku nak share dengan korang. Dalam erti kata lain, aku malas nak menaip sebenarnya. Hahahahahaha 🤣🤣🤣🤣

Tapi kali nie aku gagahkan jugaklah diri untuk kongsi dengan korang dan untuk tatapan aku bila aku teringat balik. Bagi yang rajin scroll IG dan FB aku mesti korang tau yang ............ ya, aku telah kehilangan bonda tersayang baru-baru nie. So, aku nak share dekat korang di sebalik kehilangan bonda aku nie.

14 November 2019, 11:30am

Hari tu macam biasa, bonda akan ke dialisis untuk buat rawatan cuci darah. Selalunya aku atau kak ngah aku yang akan hantar dan ambil bonda. Tapi sejak dua minggu yang lepas, asal nak pergi dialisis je mesti macam-macam alasan. Tapi kami tetap tegas, sebab bonda tak boleh skip walau sehari dialisis. Kalau skip, bahaya kat bonda sebab kandungan air akan bertambah. Kami hadap je perangai bonda selama 4 jam dialisis dan selepas balik dialisis mesti bonda tak tentu arah. Tapiiiiii, hari tu bila ak u angkat bonda dari katil nak bawa ke wheelchai r, bonda lemah sangat. Sehinggakan melorot jatuh ke bawah bila kami cuba dudukkan dia. Dan waktu tu, aku cakap dengan kak ngah supaya bawak bonda ke hospital. Bonda dah nampak lembik sangat sehinggakan mata hitam dia ke atas. Sampai ke mergency, bonda di bawa ke zon kuning. Waktu tu bonda dah nampak okay. Boleh bercakap dan bergurau dengan kami. Tunggulah kami ujian demi ujian dorang buat. Sehinggalah jam 6 petang, doctor maklumkan ada jangkitan kuman dalam paru-paru bonda. Jadi bonda akan di dipindahkan ke wad dan akan start untuk antibiotik. Maka, berkampunglah kami sehari suntuk hinggalah jam 2 pagi keesokkan harinya baru bonda dipindahkan ke wad. 


15 November 2019, Wad 22 HKL

Doctor masih lagi ambil darah, xray, cucuk jarum sana sini. Bonda masih stabil. Cuma kadang kala badan dia panas seakan demam. Kadangkala bonda bercakap-cakap dalam khayalan dia dek kerana suhu badan yang panas. Kadangkala dia okay. Boleh di ajak berborak. Dan semestilah bonda request makanan kegemaran dia kari ayam dan jagung. 🥰🥰🥰🥰 Dan aku selaku driver merangkap tukang masak dan maid, sediakan aje ape yang bonda nak. 

16 November 2019, wad 22 HKL

Doctor maklumkan, ada kuman dalam darah bonda. Dan sedikit kuman di paru-paru. Doctor pun tak pasti punca kuman tu dapat kat bonda. Hari ni bonda ditolak untuk buat dialisis. Tak sampai 10 minit dialisis, bonda dah di tolak ke wad semula kerama tekanan darah sangat rendah. Petang tu, dorang bukak tiub ijc (untuk dialisis)di dada bonda dan doctor nak buat tiub temporary di peha. Habis kedua-dua belah peha bonda doctor cucuk. Tapi sayang, tiub block dan tak boleh nak buat dialisis. Petang tu waktu aku melawat bonda, bonda mengadu sakit di peha dan bahagian atas rahim. Hurmmm aku beritahu doctor, dorang check sepintas lalu dan berlalu pergi tanpa kata-kata. 

17 November 2019, Wad 2A Nefrologi HKL

Bonda di pindahkan dari wad 22 ke wad 2A Nefrologi untuk pematauan dari doctor pakar. Hari nie keadaan bonda resah sedikit. Bonda juga tak lalu untuk makan. Puas dipujuk dan dipaksa, akhirnya bonda minum nestum. Doctor masih tak pasti, tentang status kuman bonda. 


18 November 2019, Wad 2A Nefrologi HKL

Hari ni hari lahir bonda, pagi-pagi lagi kak ngah dah whatsapp. "Bonda nak makan Rendang". Lalu, cepat-cepatlah aku masakkan rendang untuk bonda. Sempat jugaklah suami dan anak-anak bervideo call dengan bonda menyanyi lagu "happy birthday nenek". Bonda cakap dengan anak-anak aku " nanti nenek buatkan kek yeeee. " Tengah hari waktu melawat, aku datang hantarkan makanan untuk bonda. Puaslah aku call kak ngah tapi tak berjawab, rupa-rupanya doctor cuba masukkan tiub di peha sekali lagi. Tapi gagal juga. Bonda masih lemah. Aku pelawa makan rendang permintaan nya. Dia kata tak lapar lagi. Jadi aku biarkan dulu. Sebelum aku balik, bonda ade cakap "Macam mana aku nak tinggalkan korang semua ???" Waktu tu aku ingat bonda tengah khayal lagi. Aku suruh bonda tido dan rehat. Tak payah fikir pape. Aku balik. Dan petang tu waktu melawat, aku datang dengan abg are dan isteri. Kami bawa kek untuk bonda. Bonda kelihatan sedih hari tu. Aku buat group video call dengan kak teh dan abg atan demi meraikan hari kelahiran bonda kami seperti selalu. Tapi bonda tutup muka dengan tangan dan mengalirkan air mata. Kami nak suapkan kek pun bonda tak nak. Abang Are pujuk bonda makan nasi dan lauk rendang yang di minta. Hanya sesudu yang bonda makan. Lepas tu bonda tak nak. Waktu tu kami tak faham, kenapa bonda sedih ??? Kami bergurau untuk ceriakan hati bonda. Tapi air muka bonda tetap sedih. Sempat jugak kak ngah bisikkan kat telinga bonda yang kami telah belikan makanan, dan kami sedekahkan kepada anak-anak tahfiz yang selalu kami jemput.


19 November 2019, Wad 2A Nefrologi HKL

Pagi tu kak ngah call, katanya bonda nampak macam semput nak bernafas. Keadaan bonda jugak nampak lain. Lalu aku buat video call. Melihat keadaan bonda yang sukar bernafas dan dalam keadaan kurang sedar. Aku suruh kak ngah panggilkan doctor untuk check keadaan bonda. Lalu aku call zam di pejabat, aku beritahu keadaan bonda dan aku hantarkan video keadaan bonda. Zam suruh aku panggil semua adik beradik datang ke hospital. Waktu tu aku dah rasa lain. Aku tanya kenapa dengan bonda ??? Zam cakap tak ada ape-ape. Cuma dengan keadaan bonda macam tu biarlah semua anak-anak ada di sisi. Aku suruh adik aku pergi temankan kak ngah di hospital dahulu sementara aku tunggu zam balik dari kerja. Tengah hari tu zam balik dari kerja,kami terus ke hospital. Zam suruh aku naik dahulu tengok bonda sementara dia jagakan anak-anak di bawah. Bila aku naik ke wad, aku lihat bonda di pakaikan oksigen untuk bantu bonda bernafas. Keadaan bonda adalah separuh sedar. Bonda tak boleh nak bercakap lagi dengan kami. Reaksi bonda juga tidak kami fahami. Dan waktu itu, keadaan setahun yang lalu seolah berulang kembali bila aku melihat ayahanda juga begitu. Aku dekatkan bibir ke telinga bonda lalu aku ajarkan syahadah. 

Adik beradik mula berkumpul di hospital. Keadaan bonda semakin lemah. Doctor nak buat Ct Scan kepada bonda, tapi bonda berisiko kerana keadaan bonda yang kurang stabil. Doctor maklumkan, kemungkinan, kuman telah merebak sehingga ke otak menyebabkan bonda kekurangan oksigen dan berada di keadaan separa sedara.  Kami di beri pilihan samada bonda perlu di di beri bantuan oksigen melalui mesin (intibute) atau sekiranya apa-apa berlaku pihak hospital tidak akan membuat sebarang bantuan CPR atau menggunakan bantuan mesin pernafasan dan akan memberikan ubat penenang dan ubat untuk meredakan kesakitan bonda kami sahaja. Itulah pilihan yang perlu kami buat. Dan akhirnya setelah kami di terangkan dengan lebih details tentang setiap pilihan yang di beri. Kami memilih pilihan yang kedua. Kami hanya mahukan bonda pergi dengan tenang tanpa kesakitan. Cukuplah hampir 7 tahun kami melihat bonda menahan setiap derita. Dan akhirnya, tangan aku yang menandatangi surat pilihan kami. ALLAH sahaja yang tahu betapa beratnya tangan aku nak sign surat tu. Antara hidup dan mati bonda kami. Seolah-olah di tangan aku ketika itu. Allah..........










---------------------‐-------------------------------------------------------------
Continue next post 

www.tips-fb.com

2 comments:

  1. SA singgah sini baca..maaf bergenang airmata dan sebak..alfatihah buat bonda emma..mak SA pun dialysis tp cuci air atau CAPD...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jaga kesihatan ya SA. Emma faham penderitaan pesakit dialisis nie

      Delete

Ala... janganlah pandang jer keyboard yang mahal tu.. meh komen-komen kat blog nie!!!