-->

Tuesday, December 10, 2019

Bonda dalam kenangan - part 3


Assalamualaikum

Malam tu aku balik jugak walaupun berat hati. Tapi ada satu perasaan yang aku pernah rasa waktu arwah ayah dulu, kini aku rasakan lagi. Segalanya bermula lepas bonda selesai buat ct scan tu. Malam tu aku bagitahu kat kak ngah tentang apa yang aku rasa. Walaupun aku bukan lah ahli nujum macam pak belalang tu, tapi perasaan yang aku rasa memang betul-betul terjadi. Masa ayahanda sakit dulu, aku dapat rasakan yang ayahanda akan pergi pada hari Jumaat. Dan ayahanda memang betul-betul pergi menghadap illahi pada hari Jumaat,3:41 pm dihadapan mata kami. Dan bonda, aku dapat rasakan perasaan tu juga. Tapi bonda mungkin pertengahan di antara hari Khamis dan Jumaat. Wallahualam

Sebelum aku balik, aku sempat bisik kat telinga bonda yang aku minta ampun dari hujung rambut hingga hujung kaki. Aku minta bonda halalkan setiap titisan susu yang aku minum dan setiap titis keringat dia membesarkan aku. Aku katakan yang aku nak balik kejap lagi. Aku katakan yang aku redho dengan pemergian dia kalau itu yang terbaik. Aku minta dia tunggu aku jika benar dia nak pergi. Aku nak dia pergi depan mata aku. Kuasa Allah, lepas aku cakap semua tu... bonda bagi reaksi. Bonda bersuara " haaaaaa". Aku menanggis dengar. Ibu tunang adik aku pun terkejut bila bonda bagi reaksi. 


Malam tu aku tido ayam je. Susah nak lelapkan mata. Sehinggalah aku tak pasti bila terlelap, aku dengar suara bonda panggil nama aku. Terus aku sedar, aku bangun lalu keluar tengok bonda di katil. Namun tiada. Aku menanggis. Lalu aku ambil wuduk dan baca yassin hinggalah azan subuh. Selepas aku solat subuh, aku call kak teh. Tanya bonda macam mana??? Kak teh cakap, tangan bonda sejuk. Kaki pun sejuk. Lalu aku cakap kejap lagi aku sampai. 10 minit lepas tu, kak teh whatsapp.... air dalam perut dah keluar kat tiub. Air tu warna hitam. Aku dah terdiam. Arwah ayah juga macam tu. Aku bagitau zam. Dan aku kejut abang-abang aku. Aku pergi dulu hospital sementara zam siapkan anak-anak.

21 November 2019 , Wad 2A Nefrologi HKL

Ketika aku sampai dengan abang ijan, aku tengok kak ngan dah menanggis. Adik aku ajarkan  bonda kalimah syahadah. Aku tanya kenapa ?? Kak ngah cakap bonda dah tak respon. Bukak mata pun tak nak lagi. Aku lihat bonda bernafas dengan laju tapi tersekat-sekat. Doctor sekejap-sekejap datang periksa bonda. Tambahkan ubat dan sebagainya. Dalam mata aku ketika itu hanyalah... aku kena kuat. Aku kena redho. Aku kena lepaskan bonda. Aku kena tabah. Bayangan ketika arwah ayah dulu kini berulang kembali. 

Tak henti-henti kami bacakan yassin dan bersilih ganti kami ajarkan bonda kalimah syahadah. 

10:30 am, bonda semakin lemah. Paparan jantung di mesin pun adakala semakin rendah, kemudian naik kembali. Anak dan menantu bonda mengelilingi katil bonda. Adik aku di telinga bonda sedangkan bisikkan kalimah syahadah bersilih ganti dengan zam. Aku dan kak ngah memegang kiri dan kanan tangan bonda kami. Kak teh dan abang aku yang lain ada di hujung kaki bonda, masih meneruskan membaca yassin. Hinggalah aku lihat paparan jantung bonda semakin turun. ♡45, ♡ 30, ♡ 67,♡48, ♡ 26, dan aku tak mampu nak lihat lagi. Aku hanya memandang bonda. Subhanallah, bibir bonda bergerak gerak mengikut bacaan kalimah syahadah yang zam dan adik aku ajar. Begitu mudah bibir bonda alunkan kalimah tu. Dan kemudian............. aku dengar anak saudara kami bersuara " haaaa... nenek dah meninggal ", aku nanggis dan panggil bonda.... aku dengar suara adik aku menanggis dan " akhirnya mak pergi tinggalkan kteorang jugak..." . Aku lemah masa tu. Zam tarik aku jauh dari katil bonda. Aku menanggis menanggis dan menanggis. Hinggalah aku cuba tenangkan diri aku dengan menyebut Allah Allah Allah. Aku lihat kak ngah berdiri di sisi zam sambil menanggis. 

Tanggisan reda, aku melangkah ke katil bonda. Nurse cabut segala wayar yang berselirat. Aku dan abang-abang bantu uruskan jenazah bonda. Tangannya kami qiamkan. Kakinya kami luruskan. Subhanallah, satu lagi keajaiban berlaku. Jenazah bonda berbau sangat harum. Seakan akan bau bunga. Aku katakan pada jenazah bonda " masyaAllah, bau mak macam bau bunga. Wangi sangat ".  Hinggakan nurse yang sedang uruskan bonda juga mengakui yang bonda berbau bunga. Selepas itu, kami bergilir cium jasad kaku bonda. Sumpah, jasad kaku itu berbau bunga yang sangat harum. Aku cium kedua belah pipi bonda, dahi, mata, kedua belah kaki bonda juga aku cium. Bonda sangat wangi. Subhanallah Allahuakbar !!!










-----------------------------------------------------------------------------------

Continue next post
www.tips-fb.com

2 comments:

  1. Innalillahiwainnailaihirojiun...damai dan tenang lah bonda di sana...

    ReplyDelete
  2. Salam takziah emma.semoga bonda emma ditempatkan di kalangan orang beramal soleh.Aameen.

    ReplyDelete

Ala... janganlah pandang jer keyboard yang mahal tu.. meh komen-komen kat blog nie!!!