-->

Google+ Followers

Thursday, September 27, 2018

TRAVEL KE KUNDASANG - Part 2

Assalamualaikum

Okay, aku nak sambung balik cerita pasal Kundasang nie. Bagi yang tak baca lagi cerita pasal Kundasang part 1, korang boleh tekan link kat sini TRAVEL KE KUNDASANG

Kami bermalam di The Cottage, Kundasang. Hotel ni terletak betul-betul jalan nak ke Desa Dairy Farm !!! Masa kami check in pun hari dah gelap walaupun jam baru menunjukkan pukul 6.30pm. Haaa suhu masa nie dah cecah 15°celcius. Tambah pulak dengan sedikit gerimis. Haaa lagilah sejuk masa nie. Lepas dapat kunci je kteorang terus naik bilik. Hotel nie boleh di kategorikan sebagai hotel yang selesa. Tapi sayang sebab tak de lift. Maka terpaksalah kami angkut beg-beg kami. 


Bilik kami di tingkat 2 dan menghadap betul-betul ke arah pintu masuk dan jalan raya. Kami pilih one queen bed + one single bed. Haaa cukuplah untuk kami 4 beranak nak bergolek atas katil tu dengan selesa. Kami check in pun dah malam, jadi kami tak keluar ke mana-mana pun. Lepas mandi, solat dan makan chicken wing yang kami tapau sebelum check in tadi kami jalan-jalan di sekitar kawasan hotel je. 

Suhu malam tu dah cecah 14°celcius. Anyssa dengan Ayra sibuk mengadu sejuk-sejuk walaupun dah pakai sweater. Kalau dah budak kecik pun tau sejuk apatah kami nie haaa bila bercakap dah berasap je mulut tuu. So aku pun bawaklah anak-anak naik bilik sebab Anyssa dah start kena flu malam tu. Tinggallah zam dengan bos-bos dia dan member ofis dia duk lepak kat lobby tu. Malam tu hujan pulak. So suhu memang drop lagi. Anyssa and Ayra memang tak suka berselimut bila tido walaupun sejuk kat rumah. Tapi kat Kundasang, Anyssa Ayra siap tarik dua helai selimut sebab sejuk sangat malam tu. Zam pun tidi siap pakai sweater lagi. Hahahhaha 🤣🤣🤣 kemain aku gelakkan dia sebab dia pun spesis tak suka berselimut !!! 

Pagi tu pukul 6.30am kteorang dah bangun untuk breakfast. Cuaca pagi tu Allah sejukk sangat. Anyssa Ayra aku pakaikan 3 helai baju. Pagi tu Anyssa dah start demam. So dia bad mood sikit and bila dia sakit, dia spesis berkepit dengan zam je. Bila nak tido baru dia akan cari aku. So, breakfast kami simple-simple je. Ada Mee goreng, Bihun goreng, Nasi goreng, Sayur campur, hot dog,Dessert, cookies and Roti bakar. Jadilah untuk kami alas perut pagi tu. Lepas breakfast je masing-masing dah sibuk cari port nak bergambar sementara nak check out pukul 9 pagi nanti.





Sekeliling kawasan hotel nie adalah tempat pengumpulan sayur-sayur. So memang pagi-pagi lagi dah nampak lori-lori angkut sayur. Pagi tu Gunung Kinabalu nampak segan-segan sikit sebab ditutupi dengan kabus. Kan hujan malam tadi. So kteorang bergambar lah dulu puas-puas sementara mood anak-anak okay lagi pagi tu.



Love
Emmaeema
Kundasang,sabah 
www.tips-fb.com

3 comments:

Ala... janganlah pandang jer keyboard yang mahal tu.. meh komen-komen kat blog nie!!!