-->

Tuesday, December 10, 2019

Bonda dalam kenangan - part 2


Assalamualaikum


Sampai ke malam kami berkampung di hospital. Bersilih ganti kami adik beradik ada di sisi bonda. Waktu itu, kami fikirkan setiap kemungkinan yang berlaku kepada bonda. Tak kami sangka, hari lahir bonda adalah kali terakhir kami mendengar suara bonda.

20 November 2019, Wad 2A Nefrologi HKL

Awal-awal pagi lagi aku dah minta abang ijan hantar aku ke hospital. Entah kenapa, terasa lain hari tu. Sebelum ke hospital, aku singgah dahulu di pusat dialisis bonda. Aku selesaikan baki bayaran bonda yang tertangguh. Dalam hati, kalau tiba masa bonda pergi, bonda pergi dengan tenang tanpa hutang yang terikat. Keadaan bonda masih sama. Separa sedar. Doctor akan buat Ct Scan sebentar lagi. Kadangkala kami melihat bonda seperti kehausan. Kami tanyakan pada nurse, untuk berikan air padanya. Tapi nurse cakap bonda kena puasa. Tapi bolehlah titik titikan air di lidah dah bibir. Kami suakan air yassin pada bonda. Kemudian kami bergurau dengan nurse, air oren boleh takkk ???? Nurse senyum lalu kata " bolehlah bagi rasa-rasa kat bibir". Lalu kami titikkan air oren ke bibir bonda. Letak setitik bonda minta lagi dan lagi.... ehhhhhhh... kami gelakkan bonda 😍😍😍😍ðŸĪŠðŸ˜œðŸ˜›

11 pagi, bonda di tolak untuk Ct Scan. Doctor MO temankan bonda sepanjang ct scan tu. Langkah berjaga jaga. Waktu tu, aku dan kak ngah hanya berserah. Kami ajarkan bonda kalimah Allah. Tak putus- putus kami bisikkan. SubhanAllah, bibir bonda bergerak gerak ikut apa yang kami ajar. Ketika menunggu giliran, bonda semakin resah. Tangan bonda mengapai gapai dan cuba meronta. Seolah-olah bonda dapat merasakan sesuatu. 10 minit je masa untuk ct scan. Dan apabila doctor cuba kejutkan bonda, bonda lambat beri reaksi. Bonda bukak mata tapi tutup balik. Oksigen dan tekanan darah semakin menurun. Bonda hampir mengalami kejutan jantung. Sampai sahaja di wad, segala peralatan dan wayar mengelilingi bonda. Aku call semua adik beradik beritahu keadaan bonda. Semuanya bergegas ke hospital. Aku dan kak ngah menggigil melihat bonda. Sambil kami bacakan yassin, air mata tak putus-putus mengalir. Sorang-sorang adik beradik sampai dan kami beramai-ramai bacakan yassin untuk bonda. Selepas 30 minit, bonda stabil kembali. Tapi masih dalam pemantauan doctor. 


3 pm, oksigen dan tekanan bonda menurun sekali lagi. Doctor berikan ubat untuk menaikkan paras tekanan dan penenang untuk bonda. Adakalanya bonda beri tindak balas menggigil. Doctor cakap, kuman mungkin menyerang jantung bonda. 

6 pm, doctor maklumkan result ct scan dah keluar. Kuman telah merebak ke otak. Dan kemungkinan risiko kematian otak adalah tinggi. Apa yang kami mampu lakukan adalah berserah dan redho. Doctor hanya boleh memberi ubat untuk melegakan kesakitan yang bonda rasakan. 

Kini, kami hanya mampu melepaskan dan redho dengan segala kemungkinan. Bergilir-gilir kami adik beradik mohon ampun dan kaki bonda kami cium. Aku lihat ada air mata di kelopak matanya. Aku seka air matanya. Dan kami bergilir-gilir ajarkan kalimah syahadah. Tak putus-putus kami bacakan yassin. Hinggakan kami mampu menghafal keseluruhan surah tersebut.



Malam tu bila zam ajak aku balik dahulu, aku rasa berat hati untuk tinggalkan bonda. Namun aku balik juga untuk tidurkan anak-anak. Malam tu kak ngah, adik aku dan tunangnya ira temankan bonda. Keadaan bonda seperti tadi juga. Tiada perubahan.









-----------------------------------------------------------------------------------

Continue next part
www.tips-fb.com

1 comment:

Ala... janganlah pandang jer keyboard yang mahal tu.. meh komen-komen kat blog nie!!!