-->

Wednesday, December 11, 2019

Rindu tanpa penghujung


Assalamualaikum

Bila kita kehilangan orang yang kita sayang
Kali nie bukan kita hilang boyfriend !!!
Kita hilang mak ayah kita !!!
Boyfriend hilang boleh cari yang lain
Tapi
Bila mak ayah kita hilang
Hilangnya tiada ganti
Setiap kali bangun dari tidur
Aku akan cari mak atas katil
Tapi
Mak tak ada !!!!
Kadangkala susah aku nak terima hakikat
Mak dah tak ade
Ayah dah tak ade
Dari kecik aku depan mata mak ayah
Dari bayi sehingga aku ada anak dua !!!
Dan dari mereka sihat
Hinggalah mereka sakit
Pelbagai ragam sakit mereka aku lihat
Dari mereka boleh uruskan diri sendiri
Hinggalah mereka kembali bayi
Semua depan mata aku
Dan bila mereka hilang terus dari dunia
Aku jadi rindu !!
Rindu yang tiada penghujungnya
Rindu yang tak mungkin akan hilang
Walaupun hanya mampu menatap pusara
Selagi adanya mereka
Hargailah mereka !!!
Luangkanlah masa dengan mereka
Ambil lah peluang berbakti pada mereka
Walau kadangkala rasa lelahnya menjaga mereka
Tapi 
Mereka tak pernah merungut menjaga kita !!!



Emma Esa
0736am 11 Dec 2019 Kuala Lumpur

www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment

Ala... janganlah pandang jer keyboard yang mahal tu.. meh komen-komen kat blog nie!!!