Thursday, September 15, 2011

Ada apa dengan CINTA

11.06am@Bangsar

Selamat pagi... alhamdullilah masih sempat untuk bernafas dan menghirup udara yang tak berapa nak segar kat KL nie... musim jerebu kan =p Hurm memandangkan hari nie mood yang sangat baik dan otak begitu laju mencurah-curahkan idea untuk jadi tatapan pembaca dalam belog nie =) berjuta-juta terima kasih Emma ucapkan kerana sudi baca entry dalam belog yang ntah hape-hape nie... =) time kaceh yerrr lalinggg !!!

Korang tau tak apa yang di namakan CINTA ??? hurm memandangkan Emma sekarang di kelilingi oleh kawan-kawan yang tengah dilamun a.k.a angau dalam cinta... pewiiiitttt =) ( kelip-kelip mata japppp !!! ) meh sini Emma nak share dengan korang melalui apa yang Emma baca dalam blog kelik sini.

" Cinta sebenarnya merupakan satu fitrah yang ada di dalam hati setiap manusia. Cinta wujud hasil daripada satu perasaan yang halus. Cinta mewujudkan perasaan kasih sayang dan belas kasihan sesama manusia dan makhluk di dunia ini. Tanpa perasaan cinta, seseorang itu akan merasai kekosongan di dalam jiwa mereka. " (copyright from http://www.yadim.com.my)



 Tiga jenis cinta dalam Islam, diantaranya :

~Cinta yang berasal dari syaitan


Anda berdua berkenalan, berpegangan tangan, dan terus melakukan perkara yang dilarang ALLAH, dan akhirnya dengan atau tanpa sebelumnya pasangan wanita anda mengandung diluar pernikahan, dan kemudian anda menikah dan membangun suatu mahligai rumah tangga.


~Cinta yang berasal dari jin
 
Anda berdua berkenalan, berpegangan tangan, salah satu dari anda sangat tertarik kepada yang lain dan berusaha memikat yang lain dengan jalan syirik, pergi ke ahli sihir, pemasangan susuk, jampi-jampi agar yang lain tertarik dan jatuh hati, kemudian anda akhirnya menikah dan membina rumah tangga.

~Cinta yang berasal dari ALLAH


Anda berdua berkenalan, terdapatlah keyakinan besar akan niat membangun mahligai rumah tangga dengannya, dan terjadilah pernikahan, dan anda berdua berumah tangga,..



JENIS-JENIS CINTA :
~ CINTA PERTAMA

Kadang-kadang boleh berubah seiring dgn waktu. So, pandai2la bagaimana menjaganya supaya cinta pertama tetap segar "first love never dies." but yang pertama belum tentu yg terbaik tetapi yang terakhir biasanya yg terbaik.. 

~ CINTA PEMBIMBING

Biasanye dialami oleh sebahagian besar wanita. Kebanyakan daripada kita ingin mendapatkan pasangan yang boleh memberi pengetahuan tentang segalanya. Kiranya macam " daya penarik laaa ".

~ CINTA MENGGODA
 
Seseorang yg terlalu mencintai kekasihnya, walaupun telah ditinggalkan pergi tetap yakin bahawa si dia tetap akan kembali kepadanya. 

~ CINTA BERBEZA STATUS

Hal ini tak jadi masalah andainya kedua belah pihak aman bahagia. Tapi perbezaan status memang selalu menjadi punca utama sesuatu masalah.

~ CINTA 3 SEGI

Tak kurang juga ada wanita yag tertarik kepada lelaki yg dah ‘terikat’ atau sebaliknya ada wanita yg gemar main cinta walaupun dah terikat. Dalam hal ini, ‘terikat’ itu telah menimbulkan cabaran dan dugaan yg cukup sukar ditepis. Dalam erti kata lain " masing-masing tak setia laaa ".

~ CINTA SI PENYELAMAT

Kisah cinta apabila kita selalu menolong si dia setiap waktu, setiap masa. Si dia menganggap bantuan kita ikhlas, sedangkan kita pula menunggu balasannya..so, berikanlah cinta yg tulus kepadanya.  " Jangan kerana budi tergadai body sudaaaa ".

~ CINTA DAN USAHA

Cinta itu perlukan usaha jugak..mana boleh kita duduk dalam rumah menunggu saja org masuk meminang..usaha kene ada juga. Oleh itu..berusahalah kita untuk mendapatkan cinta yang kita inginkan… 




Nota kecik ~ Cinta sesama manusia takkan kekal. Dan hilang di mamah bumi. Tapi CINTA kepadaNya kekal selamanya =)


www.tips-fb.com

Wednesday, September 14, 2011

Eh, dah ade kekasih hati ?? weee tahniah !!!

04.20pm@Bangsar

Alhamdullilah, masih bernafas lagi di bumi Allah yang serba luas nie.  Kesibukkan yang melanda membuatkan rindu serindu rindunya kat belog terchenta nie...=) banyak sebenarnya cerita-cerita yang nak di publishkan untuk Emma share dengan korang semua.. tapi disebabkan boss "terlalu sayang " kat Emma nie, maka segala yg nak di publish terbantut seketika..=p

" Cintai aku dengan seadanya.... cintai aku tak kenal rupa..... "

Lain macam tak bunyi nyer ??? hehehhe nak share jer dengan korang yang Emma amatlah happy bila teman baik Emma kini dah ada kekasih hati !! Sedangkan teman-teman yang lain  dah berkali-kali tukar boyfriend... (ops tak termasuk Emma okay) dia  tetap sendiri memerhati dan tersenyum melihat insan-insan yang sedang tersenyum gembira. Namun di sebalik senyuman dia yang manis tuu pasti terselit rasa kejelesan tahap melampau punyaaaa... ( alah Emma dah tau daaaa dalam hati dia tuu macam mane!! )

Kawan Emma nie nak kata seorang yang memilih  tak jugak, tapi dia agak sukar mempercayai lelaki !! Tu yang buat Emma respect toing..toing kat dia !! Bukan tak de orang yang nak kat dia... punyalah berderet duk tunggu nak masuk line !! Tapi tuu lah hakikat..  " Cinta tak kenal Rupa " bila hati dah sayang....

Dan akhirnya, tanpa di duga Emma dapat jugak bongkar rahsia yang dia simpan selama beberapa hari... ( Eleh tak boleh nak kelentong laa !! Muka memang muka tak pandai nak tipu... so... KANTOI !!! )  Pengakuan dikuarkan kan.... jeng..jeng... terkejut jugak Emma time tuu but Emma dah boleh baca dari setiap gerak geri dia... hehehehhe



To my beloved best friend..... congratulation and hope hubungan korang akan kekal sampai bila-bila... =) FRIED4 + 1O1R1


www.tips-fb.com

Monday, September 12, 2011

Disihir guna gambar dalam Facebook ???

10.30am@Bangsar

Pagi tadi ketika dalam perjalanan nak pergi office, macam biasa laaa naik Lrt Putra dari Stesen Kampung Bharu menuju ke Bangsar.  Dalam keadaan dalam train yang tak berapa nak padat laaa dengan orang yang tak berapa nak ramai.. hahhahaha tiba-tiba Emma ternampak pak cik kat sebelah nie duk baca surat khabar Kosmo. Jeng..jeng.. jenggg first page tuu da agak mengejutkanlah. Yerlah, ada sorang student IPTA yang di sihir dan di santau melalui Facebook!! waaaa gila lah.... serius agak menakutkan !!! 


Dalam dunia yang serba moden nie, macam-macam cara boleh di buat bagi mereka yang mempunyai sifat-sifat PHD yang tinggi. So, bagi mereka-mereka yang suka sangat upload picture dalam FB tuuu sila-silalah berhati-hati =(. Better korang privatekan picture dalam fb or kurangkan lah mengupload picture dalam fb tuu... bahaya laaa zaman sekarang nieee...



Nota kecik : Sihir dari segi istilah merupakan satu perbuatan menyakiti atau mempengaruhi  badan, hati atau akal orang yang disihir secara tersembunyi (ghaib) yang melibatkan makhluk halus, dan dilakukan di luar hukum alam bagi mencapai tujuan tertentu.


www.tips-fb.com

Friday, September 9, 2011

Kenapa Lelaki nak jadi Perempuan ???

06.29pm@Bangsar

Seakan rindu pulak dengan blog nie... jari jemari pun seakan rindukan keyboard nie!! dah lama rasanya tak menari-narikan jari jemari di atas papan keyboard untuk tatapan para blogger =) Setelah 5 hari bertungkus lumus memerah otak serta keringat untuk menghasilkan design yang berkualiti... akhirnya penyeksaan berakhir sudaaaa... oh yessss !!!!

Ketika menaiki train atau bas, sering kali mata nie menyaksikan para lelaki yang kelihatan " good looking " dari segi paras rupa namun bila menuturkan kata-kata.... " OMG!! apakah ini ??? " serieus Emma pun kadang-kadang terperanjat tengok keadaan macam tu sedang kan itulah hakikat dan realiti zaman sekarang kan ??? Kenapa dorang nak jadi perempuan ek ?? Tak cukup ke dengan anugerah Allah yang dah di berikan pada mereka ?? Mereka kan di lahirkan sebagai pemimpin !! Yang akan membimbing para wanita dan melindungi mereka !! Tapiiiii????



Ada yang Emma tengok sampai sanggup tukar jantina semata-mata nak jadi perempuan sejati !! But, Please lah para lelaki... korang tak kesian ker tengok golongan korang dah semakin pupus. Even korang tengok kat Universiti pun.. student Perempuan lebih ramai dari Lelaki !! So how ??? 

SEBAB LELAKI NAK JADI PEREMPUAN :

1) Doa perempuan lebih makbul dari doa lelaki

2) Syurga itu terletak di bawah kaki perempuan (ibu)

3) Kalau perempuan sakit nak bersalin, dapat pahala jihad pada jalan Allah.


 Nota kecik ~ Bersyukur dengan apa yang kita ada !!! Renung-renungkan... hehehhee


www.tips-fb.com