-->

Wednesday, December 31, 2014

Journey in 2014 ~ Welcome 2015



Assalamualaikum uoals,


Tahun 2014 bakal meninggalkan kita, tahun 2015 bakal menyusul.  Sepanjang tahun 2014 ada banyak kisah suka dan duka, gelak tawa, sedih, dan pelbagai kenangan yang terukir. Adakalanya kita di atas dan ada kalanya kita di bawah.  Adalanya kita di sanjung dan adakalanya kita di hina.  Percaturan hidup memang dah tertulis dan sejauh mana kita menghadapinya ???

Alhamdulilah, tahun 2014 yang bagi emma agak biasa-biasa je.. sentiasa di uji dan di uji oleh Sang penciptaNya.  Emma mengharapkan 2015 mampu membawa sang pelangi dalam hidup emma. InsyaAllah

JANUARY

Memulakan tahun baru dengan azam baru, tapi banyak yang belum tercapai !!! hehehhehe and pertambahan umur baru... " i'm 26 years old". Tahun nie celebrate besday dengan family dan gelaran baru sebagai tunang orang !!! hehehehhe tahun lepas celebrate besday dengan gelaran kekasih hati... tahun nie gelaran tunang pulak !! cewaaaaahh ^_^


FEBRUARY, MARCH, APRIL, MAY

Sibuk dengan persiapan kawen, mula kesana sini mencari barang, order sana sini, booking dan mulalah detik dan saat mengeluarkan duit yang selama nie duk berkepuk-kepuk simpan dalam bank umpama memutar pili paip untuk mengeluarkan air !!!

JUNE

Akhirnya, setelah dua tahun kteorang kenal, setahun kteorang jadi couple dan setahun sebagai tunang. Akhirnya 14 June 2014, 11.30 am emma dan zam di satukan dalam ikatan perkahwinan.  Tak pernah sangka or terfikir pun yang akhirnya emma akan pilih dia. Tapi alhamdulilah, berkat "istikharah" dan restu kedua keluarga akhirnya kami berkahwin.  



JULY

Pengalaman pertama sebagai isteri menjalani ibadah puasa dan solat terawih di masjid.


AUGUST

Kali pertama beraya dengan keluarga mertua... huwaaaa pagi raya dah menanggis ingat mama and ayah !!! bila time call pagi raya, kemain meleleh air mata campur air hingus ... hehehehhehe anak manja raya jauh tahun nie.....

Majlis bertandang pihak zam kat Kuala Pilah, agak sedih and terkilan jugak sebab hasrat nak pakai baju songket tak tercapai ^_^!!!


SEPTEMBER

Allahurabbi, akhirnya disahkan mengandung !!! dan yang lebih teruja bila pertama kali nampak ada satu lagi nyawa dalam rahim.  Terima kasih Ya Allah...


OCTOBER

Mama sekali lagi menjalani pembedahan, kali ni pembedahan pada bahagian mata... hanya Allah yang tahu bila setiap kali doctor akan panggil emma untuk explain everything yang berkaitan dengan keadaan mama.  Tahan air mata bila tengok mama kena tolak keluar dari operation room.  Tahan mata dan penat menghadap setiap kerenah mama sepanjang mama sakit. Rindu nak tengok mama yang ceria macam dulu. Mampu bergerak ke mana je tanpa sebarang halangan. Rindu nak bawak mama pergi shopping sambil pegang tangan mama.... 

Alhamdulilah, ayah masih di beri kekuatan walaupun ada masanya ayah sakit tapi ayah tetap kuat semangat dan tak tunjuk pada anak-anak.  



NOVEMBER ~ DECEMBER

Menanti kelahiran si kecik dalam perut.  Melalui hari-hari dengan pengalaman baru... semoga anak mummy sihat dan membesar dengan baik.  Semoga emma mampu menjadi seorang anak, isteri dan bakal seorang ibu kepada anak emma yang baik dan solehah.  Semoga diberikan kesihatan yang baik kepada mama, ayah dan ibu mertua, suami dan family.



~ Selamat tahun baru ~


www.tips-fb.com

4 comments:

Ala... janganlah pandang jer keyboard yang mahal tu.. meh komen-komen kat blog nie!!!