-->

Friday, September 21, 2018

Ayah dalam kenangan - Al Fatihah


Assalamualaikum

3 ogos yang lalu, malaikat izrail datang menziarahi kami sekeluarga buat kali kedua. Pertamanya bila abang aku di jemput kembali  27 tahun yang lalu. Kini malaikat menjemput ayah kembali kepada pencipta yang hakiki. 



19 Julai 2018
Ayah demam dan badannya lemah sangat hingga tak mampu nak bangun lagi. Malam tu ayah kata lapar. Aku cakap aku tengah masak Nasi goreng. Ayah tidur balik sementara aku masak nasi goreng. Lepas masak aku kejutkan ayah untuk makan. Ayah cuba bangun. Tapi dia tak mampu nak angkat badan dia sendiri. Aku panggil abg aku yang sulung minta bangunkan ayah. Aku suap ayah makan. Tapi 3 sudu je ayah makan. Malam tu ayah semakin lemah. Dia minta dihantar ke hospital. Malam tu jugak kakak, adik dan abang aku hantar ayah yang lemah ke hospital. Aku pandang ayah hingga kereta bergerak. Waktu tu hati aku rasa lain. Pukul 4 pagi, kakak aku call suruh maklumkan pada adik beradik yang lain bahawa ayah tak okay. Doctor terpaksa tidurkan ayah sebab segala usaha dorang cuba buat tak berjaya. Keadaan ayah sangat lemah ketika tu.

20 julai 2018
Ayah masih di zone merah. Kami berkampung di sana hari tu. Ayah masih tak sedarkan diri. Ada masanya dia stabil. Dan dia masih tak sedar. Jantung dan paru-paru jugak semakin lemah. Sepanjang hari doctor monitor keadaan ayah. Pukul 12.30 am barulah ayah di hantar ke wad 26.

21 julai 2018
Kakak dan abang aku call dan maklumkan jantung ayah terhenti seketika subuh tu. Dan doctor buat cpr pada tekanan yang rendah. Alhamdulillah, ayah kembali stabil. Sepanjang hari tak putus-putus kami berdoa untuk ayah. Ayah masih tak sedar lagi. Life machine and tiub masih di mulut. Segala jenis mesin dan wayar di sekeliling ayah. Rupa-rupanya ayah dah pernah membayangkan keadaan akhirnya, bila suatu hari dia pernah cakap dengan aku dan angah untuk cabut semua wayar di badan dia. Kami ingatkan ayah merepek masa tu. Rupanya ayah dah dapat bayangan terlebih dahulu.

22 julai 2018
Ayah masih belum sedar. Respon pun tiada. Surah yassin sentiasa kami alunkan di telinga nya. Kadangkala kami bercakap dengan dia dengan harapan ayah dengar setiap bebelan kami.

23 julai 2018
Ayah dah sedar !! Alhamdulillah. Dia cuba buka mata. Tapi berat sangat. Sesekali kami bantu bukak kelopak matanya. Bila kami cakap ayah akan beri respon gerakkan kelopak mata, kedipkan mata atau gerakan hujung jari. 

24 julai 2018
Ayah dah sedar. Mata boleh di buka. Tapi tak mampu bersuara sebab tiub pernafasan masih di mulut. Dan nampak kembali sifat degil ayah bila dia selalu nak cabut alat apetah yang kepit kat jari tuuu. Haaa itulah hobi dia selama beberapa hari bila asyik-asyik alat tu tercabut. Dan dia akan sorok dalam genggaman dia. Pernah suatu hari bila ayah cabut alat tu, aku tipu dia bagitau "ayah, nurse datang tuuu. Cepat pakai balik ". Hurmm tak di heran punya. Aku try tarik alat tu dari genggman dia. Kemain kuat jari dia genggam dan sorok dalam selimut. Aku biarkan je. 


25 julai 2018
Keadaan ayah masih sama. Ada masa dia stabil. Ada masanya tidak. Dan tiub pernafasan ayah dah dibuka. Ayah kini gunakan mask oksigen dan di bantu oleh sesikit mesin untuk mudahkan ayah bernafas. Dan bermulalah episod ayah bertukar silih ganti mask oksigen mengikut keadaan ayah.

26 julai 2018
Ayah sedikit lemah. Doctor maklumkan paru-paru ayah tak dapat berfungsi dengan baik. Lendir semakin banyak di paru-paru dan keadaan ayah yang sukar untuk berludah dan membuang kahak menyebabkan doctor terpaksa sedut kahak ayah guna tiub. Dan tekak ayah luka akibat sedutan kahak tu. Yang nyata memang sakit sebab ayah akan meronta ronta setiap kali nurse sedut kahak ayah. Petang tu waktu aku dan abg aku yang sulung teman ayah. Datang doctor pakar beritahu yang malam nie ayah akan ditukarkan ke icu memandangkan keadaan ayah kurang baik. Aku nampak tangan ayah menggigil. Kakak aku peluk ayah untuk tenangkan dia.

27 julai 2018
Hari yang tak boleh aku lupakan. Tengah hari tu akak ipar aku call maklumkan doctor pakar nak jumpa. Memandangkan abang aku yang sulung belum belum sampai lagi, jadi dia minta aku jumpa doctor pakar dulu. Aku ajak adik aku teman sebab aku takut tak cukup kuat nak dengar sesuatu. Doctor pakar maklumkan yang ayah aku kena pindah icu sebab keadaan ayah semakin merosot. Paru-paru ayah dah rosak, jantung ayah dah membengkak. Doctor terpaksa bagi ayah bantuan life mesin menggunakan oksigen mask untuk kembangkan paru-paru ayah. Doctor juga maklumkan yang peluang ayah untuk sihat seperti dulu adalah tipis. Kini ayah bergantung pada kekuatan dan semangat ayah untuk terus hidup !! Waktu tu menggigil lutut dan tangan aku. Tapi aku tahankan jugak. Doctor minta persetujuan dari aku sekiranya jantung ayah terhenti sekali lagi, pihak hospital akan buat cpr dengan beri tekanan atau tidurkan ayah dan masukkan tiub oksigen dengan life machine support. Aku katakan yang aku tak boleh beri keputusan sekarang. Aku minta tempoh hingga esok untuk dapatkan persetujuan adik beradik yang lain. Lepas jumpa doctor, aku masuk dengan akak ipar aku jumpa ayah. Ayah nanggis nampak kami. Aku lap air mata ayah. Aku beri semangat pada dia. Aku genggam tangan dia. Aku bisik kat telinga dia "Emma bacakan yassin. Ayah dengar ye" ayah angguk. Lepas baca yassin ayah hulurkan tangan dia. Dia cakap nak duduk. Dia penat baring lama-lama. Aku dan akak ipar aku bantu ayah untuk duduk. Aku tarik hujung katil biar ayah selesa bersandar. Ayah minta aku air suam !! Aku cakap doctor tak bagi ayah minum. Sejak ayah di hospital ayah kena puasa. Makan atau minum pun tak boleh. Takut effect ayah tersedak. Kadangkala je nurse bagi ayah minum susu guna tiub. Aku kesian tengok ayah, aku tanya pada nurse boleh tak bagi ayah aku minum. Nurse bagi guna spray atau shringe ubat tu je. Tu pun sikit-sikit. Jadilah untuk ayah basahkan tekak. Aku suakan air zam zam dan air yassin. Aku basahkan kepala ayah dengan air zam zam. Lepas tu ayah cakap ayah nak tido. Sebelum dia tido aku dengar  dia sebut "Mama" "Mak". Dan aku tau dia panggil mak aku dan nenek.

28 julai 2018
Hari nie aku tengok ayah nampak sihat. Muka pun nampak ceria. Dah boleh bergurau dengan mama dan kakak aku waktu melawat. Saudara mara pun ramai yang datang ziarah. Terima kasih sangat. Penuh jugak wad icu dengan saudara mara silih ganti.

29 julai 2018
Ayah kembali down !!! Doctor cakap keadaan ayah on off. Ada masa ok. Ada masa tak. Mask oksigen pun bertukar-tukar.

30 julai 2018
Ayah di tukarkan kembali ke wad 26. Memandangkan keadaan ayah yang dah stabil. 

1 ogos 2018
Doctor pakar datang jumpa kami, keadaan jantung dan paru-paru ayah dah hampir tak berfungsi. Pihak hospital pun dah tak boleh nak bagi ayah guna life machine support. Mereka nak ayah bernafas sendiri dengan sedikit sahaja support dari life machine. Ayah tukar kepada oksigen mask yang paling basic. Alhamdulillah sepanjang hari tu ayah mampu bernafas sendiri !! U are fighter ayah !!! Doctor juga maklumkan sekiranya jantung ayah terhenti, pihak hospital tak akan buat cpr atau rawatan yang lain mengikut persetujuan kami adik beradik. Sekiranya cpr di lakukan, tulang rusuk ayah akan patah (faktor usia), dan sekiranya tiub oksigen di masukkan balik dalam mulut akan buatkan organ dalaman ayah akan luka dan ianya takkan membantu pesakit pun. Jadi kami dengan berat hati memilih biarlah ayah pergi dengan tenang !!

2 ogos 2018
Ayah demam. Badan dia panas. Ada masanya sejuk. Kadangkala dia minta air untuk basahkan tekak. Kami gunakan shrige bagi ayah minum air zam zam. Dalam mulut ayah kering. Dinding mulut menggelupas sebab tindakbalas penggunaan life machine mask dalam tempoh yang lama. Aku sapukan bonjela di bibir dan dalam mulut ayah. Ayah tak putus-putus panggil mama.

3 ogos 2018
Hari yang takkan aku lupa dalam hidup aku. Perginya orang yang aku sayang di depan mata aku. Masih aku ingat tangan ayah yang sejuk bertukar suam. Tiada lagi genggaman tangan ayah ketika aku pegang tangan dia. Aku letakkan tangan di jantung nya. Semakin lama semakin lemah. Abang dan kakak sentiasa lafazkan kalimah syahadah di telinga. Tangan mama menggengam tangah ayah. Dan aku sisi ayah lafazkan kalimah syahadah dengan harapan ayah dapat lafazkan dengan tenang. SubhanAllah, betapa tenang malaikat menarik roh ayah. Dan pada ketika tu life machine pun berbunyi. Abang aku lari sembunyikan tangisan di tepi tangga. Kakak aku ketepi beri laluan kepada doktor untuk check ayah. Aku masih di sisi ayah. Aku dan ayah panggil ayah. Aku pinta supaya dia bukakan matanya. Sebab aku nampak masih ada ombak si dadanya. Dan bila doctor pandang ke arah ku dan katakan "ayah dah tak ada". Aku gelap. Aku jatuh terduduk di tepi katil. Pakngah dan mak su tarik aku bangun dan katakan "jangan macam nie, nanti ayah sakit" aku seka air mata lalu aku bangun. Aku pandang wajah ayah kali terakhir. Aku cium mata, pipi, dahi dan hidung ayah. Aku katakan "pergilah ayah. Kami akan ikut ayah bila tiba masanya."

03:41 pm @ 03 ogos 2018 ayah tinggalkan kami untuk selamanya. Ayah pergi pada hari jumaat seperti yang dia nak. Aku pun tak tahu dari mana ayah nak pergi hari jumaat. Tapi hati aku kuat katakan yang ayah akan pergi pada hari jumaat. Alhamdulillah, selepas isyak ayah selamat di kebumikan. Dan segala urusan ayah berjalan dengan cepat sekali. Dan rupa-rupanya RASA yang aku alami ketika ayah nak ke hospital memberitahu bahawa ayah keluat rumah pada malam tu dan ayah tak akan balik lagi. Alhamdulillah, ramai yang sembahyangkan jenazah ayah. Dan ramai yang mengiringi jenazah ayah hingga ke kubur. Alhamdulillah. Dan pada malam itu, aku dan abang atan menjadi insan terakhir yang melangkah meninggalkam ayah di tempat persemadian terakhirnya. Di alam baru nya. Semoga ayah di tempatkan di kalangan mukmin yang beriman. Di tempatkan di syurgamu, di luaskan kubur, di diterangi kuburnya, di jauhkan dari azab kubur, dijauhkan dari azab siksa api neraka, diampunkan dosanya dan diterima segala amalan baik ketika hidup. AL FATIHAH




Kami amat merindui ayah 😭😭😭
Mohamed Esa bin Mohd Noor @ Mohamed Esa bin Lamah
20 october 1944 - 03 ogos 2018




www.tips-fb.com

1 comment:

  1. Innalillahhiwainnailaihirojiun...Al fatihah...salam takziah..semoga arwah tenang di sana..

    ReplyDelete

Ala... janganlah pandang jer keyboard yang mahal tu.. meh komen-komen kat blog nie!!!