-->

Monday, September 21, 2015

Suntikan Epidural



Assalamualaikum uoals,


Aku nak sharing dengan korang pasal suntikan epidural nie!!! siapa yang pernah baca blog aku, korang sure tau yang kelahiran baby Anyssa adalah melalui pembedahan. 

But, sebelum aku masuk operation room lagi doctor dah suggest untuk aku ambil EPIDURAL   memandangkan bukaan lambat tapi contraction aku sangat kuat.  Dorang takut aku tak ada tenaga untuk teran nanti. Aku bukan jenis memandai-mandai nak ambil apa yang dorang suggest sebab aku tau semua tu akan ada effect kemudian hari !!! Aku pernah baca pasal epidural nie yang boleh mengakibatkan "sakit pada tulang belakang ". So, sebelum aku sign apa-apa form,aku akan tanya zam dulu... once dia bagi aku sign !!! if not, aku redha jeee.... dah zam pulak jenis straight bab hal bini dia... tak kan nak tengok bini dia menggigil tahan sakit kan ???? 

Ada pendapat yang epidural boleh bagi kesan migrain atau sakit belakang pada sesetengah ibu. Tapi ia sebenarnya selamat jika dilakukan oleh doktor pakar yang bertauliah. Perkara itu takkan berlaku kecuali dengan satu keadaan iaitu:

Jika suntikan epidural itu menembusi pada DURA (di bahagian yang mengandungi air tulang belakang). Kebocoran ini boleh menyebabkan sakit kepala yang teruk. Namun jika sekalipun ia terjadi, ia boleh dirawat dengan ubatan dan “bed rest"


Sebenarnya suntikan ini adalah sangat selamat untuk ibu-ibu bagi melancarkan proses kelahiran. Peratusan kebocoran pada dura adalah sangat kecil jika dilakukan oleh doktor yang bertauliah.
cara suntikan epidural


Sebelum procedure suntikan epidural di lakukan, korang akan di beri penerangan oleh pakar bius tentang suntikan epidural.  Then, korang akan di beri borang persetujuan untuk procedure ni di lakukan.  Bacaan denyutan jantung, tekanan darah da oksigen dalam darah dorang akan monitor dulu.  Dan apa yang aku tau, epidural ni ada dos yang sepatutnya depends pada tahap penerimaan badan korang !!! Ada juga isu anak cacat atau risiko lain if terlebih dos.

Semasa procedure epidural di lakukan, korang kena duduk tegak sambil peluk bantal kuat-kuat. Sebabnya ???? waktu jarum masuk pada bahagian tulang belakang, automatik korang rasa macam satu renjatan dan reflect yang akan membuatkan korang bergerak !!! serius, bahaya ok !

Sebaik sahaja doktor mengesan lokasi yang tepat, bius setempat (Lignocaine 1%) akan disuntik pada lokasi yang telah dikenal pasti. Bila bius tadi telah bertindak balas barulah proses pemberian bius epidural akan dijalankan.

Suntikan ini akan menembusi RUANG EPIDURAL melalui tiub epidural. Ubat ini akan memberikan kesan kebas pada saraf ibu dari bawah pinggang ke bawah. Walaupun saraf dikebaskan namun saraf otot masih lagi berfungsi supaya ibu mampu meneran sewaktu melahirkan. Kesakitan tak dirasai cuma bila paha anda disentuh, anda masih boleh rasa sentuhan itu namun tekanan sentuhan tu tak dapat dirasakan.

Golongan Wanita Yang Sesuai Diberikan Suntikan Epidural

  • Wanita Yang Kali pertama melahirkan anak
  • Wanita hamil yang telah diberi induksi pitochin untuk mempercepatkan kelahiran bayi.
  • Wanita hamil yang masih muda serta takut untuk melahirkan.
  • Wanita hamil yang mengalami senggugut yang teruk sebelum hamil

Wanita Yang Tidak Boleh Menjalani Procedur Epidural

  • Pesakit yang tidak bersetuju dengan prosedur ini.
  • Wanita hamil yang mengalami jangkitan di bahagian belakang (pada bahagian jarum epidural yang ingin disuntik).
  • Wanita yang mempunyai sejarah pendarahan cair (coagulopathy).
                       

Effect yang aku rasa sampai sekarang, bila hujan lebat aku rasa sangat ngilu kat tulang belakang and bila baring kat lantai aku susah nak bangun !!! tapi keadaan tu semakin lama semakin berkuranglah. Aku ingat lagi time first week lepas deliver tu, aku susah nak bangun if baring kat bawah. Time tu mama aku letak tilam kat lantai and aku tak tido atas katil. So kalau dah baring then nak pusing memang sakit. Rasa macam badan berat sangat. Aku nak bangun, aku akan mintak tolong zam, kak ngah aku atau ayah aku untuk tarik!!! haaaa sengsara jap a few weeks. 

So terpulang pada korang nak ambil atau tak epidural nie !!! Based on yang pernah ambil epidural nie, dorang masih terasa sometimes sakitnya even dah bertahun tahun !!! 




www.tips-fb.com

2 comments:

  1. huhu..jangan kan takut kan kesan, nak cucuk tu pon dah takut..yoorin x ambil epidural..doc pon xde suggest padahal dah sakit sangat..rasa nyawa kat hujung tanduk dah.. doc cuma suggest ambik gas dengan ubat lembutkan urat ke hapa entah,..tapi sakit jugak.. rasa macam tak function pon..huhu

    ReplyDelete
  2. Asalam selamat follow blog ini, dari laman Mialiana ya, follow me back

    ReplyDelete

Ala... janganlah pandang jer keyboard yang mahal tu.. meh komen-komen kat blog nie!!!