-->

Google+ Followers

Monday, November 20, 2017

Pengalaman bersalin kali ke 2 ( part 2 )


Sambung part 2 pulak ye dari PENGALAMAN BERSALIN KALI KEDUA

Time nak pergi hospital tu pun aku okay lagi lah, boleh lagi tahan sakit tuuu... Aku tengok muka zam relax jeee. Tak macam dalam drama melayu pun bila isteri nak bersalin, suami dah kelam kabut. Hehehe sempat lagi dia gurau dengan aku

" boleh jalan tak ?? Nak daddy dukung takkk ??? " 

Sampai je kat hospital,  zam pimpin tangan aku sampai kat zon PAC, aku bagi buku pink kat staff nurse then dorang suruh aku masuk dalam. Zam time tu pegi parking kereta dulu. Tinggallah aku sorang-sorang kat situ. Fuhhh meremang bulu tengkuk aku time tu. Dorang tanya lah macam-macam soalan macam ada tanda-tanda ke, sakit macam mana, then sorang lagi nurse pegang perut aku sebab nak kira contraction. Sambil tu dorang tanya lah first period bila, family history semua tu. Setiap kali contraction datang aku tarik nafas dalam-dalam. Segala tips yang aku google aku apply.


Dan bila dorang nak check bukaan tu aku dah nervous. Tapi buat muka relax lagi sebab layan contraction tiap 5 minit tuu... Datang nurse and sorang doctor lelaki bangsa india. Ehhh, memang doctor on duty semua india kot time tu. Dorang nak check bukaan. Mula-mula nurse yang check. 4cm !!! Then doctor india tu pun macam doctor practical je sebab dia tak tau macam mana nak check !!! Okay fine, confirm sakit sebab dia tak reti nak check !!! Time nurse check tu relax-relax je rasa senak perut sikit. Tapi doctor india nie duk check, alahaiiii sakit lahhhh. Lama pulak tuuuu !!!! Ishhhh. Lepas tu dia panggil doctor pakar untuk check !!! 4cm jugak then dia buat scan baby in good condition. So aku kena masuk wad dulu memandangkan belum cukup bukaan. Merasalah pakai uniform pink lagi. Hehehehe

Masuk je wad, zam balik kejap sebab dia risau Anyssa demam kat rumah. So aku layanlah contraction sorang-sorang. Kejap aku baring ke kiri, kejap ke kanan, kejap duduk. Tiap kali contraction datang aku gengam je tangan aku. Akak katil sebelah pandang je aku sebab tau aku tengah tahan sakit. 

Zam datang pukul 12, time tu aku dah message dia cakap sakit sangat !!! Aku cakap kat nurse yang rasa sakit sangat !!!  Doctor check, bukaan baru 5 cm. Tapi sebab aku dah sakit sangat dorang decide hantar aku ke labour room. Sebelum transfer labour room zam suapkan aku roti dengan air milo.

------------------continue part 3-------------
www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment

Ala... janganlah pandang jer keyboard yang mahal tu.. meh komen-komen kat blog nie!!!