-->

Tuesday, April 26, 2016

Anyssa turns 1 years old !!


Assalamualaikum uoals,

Alhamdulilah, cinta hati mommy dah pun setahun !!
Kejapnya masa berlalu.
Rasa macam baru lagi mommy duk kelek perut bulat tu sana sini...

First time Anyssa sambut besday !! Kali ni mommy buat sekali dengan kakak Alieya. Puas mommy duk ajar Anyssa tiup lilin.. Hehehe kemain eksited mak dia !! Padehal anak pun tak faham sangat !! Mak dia yang beriya sangat !!!



Alhamdulilah, majlis berakhir dengan jaya nya. Makanan pun habis licin !! Nasib baiklah ada kakak aku (angah) yang duk kerah tulang empat kerat dia nak masak !! Harap mommy dia ??? Hahahaha 



Tema ??? Asal boleh je... Hehehe janji cantik !!! Mula-mula nak buat theme "Didi & friends" tapi yang jadi dia theme diy ikut suka... Hahahaha hasil keje diy mommy and daddy kembung perut tiup belon !!!



Menu ??? Memang saja je buat majlis petang !! So makanan pun simple je. Ada mre bandung, bihun goreng, kuih koci (mak mertua buat), kuih cara berlauk, cekodok pisang, fries, hot dog, and sah-sah candy tu wajib !!! 



Anyssa lepas je potong kek dia terus merengek nak tido. Dia memang macam tu, kalau ramai orang je dia confirm nak berkepit je. Nasib baik sempat amik gambar dia dengan baju dress kembang-kembang dia. Sengih-sengih bila orang puji dia cantik !!! Haiiii lah anak, pandai nak melawa dah !! 

Lastly, thanks pada yang sudi hadir. Thanks juga pada yang bagi hadiah :-)

www.tips-fb.com

Wednesday, April 20, 2016

Misteri Roh Pulang ke rumah


Assalamualaikum dan selamat tengah malam.


Para pembaca sekalian,

Kisah yang ingin emma ceritakan pada anda semua mungkin adalah kisah benar atau rekaan semata-mata. Tiada bukti yang dapat mengesahkan kesahihannya.

"Sayang, abang balik lewat hari ini." 

Itulah pesanan ringkas yang aku terima dari suami yang bekerja sebagai Pengawal Keselamatan di sebuah syarikat terkemuka. Sudah menjadi rutin kami berdua apabila salah seorang dari kami lewat pulang dari kerja, kami akan memaklumkan antara satu sama lain. 10 tahun kami mendirikan rumah tangga, namun kami belum di kurniakan cahaya mata. Mungkin belum tersurat rezeki kami memandangkan ekonomi kewangan yang belum stabil.

" Hati-hati ye bang, balik nanti jangan bawa motor laju-laju."

Aku membalas pesanan ringkas darinya. 

Sambil menunggu suami pulang, aku mengisi masa lapang dengan menonton drama melayu di kaca televisyen. Kedengaran rintik-rintik hujan dan guruh di luar. Rintik-rintik, dan akhirnya menjadi lebat. Dan tanpa ku sedari, aku terlelap ketika menunggu kepulangan suamiku.

Tiba-tiba, aku terjaga dari tidur apabila terasa dahiku di kucup oleh seseorang. Terasa dingin sekali kucupan tersebut. Ada titisan air juga di dahiku. Lantas aku buka mata lalu terpandangkan suamiku sedang duduk di sisiku sambil merenung wajahku. Aku lihat dirinya basah !! Pastilah dia terkena hujan ketika pulang ke rumah.

" Abang pergilah mandi dulu, nanti demam pulak !! ". Ujarku kepada suamiku sambil menghulurkan tuala mandi kepadanya.

Suamiku menyambut tuala dari tanganku sambil tersenyum. Tanpa sepatah kata, dia bangun lalu bergerak menuju ke bilik mandi. Sempat di mengusap rambutku.

Lantas aku ke dapur untuk menyediakan minuman dan makanan. Tiba-tiba telefonku berbunyi. Hatiku serta merta terasa berdebar-debar. Dalam hati tertanya-tanya, "siapa yang telefon malam-malam nie ??? ". Dengan pantas aku menjawab panggilan tersebut.

" Hello, adakah ini Puan Qaisara ?? "

" Iya, saya bercakap. Siapa nie ?? "

" Saya Inspektor Arash. Adakah puan kenal dengan En Muhammad Farish bin Aryan ??".

"Ya, itu suami saya. Kenapa encik ??"

Seribu persoalan timbul di fikiranku. Adakah suamiku ada melakukan kesalahan jenayah ??? SubhanAllah, cepat-cepatku tangkis segala prasangka buruk terhadap suamiku.

" Harap puan bersabar. Suami puan telah terlibat dengan satu kemalangan jalan raya sebentar tadi. Puan di minta untuk membuat pengecaman mayat suami puan !! Boleh puan ke hospital sekarang ?? "

Terduduk aku mendengar kata-kata anggota polis berkenaan. Aku keliru, bukankah suamiku sedang mandi ?? Jadi siapakah yang terlibat dengan kemalangan tersebut ??? Dan siapa pulak yang mengucup dahiku tadi ???

Aku berlari menuju ke bilik mandi. Aku keliru apabila melihat lantai bilik air kering seolah-olah tiada sesiapa yang masuk ke dalam bilik air tersebut. Lantas aku ke ruang tamu di mana suamiku duduk di sisiku dalam keadaan basah kuyup. Sekali lagi aku keliru, tiada satu titisan air pun  di sofa mahupun di lantai !! Aku termenung seketika. Adakah aku bermimpi ?? Aku cuba menghubungi suamiku. Namun tidak dapat di hubungi. Aku kelu. Adakah benar suamiku telah pergi meninggalkan ku ??? Tanpa bicara, aku bersiap-siap lalu bergegas ke hospital.

Sepanjang perjalanan, ayat al quran peneman aku yang keliru. Aku berdoa semoga tiada apa yang buruk berlaku kepada suamiku.

Sampai di hospital, aku terus berjumpa dengan Inspektor Arash. Aku di bawa ke bilik mayat. Hati aku berdebar-debar. Aku berharap itu bukan suami ku. Inspektor Arash menghulurkan sebuah bungkusan yang jernih kepada ku. 

"Adakah barang dalam ini milik suami puan ??". Tanya anggota polis tersebut.

Terketar-ketar tanganku meyambut bungkusan tersebut !!. Ku lihat dompet, jam tangan dan telefon bimbit suamiku. Aku dapat mengecam barang tersebut kerana itu adalah hadiah dariku semperna ulangtahun perkahwinan kami tahun lalu. Lantas dompet milik suamiku kubuka. Aku jatuh terduduk di hadapan pintu masuk bilik mayat apabila melihat kad pengenalan milik suamiku. Hancur luluh hati aku. Namun aku masih letakkan harapan walau sekecil kuman yang jasad yang terbaring di dalam bukan milik suamiku. Aku kumpul segala kudrat yang aku ada lalu aku bangun dan masuk ke bilik mayat. 

Ku lihat ada satu jasad yang terbaring kaku di selimuti dengan selimut berwarna putih. Aku terbau haruman yang sangat wangi dari tubuh yang kaku itu. Aku mendekati tubuh itu, perlahan-lahan aku singkap selimut yang menutupi wajah kaku tersebut. Aku pejamkan mata dengan harapan itu bukan suamiku. Aku kumpul kekuatan dengan lafaz Bismillah lalu ku buka mataku. Alangkah terperanjatnya aku apabila wajah kaku itu milik suamiku. Insan yang berkongsi susah senang, suka dan duka denganku selama ini. Pandanganku menjadi kelam, dunia seakan terhenti seketika. Dan segalanya menjadi gelap dan gelap. Aku pengsan di situ.

Seminggu berlalu sejak pemergian suamiku. Menurut polis, suamiku kemalangan ketika pulang dari kerja. Hujan yang lebat dan jalan yang licin membuatkan sebuah lori merempuh suamiku yang menunggang motorsikal. Dan hingga kini aku tertanya-tanya adakah kejadian malam tersebut hanyalah mimpi ??.

Adakah roh suamiku yang pulang pada malam kejadian menemui aku sebelum bertemu dengan penciptaNya ?? Wallahualam




www.tips-fb.com

Friday, April 15, 2016

Love letter from mommy to Anyssa Maisarah


Assalamualaikum

Dear my lovely princess Anyssa Maisarah,

Satu hari nanti,
Mommy tau anyssa would read this !!!
Segala-galanya tentang Anyssa.



8 April 2015,
Itu jangkaan melalui ilmu kedoktoran dunia mengenai kelahiran Anyssa,
Tapi, perjanjian Anyssa dengan Allah masih belum selesai.
Mommy ingat lagi, 
Hari tu mommy sempat teman atuk dan nenek check up dekat hospital.
Mommy ingat lagi,
Anyssa menggigil dalam perut bila ada kat hospital,
Mommy tau Anyssa takut.
Mommy dengan mak teh tak putus-putus pujuk Anyssa.
"Mommy always be there when you need me".


14 April 2015
Mommy terpaksa serah diri mommy kat hospital memandangkan Anyssa dah overdue seminggu.
Mommy nanggis-nanggis kat ketiak daddy,
Mommy takut !!!!!!
Pertama kalinya mommy check in dekat hospital.
Banyak procedure yang mommy lalui...
Debaran kian terasa bila doctor decide mommy kena "induce" esok pagi untuk percepatkan kelahiran Anyssa.
Malam tu mommy bertemankan Allah, Anyssa.
Tak putus-putus surah maryam dan ayat quran mommy baca.
Macam-macam mommy fikir
Tapi, mommy tau esok mommy dapat jumpa Anyssa. 
Malam tu mommy tak boleh nak tido,
Mommy cakap-cakap dengan Anyssa,
Anyssa pun ligat tendang-tendang perut mommy !!

15 April 2015
Pukul 6 pagi, lepas azan subuh doctor induce mommy.
Sakit sangat !!! Tapi mommy tahan je bila doctor tu bukakan laluan untuk Anyssa.
Lepas sejam, mommy rasa sakit kat perut.
Menggigil jugaklah mommy tahan sakit.
Mommy peluk bantal... 
Nurse datang check, mommy dah rasa sakit.
Jantung Anyssa pun berdegup laju je....
Mommy layankan je sampai lah pukul 11 pagi... Sakit tu kuat sangat !!
Mommy call daddy cakap sakit.
Terus daddy datang jumpa mommy kat wad.
Tapi jalan untuk Anyssa baru bukak 2cm.
Lepas zohor mommy kena masuk labour room.
Bukaan untuk Anyssa baru 4cm.
Tapi mommy sakit sangat !!! 
Lepas asar, air ketuban pecah!! Yeayyy Anyssa on the way !!!!!
Rupanya tak jugak !!! Bukaan Anyssa 4cm jugak !!! Mommy kena suntik epidural. Sebab, mommy dah tak tahan sakit sangat !!
Menggigil gigil mommy tahan sakit.
Daddy, usap rambut mommy, baca ayat quran kat telinga mommy. Setiap kali sakit, mommy gengam tangan daddy kuat-kuat.

Tapi, Anyssa semakin lama semakin lemah !!
Setiap kali mommy tanya nurse bila dorang asyik geleng kepala tengok draft Anyssa. 
Dorang cakap Anyssa tido.
Sampailah pukul 6.30 petang, doctor cakap mommy kena bedah !!! 
Mommy takut sampai nanggis-nanggis kat daddy.
Mommy dah tak kisah ape rupa mommy bila nanggis!!
Daddy peluk mommy and cakap "everything will be okay !! ".
Lepas azan mahgrib, mommy kena tolak masuk operation room.
Mommy pegang tangan daddy. Sayu je mata daddy.
Mommy pandang daddy sampailah daddy hilang dari pandangan mata mommy.
Dan saat tu mommy redha, kalau Allah tarik nyawa mommy saat tu... Mommy redha, tapi berilah peluang mommy tengok anak mommy dulu.
Dan mommy tak tau yang rupa-rupanya Anyssa jugak sedang bertarung dan bertahan untuk lihat mommy daddy.
Dan daddy pula bergelut dengan ketentuan yang bakal kehilangan mommy atau anyssa atau kedua-duanya.
Pandangan mommy kosong !!! 

Tapi Allah yang lebih tahu segalanya,
Dia yang merancang dan dia yang tentukan !!!
Waktu azan isyak, sayu je mommy dengar.
Pertama kali dalam hidup mommy begitu menghayati suara azan !!!
Saat tu mommy rasa mommy mungkin tak akan melihat dunia, melihat anyssa dan orang yang mommy sayang !!!
Tapi, subhanallah... Habis je azan isyak !!! Mommy dengar tangisan yang mommy tunggu !!!
8.26 malam, awak lahir ke dunia sayang !!!!

Anyssa,
Awak harta yang paling berharga dalam hidup mommy
Mommy Daddy sayang awak !!
Semoga membesar menjadi anak yang solehah, yang boleh mendoakan mommy daddy, 
Semoga sentiasa menenangkan hati dan menceriakan hidup mommy daddy
Seindah nama mu 
ANYSSA MAISARAH
Penglipurlara yang memberikan ketenangan !!!




Selamat Hari Lahir yang Pertama 

www.tips-fb.com

Happy Birthday Anyysa Maisarah


Assalamualaikum uoals,

Alhamdulilah, hari nie genap Anyssa setahun. SubhanAllah, rasa macam baru je lagi aku keluar dari ot room, aku dengar suara anak aku menanggis... Dan sekarang, anak aku dah setahun ??? Serius, aku rasa cepat sangat masa berlalu. Sumpah, memang aku tak puas lagi dengan Anyssa yang "baby"...  _-_!!



Aku ingat lagi, setahun yang lepas !! Macam mana peritnya nak melahirkan Anyssa ke dunia. Tapi betul orang cakap, perit dan sakit macam mana pun rasanya, segarang dan sekeras mana pun hati kau !! Tapi bila pertama kali kau pegang anak kau sendiri, yang lahir dari rahim kau, yang kau tumpangkan dalam perut, yang kau duk kelek perut membesar ke hulu hilir.. Tapi, kau akan automatic ada satu perasaan yang kau sendiri tak boleh nak describe !!! 

" eh, betul ke nie anak aku ?? "

" subhanallah, syukur atas anugerah yang di beri "

" aku dah jadi mak ??? "

Pedulikan apa orang nak cakap, tapi subhanallah... Aku syukur sangat Allah bagi aku peluang merasa saat nie !! 

" Anyssa, awak tak mungkin akan jumpa orang yang akan sayang awak macam mana mommy sayang awak, dan awak tak mungkin akan jumpa orang yang boleh jaga awak macam mana daddy jaga awak !!! "

" selamat hari lahir yang pertama, semoga membesar dengan sihat. Menjadi anak yang baik dan sentiasa mampu menyejukkan hati kami seperti seindah namamu " penglipurlara yang memberi ketenangan " ANYSSA MAISARAH


www.tips-fb.com