-->

Tuesday, February 23, 2016

Hati-hati pilih KAWAN

Assalamualaikum uoals,



First time bila aku baca statement nie aku dah rasa sentap jugak !! Lebih-lebih lagi bila laki aku sendiri yang hantar !!! Hamboiii awak perli saya ker ?? _-_!!!

Bagi aku statement tu sangat-sangatlah tak membantu !! Dengan erti kata lain statement untuk budak sekolah bolehlah guna kan ??? Bagi aku, aku dah jumpa ramai KAWAN !! Memang aku tak nafikan, semakin meningkat usia aku semakin kurang kawan !! Sebab apa ?? Aku semakin berhati-hati dalam memilih kawan !!!

Percayalah cakap aku, KAWAN yang sebenar adalah ahli keluarga kaw sendiri !!!kerana walau sedalam mana pun kaw jatuh, orang yang akan mengutip setiap sisa kejatuhan kaw sendiri adalah ahli keluarga kaw !!! Bukan orang yang kaw cakap "best friend forever"!!! Percayalah cakap aku !! Kalau selama nie korang lebih pentingkan KAWAN korang, please... Luangkanlah masa untuk keluarga kaw sendiri!!

Aku berani cakap macam nie sebab aku senfiri dah rasa macam mana kawan yang kaw anggap as family, yang kaw sentiasa ada bila kaw susah senang, gelak sedih nanggis. Tapi bila tiba masa kaw ??? Semua hilang !!! Masa tu kaw akan rasa sakit nya hati kaw macam kena tikam dengan duri yang berbisa.

Aku ingat lagi lepas aku deliver baby Anyssa, aku tertunggu-tunggu KAWAN yang pernah janji "kita macam adik beradik, kita susah sama-sama, senang sama-sama". Sampaikan hari-hari aku belek handphone aku mane tau ada yang call atau sended massaged!!! Tapi serius, satu pun tak ada !! Apa korang rasa ??? Sedangkan aku baru je lepas berjuang antara hidup dan mati. Sedangkan aku hampir-hampir hilang nyawa anak aku !! Sedangkan aku perlukan semangat aku.  Tapi, apa yang aku dengar ???

"Aku busy !!!"

Aku tak minta pun korang datang hadap aku 24 jam !! Sekadar call tanya khabar pun cukup bagi aku !! Sekurang-kurangnya, aku tau korang masih ingat aku di celah-celah kesibukkan korang !!

Sejak tu, aku banyak luangkan masa untuk family aku !! Kemana aku pergi, aku bawak family !! Hujung minggu aku untuk family !! Sebab ??? Seteruk-teruk kaw, family sentiasa ada di saat-saat kaw perlukan mereka !!!


Bagi yang sentiasa sharing dengan aku, tanya khabar, kadang-kadang gosip, walaupun jarang jumpa tapi WhatsApp penghubung kita :-) thanks SYU & NADH.

Kembar sejak kecik, yang sentiasa jadi pendengar setia, Thanks LAILA.

Kawan-kawan sekolah rendah, menengah, teknik, college, universiti, office .... Thanks kerana  masih keep in touch hingga kini.

Kawan-kawan facebook, blogger, instagram .... Thanks kerana dunia maya menghubungkan kita.

Dan kawan yang hilang ... Semoga korang bahagia ke akhir hayat.







www.tips-fb.com

Monday, February 22, 2016

Tinggal kerjaya demi anak

Assalamualaikum uoals


Rasanya lama sangat aku tak update blog. Maklumlah, bila ada anak rutin harian pun dah bertukar ikut jadual anak ! Selagi anak kaw tak tido selagi tu lah kaw pun kadang-kadang tersenguk tahan mengantuk !!

Dan sejak lahirnya Anyssa, aku buat sesuatu yang tak pernah aku terfikir dek akal aku bila selama ni kaw dah terbiase pegang duit, asal gaji je mane nak makan cinfirm pegi !! Nak shopping ??? Aku jenis suka usha dulu baru aku beli !! Tu memang tahap perangai aku dari dulu sampaikan laki aku sendiri malas nak ikut aku shopping !!! Wuhahahaha

Tapi semua tu berubah bila Anyssa lahir !! Aku decide nak resign jadi Designer !!! Walaupun dalam hati meronta ronta tak nak resign !! Sebab apa ??? First, aku belum lagi tahap designer yang memang pro !! Kaw sebut je nak design ape ... Pong pang sana sini , haaa siap dua tiga proposal !!! Second, konon-kononnya aku nak tukar dari Designer ke Decorater !!! Haaaa sebabnya aku jeles tengok Eric Leong,Rizalman .... Kaw dapat idea lepas tu kaw tunjuk sana sini tapi orang lain buat keje... Hahahaha «-_-»! Dan yang lastly, aku nak ada label aku sendiri !!! Haaaa tu lah dia, aku penah design satu furniture nie... Tapi separuh jalan jer _-_!!! Kononnya, cita-cita nak up sampai international market. Sudahnya separuh jalan je... Hahaha tak teguh pendirian betul !!!



Orang cakap jadi designer nie buat keje kat rumah pun boleh !!! Yes, memang boleh. Kaw siapkan proposal then kaw meet up dengan client. Agreed or not, if proceed or not dengan design and quotation lepas tu dah boleh start keje !! Tapi, keje jadi designer ni perlukan idea dan ketenangan bila nak buat design !! Bukan main hentam je !!! Dan bila anak kaw jenis yang melekat 24 jam, tido pun kat atas lengan kaw, then kaw bangun anak kaw pun bangun !!! Kaw rase kaw mampu nak design ker ???

Dan memandangkan anyssa pun kecik lagi, so aku pun gigih lah walaupun dalam hati menanggis, aku resign jadi designer. Dengan harapan semoga anak aku nampak pengorbanan aku semata mata nak besarkan dia !!! Aku pekakkan telinga bila kena perli " belajar tinggi-tinggi tapi duduk rumah jaga anak !! " .

Sekurang-kurangnya, aku tak miss tengok anak aku membesar !! Dari dia baby, pandai meniarap,merangkak,tumbuh gigi, pandai makan, berdiri, duduk, dan bila anak kaw pandai panggil " mi..mi... (mommy) ", dan sekarang mula nak bertatih and nak bercakap !!! Weh, aku tak pernah miss semua tu !! Happy sangat !!

So, aku tak menyesal tinggalkan kerjaya demi anak aku !! 
www.tips-fb.com