Friday, February 15, 2013
Nak pinjam masa korang Sekejap aje !!!
Assalamualaikum uoals,
Morning lalink-lalink semua =)
Waaa mood ceria pagi nie ek
Selamat hari Jumaat semua,
Yang lelaki jangan lupa pegi sembahyang Jummat ek !!!
Yang perempuan, tak yah lah duk shopping sangat !!!
Hehehehhe
Eh, nak mintak masa korang jap boleh tak ???
Nak mintak tolong nie...
Hehhehehehehhehe
Bolehlah.. bolehlahhh..bolehlaahhhh
Tolong vote jap untuk blog " EmmaEmma "
Cara dia....Korang klik kat SINI
Login guna FB Account korang,
Then, pegi kat Category Tourism Lifestyle Blog
Then tolonglah vote untuk blog " Emma Eema "
Thursday, February 7, 2013
Blogger Belia Blogger Cool
Assalamualaikum uoals,
Lama rasanya tak join mana-mana segmen !!
Tapi pagi nie tertarik dengan segmen dari Abang Hasrul Hassan
Siapa yang tak kenal dengan dia,
Sentiasa memberikan pelbagai tips kepada blogger.
" Blogger Belia Blogger Cool "
Menarik kan tagline tu ???
Okay, firstly emma nak kenalkan nama emma dalam dunia blogging nie,
Nama " Emma Eema " di ambil semperna nama Emma sendiri, dan nama Eema diambil semperna gabungan nama emma dengan incik syg. Maka terhasil lah dua gabungan nama tu.
Emma sentiasa menggunakan tagline
" Dari otak kecik turun ke papan kekunci "
Sebab apa emma guna tagline tu ???
Sebab emma selalu menghasilkan entry dari otak kecik nie.. hehehhe
Url emma, mungkin ada yang tau dan ada yang tak tau..
Tapi jemputlah singgah-singgah di http://emmaeema.blogspot.com
Tuan empunya blog yang kecik nie baru je berumur 25 tahun Januari yang lalu..
Tua ke ??? rasanya tak tua lagi kan ???
Sebab tu boleh di panggil belia...
Okay, kenapa blogger belia adalah blogger yang cool ???
Bagi emma, apa yang penting adalah kualiti.
Emma sentiasa ceria walaupun ada masalah,
Sembunyikan masalah dan teruskan ceria tanpa melatah !!
Selalunya blogger belia selalu memberikan idea-idea yang fresh dalam blog dorang !!
Monday, February 4, 2013
" Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa "
Assalamualaikum uoals,
" Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa "
Indah kan dengar ayat tu ???
Tapi kadang-kala kita lupa,
Kita lupa pada jasa insan yang dah bersusah payah membesarkan kita !!
Ibu bapa mampu menjaga sepuluh orang anak !!
Tapi seorang anak, tak mampu menjaga ibu dan bapa mereka !!
MasyaAllah, semoga emma dan adik beradik dijauhkan dari semua sifat tu..
Sesungguhnya, emma sayangkan ibu bapa emma dan family emma
Kadang-kadang terdetik dalam otak kecik nie,
Sampai bila hayat mereka ???
Memang, emma takut sangat kehilangan mereka ...
Sebab apa ???
Bukankah bila kita kehilangan ...
satu doa untuk kita dah kurang ???
Setiap kali emma melangkah nak pergi kerja,
Tangan yang lembut tu emma akan cium...
lalu ungkapkan kata-kata
" pergi dulu mama, ayah.. assalamualaikum "
Itu adalah rutin emma setiap hari !!
Bila tengok mama sakit,
Nak berjalan pun dah payah...
Sedihnya rasa,
Rindu nak dengar mama gelak..
And usik anak dia macam dulu..
Semoga mama kembali sihat seperti dulu..amin
Nak berjalan pun dah payah...
Sedihnya rasa,
Rindu nak dengar mama gelak..
And usik anak dia macam dulu..
Semoga mama kembali sihat seperti dulu..amin
"Tuhan, jadikan hati kami sayang dan berterima kasih kepada ibubapa, dan jadikan kami sayang dan setia kepada anak kami ketika kami menjadi ibubapa"
Subscribe to:
Posts (Atom)



