-->

Tuesday, July 12, 2011

Akhirnya DIA datang lagi....

10.00am@Bangsar


Salam Blogger, tajuk entry lain macam jer !! Jangan fikir yang bukan-bukan okay??? Sebenarnya DIA yang dimaksudkan adalah si GASTRIK... waaaa dah lama dia tak datang tapi hari nie dia datang balik !!!! sakit nyerrrrrrrrr............ dah berguling-guling kat office jap tadi. Nasib baik kat office nie ada sofa yang sangat empuk dan selesa!! weee  :p

Korang tau tak apa tanda-tanda awal gastrik nie ??? Meh sini Emma nak share dengan korang.. take note tau !! hehehehe :D

Tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut. Antara tandanya ialah :

* Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
* Rasa senak, berangin atau pedih
* Rasa tidak selesa
* Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan
* Rasa mual (loya) dan muntah
* Hilang selera makan
* Berat badan turun (pada peringkat teruk)

Jika sampai peringkat teruk, ulser perut menyebabkan pendarahan dan ia boleh dilihat dalam 2 bentuk iaitu :

* Najis menjadi hitam seperti tar
* Muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi

keadaan dalam perut kita
Cara nak cegah :-

 * Berhenti merokok dan minum minuman beralkohol

* Hentikan pengambilan ubat tahan sakit ( Ni yang aku selalu buat !! )

* Amalkan pemakanan sihat dan makan secara teratur (sarapan, makan tengah hari dan malam). Pada bulan puasa, kena bangun sahur dan sebaiknya melewat-lewatkan bersahur

* Makan sedikit-sedikit tetapi kerap

* Kurangkan makanan berempah, bercili, masam ( alahai fav nie... macam mane ek ??? )

* Kurangkan minuman mengandungi kafein (kopi, teh dan minuman berkarbonat)

* Ambil susu kerana sifat susu yang beralkali boleh mengurangkan keasidan perut

* Kurangkan pengambilan makanan yang disifatkan berangin. Jenis makanan ini berbeza antara individu dan ubah suai mengikut keperluan masing-masing

Okay, tu jer yang dapat Emma share dengan korang semua. If nak tahu lebih detail boleh  klik kat sini


www.tips-fb.com

4 comments:

  1. Makan ikut time yang betul tau sayang..Seksa gastrik nie.. =.='

    ReplyDelete
  2. tak penah pulak kene gastrik setakat nie, teruk jugak kesannyekan...

    ReplyDelete
  3. iedaurora : yup sangat teruk kesan nya .. so Kena makan ikut time. heheh kalau tak jadilah macam Emma :P

    ReplyDelete
  4. BeloG MTT : TQ cayang... tulah semalam tak makan. Tu yang sakit dah hari nie :(

    ReplyDelete

Ala... janganlah pandang jer keyboard yang mahal tu.. meh komen-komen kat blog nie!!!