Wednesday, November 12, 2014

First Time tengok baby dalam perut



Assalamualaikum uoals,


Sambung lagi pasal entry mengandung... hehehehe jangan bosan yer, maklumlah mummy to be memang teruja sangat tengok baby.

Waktu 1st time emma buat buku pink, then jumpa doctor time tu... doc decide nak check baby, okay ke tak.  Maklumlah sometimes ada ibu-ibu mengandung yang mengalami komplikasi time awal mengandung.  Time dengar nak scan tu, jantung dah dup dap dup dap... risau jugak coz a week before check up emma dah pergi bantai mandi air laut dengan family. Time tu zam pun tak tau pasal air laut boleh menyebabkan keguguran.!! Zam masuk office, ada sorang doctor cun nie yang memang doctor sakit puan bagitau yang bahaya if mandi laut time awal pregnancy. Terus zam call emma bagitau pasal tu. Lepas tu terus pergi farmasi beli UPT test. Alhamdulilah... result masih double line.

Okay, berbalik time scan... Allah hu Rabbi, first time nampak kat monitor ada satu lagi nyawa dalam rahim nie. Perasaan time tu tak tau nak explain macam mana. Terharu, sedih, happy semua ada. Macam ni rupanya perasaan mak kita time tengok ada kita dalam perut dorang. Wallahi.... 

Doctor scan gerak kiri kanan perut, then doctor cakap alhamdulilah baby sihat and dalam keadaan baik. :)



Cinta hati mummy daddy, First time tengok awak !! Tak sabar nak tunggu awak keluar. Nak cium bau dari syurga !! Time nie, doctor explain lah yang nie bahagian kepala dia, tulang belakang, tangan, kaki, perut, jantung.... Ya Allah, rasa macam nak nanggis time tu jugak... 14 minggu time nie mummy | daddy dapat tengok awak =)

Keluar je dari bilik doctor terus tunjuk gambar scan baby kat zam, time tu mulalah macam-macam ayat yang keluar, " baby nie lelaki ke perempuan?? " , " nanti nak panggil baby mummy|daddy or ibu|ayah ?? " .  Masing-masing teruja sangat. Tapi zam lah yang paling eksited sebab memang kalau boleh dia nak anak cepat-cepat.  Dah selalu sangat pegang baby orang lain je, so dia nak pegang baby sendiri.



To be continue, esok nak jumpa doctor lagi - Second Check up dengan doctor. Hope baby sihat ^_^





Tempahan untuk Header Blog



Assalamualaikum uoals,


Tiba-tiba mood terlebih rajin pulak =)
Okay, emma nak bukak tempahan untuk service header blog
Sorry, emma tak lah teror sangat
Tapi bolehlah janji blog header korang nampak sweet-sweet gitu

For Those yang berminat untuk emma buatkan header blog boleh email kat 

nurazimah.emma@gmail.com


| Harga murah-murah je. (Depends korang nak buat macam mana).
| Emailkan theme korang, kaler, size header, info yang berkaitan.
| Jangan lupa letakkan link blog, and nombor korang untuk mudah di hubungi yer... ^__^












Emma Eema Advertorial



Assalamualaikum uoals,


Hai !!!


Before this emma pernah dapat email from beberapa company yang mintak untuk iklankan produk , but emma tak pernah accept mana-mana lagi coz takut tak dapat nak bagi commitment.  Kecuali ada beberapa job dari blogger yang emma dapat and emma rasa emma boleh buat so emma accept.  

Now, memandangkan emma sangat-sangat FREE sekarang nie... emma nak open iklan.



Expecially for those yang berminat untuk mengiklankan apa-apa jenis perniagaan di Blog, Instagram atau Facebook Emma, boleh lah direct email di 

nurazimah.emma@gmail.com




Just to inform awal-awal, paid advertorial ya! :) 
tq so much dearie !



Lokasi main Roller Blade


Assalamualaikum uoals,


Hit post sejak berblog, setiap hari mesti ada comment pasal Roller Blade nie.  Okay, kali nie emma nak share dengan korang lokasi yang boleh korang enjoy hilangkan stress main Roller Blade nie.  Sejak dah kawin nie aktiviti main Roller blade memang dah jarang. Lebih-lebih lagi sekarang dah nak jadi mak budak. So terpaksa lupakan hasrat main Roller Blade... huhuhuhuhu sedey :( **Tapi tak pe, tunggu baby mummy keluar kita main Roller Blade dengan Daddy yerr sayanggg =)

Okay, sebelum nie emma main Roller Blade pun kat Dua tempat je, Kalau rasa nak FREE... tak nak bayar pape korang boleh pergi main Roller Blade kat Taman Tasik Titiwangsa (Depan Astaka).  Kat situ memang every weekend je mesti ramai yang main roller blade.  Ada jugak yang buat sewa Kasut Roller Blade dengan harga RM 5 untuk 30 minit.  Tapi sila tahan bau kaki yang ada dalam kasut tu yer., Korang di galakkan pakai stokin untuk elakkan bau melekat kat kaki... kuikuiikuiii



Kalau nak lagi happening, enjoy, rare korang boleh pergi kat Tingkat 3, Sungei Wang Plaza untuk rasa suasana ala-ala disco. Hahahahah time korang tengah main boleh feel ala-ala pegi clubbing. Pergghh memang Rare.. tapi dah nama pun Sungei Wang, so manyak cina loooo... Bolehlah kalau nak ngorat amoi-amoi baru blaja main Roller Blade. Untung-untung dapat pegang pinggang or tangan amoi kan ???? huhuhuh choiiiii !!! 
-__-!

Okay kalau nak tau lagi korang boleh bukak facebook dorang coz dorang pun ade branch lain selain Sungei Wang ni.... Roller Sport World <<< Klik sini 






Macam mana ??? ada yang terpikat ke nak pergi ??? Nanti kita jumpa kat sana yer ^_^




Ice Cream Pulut Kampung Bharu


Assalamualaikum uoals,

Siapa kat sini suka makan ice cream ??? angkat tangan cepat !!! Okay Emma nak share dengan korang pasal one ice cream yang memang super duper marvelousss yang ada kat Kampung Bharu. Ade sape-sapa yang tak tau kat mana Kampung Bharu ??? Haaa korang boleh search kat incik google yer =).

Selalu sangat kita makan ice cream yang dah sememangnya machine yang prepare. Betul tak ??? apa kata kalau korang try ice cream yang memang homemade punya. Kalau korang pergi kat Kampung Bharu, sure korang akan nampak sorang pakcik tua yang berkopiah putih sedang mengayuh basikal.  Pak Cik nie kadang-kadang ada, kadang-kadang tak de. Dia macam chipsmore sikit lah... But kalau korang nak try rasa macam mana marveloussnya ice cream pak cik nie, korang boleh datang around 6-8 pm dekat simpang Masjid Kampung Bharu.  Selalunya time macam nie pak cik ni akan ada kat area depan Restoran Johan Seafood betul-betul dekat simpang empat Masjid Kampung Bharu.



Ice Cream pak cik nie memang kita akan rasa lemak santan tu... and of cozlah ada flavour.  Tapi selalunya rasa durian dengan vanila je... Once kita beli, korang tak delah boleh nak pilih " Pak cik nak yang perisa durian je or vanila je...!! " Coz pak cik nie memang akan campurkan sekali dalam satu ice cream tu... so kesimpulannya, bila korang order nak ice cream satu... korang akan dapat any flavour yang dia buat.  Tapi, " eh, i tak makan durian "  dun worry korang kena try dulu baru korang boleh describe rasa apa !!


Since emma kecik-kecik lagi around 5 or 6 7 years lagi dah kenal pak cik nie... haaa lama kan ice cream nie ??? But since emma kecik zaman duk hingus meleleh lagi sampai dah zaman nak jadi mak budak stail pak cik nie tetap sama, berkemeja, berkopiah putih dan kayuh basikal bawak ice cream =)  Retro takkk ?? hehehehe ... Bukan pak cik nie tak ada kemajuan, sometimes anak pak cik ni akan take over jual ice cream nie. Tapi anak dia bawak motor.  Malangnya, kalau bukan pak cik yang jual... emma tak kan beli... Serius tak tau kenapa, tapi mungkin air tangan pak cik nie yang kita rasa bertahun-tahun kan ??? Maybe one day pak cik nie dah tak ada, mungkin emma tak kan beli lagi ice cream nie.. =(

Okay, harga untuk one cup ice cream adalah RM 2.00 sahaja.  Dia akan serve samada dalam cup atau roti. Depends lah korang nak yang mana. Yang roti RM 2.50-3.00.  Topping ice cream ni adalah kacang tanah yang halus tu, susu cair dan susu pekat, serta pulut.



~~ Thanks for reading ~~

Wednesday, November 5, 2014

RMSY ~ SYURGA NAN CHEESE



Assalamualaikum uoals,


Okay, entry yang memang dah di peram berkurun-kurun lagi sejak 2 tahun lepas. Sibuk nak clearkan draft tadi... nampak pulak entry nie... teringat pulak yang dua hari lepas baru je zam belikan nan cheese nie... =) konon-kononnya baby teringin nak makan. Padehal mummy dengan daddy yang duk meroyan nak makan cheese =)

Okay, berbalik kepada restoran RMSY nie... menu utama dia sah-sah nan cheese yang memang terbaik in the world =) selain dari dorang punya Briyani. Tapi setiap kali meroyan pegi sini tak de benda lain dah kalau order, sah-sah nan cheese =)

Restoran nie ada banyak branch dah sekarang nie... tapi yang emma selalu pergi kat area Medan Tuanku nielah... restoran dia sederet dengan Restoran Lotus =).  Berdepan dengan bangunan Koperasi MARA.  Sebab apa nan cheese dia memang terbaik ???? sebab cheese dia kalah cheese pizza hut punya !!! Makan satu pun dah buatkan diri tu kenyang. So bagi sape-sape yang nak menggemukkan diri boleh pergi try =)




Harga untuk satu nan cheese nie adalah RM 6.00 sahaja, nampak macam mahal... tapi korang try lah rasa. confirm korang akan datang lagi... =)



Haaaaaa tu lah dia cheese yang emma cakap tadi.  Tapi best makan time panas-panas lagi lah. Kalau dah sejuk memang tak kick lagi... 


Biasanya kalau kat kedai-kedai lain, dorang akan serve skali dengan kuah. Tapi kat sini kuah akan di kira asing.  Dhal memang the best. Cukup rasa pekat and memang sedap.  Dhal di caj RM 2.00 untuk satu mangkuk macam kat atas tu. Kira memang dia punya standard price lah... =)


Okay, rasanya macam nak ajak zam pegi makan lagi nan cheese malam nie... hehehehhe memang serius, tempat nie memang one of my feveret place.  Setiap minggu confirm skali emma akan pegi makan.  Si penggemar cheese kan ??? so kalau dah rasa sakali mesti korang meroyan nak lagi... selamat menjamu selera ^__^




Thanks for reading 

Tuesday, November 4, 2014

Travelogue ~ Istana Seri Menanti & Restoran Warisan



Assalamualaikum uoals,


Rasanya dah lama tak tulis entry travelogue.  So kali nie nak share dengan korang tentang Istana Seri Menanti.  Korang pernah pergi tak ??? hehehehe saja je time on the way nak balik KL dari Kuala Pilah mesti lalu kat sini.  So dah alang-alang lalu, ajaklah zam and bestfren emma pergi Istana Seri Menanti nie...

Okay, bagi yang tak tau kat mana lokasi Istana nie, meh nak share dengan korang !! Istana nie terletak di Seri Menanti, Negeri Sembilan =) Kalau korang lalu highway Bukit Putus, korang akan nampak ada satu simpang ke Seri Menanti.  Jarak Istana dengan simpang tadi lebih kurang dalam 10-15 minit je.

Korang jangan tak percaya, sepanjang jalan ke istana nie korang akan dapat satu perasaan yang sangat-sangat tenang coz sepanjang jalan korang akan nampak rumah tradisional Negeri Sembilan yang majoriti masih di kekalkan.  Kawasan rumah pun memang bersih, tak nampaklah semak samun pun !!!

Dulu, tempat nie memang Istana Rasmi Negeri Sembilan, tapi sekarang dah jadi muzium.  Istana nie ada empat tingkat dan setiap tingkat akan ada pelbagai jenis pameran dari segi pakaian, hiasan, peralatan, keris dan banyak lagi.  Sepanjang kat kawasan istana nie korang akan rasa sangat-sangat sejuk sebab kawasan nie di kelilingi dengan pokok.  Opsss lupa, tiada bayaran di kenakan untuk masuk istana nie. Tapi korang tak boleh ambil gambar dalam istana nie -__-! Tapi... selfie pasti di mana-mana... hahahaha pandai-pandailah duk cover nak amik gambar =P





Lepas penat berjalan kat kawasan istana, teringin nak makan "masak lemak cili api daging salai" terus zam ajak pergi makan kat Restoran Warisan.  Okay, restoran nie terletak diantara highway Bukit Putus.  Restoran nie memang nampak cantik coz dah nama pun warisan.. so ala-ala tradisional lah konsep restoran nie.  Sebelah restoran ada sawah padi.  Kalau musim padi memang hijau je lah.. kalau tak, nampak lalang je. -__-!



Nama je restoran warisan, tapi pekerja majoriti dari Thailand -__-! Tapi sayang, rasa tak puas hati sangat makan kat sini tau.  Dah lah service lambat, nak kata ramai orang..tak lah ramai sangat. Even pekerja pun ramai !! tapi kebanyakkan pekerja duduk melepak kat belakang sambil berborak -__-!

Bila sampai order, alahaiiiii punyalah sikit gulai nye, memang tak puas lah nak makan !! rasa pun ... mak mertua den buat lagi sodap !! hahahahah Rasa tak sedap langsung !! out of my tekak !! Order untuk 4 Person punya makan tapi yang sampai macam makan untuk sorang !! Harga dah lah kemain mahal !!! huhuh tak berbaloi langsung !! Lepas tu setiap set order akan ada sayur and ikan masin !! Bila kte tanya baru dorang nak bagi... lepas tu potion punyalah sikit macam sorang makan je...

So restoran nie memang out from my list !!! hehehehe tak sedap langsung !!!



Thanks for reading =)

Pengalaman minum air gula ketika mengandung -__-!




Assalamualaikum uoals,


Dengar je kena minum air gula, terus otak jadi blank..tepu... dalam hati meronta-ronta tak nak !! Tapi haiii lah anak, demi baby ... mummy tabahkan diri.  Malam tu dah start puasa pukul 10 malam.  Sebelum tido dah fikir, janganlah muntah ke apa ke... and ntah hapelah rasanya.

Yerlah, orang cakap minum air gula sampai muntah-muntah, loya-loya... then kalau muntah kena minum lagi 
-__-! Sebab apa kena minum air gula ??? First sebab memang dari faktor genetik family yang ada diabetes and darah tinggi.  Dan sekarang mana-mana wanita mengandung berumur 25 tahun keatas wajib minum air gula. 

Pagi-pagi dah tercongok kat klinik.  Nurse bagi empat tiub untuk amik sample darah dulu.  Terus pegi ke bahagian amik darah.  Alahai... kena cucuk nie yang tak best. Redhakan aje lah... time nurse nak cucuk tu muka dah paling kat tempat lain. Ngeri nak tengok jarum tu duk cucuk lengan !!! Nurse gelak je bila tengok emma tengah seram.  Lepas amik darah, nurse suruh pegi bilik sebelah then minum air gula.

Okay, terus masuk bilik sebelah... eh, tak de nurse pun ?? orang cakap nurse akan tengok kte minum supaya kte tak menipu laaa... terus tanya kat nurse tu... nak kena minum terus ke ??? Nurse cakap boleh terus minum.  Okay, time tu dah nampak bergelas-gelas air gula dah tersusun.. Terus amik yang paling depan skali.. konon budget air gula tu tak pekat lagi -__-!.

Before minum tenung jap cawan tu. Tarik nafas, baca bismillah then terus minum sampai setengah gelas !!! waaa rasa macam tak percaya mampu habis kan setengah gelas sekaligus on first trial !!! rasa dia ??? jap lagi emma cite.  Okay ada balance lagi setengah gelas... ingat lagi besfren emma dah pesan, kalau nak stop jangan stop lama sangat !! Nanti rasa nak muntah !! Okay amik nafas then sambung balik minum. Akhirnya 2x teguk untuk habiskan setengah gelas lagi =).  Fuhh berjaya jugak !!!! syabas babe !!! =) hoorayyyy 

Okay, nak tau rasa ape ??? cuba korang bayangkan korang buat air gula kat rumah tu... tapi rasa dia sangat-sangat manis dan pekat daripada yang korang buat kat rumah tu.  Nasib baik emma dapat perisa oren !! Tapi mentang-mentang dapat perasa oren, tapi tak de pun rasa oren nya... rasa kemain manis sampai gigi rasa sangat-sangat-sangat ngilu -__-!.

Lepas minum terus intai kat nurse bilik sebelah cakap dah habis minum.  Nurse tanya betul dah habis minum ??? hehehehhe berlagak betul siap tunjuk gelas lagi... nurse senyum =) hehehhehehe tanya nurse boleh cuci mulut tak ??? nurse cakap boleh tapi jangan minum air paip pulak... cehhhhh tau lah kena puasa lagi.... -__-!

Okay, puasa lagi selama dua jam coz nak amik darah lagi lepas tu... time tu dah rasa pening-pening. Rasa macam klinik nie berpusing-pusing je... Zam time nie kat office coz petang dia ada urgent meeting !! sorang-soranglah duk tersandar kat kerusi klinik tu... Mesej zam bagitau dah settle, then cakap tengah pening kepala... time tengah duduk tersandar tu tiba-tiba nampak zam... yeayyyyyy terus pinjam bahu zam nak tido jap !!!  Lepas dua jam amik darah lagi sekali then boleh balik.  Sampai rumah dah rasa nak muntah... pening kepala... lastly terus tido.... zam pulak terus pegi office balik =)


Tips untuk mummy to be yang kena minum air gula ;

# Korang datanglah awal pagi kat klinik, coz biasanya nurse akan buat air gula time awal pagi.  So kalau korang datang awal pagi, air gula tu belum pekat sangat lagi.

# Korang minum kalau boleh jangan terlalu banyak stop coz nanti korang akan rasa cepat mual.

# Jangan lupa baca bismillah and relax je....


Pengalaman mengandung ~ Bukak buku pink =)


Assalamualaikum uoals,


Waaaa memang dah jadi blog mak-mak dah nie, sorry yer korang semua =).  Okay nak share dengan korang pasal bukak buku pink kat klinik kesihatan.  Sejak emma tau emma pregnant, emma memang tak jumpa mana-mana doctor da... sampailah genap tiga bulan tempoh pregnant.  Then decide nak buat buku pink kat klinik kesihatan.  Emma pilih klinik yang dekat je dengan rumah. So senang nak pegi !! 

Actually, tak tau jugak time bila yang sesuai nak buat buku pink tu... akak ipar emma cakap pegi je buat awal-awal, then member emma cakap buat jer lah lepas tiga bulan.  So lastly, tanya zam nak buat bila ??? then dia cakap tunggulah lepas tiga bulan =).

(Info sikit pasal buku pink, korang kena buat masa 12 minggu pregnancy tau !!)


So, malam nak pegi tu rasa... mak aiii kemain nebes kaw. Yerlah first time nak check up. Kalau check up time nak masuk U dulu pernah lah !! Ni check up time pregnant !!! -__-! Lebih-lebih lagi emma pulak jenis suka duk google pasal preggy, then bacalah cite ada yang kena marah dengan doctorlah, kena bukak bajulah, ada yang kena raba dengan doctor lah... kemain banyak cerita yang emma dengar. Maunya tak nebes tahap chipmunks punya -__-! Sampai zam kemain marah lagi coz duk baca cite macam tu. Nak punjuk diri sendiri cakap je lah... " tak de papelah !! think Positive !!! "



Pepagi lagi dah tercongok kat klinik. Time tu dah nebes da bile nurse mintak Ic coz nak buat buku... pastu dia suruh tunggu.  Time tengah tunggu tu.. mak aiii dup dap dup dap jantung nie... -__-! Tiba-tiba dengar nama kena panggil !! Blurr jap, pandang kat zam... dia sibuk main games kat Ipad... Terus tanya kat zam,  " dorang panggil nama saya ke ???? " . Masing-masing diam jap, dengar nama kena panggil lagi skali... tapi sape yang panggil ???? hahahhaha blurr terus pegi kat kaunter... then dengar nurse cakap, " Puan, kat sini.... !!! " oppppssss i termalu jap.... -__-

First procedure nurse amik tekanan darah (bp), then bagi satu kertas ntah hape nama ntah... dia suruh letak urine kat situ... alahai, tang nak terkucil nie yang payah coz before keluar rumah tadi dah terkucil siap-siap !! Paksa lah jugak diri... lepas tu tunjuk kat nurse kertas tadi !! ntah , emma pun tak faham nak tengok coz macam tak de pape yang berubah pun kat kertas tu !! -__-! Lepas tu, nurse amik ukuran tinggi dan berat badan.  Kena tunggu lagi... alahaiiii 

Second procedure, tunggu pulak nama kena panggil kat satu bilik nie... sambil tunggu, main games dulu. Tak sampai sepuluh minit nama dah kena panggil " Puan Nur Azimah "... blur jap, nama dah ada Puan ekk ??? 
 -__-! Terus bangun then masuk dalam bilik tu... maka bermulalah sesi kaunseling dorang yang punyalah lama dan mengantuk.  Lebih kurang setengah jam kat dalam bilik tu.  Apa yang dorang cite, kebanyakkkan pasal pregnancy, cara penyusuan.. bla,bla,bla.... then nurse tanya pasal bila last date period coz dorang nak anggarkan tempoh bersalin.  Nasib baiklah lepas kawin je, terus tanda bila period.. hehehe kalau tak sebelum nie, nak period... period lahh.. tak pernah nak tanda pun -__-!. Then nurse suruh baring kat katil, dia check perut, mata, leher and kaki... nasib baik dia lupe nak check breast... hehehehe tak delah kena bukak baju ke raba-raba ke.... =).  Lepas tu tunggu lagi coz nak jumpa doctor pulak !!

Lastly, time untuk jumpa doctor -__-! Okay, doctor cite sketlah pasal pregnancy nie... tanya ada alahan ke tak... then suruh baring coz nak scan perut... yeayyyyyy first time tengok baby =). Time tengah baring tu nampaklah kat monitor tu ada baby dalam perut... huwaaa rasa macam nak nanggis coz tak percaya, nak jadi mummy dah lepas nie... =) Doc check then cakap, baby sihat !!! Terus bagi next appointment.  Tapi doctor dah pesan suruh datang after three days untuk amik darah and minum air gula !! glurpppp

Keluar je dari bilik doctor, terus tunjuk kat zam buku pink and gambar baby... hehehhe terus tanya kat zam tu baby girl ke baby boy !!! tau dia cakap apa ?? " baby boy kot coz dia tak de rambut !!!  "  -___-!



~~ Thanks coz sudi baca ~~

Monday, November 3, 2014

Pengalaman First Trimester =)



Assalamualaikum uoals,


Serius dah rasa macam blog mak-mak orang je bile emma nak share dengan korang semua kisah sepanjang emma mengandung nie hahhh !! Tapi bila fikir balik, of coz lah nak buat simpanan untuk diri sendiri and mane tau anak emma dah besar nanti dorang baca kisah mak dia nie !! hahahahaha 

Kalau korang nak tau, nafsu nak update dalam blog, facebook ke, instagram ke... memang membuak-buak !! Tapi terpaksa nak pendamkan je coz orang tua-tua cakap tak elok kalau kita dah hebohkan kat orang ramai coz baby tu kecik lagi pun... baru nak membentuk !! So tempoh yang paling sesuai adalah lepas first trimester !!! :) Haaa, bagi yang dah terlepas nak baca masa mula-mula emma pregnant korang boleh baca kat sini ye, Hi, I'm mummy to be !! :)

Okay, meh sambung, setiap orang ada macam-macam alahan dia.  Ada yang  dah nak bersalin pun tak ada sebarang alahan, ada yang alahan tak henti-henti.  Tapi tu semua bergantung kepada bahagian masing-masing.   Tapi, bagi emma tak adalah alahan yang teruk-teruk sangat. Still under control lagi.....   :) Alhamdulilah.  Antara simptom-simptom bagi tiga bulan pertama emma mengandung :-

1~ Demam
Masa awal-awal mengandung, cewaaahh ... padehal emma pun tak tau emma mengandung time tu... emma demam  panas tahap tak hengat punya.  Ada masa emma rasa sejuk, ada masa panas kemain sampai rasa nak berbogel je kat rumah tuu... ko makanlah segala jenis ubat, tak jalan pun !! Asal malam je... nak tido mulalah duk meracau-racau, bercakap-cakap mengarut-ngarut... kalau stok merengek tu tak payah cakaplah... time sakit nielah time nak bermanja-manja dengan suami... kahkahkahkah.  :P

2~ Sakit tekak yang teruk dan selesema
Memang adatlah, kalau dah sakit tekak automatik akan kena selesema.  Bagi emma, sepanjang hidup, ni lah sakit tekak yang paling sakit, paling perit dan memang membuatkan emma tak selesa langsung.  Sampaikan bila batuk tu confirm rasa sesak nafas. Dada tu rasa Ya Allah... perit nya.. Time yang paling teruk batuk tu waktu malam !!! haaaa bila dah start batuk tu... payah betul nak stop !! Sampaikan tiap kali batuk zam akan letak tiger balm kat dada. -___-!

3~ Suka tidur
Haaaa simptom yang ni memang sejak dulu lagi dah ada !! Sampaikan mak emma cakap... nie baby ikut peel mak dialah.. kaki membuta !!! huwaaa asal petang je dah rasa nak tidur. Memang rasa kalau boleh macam tak bangun, nak tido je !!! Jangan tak tau sampaikan zam pun terikut skali :) Asal zam cuti je, keje buat taik mata je lah kteorang !!! yeeehaaaa

4~ Allergic makan nasi
Simptom yang menyeksakan emma !! eh, kalau dari kecik sampai nak jadi mak budak korang telan nasi, tetiba korang tak boleh nak telan nasi !! so ape cite ??? memang emma tak boleh nak makan nasi, tapi sometimes tu paksakan jugak diri tu makan !!! lepas makan je confirm melambak keluar balik !!! *____*

5~ Tak ada selera makan
Haaa yang ni tak payah cakap, korang bagilah makanan paling sedap pun sampai hari nie... confirm selera emma cam giniiiii je... -_____-! emma memang tak de selera nak makan.  Tapi kalau korang bagi emma makan cheese or western food, confirm emma tak tolak !!! kahkahkahkah... tapi makan sebab nak alas perut je lah... tu mak emma cakap, anak tekak "mat salleh nie ". 

Opsss lupa, alhamdulilah emma tak de simptom muntah-muntah or loya-loya... tapi zam pulak yang dapat simptom-simptom tu... !!! -___-! tapi kira fairlah kan alahan tu sampai kat dia jugak !! dah dia yang membuatnya ... hehehehehe =P

Alhamdulilah, First trimester dah berakhir... tapi simptom-simptom tu ada jugak yang emma still rasa macam allergic nak makan nasi tu... (-___-!). Okay, lepas ni boleh share pasal buat buku pink and first time dapat tengok baby dalam perut sendiri... hehehhehehehe.... 


Thanks sebab baca =)