Wednesday, November 5, 2014

RMSY ~ SYURGA NAN CHEESE



Assalamualaikum uoals,


Okay, entry yang memang dah di peram berkurun-kurun lagi sejak 2 tahun lepas. Sibuk nak clearkan draft tadi... nampak pulak entry nie... teringat pulak yang dua hari lepas baru je zam belikan nan cheese nie... =) konon-kononnya baby teringin nak makan. Padehal mummy dengan daddy yang duk meroyan nak makan cheese =)

Okay, berbalik kepada restoran RMSY nie... menu utama dia sah-sah nan cheese yang memang terbaik in the world =) selain dari dorang punya Briyani. Tapi setiap kali meroyan pegi sini tak de benda lain dah kalau order, sah-sah nan cheese =)

Restoran nie ada banyak branch dah sekarang nie... tapi yang emma selalu pergi kat area Medan Tuanku nielah... restoran dia sederet dengan Restoran Lotus =).  Berdepan dengan bangunan Koperasi MARA.  Sebab apa nan cheese dia memang terbaik ???? sebab cheese dia kalah cheese pizza hut punya !!! Makan satu pun dah buatkan diri tu kenyang. So bagi sape-sape yang nak menggemukkan diri boleh pergi try =)




Harga untuk satu nan cheese nie adalah RM 6.00 sahaja, nampak macam mahal... tapi korang try lah rasa. confirm korang akan datang lagi... =)



Haaaaaa tu lah dia cheese yang emma cakap tadi.  Tapi best makan time panas-panas lagi lah. Kalau dah sejuk memang tak kick lagi... 


Biasanya kalau kat kedai-kedai lain, dorang akan serve skali dengan kuah. Tapi kat sini kuah akan di kira asing.  Dhal memang the best. Cukup rasa pekat and memang sedap.  Dhal di caj RM 2.00 untuk satu mangkuk macam kat atas tu. Kira memang dia punya standard price lah... =)


Okay, rasanya macam nak ajak zam pegi makan lagi nan cheese malam nie... hehehehhe memang serius, tempat nie memang one of my feveret place.  Setiap minggu confirm skali emma akan pegi makan.  Si penggemar cheese kan ??? so kalau dah rasa sakali mesti korang meroyan nak lagi... selamat menjamu selera ^__^




Thanks for reading 

6 comments:

  1. Assalamualaikum emma, masa mengandung dah try makan sini. kat medan tunku. sedap tapi muak pula sebab cheese melampau. kuikuiikuiiii ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam sheila =) , hehehe kalau yang tak suka sgt makan cheese memang rasa muak. Tapi kalau emma yang memang hantu makan cheese memang tak rasa nak muak punya.. telan aje =) kuikuiiiikuiii

      Delete
  2. alahai sedapnya tgk...die punya cheese...auuummmm...

    ReplyDelete
  3. Haihs... Menyelerakan.. kena gi serang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehhehhehe cepat-cepat pegi serang !!! kalau nak serang jgn lupe ajak emma ok =)

      Delete

Ala... janganlah pandang jer keyboard yang mahal tu.. meh komen-komen kat blog nie!!!