Friday, May 11, 2012

Macam mana nak jadi BLOGGER popular ??



Assalamualaikum uoalls,

Kekenyangan dek makan MCD hari nie di tambah pulak dengan letih semalam yang tak hilang gara-gara kena stayback kat ofis nak menyiapkan tender, membuatkan mata menjadi sangat-sangat layu !! Namun memandangkan hari nie belum meng'update'kan celoteh tanpa mengeringkan air liur dari otak kecik nie.. maka mulalah otak kecik nie berfikir dengan lajunya mencari topik yang menarik untuk tatapan korang semua =).. waaaaa cayangggg korang specially reader blog Emma nie ... muaahhhh !!!

Okay, pagi tadi Emma ada terbaca Blogger BEN ASHAARI tentang KUALITI, KUANTITI KOMEN SERTA KETULENAN. Haaa tu diaaa panjang kan tajuk entry ??? hehehehe tapi memang tabik springgggg lah kat Blogger Ben sebab memandangkan dunia blogging nie dah semakin luas, event budak-budak sekolah rendah pun dah pandai berblog !! Internet di hujung jari kan sekarang nie !! So segalanya menjadi mudah dan pantas.  Tapi sejauh mana kualiti blog korang ??? Berapa ramai yang akan baca entry korang ??? Berapa ramai yang akan kenal blog korang ??? Kalau blog copy-paste tu memang banyak !! Dorang ambik sikit kat entry blog nie, lepas tu tambah sikit dari entry blog lain ... lepas tu paste and publish kat blog dorang !! So mulalah isu copy-paste nie yang boleh membuatkan " si owner " marah kerana meniru hasil karya dorang !!


And kenapa korang berblog ??? Apa motif korang berblog ??? Suka-suka ?? Nak cari income ?? Walau apa pun sebab korang berblogging nie, korang kena letak satu matlamat dalam diri korang yang korang berblog untuk capai matlamat tu !! Itulah yang baru di namakan KUALITI.  Ramai blogger yang Emma tengok, dorang berblog sebab nak popular cepat !! adehhh kalah retis dah macam nie !! "Marah blogger kaki wayang coz nak sabotaj populariti dia ". ( Alah, kalau korang nak cepat popular dalam blog...korang couple la dengan artis ke, orang yang glamour ke... pastu korang tepek je picture korang dengan yang glamour tu.. confirm lepas tu follower korang beribu riban !! )


Tapi tu la... bila korang dah popular, mulalah ada sesi dengki mendengki, fitnah menfitnah.  Tapi tu lah yang di namakan DUNIA.  Kalau korang tak merasa semua tu, memang tak lengkaplah hidup korang !! Bukan ke setiap kepahitan pasti akan terselit kemanisan ??

Selalunya blogger perempuan nie mudah popular !!! Korang tau kenapa ??? sebab kalau korang ni cukup package, (Cantik, anggun, comel.... etc) confirm korang cepat popular !!! Cuba tengok FL, Yuyu, Hanis zalikha, dorang dah ada package.. so tambah sket gaya penulisan dorang yang bersahaja... kan dah meletup !! hehehhehe selamat mencuba =p

10 comments:

  1. @Kaki Wayang hahahah tak popular ke ??? adehhh siap mention nama dah tuuu

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum emma...yer la mama pun x popular gak...:)

    ReplyDelete
  3. Mieya blogging sekadar suka-suka je, mengisi masa lapang lah kata kan. hihi

    ReplyDelete
  4. @maszull wsalam mama =) hehehehe yer ke mama tak popular ??? eh , merendah diri pulak mama nie =)

    ReplyDelete
  5. biasa2 pun dh ok..hehhee..xD asalkan happy...

    ReplyDelete
  6. Selalunya blogger perempuan nie mudah popular !!! Macam kak Emma lah kann :)

    ReplyDelete
  7. @Nur Diyana huh !! akak fofular ke ??? hahahhaha macam mimpi pulak.. hehehhe

    ReplyDelete

Ala... janganlah pandang jer keyboard yang mahal tu.. meh komen-komen kat blog nie!!!