Wednesday, March 14, 2012

Nisha dan Lee Xin Ru masih belum di temui


Isu kanak-kanak hilang masih belum reda, kisah Dirang telah berakhir apabila mayatnya di temui dalam keadaan rentung.  Kini nasib Nisha masih belum di ketahui. Namun, ibu bapa Nisha dan Lee Xin Ru masih mengharapkan kepulangan anak kesayangan mereka.





KUANTAN: “Kami harap, apa yang berlaku ke atas Dirang (Nurul Nadhirah Abdullah) tidak berlaku ke atas anak kami walaupun hingga kini, anak kami itu belum ada khabar berita,” kata G Chandramohan, 26, yang masih lagi tertanya-tanya nasib anaknya, Nisha, dua tahun, yang dilaporkan hilang pada 4 Jun 2010 dan belum ditemui hingga kini.
Harapan serupa turut diluahkan Lee Chee Keong, 35, bapa Lee Xin Ru, dua tahun, yang hilang sejak 21 September 2010 dan insiden menyayat hati yang berlaku ke atas Dirang membuatkan Chandramohan dan Lee tidak senang duduk.


“Sekurang-kurangnya mereka (keluarga Nurul Nadhirah) tahu apa yang terjadi kepada kanak-kanak itu sedangkan saya masih tidak mengetahui nasib Nisha. Walaupun isteri saya bakal melahirkan anak kedua kami bulan depan, namun ia tidak dapat menggantikan Nisha dan kami tetap merindui keletahnya,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Katanya, walaupun polis sudah menghentikan gerakan mencari anak sulungnya itu, dia dan isterinya, Wong Lai Lan, 23, masih tetap meneruskan usaha mencari Nisha.


Nisha dilaporkan hilang selepas dibawa bersiar-siar oleh nenek saudaranya, J Balasaraswaty, 54, yang mempunyai masalah mental pada 4 Jun dari rumahnya di Taman Bukit Bendera, Mentakab.



Sementara itu, Lee pula masih menaruh harapan agar Xin Ru atau lebih dikenali sebagai Lulu, akan kembali semula kepadanya dalam keadaan yang selamat.  Katanya, dia percaya Lulu dilarikan oleh seorang wanita yang mempunyai ikatan kekeluargaan, namun sehingga kini kehilangannya tidak dapat dikesan.



4 comments:

  1. isk siannya tgk berita anak hilang n xjumpa smpi skrg. msti 1 fmly sdih..lg sedih kalo bila jmpa anak2 tp dh mcm2 benda2 buruk jadi padanya..nauzubillah

    ReplyDelete
  2. Smoga kita sebagai ibu bapa sentiasa waspada keselamatan anak.. Bukan senang nak beranakkan nak mengandungkan.. Kalau tak dijaga..hilang kan sayang.. Eh, mcm brg plak.. Tapi betull ni.. Kadang tu ibu bapa yang leka.. Kan?

    ReplyDelete
  3. @azu tau tak pe kam =) semoga kanak-kanak yang hilang nie family dorang dpt jumpe balik dlm keadaan yang baik !! amin.

    ReplyDelete
  4. @Zuraida betul, kadang-kadang ibu bapa nie leka sket. Bila anak dah besar, so perhatian dah kurang.

    ReplyDelete

Ala... janganlah pandang jer keyboard yang mahal tu.. meh komen-komen kat blog nie!!!