Tuesday, November 1, 2011

Orang yang BERJAYA adalah orang yang pernah GAGAL.. Betul ker???

11.37am@Bangsar


Salam blogger. Syok pulak dengar bila member Emma dah naik gaji semalam... waaaa boleh mintak belanja makan nie... !!! hehehehe Bila dengar dia dah naik gaji... rasa macam jeles tahap chipsmunk pun ada jugak nie... (waaa nak nanggis laju-laju lah cam nie) Anyway to my beloved frenz Sis Ayu... congrats laling !!! (kena puji lebih-lebih.... nanti boleh makan ketam... marvelous sehhhh)

Opsss berbalik pada topik hari nie " Orang yang BERJAYA adalah orang yang pernah GAGAL " betul ker fakta tu ???? hurm tapi mengikut pandangan Emma fakta tu ada kebenarannya.  Hidup nie kan macam roda, ada masa kita kat atas dan ada masa kita kat bawah.  Dan setiap manusia ciptaan Allah yang telah di beri akal dan fikiran yang sempurna pasti akan merasa saat-saat kegagalan.  Dan dari kegagalanlah kita akan berusaha dan keluar dari kegagalan untuk mengubah kepada kejayaan.


Dan Emma jugak adalah salah seorang yang pernah merasai erti kegagalan dalam hidup. Namun berkat kesabaran dan dorongan insan-insan yang menyayangi Emma, maka Emma mampu bangun dari kegagalan dan sekarang Emma nak buktikan yang orang yang pernah gagal  mampu berjaya !! 

Korang mungkin pernah dengar orang cakap, setiap yang berlaku pasti ada hikmah dan cerita disebaliknya. Mungkin kerana sebuah kegagalan ALLAH ingin mengingatkan kita sesungguhnya kita belum cukup untuk menerima sebuah kejayaan. Mungkin juga ALLAH ingin kita tahu dan menunjukkan kepada kita sesungguhnya banyak perkara yang harus dan perlu dipelajari untuk menggelakkan kita terjatuh lebih dalam lagi.


" Gagal bukan bererti kalah,Gagal bukan bererti gagal selamanya,Sebenarnya gagal mendidik kita erti usaha dan kejayaan. Kegagalan mengajar kita supaya berusaha dengan lebih gigih dan ikhlas.Kegagalan mematang dan mendewasakan kita Kegagalan juga mengajar kita berdiri dikaki sendiri. "

Korang pun mesti ada yang pernah merasai kegagalan bukan ?? 



7 comments:

  1. siapa tak penah gagal dlm hidup, tapi lepas tu kita kena lah bangkit semula kan, selalunya lepas gagal tu kita akan jadi lebih kuat

    ReplyDelete
  2. Emma. ! orang ni pun dah kira gagal juga. gagal dapat kerja. sekarang tengah mengganggur. huhuhu.

    lalu, dengan hati yang terbuka, nak buat hasil kerja sendiri sementara tunggu panggilan kerja. hehe. doakan ye !


    tolonglah promote sikit ! =D


    hand-made : http://comelvscomot.blogspot.com/p/hand-made.html


    hopefully, korang suka ! =)

    ReplyDelete
  3. same segment :)

    http://dangdutmaniac.blogspot.com/2011/11/lulu-caldina-ajak.html

    ReplyDelete
  4. kegagalan masa lalu akan mematangkan kita...

    singgah dr segmen lulu.. salam kenalan dr kakyong.com

    ReplyDelete

Ala... janganlah pandang jer keyboard yang mahal tu.. meh komen-komen kat blog nie!!!