04.12pm@Bangsar
Akhirnya hari ini, jam ini, saat ini dapat jugak Emma menari-narikan jari jemari runcing di papan keyboard kesayanganku. Mengingatkan saat-saat bercuti semakin hampir dan tahap kecemburuan semakin meninggi tatkala melihat train yang sentiasa penuh dengan para penumpang yang dah macam ikan sardin semakin hari semakin berkurangan dan train yang sentiasa padat dengan manusia semakin lengang !! waaaa sangat jeles bila orang lain dapat cuti awal... =(
Mood raya semakin tinggi membuatkan sistem dalam badan seakan-akan kurang berfungsi lebih-lebih lagi bila otak seakan bersuara "Raya !! Raya !! " namun tetap ku gagahkan jua semangat untuk bekerja sehingga esok !! =( Lepas tu..... yeay.... dah start cuti... tak sabar nak raya !! Tapi apalah yang happy sangat bila tahun ni raya kat KL jer... waaaaaa =( maybe raya kedua atau ketiga barulah Emma and family akan pulang ke kampung memandangkan atuk dan nenek tercinta dah tak ada lagi di dunia nieeee =( Walau beraya di bandar, namun kegembiraan tetap terasa apabila abg Emma yang sulung dan keluarga akan berhari raya bersama memandangkan abg Emma kena kerja pada petang raya tuuu ... so sad... tapi semangat hari raya tu memang berkobar-kobar =)
Member-member dah semangat nak pulang ke kampung sehingga meminta tolong untuk hantar ke perhentian bas memandangkan tangan yang begitu sarat dengan segala hasil-hasil membeli dan membelah serta sesi perhabis duit !!! waaaaa =p setahun sekali jer kot. Bukan selalu =p
Tak sabar rasanya untuk menanti saat-saat memohon maaf sesama keluarga sehingga mampu mengalirkan air mata lantas sudah semestinya banyak kesalahan yang dilakukan, sesi kutuk mengutuk sesama adik beradik namun tak ada yang kecil hati kerana dah faham angat perangai masing-masing. Menunggu saat-saat menziarah kaum keluarga dan saat yang paling best bila dapat "pow" duit raya.. waaa tak kira lah dah besar ke kecik ker... sesi pow duit raya aktiviti wajib.. !!!! =p
Kepada yang pulang berhari raya di kampung tuuu pandu dengan cermat and ingatlah ada orang yang menanti kepulangan kita. =)
thx untuk peringatan! berhati2 gak di jalanraya
ReplyDelete